Tab Menu

Followers

Sunday, July 27, 2014

Coke and Sundae Raya - 2

Syakir membuka mesej pada telefon bimbitnya.

Jangan lupa beli pulut panggang. - your darling Azyan.

Lebar senyuman di bibir Syakir. Isterinya kemain lagi. Sudah pandai romantik-romantik.  Satu perkembangan yang baik.

Syakir singgah bazar ramadan yang berdekatan mencari kuih pesanan untuk si isteri tercinta/ Kecoh betul Azyan mahukan kuih terbabit. Macam orang mengindam pula. Entah-entah ada isi lagi? Manalah tahu? 

Ameerul pun sudah darjah dua. Si kembar pula sudah nak masuk usia 2 tahun. Ketiga-tiganya hero Azyan. Kalau ada seorang heroin pun dah molek sangat.

"Dik , kuih ni berapaya?"
"Satu ringgit dua pcs bang."

Dua seringgit. Besar sikit kuih tu dari ibu jari telunjuk dia. Dia kejar masa. Beli sajalah.

"Bagi abang lima ringit."
Syakir mengeluarkan not wang warna hijau dari dompet.

"Terima kasih bang."
"Sama-sama"

Apa lagi yang dia ingin cari di bazar ramadan. Minuman atau makan lain, memang jauh sekalilah. Pelbagai hidangan pasti sudah sajikan di rumah emaknya nanti. Kalau dua orang wanita kesayangan itu ke dapur, faham-faham sajalah.

Syakir merapati keretanya.

"Doktor Syakir, kita bertemu lagi." Suara yang sama menegur.

Syakir menghela nafas kecil. Dia cuba sedaya-upaya untuk tersenyum.

"Kebetulan pula Puan Nafisah."
"Itulah, macam ada jodoh pula."

Nak termuntah pula dengar suara lenggok manja Nafisah. 
"Cari apa di bazar? Wife tak masak ke?"
"Taklah.... saya beli cuma cari kuih kegemaran isteri saya."
"Oohhh..."
"Okay Puan Nafisah, saya minta diri dulu.Saya nak bekejar balik ke rumah ni."
"Bye-bye."

*******************************

"Buat susah-susah saja Yan...."
"Susah apanya mak, sikit je ni." Azyan tersenyum.
Dia memandang Adib dan Aqil yanng sudah tidur di ruang tamu beralaskan tilam.

"Meerul tolong ibu buat kuih tau, nenek."
"Rajinnya Meerul..."

Senang hati Ameerul apabila dipuji oleh neneknya.

"Tolong makan..." Azyan menjeling anak terunanya dnegan ekor mata.

Puan Mahani ketawa kecil. Ameerul puasa separuh hari la tu.

"Raya tahun ni boleh merasa rendang ayam Yan."
Terjongket kening Azyan.
"Mak.. Yan boleh tamat pengajian lagi bab rendang-rendang ni. Takut kurang umph je."
"Ala... bukan selalu. Kurang umph sikit je."

"Kalau begitu, Yan on jelah."

Azyan dan Puan Mahani beriringan menuju ke daput. Ameerul membuntuti dari belakang. Teman untuk bermain sedang tidur. Anak jiran sebelah neneknya, Ameerul memang anti.

"Jadi tak Syakir berbuka puasa sekali di sini?"
"Jadi mak. Abang Syakir dah hantar sms tadi."
"Baguslah, lama tidak makan sekeluarga."
"Syamil mana mak?"
"Syamil keluar tukar baju melayu yang dibeli semalam"
"Salah saiz ke?"
"Saiz betul tapi seluarnya singkat." 

Syamil tu tingginya macam galah. Kalah Syakir. Dulu kemetot je orangnya.

"Ayah kamu, apa khabar Yan?"
"Alhamdulillah... ayah sihat. Raya tahun ni emua pakat balik sekali. "
"Elok sangatlah.... tak sunyi ayah kamu tu. Dulu ada Abang Zuan kamu, ada juga temannya. Abang Zuan kamu pun dah berkahwin."

Emelda pun sedang sarat anak sulung. Tunggu masa nak bersalin. Abangnya Anuar pula belum ada tanda-tanda nak tambah ahli lagi.

"Mujurlah Yan ni dekat. Boleh beraya kedua-dua rumah sekali."
"Baju raya cucu-cucu mak dah siap jahit. Nanti Meerul boleh try."

Puan Mahani mengusap-usap rambut Ameerul.

"Warna apa nek?" Tanya laju.
"Warna hijau macam Meerul nak."
"Bestnya... kalau ayah mesti warna biru je... "

Puan Mahani ketawa kecil.

"Ayah kamu tu memang suka sangat warna biru. Kalau tiada warna biru merenggek dia tunjuk perasaan."
"Tak kisah nak biru mak, tapi tukar warnalah sekali setahun. Dia ingat team boria apa..." Komen Azyan.
"Mak dah pesan, masuk telinga kiri keluar telinga kanan."

Tangan Puan Mahani ligat menyusun puding roti ke dalam piring. Pencuci mulut untuk berbuka puasa nanti.

"Assalmualaikum..."
Suara garau memberi salam diluar.
"Waalaikumusalam... " Puan Mahani menyahut. Anak bongsu susah baliklah tu. 

Syamil melangkah masuk dengan senyuman. Kakak iparnya sudah sampai di rumah. Tengok warna Myvi Azyan saja dia sudah tahu.

Ameerul turun dari kerusi meluru menyambut pak usunya.

4 comments: