Tab Menu

Followers

Monday, August 13, 2012

Coke and Sundae II - Preview



Prolog

Bila teringat kembali kisah cinta aku dengan Syakir pastinya aku akan tersenyum sendiri. Aku dengan Syakir selalu bertengkar tetapi siapa sangka orang yang kita meluat sangat itu menjadi suami kita, kan? Jodoh danpertemuan di tangan Tuhan. Tidak semestinya orang yang serba-serbi tampak sealiran dengan kita itu ialah jodoh kita. Macam aku dengan Syakir. Kami punya perwatakan yangberbeza dan sering tidak sefahaman. Aku sukakan Coke dan Syakir sukakan sundae! Ada orang kata Coke dan sundae tidak boleh bercampur! Tidak sesuai! Siapa cakap Coke dan sundae tidak serasi?He he he… alhamdulillah berkat usaha gigih Syakir (konon-kononnya) akhirnya kami bercinta dan berkahwin. Kini… kami bakal menimang cahaya mata pertama kami. Akutak boleh bayangkan wajah gembira Syakir bila aku khabarkan yang dia bakal menjadi seorang ayah. Terlonjak-lonjak dia macam budak kecil. Habis semua jiran dia beritahu. Betul-betul buat aku malu. Syakir…Syakir….

TERGELENG-GELENG kepalaAzyan ketika menulis di dalamdiari yang suatu ketika dulu milik suaminya, Syakir. Dia meleretkan senyuman di hujungbibirnya. Perutnya yang sudah membesar macam belon ituadakalanya buat dia tidak selesa untuk duduk menulis. Azyan meletakkan pen di atas meja. Dia menghela nafas kecil.

“Anak ibu ni makin nakal ya.” Azyan mengusap-usap perutnya. Wajahnya berkerut. Dia mengalihkan pandangan pada Syakir yang sudah enak dibuai mimpi di ataskatil. Terdengar dengkuran halus suaminya itu.Azyan menyimpan semula diari tersebut di dalam laci. Dia mula berasa tidak enak dengan perutnya. Bayi didalam kandungannya kian kuat menendang-nendang. Makinlama makin ganas tu. Perlahan-lahan Azyan menghampiri Syakir.

“Bang,” panggilnya perlahan. Syakir masih tidak buka mata. Siap boleh ubah posisi baringnya.
Azyan mengetap bibirnya. Dia menggoncang tubuhSyakir. Namun tiada tanda-tanda yang Syakir akan membukamatanya. Merah muka Azyan menahan amarah.

“Abang bangun! Ayang dah nak ‘meletup’!” jeritnyadi telinga Syakir.

“Hah? Ayang ‘meletup’?” Serentak itu Syakir terjaga. Dia pandang kiri dan kanan. Pandangan Syakir mati pada wajah isterinya yang kelihatan seperti orang yang sedang menahan sakit itu. “Sayang ni kenapa? Berkerut-kerut macam nenek kebayan.”

Soalan paling bodoh Syakir utarakan.

Nasib baik Azyan sedang sarat begini, kalau tidak mahu dia belasah suaminya itu. Boleh Syakir buat lawak antarabangsa masa dia tengah sakit begini!

“Perut ayang ni rasa nak ‘meletup’ dah bang!”beritahu Azyan.

“Hah? ‘Meletup’?” Syakir buat muka bengongnya lagi. “Bukan ke due ayang seminggu lagi?”

Azyan tepuk dahi. Kalau sudah hendak bersalin tidak semestinya tertakluk kepada tempoh yang doktor ramalkan. Syakir pun tahu! Dia juga seorang doktor!

“Abang!” Azyan tidak dapat menahan kesakitan yang kian mencucuk-cucuk. Peluh dingin sudah memenuh segenap ruang wajahnya.

“Baby macam nak keluar,” sambungnya lagi.

“Hah?!” Syakir mula panik. Tengah malam buta begini pulak isterinya itu nak bersalin. Tidak boleh tungguesok pagi ke?

Keadaan jadi kelam-kabut. Bergegas dia bersiap untuk menghantar Azyan ke hospital.

Dalam keadaan sakit, Azyan sempat tertawa kecil melihat cara Syakir berpakaian. Syakir pakaibaju dan seluar terbalik!Syakir cepat-cepat betulkan semula pakaiannya.

Kemudian dia pakaikan tudung ala kadar sahaja pada kepalaAzyan. Azyan menudingkan jarinya pada barang-barang yang telah dia siapkan awal-awal untuk keperluan di hospital nanti.
Perlahan-lahan Syakir memapah Azyan masuk ke dalam kereta. Dia duduk di tempat pemandu. Baru dia memulas kunci kereta, Azyan menepuk-nepuk lembut bahunya.

“Abang nak perompak masuk ke rumah kita ke?

Lampu pun tak dipadamkan. Bil elektrik melambung nanti,” bebel Azyan.

Syakir mengeluh kecil. Dia segera keluar dari kereta untuk menutup lampu dan pintu. Kemudian Toyota Vios itu bergerak meninggalkan pekarangan rumah teres dua tingkat itu. Beberapa minit dalam perjalanan Azyan memanggil Syakir lagi. “Abang….”

“Ya, sayang,” sahut Syakir. Dia tidak menoleh ke arah isterinya. Matanya fokus pada jalan raya. Pandu cermat maka jiwa pun akan selamat.

“Ayang rasa kepala baby dah nak keluarlah.” Adu Azyan. Dia rasa dia tidak mampu untuk bertahan lagi.

“Hah?!” Syakir brek mengejut di tepi jalan. Dia memusingkan badan ke arah isterinya. Sudah! Apa dia hendak buat kini? Syakir buntu seketika. Syakir rasa mereka tidak akan sempat sampai ke hospital. Dia perlu jadi bidan terjun untuk isterinya. Tiada pilihan lain. Dia pindahkan Azyan ke tempat duduk belakang. Setelah beberapa jam bertungkus-lumus,

alhamdulillah… Azyan selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat.

Setelah melaungkan azan, Syakir serahkan bayi mereka kepada Azyan. Dia mengesat peluh di dahinya. Terukir senyuman di bibir Syakir. Aku sudah menjadi seorang ayah. Bisik hati kecilnya.






Jumlah muka surat:- 632
Harga Runcit:- S/M: RM22.00 S/S: RM25.00

11 comments:

  1. taksabarnya nak menjelajah kedai buku untuk cari!

    ReplyDelete
  2. Alahai kak ilya :X mahalnya. Kena simpan duit lah macam ni. Tapi best. Rasa nak beli ^^ keep in touch

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wahh...tadi pagi bukak Kaki Novel... happy tgk ade Coke & Sundae 2... tak sabar nak beli.... tahniah
    llya...

    ReplyDelete
  5. waaa... dh lama tunggu novel ni kuar... xsabar2 nak beli

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak miliki novel ni..tahu kenapa? sebab cover dia sweet..coke and sundae 1 akak tak ada..macam mana nak baca coke and sundae 2 ni ek..hehe..

    ReplyDelete
  7. pg tadi dah online bank in RM tuk Coke & Sundae 11..dan dah fax ke KN..harap2 dpt sign penulis...thanx Ilya

    ReplyDelete