Tab Menu

Followers

Wednesday, April 8, 2015

TERPUKAU SERIBU RINDU - 1


“TAK tahan betul aku dengan perempuan andartu tu. Cerewet giler.”
            Gadis berambut kerinting itu ketawa kecil.
            “Nasib kaulah kerja bawah dia.”
            “Nak sambut siapa buat majlis besar-besaran macam ni?” Gadis bercermin mata tebal itu menyoal lagi.
            “Anak Engku Aisyah dari oversea tu balik.”
            “Maksud you Tengku Nageena.”
            Gadis berambut kerinting itu mengangguk kepala.

            “Aku ada dengar desas-desus Tengku Nageena merajuk sebab bondanya Engku Aisyah berkahwin dengan Engku Razman.”
            “Aku pun dengar macam tu.”
            “Eloklah Tengku Nageena pulang semula. Takderlah perempuan sorang tu berkuasa macam syarikat ni bapak dia yang punya.”
            Gadis bercermin tebal itu mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata rakan sekerjanya itu. Kedua-dua gadis itu menikus sebaik melihat kelibat perempuan yang mereka maksudkan itu.


TENGKU Nageena berkali-kali menatap jam tangan. Dia resah tiba-tiba, tiada kelihatan kelibat Pakcik Tahar, pemandu bondanya di lapangan terbang itu. Tidak semena-mena hatinya berdebar keras juga. Dua orang lelaki bersut hitam menghampiri dia.
            “Tengku Nageena…” Salah seorang lelaki itu menyoal.
            Tengku Nageena tidak membalas. Dia terus menarik bagasinya melintasi kedua-dua lelaki tidak kenali itu.
            Tiba-tiba dia terasa lengan direntap kasar. Bagasinya terlepas dari tangan.
            “Tengku kena ikut kami.” Ujar lelaki itu kasar.
            Kedua-dua lelaki itu cuba mengheret Tengku Nageena menuju ke arah kereta yang sudah sedia menunggu. Tengku Nageena tidak berdiam diri. Serentak itu dia memijak kaki lelaki yang memengang lengannya itu sepenuh tenaga. Tengku Nageena mengambil peluang melarikan diri sebaik lelaki itu melepaskan pegangan.
            Kasut tumit tingginya dibuka untuk memudahkan dia melarikan diri. Tanpa memandang kiri-kanan, dia terus melanggar tubuh seorang lelaki yang sedang membuat panggilan telefon dari arah bertentangan.
            Telefon bimbit lelaki itu jatuh terhempas. Tengku Nageena menarik lengan lelaki berkaca mata hitam itu dan menyorok di balik kereta-kereta yang berdekatan mereka. Lelaki berkaca mata hitam itu kaku dengan tingkah Tengku Nageena.
            “Shhh…” Tengku Nageena meletakkan jari telunjuknya pada bibir.
            Dia mengintai di balik kereta tersebut. Kedua-dua lelaki itu masih mencari-cari di kawasan berdekatan.
            Nafas Tengku Nageena turun naik. Peluh dingin memercik di dahi. Jelas kegelisahan pada wajahnya. Siapa kedua-dua lelaki itu?
            “Hm!” Lelaki berkaca mata hitam bingkas bangun. Dia mengaturkan langkah menuju ke arah kedua-dua lelaki terbabit.
            Lelaki berkaca mata hitam itu sengaja melanggar bahu salah seorang dari lelaki terbabit. Lelaki itu merengus geram.
            “Tepilah!” Tubuh lelaki berkaca mata hitam itu ditolak hingga lelaki itu jatuh terduduk. Kedua-dua lelaki itu berlalu.
            Sebaik kelibat kedua-dua lelaki itu tidak kelihatan, Tengku Nageena keluar dari persembunyian.
Thanks.” Ucap Tengku Nageena lembut. Dia menarik nafas lega.
Lelaki itu tidak membalas. Dia bingkas bangun dan menyapu kekotoran yang melekat pada jaket kulitnya itu. Dia berpaling ke arah Tengku Nageena.
Renungan mata tajam itu agak menggerunkan Tengku Nageena. Seketika cuma. Kemudian dia mengalihkan pandangan.
Tengku Nageena mengertap bibir melihat langkah lelaki berkaca mata hitam itu.
“Tengku…”
Melebar senyuman Nageena memandang Pakcik Tahar.
      “Maafkan pakcik terlewat. Tayar kereta pancit di pertengahan jalan tadi.”
      “Tak mengapa.”
      “Mana bagasi tengku?” Masakan Tengku Nageena pulang lenggang-kangkung begitu.
      “Ouch, teringgal di dalam.”
      Nageena beriringan jalan bersama Pakcik Tahar.
     

“NAGEENA!” Engku Aisyah terus meluru memeluk tubuh anak gadisnya itu. Dia memaut muka Tengku Nageena yang nampak sedikit cengkung itu. Hatinya tersentuh.
            “Bonda...” Tengku Nageena melirik senyuman tetapi hambar. Dia sempat mengerling Engku Razman yang berada di belakang bondanya.
            “Kenapa kurus sangat ni?” Engku Aisyah membelek-belek tubuh anak gadisnya.
            “Tak selera makan. Ingatkan bonda.” Tengku Nageena memeluk bahu bondanya.
            “Kalau rindu bonda, kenapa tak call bonda?”
            Nageena membisu. Soalan bondanya dibiarkan tergantung.
            “Nageena penatlah. Nageena mahu berehat di bilik dulu.” Nageena memaut lehernya. Dia cuba berlakon sebaik mungkin di hadapannya bondanya itu.
            “Rest cukup-cukup. Bonda dah prepare majis untuk malam ini .”
            “Majlis untuk apa?”
            “Bonda buat untuk sambut kepulangan anak kesayangan dia.” Tengku Ryzal menyampuk. Tengku Nageena mencerlung ke arah adiknya itu.
            “Esh, tak perlulah bonda nak majlis tu semua.”
            “Majlis kecil je. Nageena restlah dulu.”
            Tengku Nageena mengebam bibir. Dia tidak bercerita tentang kedua-dua lelaki misteri itu. Dia tidak mahu bondanya dilanda kebimbangan. Malahan dia turut menyuruh Pakcik Tahar menutup mulut.
            Engku Razman beredar tergesa-gesa sebaik menerima panggilan. Tengku Nageena mula menaruh syak-wasangka pada bapa tirinya itu.

            Bilik tidurnya sudah menjadi bilik tidur Tengku Nayli, adik tirinya itu. Hatinya mengumam marah. Kereta miliknya juga turut dirampas oleh Tengku Nayli. Tengku Ryzal bercerita itu dan ini tentang perangai Tengku Nayli kepada Tengku Tengku Nageena. Bonda seakan manjakan Tengku Nayli melebihi dari anak sendiri.

*Bersambung....

1 comment:

  1. JTG Betting in Texas - Casino in TX | JTR Hub
    JTG Betting, also 태백 출장마사지 known as JTG, is a new online betting operation that brings together 영천 출장안마 sports bettors with one 1xbet 먹튀 crucial step at 군산 출장안마 a time. 용인 출장안마

    ReplyDelete