Tab Menu

Followers

Thursday, June 21, 2012

Nilai Cinta Sejati - NCS1

Nilai Cinta Sejati…

Derita…itu yang Ameer Dylan rasai sebelum dia mengecapi harta dan kekayaan. Hidupnya dahulu terumbang-ambing tanpa arah. Tiada ibu dan tiada ayah. Dia anak terbuang yang dibesarkan oleh seorang lelaki budiman. Namun manusia mudah lupa apabila kemewahan itu mengaburi mata begitu jua dengan Ameer Dylan. Hidupnya hanya untuk keseronokkan semata-mata meskipun dia seorang yang begitu berdedikasi dan kaya-raya tetapi dia miskin dengan nilai CINTA. Itu yang dikatakan oleh Sufi Alisha, yang gadis bekerja di rumah kebajikan orang-orang tua.

Siapa Sufi Alisha? Mengapa begitu mahal nilai CINTANYA…

“Saya tidak akan pertaruhkan cinta saya untuk lelaki yang tidak mampu membimbing saya ke Syurga.” ~ Sufi Alisha

Ameer Dylan rasa tercabar. Sufi perlu diajar. Dia menggunakan wang untuk memiliki Sufi. Sifat mata duitan ibu tiri Sufi dipergunakan sebaik-baiknya.

“Aku akan pastikan kau jatuh ke dalam tangan aku!” ~ Ameer Dylan


Prolog

Nafsu mengatakan wanitu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya.


SEJUK! Sejuknya… dia memeluk tubuhnya erat. Air matanya mengalir laju. Malam ini dia hanya tidur beralas kotak lagi. Tiada tilam mahupun selimut yang akan membaluti tubuh kecilnya itu. Sakit yang dirasai hilang sebaik matanya terpenjam rapat. Lena yang panjang membawa dia ke alam mimpi yang mengasyikkan. Dia lupa pada derita dan kesengsaraan.
      
 “Bangun! Bangun!” Tubuh kecil itu digoncang dengan kuat.
       
Terpisat-pisat dia membuka matanya.
       
Lelaki tua itu merenung wajah budak lelaki berpakaian agak compang-camping itu. Raut wajahnya budak lelaki itu comel. Bulu matanya panjang. Warna matanya juga berlainan dengan warna mata budak-budak melayu yang lain. Kulit putih bersih. Sekali pandang pasti ada yang yang menyangka budak ini adalah budak perempuan.
       
Budak lelaki itu memandang wajah lelaki tua itu tanpa berkelip. Lelaki tua itu memaut wajah comel itu. Kalau digunakan budak ini sebagai peminta sedekah pastinya memberikan keuntungan pada dia. Entah anak mat salih mana yang sesat di sini.
       
“Siapa nama kau budak?” soal lelaki tua itu.
      
 Budak lelaki itu membisu.                                             
       
“Aku tanya siapa nama kau? Kau pekak ke?”
      
 Budak lelaki itu tetap membisu dan merenung tajam ke dalam mata lelaki tua itu. Lelaki tua itu panas hati lalu tangannya diangkat ke atas. Budak lelaki itu perlu diajar agar menghormati dia.
      
“Jangan gunakan keganasan pada budak kecil.”
       
Terasa tangannya ditahan. Lelaki tua itu menoleh.
      
 “Kau lagi.” rengusnya kasar. Dia melepaskan melepaskan cengkaman pada rahang budak lelaki itu. Lelaki tua itu bingkas bangun dan berlalu pergi.
       
Lelaki itu menggelengkan kepala. Manusia tidak berperasaan seperti lelaki tua itu masih ramai di kota ini. Hidup hanya mahu bersenang-lenang tanpa perlu menggunakan tulang empat erat untuk bekerja.
      
 “Adik tak apa-apa?” Dia duduk bercangkung merapati budak lelaki itu.
      
 “Semua orang besar jahat!” Budak lelaki itu membalas. Dia menepis kasar tangan lelaki tadi.
      
Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman nipis.
       
“Mana rumah adik?”
      
 “Saya tiada rumah.”
       
Lelaki itu mengerutkan dahi.
      
 “Adik mahu ikut uncle makan tak? Uncle tahu adik mesti lapar.” Dia cuba memancing perhatian budak  lelaki itu.
      
 “Lapar… saya sudah dua hari tak makan nasi.” ujarnya jujur.
       
“Kalau begitu adik kena ikut uncle.”
       
Uncle tak pukul saya kan?”
      
Lelaki itu menggeleng. Budak lelaki itu tersenyum. Ada sinar dimatanya. Dia seakan mempercayai lelaki itu. Lantas dia segera bingkas bangun dan memengang tangan lelaki itu.



