Tab Menu

Followers

Tuesday, September 23, 2014

Cerpen: DARAH



“AKU dengar citer dalam bangunan ni pernah diduduki seorang pembunuh bersiri. Aku dengar lagi yang roh pembunuh bersiri tu ada di sini. Orang yang lalu-lalang berdekatan bangunan ni selalu nampak kelibat pembunuh tu.” Beria-ia Harry bercerita.
            Yaya, Muiz, Hanna, Lian, Ian dan Ery hanya mendengar. Lian dan Ian kembar sepasang. Mereka tidak ambil serius dengan cerita bodoh Harry itu. Bagi mereka orang sudah mati mana boleh bangkit balik. Dah mati, mati la.
            “Pembunuh bersiri mati ditembak polis kat sini. Tiada sesiapa berani duduk di bangunan ni lagi sebab mereka nampak hantu.” Harry membawa ke enam-enam kawan masuk ke dalam satu bilik kosong. Bilik itu sudah bersawang sana-sini dan baunya kurang menyenangkan.

            “Wei, kita nak main di sini ke?” soal Ian.
            “Eeee…. aku tak naklah main benda mengarut tu!” desis Yaya. Kalau bukan Ery yang paksa dia datang, kirim salamlah dia nak ikut mereka.
            “Come onlah babe. Kita cuma nak test hantu keluar ke tak? Tapi aku rasa tak jamin keluarlah!” Ery memeluk leher Yaya, buah hatinya itu.
            “Kalau keluar betul-betul?”
            “Kita lari! Hantu mana makan orang.” Sahut Muiz. Mereka ketawa kecuali Yaya. Mukanya sudah berubah lain macam.
            “Kau cakap besar ya, Muiz. Sekali muncul depan kau baru tahu!” Harry bercekak pinggang.
            “Kalau muncul depan aku… aku penampor muka dia! Hahaha…” Muiz menghamburkan tawa. Tawanya disambut oleh Lian dan Ery.
            Ian dan Hanna gelengkan kepala.
            “Cepatlah. Kata nak main!” rengus Lian. Dia sudah tak sabar mahu menyeru hantu depan mata.
            “Kejap aku bentang kertas.” Ery mengeluarkan kertas “Oujia” yang berlipat-lipat dari kocek seluar jeans lusuhnya itu.
            Dia bentangkan atas lantai. Sementara Hanna memasang beberapa batang lilin yang dibawa.
            “Mana duitnya?” pinta Ian.
            “Muiz…” Ery menadah tangan.
            “Nah!”                          
            Duit syiling lama di letakkan atas kertas yang sudah siap tersusun dengan tulisan A-Z, nombor 0-9 ‘Yes’ or ‘No’, ‘Home’ dan ‘Good Bye’ dan Ketujuh-tujuh anak muda itu membuat satu bulatan mengeliling kertas terbabit.
            “Betul ke hantu keluar bila kita main benda ni?”
            “Aku selalu tengok kat TV yang game ni untuk ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan orang sudah mati. Roh yang datang tu selalunya roh orang mati kena bunuh.” jelas Lian.
            Yaya sudah mula seram sejuk.
            “Aku nak tarik diri!” Harry bingkas bangun namun ditarik semula oleh Ery.
            “Kau ni pengecutlah.” marah Ery.
            “Syirik main benda ni semua!”
            Ery ketawa.
            “Sejak bila jadi alim ni? Kau tu solat 5 waktu tak lepas.” sindir Ery.
            “Dosa aku, aku tanggung ngok!” cebik Harry.
            “Dah-dah. Kalau bertekak sampai sok pagi pun tak abis!” Hanna meleraikan keadaan. Harry dan Ery ni kalau dah bergaduh macam anjing dengan kucing.
            “Letak jari telujuk macam aku buat ni!” arah Lian.
            Mereka menurut.
            “Rules yang harus korang patuhi, jangan sesiapa berani angkat jari sebelum permainan ini tamat.” sambung Lian.
            Masing-masing mengangguk.
            “Paham!”
            Lian menjadi ketuanya. “ Sprit of the coin, please come to the game.” seru Lian.
            Mereka mula mengerakkan duit syiling lama itu. Tiada nampak apa-apa perubahan pun. Ery dan Muiz mulai bosan. Asyik pusing sana-sini aje. Mana hantunya.? Tak muncul-muncul pun depan mata. Game ni cuma kelentong aje kot.
            Api lilin terpadam. Suasana gamat seketika. Yaya dan Hanna sudah menjerit. Mereka serentak mengangkat jari masing-masing. Ery menyalakan lighternya. Begitu juga dengan Muiz
 dan Ian. Yaya ketap bibir.
            “Baby… you kata dah stop!”
            “Dalam keadaan macam ni ko nak bising-bising.” marah Hanna.
            “Lain tahun aku stop.” balas Ery.
            Harry sudah memeluk Ian. Nak terkencing dalam seluar ni. Dia menangkap bunyi derapan tapak kasut.
            “Woi, korang dengar tak apa yang aku dengar?” suara Harry separuh berbisik.
            “Dengar apa?” Ery yang sentiasa tunjuk berani itu bertanya.
            “Shhh…” Ian meletakkan jari telunjuk pada bibir.
            Masing-masing pasang telinga. Bunyi derapan tapak kasut itu semakin hampir.
            “Cabut!” pekik Muiz.
            Mereka cabut lari.
                                          

