Tab Menu

Followers

Sunday, July 15, 2012

Di Sini Cinta Itu..- Bab 5


“You memang nak mampus!” Fernando mengarahkan konco-konconya menyerbu Eizlan Yusuf.

            Eizlan Yusuf tenang dan bersahaja. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket baju melayunya. Dia mengelak serangan dari konco-konco Fernando itu sambil menekan nombor di telefon bimbitnya.

            “Helo, polis…” Sengaja suaranya dilantangkan.

            Fernando membeliakkan anak matanya. Lelaki itu menelefon polis. Jika polis datang memang dia akan diundang dengan masalah.

            “Behenti!” Sekali lagi Fernando memberikan arahan kepada konco-konconya. Serentak konco-konconya behenti dari menyerang Eizlan Yusuf.

            Eizlan Yusuf tersenyum. Dia tahu lelaki itu semestinya tidak mahu hal ini menjadi kes polis.

            “Kenapa boss?”

            “Kita balik…”

            “Tapi boss?”

            “Balik!” Fernando meninggikan suara pada konco-konconya.

            Arahan harus dipatuhi. Mereka membuntuti ketua mereka meninggalkan tempat berkenaan.

            “Terima kasih…” Ucap Paul sebaik kelibat Fernando dan konco-konconya tidakkelihatan lagi.

            “Pertolongan kecil.” Eizlan Yusuf membalas. Dia renung wajah gadis yang sudah dicampung oleh lelaki berbangsa cina itu. Bibirnya mengukir senyuman. Gadis itu…

            “Teman encik itu seperti tidak sihat. Wajah dia agak pucat. Apa kata encik singgah di rumah saya. Jangan risau saya tidak berniat serong.” Eizlan Yusuf mempelawa.

            Paul diam seketika. Mungkin ada baiknya dia bermalam di rumah lelaki ini. Lagipun dia takut kalau Fernando dan konco-konconya mencari mereka. Paul mengganggukkan kepala.

TERPISAT-pisat Melly membuka matanya. Alunan suara orang yang sedang mengaji itu mengejutkan dia dari pengsan. Mata jernih Melly memandang sekeliling. Ini bukan biliknya mahupun bilik Paul. Ada ayat-ayat Al-Quran tergantung di dinding bilik itu. Dia bingkas bangun. Pakaiannya juga sudah ditukar ganti.

            Di mana dia berada? Di mana pula Paul? Fikirannya agak kabur dan dia tidak mengingati apa yang berlaku pada malam itu. Melly memulas tombol pintu bilik itu. Dia bangun dan mencari-cari suara yang sedang mengaji itu. Hatinya tenang mendengar ayat-ayat suci Al-Quran itu dibacakan. Matanya terbuntang luas melihat ruang rumah yang besar itu.  Rumah siapakah ini agaknya? Melly meneruskan langkahnya.

            Suara itu semakin jelas kedengaran. Dia yakin pemilik suara itu berada di dalam bilik berhadapannya kini. Tombol pintu bilik dipulas. Tidak berkunci. Melly membuka pintu bilik itu perlahan-lahan.

            Dia terpaku melihat lelaki yang sedang khusyuk membaca Al-Quran di atas sejadah itu. Seorang lelaki yang tidak dia kenali. Dia terasa bahunya disentuh dari belakang. Pantas dia berpaling. Seorang wanita yang agak berusia tersenyum memandangnya.

            “Anak sudah sedar ya…” Tegurnya lembut.

            “Maaf…saya…”

            “Mari kita bersarapan dahulu…” Wanita itu menarik tangannya lalu menutup pintu bilik itu kembali.

            Hati Melly berada lega sebaik melihat Paul turut berada di meja makan. Fikirnya Paul sudah meninggalkan dia malam itu. Paul menghirup teh o panasnya perlahan-lahan. Sungguh selesa tidur di rumah ini malam tadi.

            “Good morning Melly. Lena you tidur…”

            Melly mencebik.

            “You bawa I ke rumah siapa ni?”

            “Don’t Worry…tuan rumah ini baik-baik orangnya. Betul tak Mak Tun.” Paul mengenyitkan mata pada Mak Tun yang sedang menyapukan mentega kacang pada roti tersebut. Mak Tun tersenyum.

            “Ermmm…”

            “Dia yang selamatkan kita malam tadi.  I tak berani bawa you pulang ke rumah sebab I takut Fernando tunggu kita di rumah pula.” Paul memberikan alasan yang kukuh.

            “Minumannya cik..” Secawan teh o dihulurkan kepada Melly. Melly menyambutnya dengan teragak-agak.

            “Err…terima kasih mak…makcik..” Melly mengambil tempat bersebelahan dengan Paul. Agak kekok apabila dilayan dengan baik oleh Mak Tun.

