SAMPAI di pintu masuk bilik kuliah,
wajah Cik Nurul Nadia sudah menyinga di depan mata Ameerul Hasif. Ameerul Hasif
tersengih mengaru rambut yang tidak gatal. Dia tahu Cik Nurul Nadia memang
sedang bengang dengan dia. hal srat cinta itu masih belum selesai lagi. Nasib
baik Cik Nurul Nadia tidak mengadu pada pihak berkenaan.
Cik
Nurul Nadia sengaja menunjukkan jam pada pergelangan tangannya. Apa lagi
Ameerul Hasif pun membuka matanya luas-luas. Jarum pendek sudah tepat pukul 10
pagi. Kuliah sepatutnya bermula 9.30 pagi. Dia sudah lewat setengah jam. Rekod
baru yang harus dicatitkan dalam diari.
“Saya
minta maaf Cik Nurul Nadia memang saya terlewat bangun pagi ini. Janganlah
tenung saya dengan pandangan mata yang memukau tu, sayalah tahu saya student Cik yang paling cute dan hensem.”Ameerul hasif mengusap
dagu.
Berkerut-kerut
kening lentik milik Cik Nurul Nadia.
“Jangan
nak perasan…baik duduk di tempat awak sekarang!” Agak meninggi suara Cik Nurul
Nadia.
“Baik
Cik Nurul Nadia…saya menurut perintah..”
Cemberut
muka ayu Cik Nurul Nadia. Ameerul hasif memang jenis tak makan saman. Mahunya
muka dia berkedut melayan kerenah pelajarnya yang seorang ini.
“Kau
memang sengaja bikin hati Cik Nurul Nadia kita panas.” Suara Fesal separuh
berbisik pada temannya itu.
“Panas
tu yang best! Lagipun dia dah biasa
sejuk bawah air-cond.” Ameerul Hasif
membalas.
Fesal
menggelengkan kepala. Patutlah selalu kena balun dengan ibu dia yang garang
macam gorilla tu. Fesal pun gerun tengok ibu Ameerul Hasif apabila mengamuk.
“Nakal-nakal
pun Cik Nurul Nadia tetap sayangkan…” Tengku Syafiq menyampuk.
“Menyibuk
je budak kemetot ni..” Desis Ameerul
Hasif. Dari kecil sampai besar Tengku Syafiq ni memang tak berenggang dengan
dia. Mereka belajar di tadika yang sama, sekolah yang sama sekrang di kolej
yang yang sama. Jurusan yang sama jua.
Tengku
Syafiq mencebik. Ameerul Hasif ni memang suka cari fasal dan gaduh dengan dia
tetapi dalam pada itu mereka berkawan baik. Kata orang kawan bertegang urat.
“Hari
ni aku tak nak belanja kau makan.” Tengku Syafiq saja buat muka dengan Ameerul
Hasif.
“Aik…terasa
pulak…”
“Korang…Cik Nurul Nadia di depan tu. Dia
sudah kerling-kerling manja tau.” Fesal mencuit bahu Ameerul Hasif dan Tengku
Syafiq.
“Susah…kalau
jadi perhatian ramai ni.” Ameerul Hasif mengeluh kecil sambil meraupkan
rambutnya ke belakang.
“Perasan!”
Tengku Syafiq menjuihkan bibir. Tahulah si Ameerul Hasif itu hensem sebab ikut baka ibu dan ayah dia.
TAMAT sahaja kelas, Ameerul Hasif terus
meluru seiringan dengan pensyarahnya. Dia sudah berjanji dengan ibu untuk
meminta maaf pada pensyarahnya yang ayu itu.
“Cik
Nurul Nadia…jangan laju sangat jalan nanti terjelepuk jatuh baru tau. Kasut Cik
satu inci tu.” Ameerul Hasif sudah menyaingi pensyarahnya itu.
“Awak
mahu apa Meerul…?” Cik Nurul Nadia behenti melangkah. Dia tegak bercekak
pinggang. Dia memakukan mata besar pada pelajar yang berwajah agak poyo itu. Nasib baik cute.
“Saya
nak minta maaf pada Cik Nurul Nadia pasal surat cinta kapal terbang kertas saya
tu.” Ameerul hasif tersengih.
“Saya
dah maafkan.”
“Betul?”
Dia perlukan kepastian.
“Iyalah…”
“Ikhlas
ni?”
“Ameerul
Hasif…boleh tak panggil saya Cik Nadia saja. Penat saya dengar awak menyebut
nama penuh saya.” Gerutu wanita itu.
“Saya
suka. ”
Cik
Nurul Nadia tidak tahu mahu kata apa.
“Okaylah…saya
ada hal yang perlu diuruskan.” Cik Nurul Nadia kembali membuka langkahnya.
“Okay…bye-bye
Cik Nurul Nadia.” Ameerul Hasif melambaikan tangannya.
Sebaik
hilang kelibat Cik Nurul Nadia, dua teman baiknya itu mula merapati. Siapa lagi
kalau bukan Tengku Syafiq dan Fesal.
“Apa
pelan kita?”Soal Fesal.
“Aku
mengidam laksa.” Ameerul Hasif mengusap-usap perutnya. Pagi tadi dia hanya
sempat menyumbat roti bakar saja.
“Hantu
laksalah kau.”
“Entah…macam
perempuan mengandung.” Bebel Tengku Syafiq.
“Mungkin
kot…pembawakan budak.”
Tengku
Syafiq dan Fesal sama-sama menggelengkan kepala.
“Syeema…
Syeema …Ameerul datang.” Cythia cepat-cepat mencuit bahu Syeema sebaik terlihat
kelibat Ameerul bersama Tengku Syafiq dan Fesal di kafe itu.
Syeema
pantas mengenakan gincu bagi memerahkan lagi bibirnya yang seksi itu. Bedak
muka ditampalkan agar wajahnya yang putih melepak itu bertambah cantik. Syeema.
membelek wajahnya di cermin. Dia memuji dirinya sendiri yang sememangnya cantik
itu.
Kembang
kucup hati Syeema melihat Ameerul Hasif berada di meja berdekatan. Syeema
bingkas bangun. Tergedik-gedik dia merapati meja Ameerul Hasif dan
teman-temannya. Konon-konn mahu bertanya khabar.
“Hai
Meerul…” Lunak merdu suara Syeema.
“Hai
Syeemaaaaaaa….” Ameerul Hasif membalas dengan nada agak berlagu sedikit. Dia
kenyitkan sebelah matanya pada Syeema.
Aduh!
Syeema kena panahan cinta dari Ameerul hasif. Dia paling tidak tahan dengan
seyuman menawan lelaki itu. Mahunya tiga hari tiga malam dia tidak dapat tidur!
“Cantik
bulu kening you Syeema?” Tengku Syafiq turut menyapa.
“Mestilah….I
baru beli tau.”
“Cantik
gincu bibir you…gincu jenama apa you beli?” Ameerul Hasif pula memuji.
Ameerul
Hasif kata bibirnya cantik. Pujian yang jarnag sekali dia dengar.
“Bibir
I memang sentiasa cantik.” Terkedip-kedip mata Syeema.
“I
bukan kata bibir you tapi gincu yang melekap pada bibir you tu. I ingat nak
belikan untuk ibu I lah nanti.” Dia
fikir kalau ibunya pakai gincu warna macam Syeema itu mesti ayahnya akan jatuh
pengsan. Ameerul Hasif tersenyum sendiri.
Ceh!
Terkena aku. Syeema menggigit bibir. Tengku Syafiq dan Fesal sudah ketawa
berdekah-dekah. Hati batu macam Ameerul Hasif itu bukan senang untuk dipikat.
Kalis panahan cinta.
“BISINGLAH budak belakang kita ni?”
Rungut Zara Sofia.
“Biasalah
budak lelaki nok.” Johariy meniup
perlahan-lahan kuah mihun sup yang masih panas itu.
“Habis
kau bukan lelaki?”
“Aku
istimewa sikit…”
“Istimewa
kat mana?”
“Banyak
soallah kau, nok. Baik kau pulun nasi
goring kau tu sebelum sejuk.” Geram Johairy dengan si Zara Sofia ni. Sudah
tahu masih sengaja bertanya pula.
Zara
Sofia menarik nafas panjang. Nampaknya Mike He dia tidak singgah makan di kafe
ini. Isna pun tidak nampak batang hidungnya. Selalunya mereka akan makan
bertiga.
“Kau
nampak Isna tak?”
“Isna
kata dia ada hal.”
“Ermm..”
Jawapan
yang diberikan Johairy tidak memuaskan hati Zara Sofia. Isna seakan menyorokkan
sesuatu dari mereka berdua.
best2...perangai ameerul ni saling x tumpah mcm perangai syakir... keep it up kak ilyaa... <3<3<3
ReplyDeletepadan muka syima, haha.
ReplyDeletemmg mantap c meerul nie..kena gaya doh anak syakir sejati nie
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeletewalaupun nakal, ameerul memang anak yang baik...ikut semua arahan ibunya
akak kenapa kejap tengku syafiq kejap tengku kudin...bukan t.syafiq tu anak t.kudin...
sorry akak .. just bgtau je
Hahaha . Padan dgn muka syima .
ReplyDeleteErr , isna couple dgn mmt yang zara suka tu ke ?
Heheh, best la kak. Padan muka si syima tu huhu. Perasan cantik.
ReplyDelete