Berderau darah Harry. Nafas tercungap-cungap. Gila? Ini kerja gila yang pertama kali dia buat. Dia tak sepatutnya ajak mereka ke bangunan puaka tu. Taubat dia nak main lagi.
            “Aku rasa ngarut aje game tu?” Mulut celupar Ery bersuara. Excited nak jumpa hantu punya pasal, dia join sekaki. Buang karan! Lebih baik lepak berasramadana dengan Yaya.
            “Aku pun.” Muiz menyokong. Selama ni dia dengar yang game tu berhantu. Apa pun tak der. Budak-budak sekolah dulu suka main game ni di asrama sampai ada yang kena rasuk dan histeria.
            “Kita test lain kali.” ujar Lian.
“Aku dah tak nak main game tu?” Harry menolak. Dia memakai topi keledar dan memecut motorsikalnya laju.
“Penakut budak Harry tu? Harap muka saja hensem.” gelak Ian.
“Malam ni nak tidur rumah sewa I tak, babe?” Ery senyum nakal.
Yaya sudah naik membonceng di belakang.
“Baby… I nak balik rumah I.” Tak kuasa dia nak tidur di rumah bau longkang Ery. Baik tidur rumah sendiri.
Harry sudah lesap depan mata mereka. Lian naik bersama kembarnya Ian. Muiz bersama teman wanitanya Hanna.
“Kita rempit malam ni?” Ajak Muiz.
“Korang rempitlah. Aku nak terus balik.” Ian tidak mahu join sekaki. Tak naklah dia mati katak kat jalan raya.
            Ian dan Lian berlalu. Muiz pandang Ery.
            “Tunggu apa lagi!”
Tujuh remaja itu sudah meninggalkan bangunan puaka. Satu kelibat manusia muncul di balik cermin dengan mata yang merah menyala.
           
Sebaik sampai di rumah bujangnya, Harry terus meloncat atas katil berselimut. Teman-teman serumah juga naik hairan melihat wajah pucat Harry. Mereka tak ambil endah. Siapa suruh keluar lewat-lewat malam. Tubuh Harry menggeletar. Apa yang dia nampak, rakan-rakan lain tak nampak. Benda tu ada di balakang Ery tadi. Game tu tak tipu.

