ADLLEA betul-betul tidak faham dengan mamat seorang ini. Apa pasal ya dia suka sangat datang ke tempat kerja dia makan pizza. Dia tak tahu rasa muak dan jemu ke? Adllea yang sudah bertahun kerja pun tidak larat mahu menelan benda alah ni lagi. Kalau tengok muka dia memang tahap darah tinggi Adllea akan naik. Kalau boleh nak telan dia hidup-hidup. Nasib baik dia adik buah hati Adllea tu. perasan sungguh Adllea ni. Kalau tidak memang sudah lama Adllea campak dia keluar.
Adllea meletakkan menu pesanan di atas mejanya
dengan kasar. Shaz merenung wajah dia dengan senyuman plastiknya itu. Dasar si katak
bercermin mata empat. Shaz sengaja mahu mengenakan Adllea. Dia dengan Farith
memang bagai langit dengan bumi. Tak langsung macam adik-beradik. Shaz agak sempoi
dalam berpakaian.
“Apasal cari tempat lepak non-class macam ni!” Ada suara garau di
belakang Adllea. Macam pernah ku kenal suara garau ini? Adllea angkat sedikit
wajah ayunya. Konon-konon.
Alamak! Pemandu kereta mewah Porcche
996 Turbo berwarna silver tempohari. Adllea menelan air liur. Sungguh dunia
memang kecil. Tidak diduga. Adllea buat-buat menundukkan wajah. Dalam hati
Adllea berdoa lelaki angkuh itu tidak perasankan dia. Ala orang macam lelaki
angkuh tu mana akan ingat awek skuter macam dia. Bertenang Adllea!
“Kau mengorat awek pizza ya.” Mamat
itu sudah menarik kerusi berhadapan dengan si katak bercermin mata empat tadi.
Adllea lihat si katak bercermin mata
empat itu hanya membisu dan menatap menu di tangannya.
“Mulut macam ada emas satu
tempayan!”
Adllea tak setuju kalau yang ini. Si
katak bercermin mata empat itu kalau sudah bercakap berbisa jugak mulut dia.
“Abang Iz…lebih baik berterus-terang
saja.” Tengok! Baru dia mahu buka mulut ayat sudah menikam hati.
Adllea pasang telinga. Kalau si
katak bercermin empat itu cepat buat pesanan maka dia akan segera beredar tanpa
mengambil tahu apa topik perbualan mereka tau.
“Adik abang ni memang bijak baca
fikiran abang.” Mamat itu ketawa kecil. Biasalah cover maco tu.
Eh! Adllea rasa telinga dia tidak
salah dengar tadi. Lelaki angkuh itu panggil si katak bercermin mata empat
adik. Masakan mereka ini adik-beradik? Farith dan katak bercermin empat adik beradik….yang
mamat ini pun abang dia jugak ke? Adllea pula yang banyak berfikir.
“Biasalah…takkan
kau tak tahu yang Mama Zara dengan aku tak kamceng.
Kalau dengan kau dan Abang Farith dia sayang lebih so hanya kau saja boleh bantu abang ngah kau ni.”
“Pemboros..”
Adllea
masih pasang telinga. Bilalah si katak bercermin mata empat ini mahu buat
pesanan. Lengguh kaki berdiri ni. Sepuluh minit lagi dia kena hantar pesanan
pelanggan pula. Tidak boleh jadi begini.
“Maaf…saya
mengganggu sekejap.” Adllea memintas laju. Adllea tidak mahu salah seorangnya
memulakan bicara semula. “Saya ada kerja lain mahu dibuat selain terpacak
berdiri di sini.”
“Siapa
suruh awak terpacak berdiri di sini?” Si katak bercermin mata empat bersuara. Adllea
mengetap bibir. Marah ni…
“Si
katak bercermin mata empat…saya menunggu pesanan awak dari tadi tahu tak? Nak
pesan atau tak? Saya ni ada pizza mahu dihantar dari melayan kerenah awak!”
Ambik kau. Turun naik nafas Adllea.
Mamat
seorang itu sudah terlopong.
“Garangnya
awek ni…dia panggil kau katak bercermin mata empat.” Lelaki angkuh itu berbisik
pada telinga si katak bercermin mata empat. Tidak lama selepas itu pecah ketawa
lelaki seorang itu.
