Tab Menu

Followers

Friday, May 23, 2014

My Heart - Permulaan

WEIR terduduk di atas kerusinya. Dia memicit-micit kepalanya. Apa sudah jadi? Di mana silapnya? Dia tidak boleh menerima yang dia sudah jatuh bankrupt! Siapa yang mengkhianati dia? Hazim? Tidak mungkin Hazim? Hazim sudah dianggap seperti saudaranya sendiri.

Briefcase di letakkan atas sofa. Dia sudah tersandar keletihan. Wajah Yuhana tidak kelihatan. Rumah agam itu kosong dan sunyi-sepi. Barangkali isteri kesayangannya itu keluar ber 'shopping' lagi. Weir mengeluh kecil. 

"Encik Weir mahu air?" tanya pembantu rumahnya.

"Tak perlu makcik."

Pembantu rumah itu berlalu.

Deruman kereta Yuhana memasuk ke halaman rumah. Mata Weir terbelalak melihat Yuhana berpelukan bersama Hazim. Yuhana segera meleraikan pautan pada pinggang Hazim. Dia tidak menduga yang Weir sudah berada di rumah seawal begini.

"Apa semua ini, Yuhana?"

Yuhana mengetap bibir. Matanya dilirikkan pada Hazim. Lebih baik dia berterus-terang kepada Weir.

"I nak you lepaskan I!" pinta Yuhana.

"Why?" Weir inginkan penjelasan. Bukankah Yuhana cinta dan kasih kepadanya?

"Jawapannya mudah. Cinta I dah tiada untuk you." Senangnya Yuhana memberikan jawapan.

Jantungnya bagaikan terkena kejutan elektrik mendengar kata-kata dari bibir mungil Yuhana itu. Sakit dan pedih.

"Hazim..." Matanya berkalih pada rakan kepercayaannya itu.

Hazim melirikkan senyuman sinis di hujung bibir.

Kolar kemeja Hazim direntap kasar oleh Weir.

"Relaks.... you serang I begini pun tidak akan mengubah apa-apa."

"Apa maksud you?"

"I sudah merampas segala-galanya dari you, termasuk isteri you." Hazim berbisik perlahan pada telinga Weir.

Weir membulatkan bola matanya.

"Jadi, semuanya kerja you?"

Hazim ketawa halus.

"Hazim!" Penumbuk hinggap pada muka tampan Hazim.



ANNA meletakkan surat khabar di dada meja. Milo ais yang dipesan hanya diusik separuh. Dia buntu. Ke sana-sini melaram mencari kerja. Hasilnya... zero! Dia perlukan pekerjaan. Tidak kisahlah kerja apa pun janji HALAL!

Telefon Nokia 3310 itu sahaja yang dia ada. Dia tidak mampu memiliki telefon secanggih sekarang. Anna tahu akan tahap kemampuan dirinya. Mesesj dari Nelly terpapar di skrin telefon. Anna menghela nafas kecil. Tidak berminat dia dengan kerja GRO yang Nelly sarankan itu. Dia memang terdesak untuk mencari wang tetpi tidak terlintas di fikiran untuk jadi GRO. Kerja tukang sapu pun dia sanggup.

Apabila melihat lelaki tidak jauh dari mejanya itu menyuapkan nasi ke mulut, Anna menelan air liur berkali-kali. Dia masih tidak menjamah apa-apa sejak dari pagi tadi. Barang dapur di rumah pun sudah habis. Ada abang tidak boleh diharapkan. Ada adik, asyik minta duit. Pening Anna dibuatnya dengan masalah kewangan yang terpaksa ditanggung. Upah menjahit baju, banyak manalah sangat.

Ini tidak boleh jadi, dia mesti dapatkan juga pekerjaan. Kerja pelayan dan cuci pinggan-mangkuk di kedai makan pun jadilah.

Anna berbulat nekad.

*I'm back.... kembali dengan siri baru sbb tiada semangat nak teruskan yang lama dah. hehehe... please... please jangan sesekali ciplak karya penulis anak ikan bilis ni... kalau tidak anda akan disantau.

6 comments: