Tab Menu

Followers

Friday, July 20, 2012

Nilai Cintanya.... - NC5


 “DYLAN…ayah bukan mahu mengongkong kehidupan kamu tetapi fikirkanlah apa yang kamu lakukan dengan baik-baik.” Tuan Haji Abbas sekadar memberikan nasihat.

            Ameer Dylan hanya tersenyum. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia sudah biasa mendengar ceramah yang bertauliah dari ayah angkatnya itu. Urusan peribadinya dia tidak mahu ayah angkatnya masuk campur. Kalau dia yang jahat hanya dia seorang dan tidak melibatkan lelaki itu. Dia tidak mahu merosakkan reputasi ayah angkatnya di depan media atau orang lain.

            “Kamu dengar tak apa yang angkat cakapkan ni?”

            “Ayah…kita perlu ke bilik mesyuarat sekarang.” Ameer Dylan menukar topik perbualan.

            Tuan Haji Abbas mengeluh kecil. Ameer Dylan asyik mengelak bila dibicarakan tentang dirinya. Tuan Haji Abbas sentiasa memanjatkan doa moga suatu hari nanti Ameer Dylan akan berdubah.

            Di bilik mesyuarat Ameer Dylan membangkang keras usul yang dicadangkan oleh salah seorang wakil kontraktor itu. Ternyata setiap patah katanya tiada yang mengajuk. Rata-rata mereka yang menghadiri mesyuarat itu berpuas hati dengan alasa yang dinyatakan anak muda itu. Ianya amat kukuh, pihak kontraktor harus menkaji semula usul yang mereka berikan. Jangan hanya mementingkan keuntungan tetapi hasilnya tidak berkualiti. Mereka tidak mempertikaikan kewibawaan Ameer Dylan dalam menguruskan syarikat besar itu. Tuan Haji Abbas memang tidak salah memilih warisnya.

            Tuan Haji Abbas sendiri berpuas hati dengan kerja Ameer Dylan. Anak angkatnya itu memang tidak pernah mengecewakan dia. Ameer Dylan tersenyum puas. Tiada sesiapa lagi yang boleh mempertikaikan dia selaku sebagai pengarah syarikat.

            “Tuan Haji…boleh kita bercakap sebentar.” Puan Mariam menghalang laluan Tuan haji Abbas.

            Tuan Haji Abbas memberikan isyarat agar Ameer Dylan mengikuti yang lain. Dia tahu Puan Mariam hanya mahu berbicara dengannya sendirian.

            Wajah murung Puan Mariam menjadi tatapan mata redup Tuan Haji Abbas. Dia boleh agak masalah yang membelenggu wanita itu.

            “Saya faham perasaan kamu…tetapi kita kena berikan masa buat Dylan.”

            “Saya tahu Tuan Haji tetapi lambat-laun hal ini akan sampai sendiri kepada Dylan.” Puan Mariam gelisah. “Saya banyak buat silap Tuan Haji…”

“Mariam…kamu sudah buat yang terbaik.”

Puan Mariam membisu. Semakin hari hatinya kian meronta-ronta untuk menyatakan kebenaran itu kepada Ameer Dylan namun dia takut sebaliknya pula yang berlaku.

PUAN Mariam memulas tombol pintu wad persendirian itu perlahan. Wajahnya masih murung. Sukar untuk dia menunaikan permintaan yang satu ini. Wanita yang sdang duduk di atas kerusi roda itu direnung simpati. Tuan Haji Abbas turut berada di sisinya. Lelaki itu telah banyak memberikan budi buat mereka. Budi yang tidak termampu untuk dibalas.

            Puan Mariam masih tidak berganjak di muka pintu. Hatinya rawak. Bagaimana harus dia katakan pada wanita itu. Tuan Haji Abbas sudah melangkah masuk. Lelaki itu selalu tenang begini.
            “Assalamualaikum…puan…”

            Wanita di atas kerusi roda itu mengangkatkan wajahnya. Segaris senyuman terukir.

            “Waalaikumusalam, Tuan Haji…Mariam pun ada bersama…”

            Puan Mariam tersenyum tawar.

            “Ermmm…” Kata-kata tidak terungkap di bibir Puan Mariam.

            “Puan…berikan lagi masa ya.”

            Wanita itu merenung ke jendela.

            “Tuan Haji....masa tidak menunggu saya.”

            “Puan…saya faham perasaan puan. Saya sudah berjanji dengan puan maka janji itu tetap saya tunaikan.” Tenang Tuan Haji Abbas menuturkan kata.

            Wanita itu menundukkan kepala.

            “Ini balasan Tuhan pada saya…lihatlah keadaan diri saya sekarang Tuan Haji…” Air mata laju membasahi kedua belah pipinya yang cengkung itu.

            “Puan…Allah maha pengasih dan penyayang….sama-sama kita berdoa puan. Moga setiap jalan yang berliku ini ada petunjuknya…”

            Wanita itu mengesatkan air matanya yang mengalir.

            “Ya Allah…ampuni hambamu ini…berikan hambamu ini peluang untuk menembusi segalanya…” Bisik hati kecilnya.

            “Jangan berputus asa ya puan…” Tuan Haji Abbas memujuk lalu tersenyum.

            Wanita itu menganggukkan kepalanya. Puan Mariam menghela nafas kecil. Lega kerana kehadiran Tuan Abbas mampu memujuk hati wanita itu. Sungguh dia sudah mati akal.

            “Terima kasih Tuan Haji…”

“KAK Sufi! Jeff nak lima ratus.” Jeffry sudah menghulurkan tangannya. Sufi Alisha yang sedang mengemaskan cadar di salah sebuah bilik penghuni rumah orang-orang tua itu hanya memandang sekilas pada adik tirinya itu.

            Sampai ke sini adik tirinya itu mencari dia untuk meminta wang. Jeffry naik berang melihat sikap tidak endah Sufi Alisha.

            “Kak Sufi pekak ke?” Dia sudah mula melenting.

            “Kak Sufi dengar…” Sufi Alisha membalas lembut.

            Jeffry merengus kecil. Dia renung tajam Sufi Alisha. Kakak tirinya itu memang cantik, lemah-lembut, baik budi pekerti dan agamanya…Rasa jatuh sayangnya pada kakak tirinya itu sudah melepasi batasan seorang adik dan kakak. Erti kata lain dia cintakan Sufi Alisha. Perasaan cinta itu yang menyebabkan dia melayan Sufi Alisha dengan kasar dan melakukan onar untuk menyakiti Sufi Alisha.

            Hati Jeffry sering merintih. Mengapa Sufi Alisha mesti menjadi salah seorang ahli kerluarganya? Mengapa takdir mempermainkan dia?

            “Kak Sufi tidak akan berikan wang untuk judi dan arak.” Sufi Alisha mengalihkan pandangan matanya ke arah Jeffry.

            “Jangan sampai Jeff buat masalah di sini…” Intonasi suara Jeffry masih meninggi. Dia tidak mempedulikan penghuni-penghuni di situ memandangnya. Bukan tidak biasa dia mengherdik Sufi Alisha di rumah orang tua-tua ini. Cuma dia tidak pernah mencederakan kakak tirinya itu lagi.

            “Pernahkah Jeff fikirkan masa depan Jeff? Fikirkan baik buruk…halal dan haramnya apa yang Jeff buat tu. Mengapa mahu catitkan segala perbuatan Jeff itu hanya di sebelah kiri. Ke mana amalan di sebelah kanan Jeff?” Sufi Alisha masih berlembut. Dia tidak pernah mendengar kakak tirinya itu melenting. Sikap sabar dan keras kepala Sufi Alisha menjadikan dia seorang yang sabar dengan kerenah ibu dan adik-beradik tirinya.

            “Jangan nak ustazahlah kak! Jeff tidak berminat mahu mendengar ceramah Kak Sufi tu.”

            Sufi Alisha tersenyum.

            “Kak Sufi memang mahu jadi ustazah tapi cita-cita tak kesampaian.” Ada nada gurauan di situ.