“Pergilah
hantar pizza awak dulu. Lepas awak balik, baru awak ambil pesanan saya.” Si
katak bercermin mata empat masih berwajah tenang. Dia seperti tidak marah
dengan gelaran yang Adllea berikan pada dia.
Adllea merengus kecil. Gila ke apa dia
ni. Sanggup katak bercermin mata empat ni mahu tunggu sampai dia balik hantar
pizza. Sakit mental agaknya. Adllea malas nak ambil posing lalu dia beredar. Kerja dia lebih penting. Wajah kelat Adllea
menjadi tatapan Kak Mona. Adllea buat selamba.
Hidayat sudah tersenyum simpul. Dia
tahu Adllea selalu panas hati dan naik angin dengan si katak bercermin mata
empat tu. Apa boleh buat, siapa yang mulakan dulu angkara pada mamat itu kalau
bukan Adllea.
“Kalau cegini gayanya memang kau tak layak jadi bakal kakak ipar dia,
Lea.” Hidayat mulalah hendak menyakat Adllea.
“Ada aku kisah?”
“Penting tahu tak untuk ambil hati
adir ipar.”
“Aku tak mahu jadi hipokrit.” Desis
Adllea. Pizza sudah tersedia untuk dihantar.
“Terpulang…” Hidayat tersengih.
Adllea jeling Hidayat tajam. Dia
ambil pizza dan terus pergi. Malas dia mahu layan Hidayat. Karang kerjanya pula
tergendala.
YA, ALLAH! Adllea
ingatkan dia sudah beredar tetapi sangkaan dia meleset sama sekali. Dia masih
menunggu Adllea dengan setia cuma lelaki angkuh itu saja yang sudah tiada.
Hidayat dan Dina burung hantu beritahu Adllea yang si katak bercermin mata
empat itu masih belum membuat pesanan apa-apa lagi. Ada pulak anak orang
pengsan karang. Adllea yakin si katak
bercermin mata empat itu belum makan.
Adllea hampiri mejanya semula. Dia
sedang khusyuk membaca buku ceritanya. Adllea berdehem kecil. Dia angkatkan
kepala. Mata kami berpadu. Cepat-cepat Adllea larikan lirikkan matanya. Merah
pipi ni.
“Awak mesti belum makan lagikan?”
Soal Adllea.
“Ya…” Balasnya sepatah.
“Saya rasa awak tak kenyang makan
pizza di sini. Apa kata saya belanja awak makan kat gerai Kak Limah.”
Dia pandang wajah Adllea tajam.
“Awak nak bodek saya ke?”
Adllea rasa mahu hentam saja si
katak bercermin mata empat ini dengan kerusi. Dia ingat aku membodek sebab mahu
rapat dengan abang dia ke? Aku ikhlas tahu tak!
“Perlukah saya nak membodek awak?” Adllea
akan dapatkan abang dia dengan usaha sendiri tak mainlah pakai jalan mudah.
Dia tersenyum. Tapi kali ini Adllea tidak
nampak senyuman plastik di situ. Hensem pula dia di depan mata Adllea.
“Betul ni?”
Adllea angguk kepala.
“Awak belanja?”
Adllea angguk lagi kepala.
“Tak tipu?”
Adllea angguk lagi…
“Tipu berdosa ya…”
“Betullah! Awak nak pergi atau tak
makan dengan saya?”
“Okay!”
Adllea menghela nafas kecil. Shaz
memang menguji tahap kesabaran Adllea.
Dia
bingkas bangun namun langkahnya behenti setapak.
“Sekejap…” Dia berpaling.
“Apa lagi ni…?” Ada saja yang tidak
kena dengan si katak bercermin mata empat ini.
“Awak naik skuter awak, saya naik
kereta saya. Saya tak suka bonceng dengan perempuan.” Dia angkat keningnya.
Ingatkan apalah tadi.
“Saya pun tak hingin nak tumpangkan
awak atas skuter saya. Cepatlah, saya pun dah lapar ni.” Adllea berjalan
melintasi Shaz.
Adllea mencebik. Macamlah kereta dia
hebat sangat! Setakat kereta kancil tiada maknanya aku nak pandang. Huh!
erk ? cpatlh smbung ! huhu
ReplyDeletebila nak sambung ? lama dah tunggu...please sambong..
ReplyDelete-miss innocent-
lg..lg ples..hee
ReplyDelete