***********************************

ERY menanggalkan jaket kulitnya. Malam ni stay alone. Yaya pula tak nak teman. Dia anak jantan nak takut apa. Budak satu sewa tak der. Dia duduk berdua aje dengan salah seorang rakan sekelasnya. Malas nak menyewa ramai-ramai sangat. Pasal duit no hal. Papa dan Mama orang kaya. Minta saja kasi. Mudah bukan?
            Ery bersandar pada sofa. Dia kerling jam dinding. Pukul 3.00 pagi. Esok ada kelas tapi dia mahu ponteng. Badan penatlah. Otak tak berfungsi pun nak menghadap kuliah. Tak lulus pun dia masih boleh bekerja dengan papa.
            Prang! Ery dengar bunyi gelas jatuh atas lantai. Dia malas nak angkat punggung menjenguk dapur. Lantaklah. Esok saja dia bersihkan. Ini mesti kucing jiran sebelah yang mencuri masuk.
            Ery masuk bilik. Baik tidur buat taik mata. Dia tanggalkan baju t-shirtnya lalu berbaring di atas tilam. Tiada yang menarik aktiviti yang dilakukan malam ini. Main game hantu pun separuh jalan. Baru lilin terpadam dan bunyi orang berjalan rakan-rakannya sudah gelabah cabut lari. Dia tak pernah nampak hantu jadi teringin dia nak menengok hantu. Ada ke hantu tu seperti yang ditayang dalam TV ke? Baru sedap baring-baring telefon bimbitnya berbunyi.
“Helo …”
“Malaun betul ko. Tipon masa aku nak tido!” marah Ery.
“Sori bro. Hahahaha… menjadi tak jadi aku punya keseraman?”
“Puii! Setakat bunyi tapak kasut ko kata seram. Ko patut buat lagi seram.”
“Itu pun aku tengok rakan-rakan ko dah cabut lari. Penakut betullah.”
“Hahahaha… orang percaya ada hantu memang kecut.”
Dia yang minta rakannya itu menakut-nakutkan gengnya tadi.
“Tak sempat si Lydia nak kuar jadi hantu. Penat dia make up bagai.”
“Tak per. Dia orang kata nak main game tu lagi. Ko buat lagi gempak tau.”
“Orait, boss!”
Ery meletakkan telefon. Seronok tengok wajah cuak rakan-rakannya tadi.
            Tok! tok! tok!
            Ery terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Siapa pula? Masakan budak Agus itu
sudah balik. Pelik pula. Tiada bunyi enjin motorsikal besar Agus. Ery bangun. Dia pulas
tombol pintu. Tiada sesiapa. Suasana hening dan sepi. Lampu terpadam.
            Shit! Sial! Bayar elektrik bulan-bulan pun servis macam cikai. Meraba Ery cari lampu suluh. Nasib baik dapat jumpa. Dia pasang lilin. Hari ni sudahlah panas. Tidur tidak berair-cond pula. Kipas dengan paperlah jawabnya. Mulut Ery tak henti-henti membebel. Kalau kerap berulang macam ni, dia akan cari rumah sewa baru.
            Tak lama kemudian letrik okey balik. Lampu terpasang semula. Ery tarik nafas lega. Kus! Semangat! Ery mengurut dada. Sekejap saja, kemudian lampu terpadam semula. Ery mula mencarut bagai. Dia pasang lampu suluh dan dia nampak sepasang mata merah.
            “Kau?”
            Benda tu pantas menerkam ke arahnya.
           
*******************************************

ESOK paginya, Yaya jatuh pengsan melihat mayat Ery dirobek kat perut atas katil. Darah merata-rata tempat. Ngeri! Hanna muntah segala isi dalam perut. Harry ketar lutut. Sahih! Hantu pembunuh bersiri sudah bunuh Ery. Lian telefon polis. Sampai di rumah sewa Ery, mereka lihat pintu tidak berkunci. Yaya panggil-panggil Ery. Yaya lihat ada darah mengalir dari bilik Ery. Dia tak sedap hati. Dia panggil Harry. Harry pulas tombol pintu. Ery sudah terbaring kaku atas katilnya.
            Hanna memeluk erat tubuh Yaya. Tersedu-sedu Yaya menangis melihat buah hatinya mati ngeri begitu. Mama Ery meraung-raung dalam pangkuan papa Ery. Anak hanya ada seorang. Harry kata kerja hantu. Mereka dah seru hantu pembunuh bersiri tu.  Pihak polis pun tak percaya kata-kata dia.  Muiz dan Ian masih steady. Mereka tak syak ini kerja hantu. Malam tadi tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku pun selain api lilin terpadam dan bunyi derapan tapak kasut orang berjalan.   
            “Aku tak tipu geng. Aku nampak benda tu belakang Ery malam tu.” Harry bersungguh-sungguh.
            Muiz sekeh kepala Harry. Kawannya itu merapu benda yang tak dek akallah. Selama dia hidup, tak pernah dia dengar hantu bunuh orang. Orang yang bunuh orang ada.
            “Kami tak nampak apa-apa pun.”
            “Aku nampak geng. Mata aku tak silap.”
            “Mata ko tak silap, yang silap cermin mata ko tu!” Muiz tenyeh dahi Harry dengan jari
telujuk.
            Harry garu kepala. Tapi dia yakin yang dia nampak benda tu. Mata merah.
            “Udahlah gaduh tu. Korang tak tengok Yaya sedang sedih ni.” tengking Hanna.
            “Ko dah contact Lian?” Muiz halakan pandangan mata pada Ian adik kembar Lian.
            “Kakak aku dekat kolej. Ko pun tahu dia mana ponteng kelas macam kita.”
            “Ko bagi tau kat dia nanti.”
            Ian angguk.
            Mayat Ery diangkat masuk ke ambulans untuk di bawa ke hospital bagi proses bedah siasat. Kedua-dua orang tua Ery mengikut polis.
            “Ada ke manusia robek perut macam tu?” Harry yang tadi senyap bersuara lagi.
            “Tentulah ada. Orang gila yang akan buat macam tu.” Muiz makin geram dengan Harry. Tak habis-habis dengan cerita tak logiknya itu.
            Harry ketap bibir. Dia percaya yang Ery mati dibunuh oleh makhluk lain. Bukan manusia yang bunuh Ery.
           
           
“Thanks bagi tau.” Lian menutup telefon.
            “Apa kes ni. Muka cuak semacam.” tegur Lydia.
            “Ery mati.”
            “What?”
            “You jangan bergurau?”
            “Tak percaya you ikut I.”
            Lydia menuruti langkah Lian. Dia sempat menghantar mesej pada Mat Pit. Siang semalam elok-elok mereka borak plan kenakan geng Ery. Hari ini Ery mati. Macam tak percaya pun ada. Siapa pula yang bunuh Ery?


Mereka bertemu di tempat biasa. Yaya masih tidak habis-habis lagi dengan sendunya. Naik rimas pula Muiz melihatnya. Hanna pun sudah letih memujuk Yaya. Orang sudah mati, nak buat macam mana lagi. Bukannya boleh dihidupkan semula. Patah hilang, tumbuh berganti. Yaya boleh cari boyfriend baru.
            “I macam tak percaya Ery dah mati.”  Lydia jadi tak sedap hati mendengar cerita dari rakan-rakannya itu.
            “Korang ada tahu tak Ery ni bermusuh dengan siapa?” tanya Muiz.
            Semua jungkit bahu.
            “Mana Mat Pit?”
            Harry sedari yang grup mereka tidak cukup lagi seorang.
            “Mat Pit demam. Aku ada call dia tadi.” Lydia menjawab.
            “Entah-entah salah seorang dari kita dirasuk dan bunuh Ery.” Hantu kan boleh rasuk orang.
            Muiz sekeh kepala Harry. Harry masih lagi membuat andaian mengarutnya.
            “Boleh jadi juga.” Lian seakan sependapat dengan Harry. Mereka main ‘benda’ tu pun separuh jalan.
            “Tak mungkin.” Muiz geleng kepala. Dia bukan jenis percaya cerita karut-marut ni. Polis sudah klafikasikan sebagai kes bunuh.
            “Kalau salah seorang dari kita yang bunuh Ery, apa motifnya?” Ian pula menyoal.
            “Aku dah cakapkan motif tu tiada tapi kena rasuk dengan hantu pembunuh di bangunan tu.” Harry masih mempertahankan firasatnya.
            “Aku dah cakap takder hantu. Ko ni masih nak sebut tentang firasat tu, apa hal.” Muiz menarik kolar t-shirt Harry. “malam ni kita cari hantu pembunuh tu di sana. Ada berani? Aku nak tengok sangat hantu tu wujud atau tidak?”
            Harry menelan air liur.

***********************************************

 “MANA Muiz ni? Dia yang suruh datang tapi batang hidungnya langsung tidak nampak. Ian merungut-rungut sendirian.
            Orang lain semua sudah sampai termasuklah si pengecut, Harry tu. Jenuh Hanna dan Mat Pit heret Harry ke sini semula.
            “Kau dah try call handphone dia?” soal Lian pada Ian.
            “Dah, tapi tak angkat. Buat habiskan kredit aku je.”
            “Esh, mana pulak dia pergi.” Lian menyilangkan tangan.
            “Kita masuk dululah. kiat tunggu kat dalam bangunan tu dalam 5 minit. Kalau dia tak sampai jugak, kita teruskan permainan tanpa dia.” Ian yakin Muiz tidak akan datang. Muiz bukan jenis yang suka lewat begini. Selalunya dia orang yang paling awal sampai.


Mayat Muiz tergantung di kipas siling. Lidah Muiz terjelir. Darah menitik-nitik dari perut Muiz yang hampir terburai itu. Hanna dan Yaya tidak dapat menahan mual melihat keadaan Muiz. Segala isi dalam perut diluahkan.
            “Aku dah cakap…” Harry menggeletar seluruh tubuh. “kita dah seru roh pembunuh tu.”
            “Shut up, Harry!” Marah Ian.
            Dia tidak percaya Muiz dibunuh oleh hantu. Mana ada hantu bunuh orang? Kalau hantu bunuh mesti sudah masuk berita dan surat khabar. Cerita hantu ni banyak yang karut!
            “Aku nak balik!” ujar Yaya. Bulu roma sudah meremang. “Aku nak balik!” ulangnya lagi.
            “Kalau kau nak balik, kau baliklah sorang!” tengking Ian. Dia mesti cari dalang disebalik pembunuhan Muiz. Orang itu pastinya berada di dalam bangunan ini.
            “Kalau kau nak mati, kau matilah sorang, mari Yaya.” Harry memaut lengan Yaya. Yaya menurut langkah Harry.
            “Siapa nak ikut aku?”
            “Jangan cari nahaslah Ian. Aku rasa ada betulnya cakap Harry tu?” Lian juga berasa takut.
            “Karutlah. Kalau betul ada hantu? mana hantu tu?” Ian mendepangkan tangan.
            “Kau ni cakap besarlah Ian.” Hanna mula tidak menyenangi Ian.
            “Oit, hantu! keluarlah!” pekik Ian.
            Lian membuntangkan bola mata. Ian sudah gila agaknya.    
            “Kalau nak mati, kau matilah sorang. Kakak tak kuasa lagi nak bertekak dengan orang yang degil macam kau.” Lian berlalu diikuti Hanna dan Mat Pit.
            Ian tersengih. Bodoh. Kakaknya pun bodoh kerana takut tak bertempat.
            “Woi, hantu! Kalau berani muncullah depan aku!” suara Ian bergema. Ian terasa bahunya dicuit. Sebaik menoleh, dia hanya mampu membeliakkan anak matanya tanpa suara jeritan.
           
************************************

Lian melekapkan telefon bimbit ke telinga. Sebarang panggilan langsung tidak dapat disambungkan. Pelik?
            Masakan tiada line dalam kawasan bangunan ini. Lian nekad untuk keluar dari situ mencari balai polis berdekatan.
“Lian! takkan kau sampai hati nak tinggalkan Ian sendirian. Kau tak risau ke apa-apa berlaku pada dia?” Hanna menarik tangan Lian.  
            “Dia sudah besar, dia pandai jaga diri!” desis Lian seraya menarik pintu keretanya.
            “Lian… dia adik kau.”
            Lian merengus kecil.
            “Aku nak pergi balai polis buat laporan. Kau nak biarkan mayat Muiz tergantung macam tu?”
            “Aku tinggal sini dengan Mat Pit. Apa-apa nanti aku contact kau.”
            Lian mengangguk.
            “Hati-hati…” pesan Lian. Dia pun sudah mula tidak sedap hati.
            Kereta milik Lian bergerak meninggalkan pengarangan kawasan banggunan usang itu. Hanna dan Mat Pit saling berpandangan. 
            “Cuba contact Harry dan Yaya. Mereka ada di mana? Motorsikal Harry ada di sini?” arah Hanna.
            Mat Pit cuba berkali-kali. Panggilan tetap tidak dapat disambungkan.
            “Kita cari mereka di dalam. Lepas tu kita cari Ian pula.”
            “Okay.” Mat pit menurut sahaja.
           
********************************************

Pusing-pusing tempat ini semula. penat Harry dan Yaya naik turun anak tangga. Yaya sudah keletihan. Nafasnya tercungap-cungap. Harry bercekak pinggang. Jelas rasa cemas pada raut wajah Harry itu.
            Bunyi seakan barang diseret pada lantai mengejutkan Harry dan Yaya. Yaya memeluk lengan Harry erat.
            “Shhh…” Harry meletakkan jari telunjuknya pada hujung bibir. Perlahan-lahan dia mengintai di balik pintu. Tiada sesiapa. Peluh dingin sudah memenuhi segenap ruang dahi licin Harry.
            “Siapa?”
            “Aku tak tahu. Kita mesti cari jalan keluar.”
            “Aku takutlah Harry…”
            “Jangan takut, aku ada.”

**********************************************

“Harry! Yaya!” pekik Hanna dan Mat Pit serentak. Tiada sahutan. Mereka memijak ke tingkat tiga. Suasana semakin sunyi sepi. Lolongan bunyi anjing jelas kedengaran. Spontan Hanna memeluk tubuh.
            “Aku rasa baik kita kita ikut Lian tadi.”
            “Kau sampai hati ke nak tinggalkan Yaya, Ian dan Harry. Mereka tu kawan-kawan kita. Jangan masa senang ingat, masa susah dilupakan.”
            “Aku makin tak sedap hatilah beb. Aku rasa apa yang Harry kata tukan betul. Kau tengok pada mayat Ery dan Muiz. Itu bukan kerja manusia beb!” Mat Pit menyatakan kegusaran di hati.
            “Kau ingat, aku tak rasa macam kau.”
            “Tahu pun kau. Tapi aku belum pernah jumpa hantu depan mata lagi.”
            Hanna menampar-nampar mulut celupar Mat Pit.
            “Cabul betul mulut kau.” marahnya.
            “Sori beb. Tapi serius, aku tak pernah jumpa hantu face to face.” Mat Pit menggaru kepala yang tidak gatal.
            Tiba-tiba Hanna mengundur setapak demi setapak ke belakang. Dia menundingkan jari ke arah belakang Mat Pit. Dahi Mat Pit berkerut dengan reaksi pucat Hanna.
            “Sekarang kau akan jumpa face to face dengan dia” Ada suara di belakang Mat Pit. Mat Pit memalingkan tubuhnya.
            Belum sempat Mat Pit mengeluarkan suara, lembaga bermata merah itu terus menerkam Mat pit dengan ganas. Perut Mat Pit dirobekkan dengan pisau ditangannya.
            Hanna menjerit lantang dengan menekup muka.

**************************************************

“Itu suara Hanna?”
            “Harry…”
“Kita cari dari mana arah suara tu?”
“Jangan Harry…”
“Yaya… Hanna kawan kita. Kita kena tolong dia.”
Yaya membisu dan mengikut langkah Harry. Lampu suluh terus dihalakan pada laluan jalan mereka.
            Harry dan Yaya behenti melangkah sebaik melihat lembaga manusia yang berdiri di hadapan mereka. Dari susuk lembaga manusia seperti Hanna.
            “Hanna….” Harry memanggil.
            Hanna masih terpaku berdiri.
            “Hanna!” Panggilnya lagi.
            Apabila melihat darah terpacut dari perut Hanna, Harry tidak menunggu lama. Dia menarik pergelangan tangan Yaya dan berlari dari tempat tersebut.
            Ngilaian tawa lembaga itu memenuhi segenap ruang bangunan lama itu. Harry dan Yaya menekup telinga mereka. Harry yakin Hanna, Mat Pit, Lian dan Ian sudah mati.

***********************************************
“Harry… aku takut.” Air mata Yaya sudah merembes.
            “Kita mesti keluar dari tempat celaka ini!” nekad Harry. Dia terus-menerus menarik tangan Yaya. Dia tidak mahu mati di sini!
            Langkah Harry terhenti. Yaya berlaga pada tubuh Harry. Harry memandang sekelilingnya. Mereka berada di bilik tempat mayat Muiz ditemui. Mayat Muiz masih berada di situ.
            “Harryyy…”
            “Mari…” Harry menarik tangan Yaya. Kali ini Harry menggunakan tangga belakang.
            Celaka. Dia tidak patut diheret ke tempat puaka ini. Sudah dikatakan berhantu mereka masih tidak percaya. Ini natijahnya. Mereka perlu membayar dengan darah.
            Harry berganjak ke belakang sebaik terlihat bayangan lembaga di bawah tangga. Dia menarik Yaya masuk ke dalam bilik sampah itu. Sebaik dirasakan keadaan selamat mereka keluar dari tempat persembunyian.
            Namun Yaya sudah tidak berada di belakang Harry lagi. Yaya sudah tiada dalam pegangan Harry.
            “Yaya!”
            “Harry! Harry, tolong aku!” laungan Yaya kedengaran.
            “Yaya!” Harry memijak semula anak tangga ke tingkat atas.
            “Harry! Harry!”
            Suara Yaya berada di atas bumbung bangunan.
            “Yaya!”
            Pintu terakhir ditendang. Harry melaung-laungkan nama Yaya. Tiada sahutan seperti tadi.
            “Yaya!”
            “Harry…” Yaya muncul di hadapan Harry. Tubuh Harry dipeluk erat.
            Mata Harry terbuntang melihat mayat Ian yang berselirat dengan wayar-wayar ariel itu. Ian sudah tidak bernyawa. Tubuh Yaya yang Harry peluk amat sejuk. Sejuk sekali. Harry menolak keras tubuh Yaya
            “Kau bukan Yaya?”
            Yaya yang menunduk melirikan senyuman menakutkan. Dia mengeluarkan pisau yang tersembunyi dibelakangnya.
            Yaya meluru ke arah Harry. Harry bertindak pantas dan menolak tubuh Yaya hingga jatuh dari bangunan 17 tingkat itu. Kepala Yaya pecah. Darah mengalir. yaya tidak bergerak lagi. Matanya terus terbeliak memandang ke atas.
            Harry terduduk meraup wajahnya berkali-kali. Dia telah membunuh Yaya. Harry meraung. Rintisan hujan membasahi bumi. Dentuman kilat bergema di kaki langit. Harry mengaturkan langkah longlai. Saat itu Harry terasa seperti ada sesuatu menyerbu ke arahnya dari belakang.

*****************************************

Harry melangkah keluar sendirian dari bangunan berpuaka itu. Lian yang hadir bersama beberapa anggota polis merapati Harry.
            “Mana yang lain?” Tubuh Harry digoncangkan dengan kuat.
            Harry menggeleng perlahan.
            Lian tertunduk dan meraung.
            “Harry…” Lydia turut berada bersama Lian. “Apa sudah berlaku?” soalnya.
            Harry hanya membisu dan terus membisu sehingga mereka selesai disoal siasat oleh pihak polis. Apa yang mereka ceritakan tidak dapat diterima akal namun itu yang berlaku terhadap rakan-rakan mereka yang mati.

“Aku hantar kau pulang.” pelawa Lydia.
            Harry mengangguk.
            Lian pulang bersama keluarganya. Lian seperti orang sasau melihat keadaan Ian yang tragis. Kesal kerana meninggalkan Ian.
            Harry masih membisu. Mungkin dia masih terperanjat atas apa yang berlaku di hadapannya. Fikir Lydia.
            “Aku tumpang simpati.”
            “Lydia…” Harry membuka mulut.
            “Ya…”
            “Kau temankan aku, boleh? Aku takutlah. Family aku tiada di rumah, Esok baru mereka sampai di Malaysia.”
            “Okay, sudah tentu boleh.”
            Lydia tersenyum lebar.       

Harry menjemput Lydia masuk. Boleh tahan juga kehidupan Harry. Mewah. Harry mempersilakan Lydia duduk. Harry ke ruang dapur untuk mengambil air.
            Perlahan-lahan laci dibuka. Harry mengeluarkan sebilah pisau. Bibirnya mengulum senyuman. Warna matanya merah menyala. Bekalan elektrik dibanglo itu mula terpadam. Kawasan kejiranan agak jauh dari banglo keluarga Harry.
            Lydia cemas.
            “Harry!” panggilnya.
            “Aku ada di sini.”
            Harry sudah berdiri di belakang Lydia.
            “Kau ni menakutkan akulah.”
            Harry melirikkan senyuman menakutkan Lydia.
            “Kau okay ke? Kat mana kau letak lilin? tak pun lampu suluh?”
            “Aku okay. Ada di belakang almari perhiasan tu.”
            “Harry…”
            Mulut Lydia dicekup dari belakang.
            Harry mengangkat pisaunya…
            Darah memercik….

TAMAT

4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih, kak Monalita....

      Delete
  2. SALAM, SORI CUMA NAK TANYA....ENDING CERPEN NI HARRY YG KENA RASUK @ HARRY YG MMG PEMBUNUHNYER.....KALO PEMBUNUH, ATAS DASAR APA DIA BUNUH SEMUA ORG...SBB DENDAM KER?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa Harry kena rasuk and that's why dia bunuh semua orang.macam cerita movie apa ntah .contoh HARRY kan peluk yaya and lepastu dia blah and then yaya mati kira macam hantu tu transfer kat badan harry pulak sbb tu harry bunuh LIAN. tu kot..saya rasa la.btui tak kak Ilya Abdullah?/.

      Delete