BENARKAH
Sufi Alisha melarikan diri? Ameer Dylan tidak senang duduk. Majlis pernikahan
mereka hanya dua minggu lagi dan gadis itu telah menghilangkan diri pula. Ameer
Dylan mengusap dagu.
Bertenang Dylan…bertenang…kalau kau
gelabah begini memang kau tidak boleh berfikir secara waras. Kau mesti cari
Sufi Alisha sampai dapat. Semua masalah ini berpunca dari Delina. Celaka! Aku
tidak boleh kalah dalam permainan ini.
Ameer Dylan meninggalkan mesej
kepada Azie, setiausahanya. Dia mengambil cuti kecemasan. Semuanya kerana Sufi
Alisha. Dia akan mencari gadis itu sampai dapat. Apa jua halangan yang bakal
ditempuhi gadis itu mesti menjadi miliknya.
Tuan Haji Abbas agak berang apabila
mengetahui masalah yang menimpa Sufi Alisha. Kesian gadis itu…siapa yang
berhati busuk yang menganiayai Sufi Alisha sedemikian rupa. Mahu diamuk kepada
Ameer Dylan, anak angkatnya itu sudah lesap. Azie memberitahu yang Ameer Dylan
ada hal kecemasan. Dia yakin Ameer Dylan mencari Sufi Alisha. Sedikit sebanyak
hati tuanya lega kerana Ameer Dylan mengambil berat hal terbabit.
Langkah tapak Ameer Dylan laju
menuju ke arah keretanya. Tempat pertama yang akan ditujui adalah rumah
kebajikan orang tua itu. Dia harus bertanyakan ke mana hilangnya Sufi Alisha di
penghuni yang bernama Umi Embun itu.Wanita itu semestinya tahu di mana Sufi
Alisha bersembunyi sementara ini. Namun usahanya sia-sia kerana Umi Embun dan penghuni lain di rumah kebajikan itu tidak
mengetahui di mana Sufi Alisha berada.
Ameer Dylan merasa lelah. Dia meraup
rambutnya ke belakang. Dia tidak menuju ke rumah Sufi Alisha kerana dia tahu
ibu tiri dan adik-beradik tiri Sufi Alisha tiada gunanya untuk ditanya di mana
Sufi Alisha berada. Mereka hanya mementingkan wang dan kekayaan yang bakal
mereka perolehi. Maka Ameer Dylan menghubungi Carolyn. Mujur Carolyn sudi
menemuinya waktu ini.
“Dari mula lagi you patut padam
gambar-gambar itu. You tahu akan natijahnya bila gambar itu jatuh ke tangan orang
macam Delina? Kalau I di tempat Sufi pun I akan berasa malu dan melarikan diri.”
Desis Carolyn.
“I tahulah I silap.”
“You tak cuba tanya teman-teman
rapat dia?”
Ameer Dylan menggeleng perlahan. “I manalah
tahu teman-teman rapat dia. Setahu I lah dia hanya rapat dengan penghuni rumah
kebajikan tu.”
“You tu hanya pentingkan diri
sendiri saja. I tak faham betul kenapa Sufi sanggup mahu berkahwin dengan
lelaki tak berguna macam you.”
Kelat muka Ameer Dylan.
“I tak paksa dia menerima lamaran I.
Dia sendiri yang bersetuju dan majlis kami semakin dekat.”
“Cuba you ingat baik-baik siapa lagi
yang Sufi rapat selain penghuni di rumah kebajikan orang tua tu.”
“Arghhhh!” Ameer Dylan mencengkam
kepala. Di mana lagi harus dia mencari Sufi Alisha. Dia bukan kenal dengan
mendalam akan perihal gadis yang keras kepala itu.
Carolyn memerhati sahaja gelagat
Ameer Dylan. Dia agak hairan dengan kegelisahan yang terpapar pada wajah Ameer
Dylan. Penting sangat Sufi Alisha kepada Ameer Dylan sedangkan Ameer Dylan
hanya mahu mempermainkan gadis itu dalam ikatan perkahwinan. Eloklah sangat
Sufi Alisha melarikan dari ‘bad boy’
ni. Sufi Alisha tidak layak buat lelaki seperti Ameer Dylan.
“I rasa ada seseorang yang tahu Sufi
berada di mana?”
“Siapa?”
“Wanita tua tu…”
“Siapa wanita tua tu?”
Ameer Dylan tersenyum. Wanita yang
dipanggil Makcik Anum akan dicari…
TERKAAN
Ameer Dylan memang tepat. Sufi Alisha berada bersama Makcik Anum itu. Dia boleh
menarik nafas lega. Mujur saja orang upahannya dapat mencari Makcik Anum dengan
mudah. Ameer Dylan tidak berlengah-lengah lagi untuk menemui Sufi Alisha. Jika
Sufi Alisha membatalkan majlis pernikahan mereka maka orang pertama yang dia
kerjakan adalah Delina.
Kehadiran Ameer Dylan di vilanya
seakan sudah dapat diduga oleh Madam Jesse. Madam Jesse menyambut Ameer Dylan
dengan senang hati. Ameer Dylan memandang wanita di depannya itu dengan wajah
keruh. Dia masih tidak melihat kelibat Sufi Alisha di vila itu. Hatinya tidak
keruan selagi tidak nampak Sufi Alisha.
“Jemput duduk dulu Ameer…” Ujar
Madam Jesse lembut. Wajah yang sebelum ini lesu dan tidak bermaya kini tampak
bersemangat.
“Mana Sufi?” Sufi Alisha sahaja yang
berada di fikirannya kini.
Madam Jesse tersenyum.
“Sufi ada di taman belakang vila
ini. Ameer mahu makcik panggilkan dia?”
“Tak perlu. Saya sendiri cari dia.
Makcik tunjukkan saja jalannya.”
Madam Jesse mengangguk.
KEHADIRAN
Ameer Dylan sedikit pun tidak mengejutkan Sufi Alisha. Ameer Dylan merasa geram
melihat wajah Sufi Alisha yang seperti tidak berlaku apa-apa itu. Boleh pula
Sufi Alisha membuat kerja separuh masa di taman ini.
Dia merapati Sufi Alisha tanpa
mengendahkan lagi Madam Jesse. Sufi Alisha yang sedang menyusun pasu-pasu bunga
itu behenti dari meneruskan kerjanya. Sufi Alisha mengesat peluh dingin yang
mengalir di dahinya.
“Sufi Alisha…”
“Encik Ameer takut saya lari ya?” Sufi Alisha cuba menduga. Bibirnya
menguntumkan segaris senyuman.
Ameer Dylan membisu. Dia sudah risau separuh nyawa, gadis itu masih
boleh berlagak selamba. Mana hendak diletakkan muka ini jika perkahwinan mereka
tidak jadi? Bukan mudah berulang-alik untuk urusan perkahwinan di pejabat
agama.
“You jangan bermain tarik tali dengan I.”
“Siapa yang bermain tarik tali
Encik Ameer?”
Sekali lagi Ameer Dylan terdiam. Dia renung raut wajah mulus Sufi Alisha
tajam.
“You dah janji dengan I. Tak elok you nak mungkir janji dengan I.
Munafik tahu.” Pandai pula Ameer Dylan berkata-kata.
“Encik Ameer ni adakala macam budak-budak juga.” Sufi Alisha ketawa
kecil.
“You
jangan nak jatuhkan air muka I.”
“Encik Ameer…saya dah janji maka
saya akan tunaikan. Encik Ameer tak perlu risau ya. Lagipun saya cuma nak
tenangkan hati saya untuk sementara waktu di sini.”
“Bagus you ingat janji you. I ingat
you sudah larikan diri pasal gambar-gambar you itu.” Ameer Dylan mengangkat
alis keningnya.
“Saya tahu itu bukan kerja Encik
Ameer. Sedikit sebanyak ianya ada menjejaskan semangat saya. Siapa nak
percayakan kebenarannya tambahan pula cerita dari gadis seperti saya ini.”
“Itu memang bukan kerja I. I akan
bersihkan nama you. Dengan adanya wang semua perkara boleh dibuat.”
Ameer Dylan masih bangga dengan wang
yang dia miliki.
“Tidak mengapalah Encik Ameer…tidak
perlu gunakan wang Encik Ameer untuk bersihkan nama saya.” Sufi Alisha menolak.
“Mana boleh. You bakal isteri I dan
I tak mahu nama you kotor.” Ameer Dylan berkeras. Sufi Alisha gelengkan kepala.
Madam Jesse turut mengulum senyuman senang hati. Ameer Dylan bakal berkahwin. Sufi Alisha adalah gadis pilihan yang tepat. Sufi Alisha pastinya dapat membentuk anak lelakinya itu. Dia tidak mahu melihat Ameer Dylan terus hanyut dengan dunia
Madam Jesse turut mengulum senyuman senang hati. Ameer Dylan bakal berkahwin. Sufi Alisha adalah gadis pilihan yang tepat. Sufi Alisha pastinya dapat membentuk anak lelakinya itu. Dia tidak mahu melihat Ameer Dylan terus hanyut dengan dunia
alah kenapa sikit sangat...:-(
ReplyDeleteakak nak buat suspen ye...xpe at least terubat sikit rindu kat bad boy ni....:-)
Lum abis tulis lg dear
DeleteXsabar tunggu sambungan..
DeleteBest ni..
menanti dengan penuh sabar... hehehe
DeleteThank you! Nak lagi...
ReplyDeleteheheheheh... aduyaiii... lari plak sufi nie... badboy cari sampai dapat
ReplyDeleteHALAMAK....xpuat ati nie sis coz pendek sgt...huahahaha
ReplyDeletesambung la lg pjg2.... :)
waa bez bez tk sabo nk th smbngan die > <
ReplyDeletekt mna sufi agk nye ya ?
sikitnyer,.........nk lagi, nak lagi...makin menarik ni...hehehe
ReplyDeletenk ameer ngn sufi lagi........
ReplyDelete