Tab Menu

Followers

Thursday, May 22, 2014

Queen Control

AKAN DATANG
JULAI 2014






Anggaran muka surat 700+++




Setiap cerita ada kisahnya…
Kisah itu mewarnai kehidupan…

Special intro ...



PUTRI Tasnim membelek-belek kad jemputan yang diberikan oleh Tengku Tyea itu. Makin pelik dia dengan musuhnya yang seorang ini. Tengku Tyea ada memaklumkan ada kejutan buatnya di dalam majlis tersebut. Kejutan apa agaknya? Dia perlu hadir ke majlis itu jika ingin mengetahui kebenarannya. Putri Tasnim mengeluh kecil.

      “Cerita tidak menjadi seronok jika you tidak hadir dalam majlis. I jemput you tahu. Jika you tidak hadir sampai ke tua you akan tertipu. I sekadar mahu you tahu kebenaran.”

      Apa maksud ayat Tengku Tyea itu? Kad jemputan majlis itu dibuka. Mata Putri Tasnim membulat besar melihat nama-nama yang tertera di situ.  Ada nama Tiryaq. Tiryaq Megat Eskandar. Tiryaq Megat Eskandar adalah pengarah TIR Holdings. Mata Putri s tidak salah tengok.
      Mungkin ini yang dikatakan oleh Tengku Tyea. Ianya berkaitan dengan Tiryaq. Jantung Putri Tasnim berdengup kencang. Untuk kesahihan kata-kata Tengku Tyea itu dia harus menghadiri majlis tersebut.
      Miss Tasnim…” Pintu biliknya diketuk perlahan.
      Putri Tasnim segera menyimpan kad jemputan tersebut di dalam laci.
      “Masuklah Cherly.”
      Are you okay?
      I’m okay.”     
      Putri Tasnim menyembunyikan rasa gemuruh di hati. Dia cuba berlagak seperti biasa. Dia tidak mahu Cherly mengesyaki apa-apa kali ini.
      “I risaukan you.”
      I know. Don’t worry… I’m okay.”
      “Jika you rasa tak okay, you baliklah. I akan handle di sini.”
      I’m okay.”."
      Really?
      “Cherly… I bukan wanita yang lemah. I masih mampu menghadapi dugaan.”
      “You nampak pucat sedikit.”
      Maybe make up I dah tanggal.” Putri Tasnim tersenyum.
      Alasan logik di situ.
      Don’t push diri you teruk sangat. Jangan pendam semua problem sendiri.”
      “You nak jadi pakar penasihat nampak?”
      “Adalah sikit. I belajar dari Jericho.”
      Busy dengan problem I, I forget about your wedding. How your preparation?” Putri Tasnim cuba mengubah topic perbualan mereka.
      So far, so good. Semuanya berjalan dengan lancar. You jangan tak datang pula masa wedding I.”
      “I akan datang. Promise!”
      “I pegang pada janji you.”
      “Jika ada masalah pada kewangan you tak perlu segan-segan inform pada I.” Putri Tasnim akan sedia membantu.
      Thanks Miss Tasnim.”
      “Lidah you all kena perbetulkan sikit. I bukan cik lagi tapi sudah jadi puan.”
      Cherly ketawa. Rasa janggal untuk panggil pangkat ‘puan’ di hadapan pula. Dia sudah terbiasa memanggil MissTasnim.
      “Lidah ni dah terbiasalah. I try slow-slow panggil you,  Mrs Tasnim.”
      “Tak sangkakan I dah jadi Mrs?”
      Like Mr and Mrs Smith.”
      Tawa Putri Tasnim dan Cherly bersatu.


MISS Tasnim… bunga untuk you.” Jamie menrjah masuk dengan sejambang bunga ros merah.
            For me?
            Yes, for youlah dear.”
            “Jamie … bukan Miss Tasnim but Mrs Tasnim dah. You lupa yang boss kita ni sudah bertukar status.”
            Oh no! I forgetlah. Lidah dah terbiasa menyebut Miss Tasnim aja. Nah! bunga you.”
            “Siapa pengirimnya?”
            My husband.”
            So sweet.” Jamie pula yang lebih-lebih. “Husband you memang romanticlah.”
            “You nanti cari calon wife yang romantic. Hari-hari you dapat bunga.”  
            Muncung Jamie.
            “Ada ke pompuan nak lelaki yang digelar ‘sotong’ macam I ni?”
            “Ada. Asalkan you keraskan sedikit lenggok tangan lembut you tu.” Cherly siap buat demo lenggok tangannya di hadapan Jamie.
            Putri Tasnim sudah menggeleng kepala. Ada pula yang merajuk makan hati disakat nanti. Jamie tu agak sensitif juga orangnya.
            “You kutuk I.”
            “I bukan mahu mengutuklah. I just nak you ubah sedikit cara you tu. Tak mahu lembut-lembut lagi.” Cherly mendengus. Tak faham betul mamat seorang ini. Sensitif tak bertempat.
            “I tak nak bercakap dengan you!”
            “Jamie … orang merajuk cepat tua.” Putri Tasnim mencelah.
            “I selalu buat masking face. Kulit I masih licin dan tak berkedut.”
            Amboi, mengalahkan orang perempuan mamat seornag ini.
            “Kalau you jadi lelaki keras lagi ramai girl tergedik-gedik dekat you. Tapi you kena buat choice yang terbaik. Jangan sampai dapat yang materealistik pula.”
            Ada benarnya kata Putri Tasnim itu. Sesetengah wanita itu memandang pada harta benda dan rupa paras. Sukar untuk mencari yang menerima seadanya pada seseorang itu.
            Mrs Tasnim… I rasa nak hug you!”
      “Jamie!”
      Cherly sudah menarik kolar baju Jamie dari terus merapati Putri Tasnim. Putri Tasnim menggeleng lagi. Putri Tasnim bercadang mahu bertemu dengan papanya.
     

“PAPA…” Putri Tasnim meluru dan memeluk papanya. Dia datang menemui papanya di rumah. Pedulikan pada ibu tirinya itu. Dia hanya mahu meluah rasa pada papa. Puan Hanni memang memandang tidak senang hati melihat perhubungan ayah dan anak itu semakin rapat. Suaminya pula sudah semakin dingin. Kemahuannya juga tidak lagi dituruti. Suaminya itu sudah membeku kad kredit yang digunakan.
            What wrong Tasnim? Tasnim nampak sedih sangat. Tasnim bergaduh dengan Tiryaq?” Encik Johari mengajak Putri Tasnim berbual di luar. Dia tidak mahu perbualan mereka didengari oleh isterinya itu.
            “Tasnim tak bergaduh dengan Tiryaq?”
            “Apa yang berlaku?”
            Putri Tasnim menunduk.
            “Tasnim tahu Tasnim anak yang degil. Tasnim banyak menyakitkan hati papa. Mungkin ini balasan perbuatan Tasnim pada papa.”
            Encik Johari tidak pernah membenci anaknya. Walau apa cara sekalipun dia sentiasa mencari peluang untuk merapatkan jurang antara mereka.
            “Cuba cerita pada papa apa yang berlaku?”
            “Papa… Tasnim minta maaf pada papa. Tasnim tak tahu macam mana mahu mulakan. Tasnim tahu papa mesti akan kecewa dengan Tasnim.”
            Encik Johari memengang tangan anaknya.
            “Tasnim takut papa marah. Tasnim… jika papa marah, marah pada tu kerana papa sayangkan Tasnim.”
            “Hal pernikahan Tasnim dengan Tiryaq….”
            Putri Tasnim tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia pandang wajah papanya lama.
            “Jika Tasnim belum bersedia bercerita pada papa, Tasnim boleh ambil masa lagi. Papa tidak mahu memaksa Tasnim. Tapi ingat yang papa sentiasa menyokong Tasnim.”
            “Terima kasih papa.”
            Putri Tasnim memeluk papanya. Bertahun dia merajuk hati dengan papa dulu sampai rumah ini tidak mahu dijejaki. Putri Tasnim tidak puas hati dengan perkahwinan papa. Baginya Puan Hanni tidak dapat menggantikan tempat arwah mamanya. Wanita itu materealistik. Dia hanya pandang pada harta yang papa ada. Enjoy sana sini dengan duit papa. Makan minum papa diuruskan dengan orang gaji. Wanita itu hanya duduk goyang kaki.
            “Papa rasa menyesal… menyesal kerana menyebabkan Tasnim tidak bahagia dengan kehadiran mama tiri kamu. Tapi papa bersyukur kerana Tasnim dipertemukan dengan lelaki sebaik Tiryaq.”
            “Papa…”
            “Papa yakin Tiryaq akan membahagiakan anak papa yang ayu ini. Tiryaq sudah berjanji dengan papa yang dia akan menjaga Tasnim baik-baik.” Encik Johari tidak membongkar identiti Tiryaq kepada Putri Tasnim. Tiryaq sendiri akan
menjelaskan semuanya kepada Putri Tasnim. Dan dia masih tenang berita yang disampaikan oleh Datin Khalida tentang pernikahan Putri Tasnim. Mungkin dia akan lebih kecewa jika berita tidak diketahui lebih awal. Tiryaq lebih dahulu bertemu dan menceritakan semua kepada dia. 
            “Papa… Tasnim memang marahkan papa. Tasnim tidak rela papa nikahkan Tasnim dengan Tiryaq. Awalnya Tasnim mahu Tiryaq ceraikan Tasnim tapi…”
            “Lama-lama Tasnim sayangkan Tiryaq bukan?” Encik Johari pantas mencelah.
            Putri Tasnim terdiam. Papanya seperti tidak terkejut dengan kejujuran yang dia sampaikan.
            “Kawan Tasnim yang kepoh tu, Khalida namanya kan? Dia ada menemui papa lagi. Dia beritahu pada papa yang Tasnim kena tangkap basah bersama Tiryaq. Papa cakap papa memang sudah tahu kerana papa yang menikahkan anak papa ni.”
            Putri Tasnim tersenyum. Datin Khalida tu berfikiran sempit juga. Mana boleh menikah tanpa wali jika walinya masih hidup melainkan dia dan Tiryaq berada di luar negara.
            “Papa mesti kecewa pada Tasnim kerana hal tu?”
            “Tasnim… kecewa tu ada tetapi papa yakin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Papa harap Tasnim dapat memaafkan Tiryaq.”
            Maafkan Tiryaq? Ah, salahnya juga kerana baik hati membantu orang yang tidak dikenali itu. Sudahnya dia terpaksa bernikah tanpa rela. Dalam benci terbit rasa sayang dan cinta untuk lelaki itu.
            “Anak sudah menconteng arang pada muka pun masih boleh you maafkan.” Puan Hanni memasang telinga dalam dia. Dia keluar tempat persembunyiannya. Dia jeling Putri Tasnim dengan pandangan meluat.
            “Jangan masuk campur, Hanni?”
            “Kenapa pula? Dia anak tiri I. I perlu ambil tahu tambahan pula dengan perkara yang bakal memalukan I kelak.”
            Puan Hanni menyilangkan tangan.
            “Hanni…”
            Putri Tasnim mencium tangan Encik Johari. Lebih baik dia pulang agar amarahnya tidak menguasai diri. Lagak Puan Hanni sudah cukup menyakitkan hati Putri Tasnim.
            “Papa…. Tasnim minta diri dulu.”
            “Baiklah. Bawa kereta tu elok-elok.” Sempat Encik Johari berpesan. Dia takut jika dalam keadaan Putri Tasnim stress, anaknya itu akan membawa kereta lebih laju. Nyawa tiada galang gantinya.
 

2 comments:

  1. tahniah kak buku QC bakal terbit...
    apa pun saya sentiasa menyokong semua karya akak...
    semoga sentiasa success...x sabar nak peluk QC...dah rindu sangat...

    ReplyDelete
  2. lama teman wait hehehe

    ReplyDelete