            Senyuman manis Sufi Alisha membuatkan hati Jeffry tidak keruan. Jangan biarkan perasaan menguasai kau Jeffry! Ingat dia adalah kakak tiri kau. Kau dan dia ada pertalian darah yang tidak boleh dipisahkan. Haram untuk kau jadikan dia milik kau!

            “Kak Sufi jangan naikkan darah Jeff!”

            “Kak Sufi tetap tidak akan berikan Jeff wang. Kak Sufi tidak suka wang hasil titik peluh Kak Sufi dijadikan taruhan dan arak.”

            Jeffry terpana.

            Sepasang tangan memberikan tepukan. Entah sejak bila Ameer Dylan berada di situ menyaksikan sedikit pengolakan drama kekeluargaan di depannya. Jeffry mengetap bibir. Siapa pula tetamu tidak diundang ini? Teman lelaki kakak tirinya itukah? Setahu dia lelaki ini bukan Zairul Hisyam.

            “Dramatik sekali…” Ameer Dylan mengusap dagunya. Dia masih tidak mengalah untuk memikat Sufi Alisha.

            “Siapa kau? Jangan campuri urusan aku dengan kakak aku?” Jeffry yang terkenal dengan sikap panas baran itu sudah meluru dan menarik kot yang dipakai oleh Ameer Dylan.

            “Sungguh kurang sopan adik you Cik Sufi Alisha tetapi I maafkan sebab dia bakal adik ipar I.”  Ameer Dylan sudah mencengkam pergelangan tangan Jeffry lalu memulasnya. Jeffry menjerit kesakitan.

            Sufi Alisha tidak mengendahkan dua lelaki itu. Dia mengangkat cadar-cadar kotor itu lalu dia letakkan dalam raga besar yang disediakan. Dia perlu menyudahkan kerja-kerja sebelum petang berlabuh.

            “Kak Sufi…balik nanti kita selesaikan hal ini.” Jeffry berlalu sambil mengurut-urut pergelangan tangannya.

            Ameer Dylan merapati.

            “Boleh I hulurkan bantuan…”

            Sufi Alisha mengerling lelaki yang sudah berada di sebelahnya itu. Dia menjarakkan sedikit dari lelaki itu.

            “Saya boleh melakukan sendirian. Atas urusan apa Encik Ameer Dylan mahu bertemu dengan saya?”

            “No..no…” Ameer Dylan mengoyangkan jari telunjuknya. “Panggil I Dylan saja..”

            Sufi Alisha tersenyum.

            “I suka dengan senyuman you…menawan hati lelaki I.”  

            Sufi Alisha menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Maaf Encik Ameer Dylan…saya masih ada kerja yang perlu saya uruskan. Boleh

berikan saya laluan.” Sufi Alisha sudah mengangkat raga yang berisi dengan cadar itu.

            “You layan I pun satu kerja juga…”

            Wajah ayu Sufi Alisha berubah. Dia dapat tangkap akan maksud kata-kata Ameer Dylan itu.

            “Jangan menilai maruah gadis seperti saya serendah itu Encik Dylan…” Kali ini pandangan mata Sufi Alisha tidak lagi selembut sebelum ini.

            “Cik Sufi Alisha…jangan berselindung di sebalik topeng.” Ameer Dylan sengaja mahu menguji gadis itu.

            “Atau awak yang sebenarnya berselindung di sebalik topeng itu Encik Ameer Dylan?” Sufi Alisha membidas.

            Terkunci rapat mulut Ameer Dylan. Terketap-ketap bibirnya. Dia turut memberikan reaksi yang tidak menyenangkan.

            “Jangan bazirkan masa saya Encik Ameer Dylan. Saya tidak suka membuang masa saya setiap detik untuk sesuatu yang tidak berfaedah.” Sufi Alisha melintasi Ameer Dylan.

            Perempuan ini…berani dia mempersendakan aku! Ameer Dylan tidak berdiam diri begini. Dia pasti akan menundukkan Sufi Alisha. Sufi Alisha akan berada dalam genggamannya.

bersambung...

1 comment:

  1. waa.. semakin menarik. ibu dylan kah yg duduk ats kerusi roda itu? hmm.. tidak sabar untukku menanti bab seterusnya. hahaha

    ReplyDelete