Tab Menu

Followers

Monday, December 3, 2012

Nilai Cintanya... - NC 20



HAJAH Solehah agak terkejut melihat surat perletakkan jawatan Sufi Alisha di atas mejanya. Wajah Sufi Alisha yang agak pucat itu ditenung. Senyuman di bibir gadis itu tiada serinya. Apa yang sudah berlaku pada Sufi Alisha? Adakah kerana gambar-gambar yang tersiar di internet itu? Hajah Solehah percaya Sufi Alisha teraniaya. Dia kenal hati budi Sufi Alisha. Sufi Alisha bukan gadis yang tidak tahu menjaga kehormatan diri.

            “Sufi fikirkan semula…” Hajah Solehah menolak perletakkan jawatan Sufi Alisha.

            Sufi Alisha menggelengkan kepalanya.

            “Saya tidak puan dapat masalah kerana saya nanti. Saya tak mahu menjejaskan tempat ini.” Keputusannya adalah nekad. 

            Sufi Alisha tidak mahu memberikan masalah di rumah orang-orang tua ini. Dia rela menanggung masalah itu sendiri. Sufi Alisha jua tahu Ameer Dylan tidak menyiarkan gambar tersebut. Maki-hamun dari ibu tirinya cukup memeritkan hati Sufi Alisha. Wanita itu sepatutnya tahu apa yang berlaku. Jiran tetangga memandang serong padanya. Orang sekeliling mula mengata itu dan ini. Sufi Alisha membisu. 

            “Ia tidak mendatangkan masalah pada saya. Lagipun orang-orang di sini mengenali awak, Sufi. Mereka tahu awak teraniaya.”  Hajah Solehah memujuk.

            “Puan…saya tak mahu merosakkan nama baik Teratak Murni. Teratak Murni tempat yang saya amat sayangi. Penghuni-penghuni di sini bagaikan saudara saya.” Setitis air mata Sufi Alisha jatuh menimpa pipinya.

            Dia tidak mahu Teratak Murni ditimpa musibah kerana dirinya. Dia tidak mahu nama Teratak Murni diburuk-burukkan.

            “Nampaknya sia-sia saya memujuk awak, Sufi. Awak tetap berkeras mahu meletak jawatan di sini. Fikirkan mereka yang rapat dengan awak, Sufi.”

            “Kerana saya fikirkan merekalah saya mengambil keputusan untuk behenti. Namun itu tidak bermakna saya akan memutuskan perhubungan saya dnegan mereka.” 

            “Sufi…saya terima perletakkan jawatan awak ini namun saya sedia menerima awak bekerja di sini bila-bila masa sahaja. Sufi…awak sebahagian dari keluarga Teratak Murni.”  Hajah Solehah memeluk bahu Sufi Alisha.

            Terukir segaris senyuman di bibir Sufi Alisha. Bukan semua orang akan beranggapan sinis padanya. Masih ada insan berfikiran positif seperti Hajah Solehah.

            “Terima kasih puan…”

            “Ingat Sufi, setiap dugaan yang datang itu adalah ujian dari Allah. Saya harap awak tidak tunduk dan mudah mengalah dengan dugaan yang awak hadapi. Awak seorang yang berhati cekal Sufi. Saya yakin awak mampu menanganinya jika awak sentiasa yakin pada Allah.” Pesan Hajah Solehah.

            “Terima kasih atas ingatan puan pada saya.”

            “Sama-sama Sufi. Selalunya orang memang suka pandang serong bila kita berbuat baik ni. Mungkin ada yang iri hati pada awak kerana awak menjadi pilihan Ameer Dylan untuk dijadikan suri dalam hidupnya.”

            Mungkin benar juga kata-kata dari Hajah Solehah itu. Namun Sufi Alisha tidak mahu membuat tuduhan melulu walau dia tahu siapa yang punya angkara itu.

            “Saya akui perkara ini memberikan tekanan pada saya tetapi saya tidak berganjak dari keputusan saya untuk menerima Ameer Dylan sebagai suami.” Sufi Alisha mengetap bibir. 

            Hajah Solehah memahami situasi yang Sufi Alisha alami.

            “Dan saya yakin Ameer Dylan tidak akan berdiam diri.”

            Senyumannya penuh makna. Sufi Alisha sedikit tersentak.

“ITU Sufi Alisha.Kau pujuklah dia jangan behenti.” Umi Embun menghalakan jari telunjuk pada Sufi Alisha yang baharu saja menemui Hajah Solehah itu.

            Riak wajah Sufi Alisha agak terkejut melihat kehadiran Damien di samping Umi Embun. Pandangan matanya dihalakan kepada Umi Embun.

            “Sufi…” Damien memanggil lembut. Sufi Alisha mengangkat wajahnya. Dia tersenyum.

            “Awak pasti tidak mahu saya behenti di sini juga kan?” 

            Terkaan yang cukup tepat.

            “Fikirkan semula Sufi. Warga tua di sini sayangkan awak.”

            “Umi sayangkan Sufi…”

            Sufi Alisha memeluk tubuh Umi Embun.

            “Sufi pun sayangkan umi.”

            “Sufi jangan behenti ya?”

            Sufi Alisha menggeleng laju. Dia tidak akan mengubah fikiran. 

            “Sufi…kesian pada Umi Embun…Awak tahu yang dia sayangkan awak.” Giliran Damien cuba memujuk.

            “Damien…” Sufi Alisha menarik nafas panjang. “Saya punya sebab yang kukuh untuk meninggalkan Teratak Murni tetapi hati saya sentiasa berada di sini. Saya pasti akan kembali semula ke sini.” 

            “Kalau begitu awak bekerja dengan saya..” Cadang Damien.

            Sekali lagi Sufi Alisha menggeleng.

            “Maafkan saya…Buat masa ini saya perlu menenangkan fikiran saya dahulu.” Sufi Alisha menciptakan alasan. 

            “Saya akan melindungi awak, Sufi. Jangan salah sangka akan niat ikhlas saya ini. Saya anggap awak seperti adik kandung saya sendiri.” Lain di mulut tetapi lain di hati. Damien mengaturkan rancangannya dengan teliti untuk mendapatkan kepercayaan dari Sufi Alisha.

            “Terima kasih Damien…” 

            “Rambut sama hitam Sufi, tetapi hati lain-lain.” Ada maksud tersirat di situ.

            Sufi Alisha sekadarnya mengukirkan senyuman nipis. 


           
GAMBAR yang tertayang di dalam komputernya itu dipadam. Hati Ameer Dylan mendidih panas. Celaka! Kerja siapalah agaknya ini. Setahu dia gambar tersebut tersimpan kemas dalam telefon bimbitnya.Bagaimana gambar itu boleh tersebar? Ameer Dylan menggigit bibir. Siapa pula yang mahu merossakkan rancangan dia ini. Dia sudah hampir mendapatkan Sufi Alisha namun ada pula yang bikin kacau!

            Pintu bilik pejabatnya itu terkuak perlahan. Siapa pula tetamu tidak diundang yang berani menceroboh bilik pejabatnya ketika anginnya sedangg rebut ini. Tajam renungan mata Ameer Dylan ke arah tetamu tidak diundang itu. Delina memang mencari nahas. Datang untuk menegangkan lagi suasana di bilik itu.

            “Untuk apa you mencari I di sini? urusan kita hanya di malam hari.” Ameer Dylan bingkan bangun.

            Delina tersengih sambil memintal hujung rambutnya yang sudah diluruskan itu. Dia merapati Ameer Dylan. Leher lelaki itu dipaut.

            I miss you…”

            Ameer Dylan menolak tubuh Delina. 

            Delina tersenyum sinis. Pastinya Ameer Dylan sedang bengang kerana gambar bakal isterinya sudah tersebar luas. Nasib kaulah Sufi Alisha, aku benci kalau ada orang lebih dari aku. Lagi-lagi jika lelaki sehebat Ameer Dylan dan Damien menumpukan perhatian pada kau.

             “Ini kerja you kan?” Amarah Ameer Dylan sudah sampai ke kemuncak. Dia sudah boleh agak siapa yang empunya angkara. Siapa lagi yang bebas keluar masuk ke banglonya jika bukan Delina. Delina yang mengambil gambar itu dari telefon bimbitnya.

            Delina tersenyum sinis. 

            “Kalau kerja I pun semuanya sudah terlambat sayang. Gambar bakal isteri you sudah tersebar luas.” Desis Delina. 

            Ameer Dylan merentap kasar lengan Delina. Delina memang sengaja mencari nahas. Apakah Delina tidak takut apa yang akan dia lakukan padanya.

            “I paling benci jika ada orang yang mencampuri urusan I. Lagi-lagi penyibuk seperti you.”

            “I memang suka menjadi kaki sibuk.” Delina membulatkan anak mata sebesar bola mata ikan.

            “Delina you sedang bermain dengan api…You jangan uji kesabaran I.”

            “I memang suka bermain dengan api. Kalau tidak masakan I sanggup menghadap you, Dylan.” Delina bertentangan mata dengan Ameer Dylan. 

            Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi eksklusif Ameer Dylan. Dia memusingkan kerusi tersebut. Hati seronok melihat wajah Ameer Dylan yang sedang panas itu. Ameer Dylan tidak akan mengasarinya seperti Damien. 

            “Delina…sabar I ada hadnya…” Ameer Dylan memberikan amaran. Jangan sampai gadis itu dia melakukan perkara diluar jangkaan terhadap Delina. 

            Come on Dylan…benda kecil. Lagipun you pun cuma mahu bermain dengan gadis itu kan?” Delina menjongketkan sebelah keningnya. Dia ketawa kecil.

            “Delina…you belum tengok I menjadi seorang lelaki yang dahsyat. I takut wajah jelita you akan cacat cela nanti.” Ameer Dylan memaut dagu Delina.

            “Dylan…tamatkan saja permainan you dengan gadis itu. Dia bukan baik sangat pun.” Delina masih mahu bermain api dengan Ameer Dylan. Dia ingin sejauh mana tindakan Ameer Dylan terhadapnya.

            Ameer Dylan membuka telapak tapaknya. Delina kerut dahi.

            “Berikan kepada I…”

            “Berikan apa?”

            “Berikan kunci pendua banglo peribadi I!” Ameer Dylan menekankan suaranya.

            “Kalau I tak mahu.”Delina masih mahu bermain kata dengannya.

            “I tidak akan ulang kata-kata I tadi.” Ameer Dylan menjeling. 

            “Jangan buat I begini Dylan. Habis madu sepah dibuang.” Delina memujuk manja. Dia sudah bangun memeluk bahu Ameer Dylan.

            “You memang bunga yang sudah tiada madunya!” Sinis sindiran Ameer Dylan. Muka Delina memerah.

            “Tapi you hisap juga!” 

            “Heh! I tidak meminta tapi you yang rela memberi…” 

            “I tidak memberikan dengan percuma…You membayarnya…” 

            “You perempuan murahan berkelas tinggi.” Pada Ameer Dylan Delina sudah ibarat seperti seorang pelacur. “Berikan kunci pendua itu kepada I sekarang!” Nada suaranya semakin meninggi.

            “Huh!” Delina mengalah. Dia membuka beg tangan berjenama Gucci. Dia serahkan kunci tersebut pada telapak tangan Ameer Dylan. Tidak mengapa, dia masih ada satu kunci pendua banglo tersebut. Ameer Dylan tidak mengetahui tentang kunci yang lagi satu itu. Dia bukannya bodoh.

            “Jangan menyibuk dalam urusan I lagi. Jika perkahwinan I dan Sufi Alisha terbatal kerana you maka you akan menerima natijahnya.” Tubuh Delina diheret keluar dari pejabatnya. 

            “Jangan benarkan sesiapa masuk ke bilik pejabat I tanpa kebenaran!” Pesannya kepada Azie. Azie menganggukkan kepala. Dia bukan tidak menghalang Delina namun Delina lebih pantas meluru masuk.

            Delina menyilangkan kedua belah tangannya. Dia mencebik bibir. Hatinya berasa geram dengan layanan Ameer Dylan itu.

12 comments:

  1. kesian sufi...
    gram btul ngan delina n damien...
    sufi tlong jngan prcaya kat damiennn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Iffah Afiqah yg rajin ikuti e-novel ni...

      Delete
    2. same2.
      saye mmg minat bgan sume karya akak..
      sume best.....

      Delete
  2. Wlaupun Dylan ni jahat tp dia xlah sejahat Delina . Huh !

    ReplyDelete
  3. kesian kat sufi...
    fuh marah sungguh Dylan....

    ReplyDelete
  4. makin geram dgn Delina..
    msti dia akan buat bukan2 lg..msuk rumah tanpa izin..dgn kunci yg diduplcted
    -miss A-

    ReplyDelete
  5. Cerita yang menarik...bila diaorg nak kawin ni

    ReplyDelete
  6. xsabar menunggu sambungan cerita ni... ^.^
    chayok2!!! :)

    ReplyDelete