“SAYA tidak setuju kalau kita menikah dekat Golok. Jatuh reputasi saya sebagai lelaki maco abad ini. Lelaki macam saya perlu berani menyahut cabaran” Tuan Aakif meraup rambutnya ke belakang. Apa punya idealah Aimy bagi. Tak kreatif langsung.
“Kan orang dah kata itu plan B saja. Bukan nak buat betul-betul. Ingat Aimy ni bengap sangat ke?” Suara Aimy tak meninggi tapi nadanya lembut dalam keras. Apalah Tuan Aakif ni. Lurus bendul sangat.
“Habis tu? Awak yakin sangat ke yang plan B awak akan berjaya. Mama awak dan abah saya sama-sama degil dan keras kepala. Tiada hitam dan putih langsung.” Tuan Aakif mula membebel. Pening dengan sikap orang tua mereka. Ingin mendirikan masjid pun susah.
Ada pula yang aku plaster mulutnya. Tidak tahu mahu bertenang langsung nak mendengar idea aku. Omel Aimy dalam hati. Nasib baiklah dah jatuh cintan bukan Megi Cintan tau, kalau tidak memang aku say goodbye!
Inilah yang susah kalau sudah bermusuh dari atuk dan nenek. Nasib baik tidak angkat senapang. Kalau tidak ada yang berlubang dada. Kalau Tuan Aakif dia akan lubangkan dengan bentuk ‘hati’. Macam manalah dia boleh tersangkut dengan lelaki hidung tinggi itu. Ego nak mampus!
Kening lebat Tuan Aakif bercantum lagi. Apa hal pulak si Aimy ini senyum-senyum sendiri. Muka pula kemerahan-merahan. Ada juga ekperasi lain pada perempuan yang selalu berwajah cool ini. Jangan ingat lelaki lain sudah! Cemburu tahu! Dia tidak kisahlah Aimy ini agak skema dengan kaca mata putihnya itu. Cantiknya tetap ada. Manisnya pun ada. Anak gadis Datuk Sharif Dol katakan.
“Awak tak perlu risaulah. Duduk diam-diam saja. Saya akan uruskan semua.” Aimy tersenyum.
Ya Allah! Aku memang boleh pengsan tengok senyuman Aimy. Senyuman menggoda. Nasib baik belum sah jadi isteri aku. Kalau tidak kejap ini juga aku terkam! Kau memang gelojohlah Tuan Aakif. Jatuh reputasi kau sebagai lelaki sopan-santun. Sopanlah konon. Tuan Aakif menggeleng kepala sendiri.
Giliran Aimy pula yang heran melihat reaksi Tuan Aakif. Entah apalah yang ada dalam fikiran Tuan Aakif agaknya. Tuan Aakif ini bukan boleh percaya sangat. Ada juga otak kuningnya itu.
“Manalah saya tak risau. Buatnya awak dikahwinkan dengan lelaki lain, macam mana? Saya tahulah yang mama awak tu berkenan sangat pada Raiyan
yang hensem macam Adi Putra tu.” Tuan Aakif memuncungkan bibirnya. Kenapalah mesti nak ada persaingan dalam cerita mereka berdua ini?
Aimy ketawa kecil. Tahu pulaTuan Aakif cemburu dengan Raiyan. Ingat lelaki ego seorang ini tidak tahu cemburu. Aimy tidak nafikan yang mamanya suka pada Raiyan. Calon menantu paling atas mama. Raiyan bijak berkata-kata dan pandai mengambil hati mama.
“So…awak kenalah pikat hati mama saya.”
“Mama awak tu hati kering. Muka saya yang maco ini pun dia tidak dipandang.” Tuan Aakif mencebik.
Aimy gelengkan kepala. Lelaki seorang ini bukan tahu mahu merendahkan diri sikit. Sifat angkuhnya itu yang Aimy tidak berkenan. Aimy…macam manalah kau boleh jatuh hati pada lelaki hidung tinggi seperti Tuan Aakif. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Aimy kena terima keburukkan luar dan dalaman Tuan Aakif. Kata orang terima seadanya.
“Habis masakan awak tak mahu ambil hati bakal mak mertua awak tu? Awak kena berbaik-baik dengan mama saya tau.” Aimy menjeling Tuan Aakif.
“Hmmm….mama awak itu cerewet sangat. Kalau berlakon watak mak jahat dalam televisyen memang sesuai. Boleh dapat anugerah watak jahat terbaik. Patutlah dia pilih papa awak sebagai suami. Sharif Dol kan watak villain dulu-dulu.” Tuan Aakif main cakap lepas saja. Tidak berlapik sungguh.
“Amboi! Bukan main awak mengata mama dan dan papa saya. Mama saya takut lelaki botak wak.” Aimy tetap jenis merendah suara. Lembut gitu.
“Habis saya ni awak tak takut ke? Mana tahu nanti saya botak macam abah saya juga.” Terangkat-angkat kening lebat Tuan Aakif. Dia mahu menguji hati Aimy. Masakan dia ingin mencacat celakan imej lelaki maconya.
“Saya tak kisah.” Jawab Aimy ala gaya macam Aiman tak kisah pula.
Tuan Aakif mengetap bibir. Dia tidak sukakan ketenangan pada wajah Aimy. Susah juga suka pada perempuan tiada perasaan ini. Betullah kata orang cinta itu buta. Kalau sudah jatuh cinta tidak kisah keburukkan pada pasangan anda. Kalau diikutkan ada gadis yang jauh lebih cantik dan kaya dari Aimy. Apa boleh buat dia sudah jatuh hati pada anak Datuk Sharif Dol ini.
“Kalau nak ubat rambut yang botak boleh pergi Yun Nam.” Sambung Aimy.
“Awak fikir rambut saya akan botak macam abah saya ke?” Tuan Aakif menjegilkan mata pada Aimy.
“La…tadi dia sendiri yang kata bakal botak seperti abah dia kan.”
Geram pula Tuan Aakif pada Aimy. Pandai pula Aimy mengenakan dia balik.
“Masalah kita tadi tidak selesai boleh pula awak buka topik fasal rambut ni.” Desis Tuan Aakif.
“Siapa yg tukar topik? Awakkan?”
Terkena lagi.
“Kita kena fikirkan cara untuk orang tua kita bersetuju dengan perkahwinan kita. Awak pun tentu tak mahu tengok saya naik pelamin dengan gadis lain.” Tuan Aakif membuat jelingan seksinya. Perempuan mana yang tidak mahu berkahwin dengan lelaki kacak seperti dia. Aimy juga tidak terkecuali.
“Ada saya kisah.” Balas Aimy. Dia membetulkan kaca mata putih yang terletak atas batang hidungnya itu. Dia menghirup jus tembikai yang masih bersisa itu.
Muka Tuan Aakif membahang. Sampai hati Aimy mengeluarkan ayat kejam sedemikian.
“Aimy! Don’t play-play! Sebenarnya awak juga ada hati dengan Raiyan kan?” Tuan Aakif mula tidak sedap hati. Janganlah Aimy suka pada bakal menantu pilihan Datin Amalia itu.
“Siapa yang play-play? Orang sedang berbincang serius tapi awak melalut topik lain.”
“Saya lagi yang kena smash!” Tuan Aakif mencebik.
“ABANG Sharif….ini baru menantu pilihan saya.” Datin Amalia tersenyum simpul sambil terkerdip-kerdip memandang Raiyan yang duduk di depan matanya itu. Kain sutera yang dibeli oleh Raiyan dari China itu pastinya mencecah ratusan ringgit Malaysia. Raiyan amat memahami citarasanya.
Raiyan memang suka dengan pujian Datin Amalia. Kata orang kalau mahu dapatkan si anak kenalah ambil hati mamanya.
“Jangan awak yang jatuh hati pada dia sudah.” Balas Datuk Sharif Dol.
“Apa yang abang merepak ni. Raiyan ni sukakan Aimy tahu.” Datin Amalian menepuk lembut bahu suaminya. Ketawa sengaja dibuat-buat.
“Aimy mana auntie Lia?” Dari tadi dia tidak lihat kelibat gadis pujaan hatinya itu.
“Dia keluar. Katanya jumpa kawan.”
“Bukankah Aimy jumpa Aakif?”
Alamak! Suami dia ni bukan tahu nak kelentong sikit.
“Abang!” Datin Amalia mencubit peha suaminya.
Datuk Sharif Dol mengangkat keningnya. Cubitan isterinya itu tidak meninggalkan sebarang impak kepadanya. Tidak sakit pun. Entah apalah yang menarik pada Raiyan ini. Dia hanya tahu Raiyan ini kaki membodek. Lain pula dengan Tuan Aakif. Anak muda itu jenis cakap tidak berselindung walaupun seorang yang angkuh dan ego. Dia lebih sukakan Tuan Aakif dari Raiyan Gonzale.
“Aimy bertemujanji dengan Tuan Aakif?” Tandan dahi Raiyan berkerut. Ini yang tidak suka! Tuan Aakif memang kacaun daun keladi betullah. Dulu kata Aimy itu bukan jenis perempuan kesukaan dia. Cakap tidak serupa bikin punya lelaki.
“Eh-eh taklah. Aimy jumpa Aimy sebab urusan bisnes sahaja. Betul tak bang?”
“Apa pulak betulnya? Bukan Aimy bertemu dengan Aakif sebab berbincangkan fasal perkahwinan mereka.”
Datin Amalia ketap bibir. Ada pulak yang bakal dilumurkan dengan cili api mulutnya itu. Dia jeling Datuk Sharif Dol dengan jelingan maha tajam.
“Bincang fasal kahwin? Auntie Lia…” Raiyan mula merengek.
“Raiyan…auntie takkan setuju Aimy berkahwin dengan Tuan Aakif. Budak mentah itu kena langkah mayat auntie dulu.” Raiyan akan menjadi menantunya bukan anak si botak licin itu.
“Jangan lupa mamanya…abang ni wali anak kita tu.” Celah Datuk Sharif Dol.
Sekali lagi Datuk Sharif Dol menjadi mangsa mengerling tajam isterinya.
“Jangan kau ambil hati dengan kata-kata uncle kau itu. Apa yang penting Aimy pastinya mengikut kata-kata auntie. Dia anak yang mendegar kata.” Datin Amalia ketawa kecil.
Datuk Sharif Dol menjuihkan bibir. Isterinya mungkin tidak kenal dengan sikap anak gadis mereka itu lagi. Aimy nampak sahaja lemah lembut dan tidak banyak mulut tapi jenis otak cair. Adalah nanti akalnya agar dia dapat berkahwin dengan Tuan Aakif. Elok sangat api bertemu dengan air. Tuan Aakif api dan Aimy airnya. Air curah pada api.
Datuk Sharif Dol tidak bencikan Tuan Aali dan Tok Nadim. Apa salahnya mereka berbaik-baik. Tidak luak pun. Cerita lama tidak perlu diulang kembali macam kata Aimy.
“Auntie Lia…saya harap benar dapat menjadikan Aimy permaisuri hati saya. Saya akan mati kalau tidak dapat berkahwin dengan Aimy.” Raiyan buat muka penuh harapan.
“Jangan begitu Raiyan…auntie jamin Aimy akan menjadi isteri Raiyan.” Sedih pula melihat wajah sayu Raiyan.
“Aik! Sampai nak bunuh diri pulak. Raiyan orang yang bunuh diri tidak diterima dek tanah tahu.” Sekali lagi Datuk Sharif Dol mencelah.
Ini yang tidak syok! Datuk Sharif Dol tidak sekepala dengan isterinya. Bakal mak mertua sudah berjaya dipujuk rayu tapi bakal pak mertua tak makan pujuk. Raiyan sakit kepala memikirkan perihal Datuk Sharif Dol ini. Nasib baiklah papa Aimy ini tidak serupa dengan samseng Kampung Dusun itu. Kalau tidak masak dia.
Datin Amalia mudah dipengaruhi. Belikan sahaja kain-kain mahal, barangan-barangan antik dan perhiasan memang kegemaran mama Aimy itu. Raiyan tidak kisah perhabisan duit demi memiliki Aimy yang tidak berperasaan itu.
yes! saya suka dengan ayah aimy!! go datuk sharif dol!! jangan kasi raiyan kacau line!! hehe
ReplyDeletehahahaa!! superb duper!
ReplyDeletego...go...go...
ReplyDeletedatuk sharif dol...i like
hehehe dalam gaduh2 tu aakif boleh ada hati dengan aimy
sukala kat Datuk Sharif Dol.... sporting... n3...
ReplyDeletecepat sambung ye zarith=)
ReplyDelete