Bab 1

“AMEER Dylan! You memang setan!” Gadis berambut panjang separas bahu itu melemparkan pasu bunga yang dicapainya ke arah lelaki yang berada di hadapannya. Sayang… pasu itu tidak mengenai sasaran. Kalau tidak memang pecah kepala Ameer Dylan. Ameer Dylan memasukkan kedua-dua belah tangannya di dalam kocek seluar.
       
Ameer Dylan mengorakkan senyuman sinis. Dia masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Lagaknya yang ego itu sungguh menyakitkan hati gadis terbabit. Dia tidak faham mengapa dia boleh terjebak dengan lelaki kasanova ini. Mungkin kerana matanya kabur dengan harta yang dimiliki oleh lelaki itu? Habis madu sepah dibuang. Dia ibarat perempuan simpanan lelaki seperti Ameer Dylan.
       
“You yang sanggup berikannya kepada I. I memang seikhlas hati menerimanya. You pun tahu I lelaki jahat, Bella.”
      


“You mesti bertanggungjawab!” suara Bella memetir. Hatinya meluap-luap menahan rasa amarah terhadap Ameer Dylan yang berlagak selamba itu. Dia memang bodoh kerana jatuh cinta pada lelaki ini. Cinta yang tidak berbalas. Tubuh badan tergadai.
       
No-no!” Ameer Dylan mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. “You ingat you layak jadi wife I? Cermin muka you sikit! You ni sama kelas dengan perempuan yang menjaja diri tepi jalan itu tahu!”
      
Bella mengetap bibir mendengar penghinaan dari bibir Ameer Dylan. Bella mengamuk lagi. Habis segala harta benda yang ada di dalam bilik pejabat Ameer Dylan itu dihumban sana-sini.
      
“Azie! Panggil security masuk ke bilik I sekarang! Ada perempuan gila mengamuk di sini!” Ameer Dylan menekan butang interkom.
       
Azie menggelengkan kepala. Perempuan menjadi gila kerana CEOnya itu. Cinta memang senang diberikan tetapi tiada nilai langsung pada lelaki itu. Tidur perempuan sana, tidur perempuan sini. Entah apa mahu jadi dengan Ameer Dylan. Hukum halal dan haram sudah ditolak tepi. Tidak seperti ayah angkatnya, Tuan Haji Abbas. Macam manalah Tuan Haji Abbas boleh ada anak lelaki seliar Amer Dylan? Hairan bin ajaib.
      
“Dylan! You akan terima pengajaran dari I! Nahas you nanti!” Bella memberikan amaran.
      
“You ingat I akan takut dengan abang you yang gangsters tu? Gangsters taik kucinglah! I lagi jahat dari abang you tahu.” Ameer Dylan jenis manusia yang pantang dicabar perempuan.
       
Belum sempat Bella membuka mulut untuk membidas kata-kata Ameer Dylan, dua pengawal keselamatan yang dipanggil sudah memaut lengan Bella.
       
“Lepaskan I! Lepaskan I.” Bella meronta-ronta.
      
 “Jangan benarkan perempuan gila ini masuk ke syarikat I lagi, Faham!” Ameer Dylan memberikan arahan.
      
Perempuan… dia yang rela menyerah diri lepas itu mahu marahkan kita pula. Pedulikan! Perempuan seperti Bella melambak di luar sana. Seorang menolak akan datang sepuluh lagi yang menyerah. Harga maruah mereka terlalu murah. Ameer Dylan duduk meraup wajahnya. Malam ini dia mahu enjoy puas-puas sebelum berangkat ke Perth. Apabila sudah sibuk bekerja tiada masa untuk berlipur lara lagi.
       
Ameer menekan butang telefon bimbitnya. Malas otaknya mahu memikirkan tentang Bella lagi. Buat semak otak sahaja. Gila! Masakan dia akan jatuh cinta pada perempuan itu?
      
“Helo, Carolyn sayang…”
      
“Dylan… sudah hampir satu bulan you tak call I. You busy dengan teman-teman wanita you ya?” Lunak manja suara wanita di talian itu.
       
Ameer Dylan ketawa.
      
 I’m sorry sayang. Hari ini I sudah single available semula. Apa kata you temankan I malam ini.”
      
 What? A’re you kidding? You baru couple dengan Bella tak sampai dua bulan tau.” Bunyi suara Carolyn agak terperanjat. Dulu bukan main ligat Ameer Dylan angkut Bella ke sana dan ke sini. Ke mana sahaja dengan Bella. Naik muak Carolyn melihat tingkah-laku kurang sopan Ameer Dylan dengan Bella. Depan matanya pun berkelakuan tidak senonoh.
       
Come on Carolyn… you pun tahu I susah nak bertahan dalam perhubungan dengan perempuan. I cepat boring.”
       
“You ni jahatlah. Habis madunya you kutip, sepahnya you buang. You buat perempuan macma barang mainan you pula.” desis Carolyn. Apa sudah jadi pada sahabat baiknya ini.
      
 Ameer Dylan ketawa lagi.
      
 “You tak mahu mencuba dengan I?” Sengaja Ameer Dylan mengusik Carolyn.
      
 Pleaselah… lelaki jahat macam you bukan taste I okay.” Masakan Carolyn ingin bermain api dengan si kasanova yang berhidung belang seperti Ameer Dylan. Rupa kacak lelaki itu bukan ukuran.
       
So… malam ini you free tak?”
       
“Okay… tempat biasa ke?”
       
“Yup.”
       
“I jumpa you di sana.”
       
“Okay… bye-bye sayang.”
      
 Ameer Dylan mematikan talian.
     
MABUK! Itu satu lagi sikap Ameer Dylan yang tidak disenangi oleh Carolyn. Dia terpaksa memapah lelaki itu masuk ke dalam kereta. Carolyn mengeluh kecil. Kalau tubuh Ameer Dylan itu ringan macam angin tidak mengapalah. Dulu kata mahu behenti minum tapi omong kosong saja. Apabila kaki sudah masuk ke pub maka pulangnya jika tidak bersama perempuan pastinya akan mabuk begini.
      
 “I tak mahu balik rumah, you temankan I malam ini?”
      
 Sorry Dylan. I tak dapat temankan you. I hantarkan you pulang.” Carolyn sudah menghidupkan enjin kereta. Ameer Dylan tidak mungkin dapat memandu sendirian dalam keadaan mabuk begini.
       
“Carolyn… I benci pada mama I kerana dia buang I.” Ameer sudah mengarut lagi. Cerita yang sama akan diulang.
       
“I tahu.”
      
 “Dia tinggalkan I di tepi jalan seorang diri. I hidup merempat.” 

Carolyn membisu. Jemu dengan cerita yang berulang. Tumpuannya hanya pada pemanduan.

“You dengar tak?” Ameer Dylan mula naik berang. Dia memusingkan stereng kereta. Carolyn menjerit lantang.

“You nak matikah!” Mujur saja Carolyn dapat mengawal keretanya dari merempuh penghadang jalan.

“I memang patut mati.” Ameer Dylan menyandangkan kepalanya. Matanya sudah terpenjam rapat. 

“Bukan dengan cara membunuh diri!” rengusnya. Senyap. Tiada balasan kata dari Ameer Dylan. 

Carolyn mengerling pada sahabatnya itu. Ameer Dylan sudah terlena di sebelahnya.  Dia sendiri tidak tahu cara untuk menasihati Ameer Dylan kerana dirinya juga hidup terumbang-ambing. Masalah rumahtangganya tidak pernah selesai. Jason masih belum mahu melepaskan dia. Anak mereka yang menjadi mangsa keadaan. Carolyn mengubah haluan perjalanan. Biarlah Ameer Dylan menumpang tidur di rumahnya malam ini.


“BUDAK ni memang bawa sial pada I. Dia yang buat populariti I merundum!” Pekik wanita itu di hadapan seorang lelaki.
       
“Jesse… dia darah daging you. Dia anak you yang sah.”
      
“I tak pernah akui dia anak I. I terpaksa kahwin dengan lelaki bodoh itu kerana father I. I tidak perlukan budak itu. Si bodoh itu dan father I pun sudah mampus!”
       
“Habis? You nak buat apa sekarang?”
       
Dia hanya dia membisu di balik pintu biliknya. Hatinya dicarit-carit mendengar perbualan mama dan lelaki itu.
       
Ameer Dylan membuka matanya perlahan. Dia benci untuk mengingati kisah silam yang pahit itu. Ameer Dylan bingkas bangun memandang kiri dan kanan. Kepalanya terasa amat berat sekali.
      
 Mummy… uncle Dylan sudah sedar!” Terdengar suara jeritan seorang budak kecil berhampiran. Dia pasti itu suara Angie, anak gadis Carolyn.
      
 Bunyi derapan tapak kaki makin jelas di gegendang telinga Ameer Dylan.
       
“You perlu berehat.” Carolyn dan Angie sudah terpacak di depan matanya.
      
 “I okay… sudah pukul berapa ya?”
       
“Sudah pukul dua petanglah uncle.” Petah Angie menjawab.
      
 What? I kena pulang sekarang. Malam ini I perlu berangkat ke Perth.” Kelam kabut Ameer Dylan bingkas bangun dari katil. Dia tidak peduli lagi pada keadaan dirinya yang tidak terurus.
       
Carolyn hanya menggeleng dan tersenyum.

4 comments:

  1. owhhh bad boy... aii like... gdluck untk crita baru ni...

    ReplyDelete
  2. suka citer ni. kesian ameer dylan. jht btullah mak dia. hm..

    ReplyDelete
  3. wau. .encemnya ameer dylan. cantiknya carolyn.suka sangat

    ReplyDelete
  4. suke citer ni...
    watak lelaki dia lain dari yang lain..
    thumbs up kak ilya

    ReplyDelete