Bergegar anak tangga dengan bunyi tapak kaki anak Puan Nur Azyan ini. Ameerul Hasif meluru duduk di kerusi. Rambut yang masih serabai tidak bersikat membuat Puan Nur Azyan menggelengkan kepala. Anak dengan ayah sama saja.
“Baca bismillah tak sebelum makan?” Puan Nur Azyan menjeling anak teruna sulungnya itu.
“Baca dalam hati ibu…”
Ameerul Hasif menyumbatkan roti bakar ke dalam mulut dengan gelojoh. Dia benar-benar sudah terlewat untuk masuk kuliah pagi ini.
Puan Nur Azyan menggelengkan kepala dengan gelagat Ameerul Hasif. Benar-benar mengikut acuan dari Doktor Muhammad Syakir. Nakal ya amat sama juga dengan si kembar Adib Aqil dan Aqil Aisar. Pening kepala si ibu ini mahu melayan kerenah-kerenah anak lelakinya. Hari-hari mau jadi gorilla.
“Ibu…Meerul kena pergi kuliah sekarang.” Ujar Ameerul Hasif sebaik mengeuk habis gelas air coklat kegemarannya.
“Kejap!” Azyan menahan. Dia menarik sikat yang berada di kocek belakang jeans Ameerul Hasif. Rambut anak terunanya itu disisirkan dengan gaya tersendiri.
“Terima kasih ibu. Meerul sayang ibu.” Dikucup kedua belah pipi gebu ibunya.
Puan Nur Azyan tersenyum.
“Sayang ibu tapi tetap buat nakal di kolej ya.” Puan Nur Azyan menarik hidung Ameerul Hasif. Ditarik-tarik pula pipi Ameerul Hasif. Geram! Tak padan dengan comel nakalnya nauzubillah…
“Meerul nakal sikit saja ibu.”
“Iyalah tu. Hari ini ibu mahu Meerul mohon maaf pada Cik Nurul Nadia, pensyarah Meerul di kolej nanti. Bukan main ya bagi surat cinta palsu pada pensyarah.”
Ameerul Hasif ketawa kecil. Merah padam muka Cik Nadia apabila mendapat surat cinta dari kapal terbang kertasnya itu.
“Okaylah…Meerul akan mohon maaf secara terbuka dengan Cik Nadia nanti.”
“Jangan cakap saja…”
“Meerul janjilah ibu.”
“Betul…”
“Betulll…” Ameerul mengangkat sebelah tangan. “Ibu…Meerul pergi dulu. Assalamualaikum…”
“Waalaikumusalam…”
Ameerul Hasif menghidupkan motorsikalnya.
“MIKE He…” Pemuda cina kacukan mat salih itu sentiasa membuatkan dirinya berada di awangan. Gagah perkasa idaman hati. Matanya hanya tertumpu kepada lelaki itu bukannya pada penerangan pensyarah yang sedang bertutur dengan penuh dedikasi di hadapan.
Ingin tahu siapa gadis yang kuat berangan ini? Nama dia Zara Sofia. Bab berkhayal dia memang nombor satu.
“Zara Sofia!” Telapak tangan sebesar gajah itu dihempaskan pada mejanya.
Zara Sofia tersentak. Terlempar buku notanya dari meja.
“Ya, Mike He.” Zara Sofia bingkas bangun. Nama Mike He pelakon Taiwan kesukaannya itu terpacul dari bibir Zara Sofia.
“Mike He…Saya pot pet di depan awak boleh berangan Mike He pula.” Puan Latifah membulatkan anak mata sebesar biji guli.
Zara Sofia mengetap bibir. Dup dap! Dup dap jantungnya berdengup. Gerun dengan riak Puan Latifah yang sudah bertukar rupa itu. Teman-teman sekuliah yang lain sudah mengetawakan dia. Malunya Zara Sofia. Mike hanya memandangnya dengan senyuman.
Tawa di bilik kuliah itu terhenti apabila melihat kelibat mausia yang sednag tercungap-cungap di depan pintu masuk itu. Semua mata terarah kepada susuk manusia terbabit.
Puan Latifah mengerutkan dahi. Itu bukan ke budak nakal dari jurusan arkitek. Kalau tidak silap namanya Ameerul Hasif.
“Assalamualaikum…maaf salah kelas.” Ameerul Hasif memberikan salam dan seterusnya cabut lari.
Alahai…macam mana silap masuk kelas ni. Ameerul Hasif menepuk dahi dan bertembung pula dengan mak gajah yang bengis itu.
“Siapa tu Joe Jambul?” Zara Sofia separuh berbisik pada teman di sebelahnya itu.
“Tak perlulah you nak kenal dengan budak nakal tu. Harap muka saja cute tapi mulut boleh tahan laser.” Balas Johairy a.k.a Joe Jambul separuh berbisik jua.
“Muka kau tak cute sebab itu kau jeles ya.”
“Pleaselah nok, mamat tu bukan taste I okay…” Johairy buat muka geli-gelemannya.
Kalau sudah dasar lembut macam sotong memang tak boleh nak keraskan urat sendi tu lagi.
“Zara Sofia!” Sekali lagi namanya dilaungkan oleh Puan Latifah.
“Ya, puan!”
“Lepas ini awak jumpa saya di bilik.” Arah Puan Latifah.
“Baik puannnn…”
Sah-sah memang kena bebel sampai panas telinga.
100x sambung...
Hahaha! Boleh ke silap kelas? Adoyaii... Nice story. Sambunglah lg.
ReplyDeleteAkk ilya ! Best sgt2 ! Bila nk smbg lg ni ? klu leh wat la novel . X syok bc kt blog je . Hehehe .
ReplyDeletehehehehe...tq dear. Biasalah dah kelibut sgt tu,
ReplyDeletehahhaha... mmg kesian la azyan kne buli ngan 4 org lelaki....
ReplyDeleteakak zara x sabar nak bace pasal zara sofia tuh..hehheheeh
Sabar dear...akan ada nanti :P
ReplyDeletehehhe.. t dah masok kn yg baru wall kt FB ok... x sabar nye..wehehehhehe
ReplyDeletePasti akak akan masukkan :)
ReplyDeletecepat2 ok.. mesti bez layan kerenah 3 hero puan azyan tuh..hahahha
ReplyDeleteIyalah dear...:)
ReplyDeleteakak gambo kembar xde ke???
ReplyDeletekembar tu nantilah ya :)
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeletememang sebiji acuan syakir...
memang x nampak lembut dah azyan...tapi apa pun itulah penyeri hidup azyan dan syakir...
love this family..
thumbs up kak ilya
suke3 :)
ReplyDeletehahahahahaha... mmg boleh tahan jugak meerul nie...
ReplyDeleteHahaha . Best ! Sambung lagi kak :)
ReplyDelete