            “Cik nak makan apa? Roti bakar atau nasi goreng? Mak Tun ambilkan untuk cik..”

            “Tak mengapa Mak Tun….saya boleh ambil sendiri.” Merah wajah Melly, Dia mengambil senduk pada nasi goreng yang terhidang. Dia senduk nasi goreng itu ke dalam pinggannya.

            “Assalamualaikum…selamat pagi..” Suara yang menyapa lembut itu membuat Melly mengangkatkan kepalanya.

Riak muka Melly berubah.Dia tergamam seketika. Fikirannya mengimbas pada pertemuan beberapa hari yang lalu.
           
“BOLEH saya duduk di sini.” Kedengaran nada suara suara yang matang dari seorang lelaki berusia awal 30-an yang memiliki sepasang mata yang menawan dan raut wajah yang tampan, yang mana setiap gadis yang melihatnya pastikan tergoda. Melly  juga tidak terkecuali.

            Melly menganggukkan kepalanya dan mempersilakan lelaki itu duduk semeja dengannya. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan dari lelaki itu. lelaki itu mengelengkan kepalnya.

            “Arak dan rokok akan menjejaskan kesihatan awak.” Ujarnya lembut.

            “You berceramah dengan I.” Melly ketawa. “Lelaki-lelaki yang mengunjungi tempat ini bukan lelaki yang baik.”

            Lelaki itu gelengkan kepala. Dipandang wajah Melly yang mula kemerah-merahan itu. Bergelas-gelas gadis itu meneguk minuman beralkohol itu.

            “Awak seperti dikecewakan oleh cinta.”

            “Apa yang you tahu tentang cinta?” Desis Melly.

            “Awak nak tahu?”

Melly anggukkan kepalanya.

“Cinta itu satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada makhluk yang bernama manusia. Cinta ni banyak kategorinya...tapi cinta pada Allah adalah cinta yang satu…Hati kita akan tenang apabila kita bersujud kepada DIA. Carilah ketenangan melalui jalan betul.”

Melly tertawa.

Thanks sebab berikan In ceramah percuma. Dulu I perempuan yang baik-baik yang taat kepada agama sebelum I jadi begini. I tak pernah lupa pada sejadah dan berdoa. Tapi nasib I tetap tidak berubah sekalipun hari-hari I berdoa dan menangis. Tuhan tidak pernah sayangkan I. I kehilangan semuanya…” Tubir mata Melly berair.

Satu-persatu dia membuka ceritanya pada lelaki itu.

            “Malam ini I seakan-akan menceritakan segala sejarah hidup I pula…kelakar seorang pelacur meluahkan perasaan pada seorang lelaki yang tidak dikenalinya.”

            Lelaki itu tersenyum…

            “Manusia tidak lari dari ujian Allah…percayalah setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya…Allah tidak menurunkan ujian tanpa sebab…” Lelaki itu bingkas bangun.

            “Jangan sesekali berputus asa untuk memohon doa kepada-NYA. Jangan terus berserah pada takdir. Awak masih tidak terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Ingat…Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk umat-NYA…” sambungnya lagi lalu menghilang di mata Melly.

            Melly terpegun. Bibir terkatup rapat mendengar bicara lelaki itu.

            “Melly…Melly….you okay tak ni?” Paul mengawangkan tangannya pada muka Melly.

            “I okay…” Hati Melly berdengup kencang. Dia yakin lelaki ini adalah lelaki yang ditemuinya malam itu.

            Melly menundukkan kepalanya.

            “Cik Melly…bagaimana keadaan awak pagi ini? Ada sihat sedikit?” Soal Eizlan Yusuf sebaik melabuhkan punggung di kerusi.

            “I okay..” Melly membalas perlahan. Dia tahu namaku…pasti Paul yang memberitahu namaku pada dia.

            “Alhamdulillah…kalau masih tidak sihat saya akan panggil doktor peribadi saya untuk memeriksa keadaan awak lagi.”

            “Tak perlu…saya okay dah…” Melly menolak laju.

            Paul memerhatikan gelagat Melly yang gelabah. Agaknya Melly terpaut dengan kekacakan Eizlan Yusuf tak? Itu sebab wajah dia kemerahan.

            “Lepas bersarapan ni, kami akan pulang. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada Encik Eizlan.” Giliran Paul bersuara.

            Eizlan Yusuf anggukkan kepalanya.

            “Pertolongan kecil. Manusia harus menolong sesame manusia.”

            Tutur bicara dan budi pekertinya membuatkan Paul kagum dengan lelaki ini.  Lelaki ini tahu siapa dia, siapa Melly tetapi masih melayan mereka dengan baik sekali sedangkan lelaki ini berketurunan orang baik-baik. Hati Paul terharu. 

1 comment: