Tab Menu

Followers

Monday, May 26, 2014

MY HEART - 2



WEIR masih berkurung dI dalam biliknya. Tubuhnya semakin susut. Tidurnya meracau-racau saban malam. Dalam benci dia merindui Yuhana. Adakalanya Mak Pah menitiskan air mata melihat keadaan Weir yang semakin teruk. Weir yang ceria dan sering tersenyum itu seakan makin lenyap di depan matanya. Weir lelaki budiman. Sampai hati Yuhana memperlakukan Weir sedemikian rupa. Mak Pah sudah lama mengesyaki kecurangan Yuhana. Dia tidak berani untuk menceritakan hal sebenar kepada Weir. Dia tahu yang Weir begitu cintakan Yuhana. Weir begitu percayakan kasih sayang Yuhana. Malahan Yuhana telah memberikan amaran kerasa kepada Mak Pah agar menutup mulut tentang perhubungan sulitnya dengan Hazim.

Mak Pah masuk menatang mangkuk bubur yang masih panas bersama air suam. Weir masih bersandar di atas katinya.

“Mak Pah, masakkan bubur untuk Tuan Weir. Jamah sedikit ya?” pujuk Mak Pah lembut.

Weir menggeleng.

“Beberapa hari Tuan Weir tidak makan. Jamahlah sedikit.”

Weir tetap menggeleng.

Mak Pah meletakkan semula mangkuk bubur di atas dulang. Dia memandang wajah Weir yang cengkung dan tidak bermaya itu. Sinar mata Weir begitu suram.
           
Tangan Weir memeluk bingkai gambar yang sudah pecah. Mak Pah tahu, itu gambar Yuhana. Ikutkan hati Mak Pah, ingin sahaja dia membuang gambar tersebut. Tiada guna dicintai separuh mati pada wanita tidak kenang budi itu.

“Kalau Tuan Weir tidak mahu makan bubur, beritahu saja pada makcik. Makcik akan masak makanan lain.” 

“Saya tiada selera makcik.”

“Mak Pah tak mahu Tuan Weir jatuh sakit. Tengok keadaan Tuan Weir sekarang pun Mak Pah sudah rasa sedih.” 

Weir cuba memalitkan senyuman tetapi senyumannya begitu hambar.

“Makcik tak perlu risaukan saya.”

Weir sudah tidak kisah akan keadaan dirinya lagi. Jika Mak Pah sekeluarga sudah jemu mahu bekerja dengannya, dia tidak kisah. Dia sudah banyak menyusahkan Mak Pah dan suaminya. 

“Tuan Weir sudah seperti anak Mak Pah. Tuan Weir banyak membantu keluarga Mak Pah. Masakan Mak Pah akan membiarkan Tuan Weir sendirian.” Mak Pah tidak mahu menjadi kacang lupakan kulit.

“Terima kasih makcik. Saya mahu tidur sebentar.” Weir meletakkan kepalanya pada bantal.

Mak Pah menhela nafas kecil. Dia berasa agak hampa kerana tidak dapat memujuk majikannya itu menjamah bubur yang dimasak. Mak Pah menatang semula dulang mangkuk bubur itu lalu melangkah keluar.

Sebaik Mak Pah keluar dari biliknya Weir membuka laci meja bersebelahan katil tidurnya itu. Dia mengeluarkan sebotol pil tidur. 

Weir memulas penutup botol pil tersebut. Dia mengambil hampir separuh dari jumlah yang pil yang dibenarkan. Weir menelan semua pil yang berada di dalam tangannya. Air kosong yang sedia ada itu diteguk laju.


ANNA segera bersembunyi sebaik melihat kelibat orang-ornag along yang datang ke rumahnya untuk meminta hutang. Dia masih tidak cukup wang untuk menjelaskan hutang-hutang abangnya dengan along itu. 

Anna segera berpatah balik. Dia tidak jadi untuk pulang ke rumah. Orang-orang along makin giat mencarinya. Di mana pula tidurnya untuk malam ini? Anna resah sendiri. Dia bukan punya teman-teman rapat. Kalau dia menumpang tidur di rumah Mak usunya, wanita itu akan membebel itu dan ini. Telinga Anna sudah cukup pedih dengan sindiran dari Mak Usu.

Anna duduk sendirian termenung di stesen bas. Anna terus duduk di situ sehingga petang berlabuh. Langit kian gelap. Dentuman halilintar mengejutkan Anna. Jantungnya berdengup kencang. Dia pandang kiri dan kanan. Tiada manusia lain selain dirinya. Anna jadi takut. 

Ya, Allah…. jauhi hambaMU ini dari perkara-perkara yang tidak diingin. Anna berdoa dalam hati.

“Cik…”

Ada suara menegurnya dari belakang.

Bila pula ada manusia lain bersama di sini. Hantu ke? Tak mungkin hantu. Anna mengetap bibir sambil memengang erat beg sandangnya.

 Sebelum dia apa-apakan aku, lebih aku yang bertindak dulu. Desis hati kecil Anna.

Anna berpaling dan menghentak orang berada di belakang dia itu dengan beg sandangnya. Anna terus memecut laju sebaik melihat mangsanya tidak bertindak balas. Dia tidak peduli dengan tubuhnya yang sudah dibasahi dengan titisan-titisan air hujan. Keselamatannya lebih utama.


Pada masa yang sama…
Di rumah agam Weir,

“Ya, Allah…” Pak Husin segera memaut tubuh Weir yang sudah terkulai dipenjuru katil. Dia berkali-kali menepuk muka Weir.

Mata Pak Husin terpaku pada botol ubat tidur yang sudah tergolek atas lantai. Mujur saja hati tuanya tergerak untuk melihat keadaan majikannya itu.

“Muiz!” Pak Husin berteriak memanggil nama anak lelakinya. Tubuh Weir sudah diangkat. 

“Ada apa ayah?” Muiz muncul di muka pintu bilik Weir.

“Tolong ayah. Kita bawa Tuan Weir ke hospital segera.”

“Baik ayah.” Muiz terus membantu memapah tubuh Weir.

“Ya, Allah… apa sudah jadi ni?” Mak Pah terus menyoal sebaik melihat suami dan anak memapah Weir yang sudah tidak sedarkan diri itu. 

“Ambilkan kunci kereta Pah. Kita kena segera bawa Tuan Weir ke hospital.” Arah Pak Husin.

Mak Pah segera menurut kata-kata suaminya.

Pak Husin memulas kunci kereta. Jika mereka tiada di rumah agam ini, entah apalah akan terjadi pada Weir. Weir tidak punya sesiapa lagi selain bapa saudara yang tamak haloba itu. Bapa saudaranya itu bukan mengambil peduli perihal Weir. Hidup dengan penuh kemewahan pun belum tentu menjamin kebahagiaan.

“Bang!” Mak Pah menjerit lantang sebaik melihat kelibat manusia melintas di hadapan kereta yang dipandu oleh suaminya.

Pak Husin brek mengejut dan nyaris terbabas di bahu jalan. Dalam keadaan kecemasan begini, mujur sahaja tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Tambahan pula hujan sedang turun dengan lebatnya.

Seorang gadis terduduk di atas jalan raya. Mak Pah menolak pintu kereta dan bergegas memeriksa keadaan gadis itu.

Mak Pah menarik nafas lega kerana tiada sebarang kecederaan pada gadis tersebut. Gadis itu hanya mengalami kejutan.

Pak Husin merapati isterinya. Dia memandang isterinya.

“Kita bawa dia sekali ke hospital.” Ujar Pak Husin. 

Mak Pah mengangguk dan memapah tubuh gadis itu.

11 comments:

  1. Asal cite best je n3 mesti ssecoet
    haihhhhhhh
    len.kali buat 10 coet ekk
    Best ilya..... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... tulah kan.. nanti akk lebih panjangkan dalam bab 3

      Delete
  2. Dear Ilya, baru follow criter ni smlm. Love the story. Please continue ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sob2 terharu sangat... terima kasih sbb sudi follow cerita kita... InsyaAllah akan sambungkan secepatnya dgn pantas :)

      Delete
  3. Akak ilya...cpat la smbung citanya...pnjangkn lah n3...x puas bca...cita best la...nk bca pnjang2 punya...please...

    ReplyDelete
  4. Baru follow citer ni best nya. Nak lagi. Hehe
    -HR-

    ReplyDelete
  5. Dear Ilya

    Kak ita ucapkan tahniah krn setiap buah nukilan Ilya tak pernah menjemukan...

    Tahniah dari kak ita untuk n3 terbaru My Heart...

    Menarikkk

    Good job my dear

    love
    kak itasukri

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete