ERY FITKRI menyambut huluran tangan dari Mr.
Richard setelah termeterai perjanjian kerjasama antara mereka. Projek usahasama
yang melibatkan syarikat luar negara menelan belanjaan juta ringgit itu kini sudah
teguh berada dalam tangan Putra Angsana. Dia mengorak senyuman lebar dalam
mesyuarat yang sedang berlangsung. Ahli-ahli lembaga syarikat memandang ke arah
anak muda yang selalu bersikap sambil lewa itu. Tuan Hulaif tenang berada di tempat duduknya. Nyata dia
amat berpuas hati dengan peningkatan syarikat yang dikendalikan oleh anaknya
itu. Ery Fitkri seorang yang bijak menangani masalah. Biarpun Ery Fitkri sedang
berlakon di hadapan kakitangan Putra Angsana, Tuan Hulaif tidak ambil berat
masalah tersebut. Tiada siapa yang tahu Ery Fitkri
dan dia bermusuhan. Dia hanya perlu menunggu Ery Fitkri akan bertindak lebih jauh untuk membalas dendam. Tuan Hulaif mengusap-usap janggut putihnya. Bibirnya mengorak senyuman.
dan dia bermusuhan. Dia hanya perlu menunggu Ery Fitkri akan bertindak lebih jauh untuk membalas dendam. Tuan Hulaif mengusap-usap janggut putihnya. Bibirnya mengorak senyuman.
Mr
Richard meminta diri setelah segala urusan diselesaikan. Lelaki berbangsa
separuh India-Inggeris itu memuji hasil kertas kerja yang diberikan oleh Ery
Fitkri. Ini bukan kali pertama dia bekerjasama dengan Putra Angsana. Cuma kali
ini dia berurusan dengan permangku pengarah dari Putra Angsana.
“So…mana
mulut-mulut yang sebelum ini mempertikaikan kemampuan I.” ujar Ery Fitkri
sinis. Beberapa ahli lembaga pengarah menundukkan kepala. Tuan Hulaif ketawa
kecil. Suasana menjadi hening seketika. Bunyi gegaran telefon dalam poket
seluar Ery Fitkri memecahkan ketegangan bilik mesyuarat tersebut. Dia menatap
pesanan ringkas pada skrin telefon bimbitnya. Bibirnya diketap rapat.
“Ery…”
Tuan Hulaif menegur. Dia tahu siapa menelefon itu dengan melihat riak wajah
anaknya itu.
“Sorry daddy…Ery ada urusan yang lebih
penting.” Ery Fitkri bingkas bangun dan mengatur langkah keluar dari bilik
mesyuarat terbabit. Sampai di tempat parkir kereta dia terus meluru masuk ke
dalam Honda Odysseynya. Pantas dia menghidupkan enjin kereta.
“Ery
tidak patut tinggalkan mesyuarat yang masih berlangsung biarpun Mr. Richard
sudah pergi.” Puan Catalina bersuara. Kegoyahan syarikat miliknya membuat dia
terpaksa menerima penyatuan syarikatnya
dengan Putra Angsana. Syarikat dia tidak mampu berdiri sendiri. Hutang piutang
keliling pinggang.
“You
terlalu manja dia If. Sepatutnya Heliza lebih layak duduk atas kerusi pengarah
dari dia. Sikap tidak berdisplin Ery boleh menjejaskan syarikat. Bagaimana jika
dia keluar ketika Mr. Richard masih ada?” celah Dato’ Ghaos.
“Tidak
perlu you mahu mengajar I. I tahu apa yang I buat Ghaos. And you Catalina…you patut bersyukur kerana I berikan you peluang mengukuhkan
kedudukan di sini. Tanpa bantuan dari syarikat I syarikat you sudah jatuh
bankrap. You sepatutnya tidak layak berada di sini. Tidak layak bersuara depan
I.” Tuan Hulaif tunding jari pada Puan Catalina. Pahit! Namun Puan Catalina
menelan jua. Argh! Akan tiba masanya aku akan keluar dari Putra Angsana. Buat
masa ini aku akan cuba bersabar dengan kau Hulaif! Aku akan jatuhkan kau suatu
hari nanti! Suasana dalam bilik mesyuarat itu bertambah tegang.
Honda Odyssey yang
dipandu oleh Ery Fitkri melebihi had laju. Wajah kacak itu agak sugul. Sebaik
saja mendapat pesanan ringkas dari telefon bimbitnya dia terus meninggalkan
bilik mesyuarat. Tidak dihiraukan akan mesyuarat yang masih berlangsung. Nyata
pesanan ringkas itu lebih penting bagi dia. Beberapa ahli lembaga syarikat agak
hampa dengan tindakan Ery Fitkri. Tuan Hulaif sudah tentu akan mengamuk dengan
tingkah-laku agak kurang sopan anaknya ini.
Lampu
isyarat bertukar menjadi menjadi warna kuning. Ery Fitkri menekap pedal minyak.
Fikirnya dia akan dapat melepasi lampu isyarat berwarna kuning sebelum bertukar
merah. Nyata dia silap perkiraan. Seorang gadis melintas di hadapan saat lampu
isyarat bertukar merah.
“Shittttttttt!!!!” Ery Fitkri menekan
brek mengejut. Pada masa yang sama gadis itu turut tersentak dan terpaku di
tengah jalan. Honda Odysseynya behenti betul-betul di hadapan gadis terbabit.
Hanya seinci sahaja hampir menyentuh tubuh gadis itu. Peluh dingin sudah
memenuhi segenap ruang di wajah Ery Fitkri. Kecut dia dibuatnya. Bagaimana jika
dia terlanggar gadis terbabit? Tentu saja dia yang dipersalahkan.
Ery
Fitkri melangkah keluar. Dia menghempaskan pintu keretanya. Gadis yang terpacak
di depan keretanya direnung tajam. Tenang sahaja wajah gadis itu sedangkan dia
sudah takut separuh mati.
“Kau
butakah!” Ery Fitkri menengking. “Kau hampir buat kereta aku merempuh kau tahu
tak! Kalau kau nak mati cari tempat lain!” tambahnya lagi. Berkerut-kerut
dahinya. Nafasnya menjadi kencang.
“Maaf….saya
memang buta.” ujar gadis itu lembut. Halus dan gemersik suaranya. buat Ery
Fitkri tergamam. Mata Ery Fitkri tertacap pada tongkat yang dipegang oleh gadis
itu. Dia pandang ke arah mata si gadis. Tangannya diawang-awangkan pada wajah
gadis itu. Benar. Gadis itu tidak
menipunya. Dalam hati Ery Fitkri menarik nafas lega.
“Dah
tahu buta pandai-pandai sangat yang kau melintas seorang diri itu mengapa? Kau
nak matikah?” gerutu Ery Fitkri. Tidak mengaku kesalahan terletak pada dirinya.
Tidak menghiraukan akan mata-mata yang memandang. Gadis itu buta. Apa dia mahu
takutkan! Dia banyak wang tentu saja boleh lepas dari disabitkan kesalahan.
“Saya
minta maaf jika saya menyebabkan encik kesusahan. Tapi saya rasa lampu
isyarat sudah bertukar merah tadi.” balas
gadis itu. Bibirnya tidak lekang dari mengukir senyuman. Sejuk mata Ery Fitkri
memandang ketenangan wajahnya.
“Kau
buta bagaimana kau tahu lampu isyarat bertukar merah pulak!” rengus Ery Fitkri
kasar.
“Mata
saya buta tapi telinga saya tidak pekak encik.” Ery Fitkri terdiam. Dia kerling
gadis yang memakai tudung dan berbaju kurung itu.
Gadis itu mangayunkan tongkatnya. Dia mengaturkan langkah
semula. Dia tidak mahu masalah berlanjutan dengan lebih panjang. Rasa-rasanya
sudah mula orang awam yang mengerumuni mereka. Ery Fitkri tidak ambil peduli.
Biarlah orang mahu memandang. Mereka ada
mata.
“Hey,
tunggu dulu!” Ery Fitkri merentap kasar lengan gadis buta itu. Tongkat yang dipegang
terlepas dari tangan. Gadis itu mengeluh kecil. Ery Fitkri terus-menerus
meratah wajah bujur sirih depan matanya itu. Jelita!
“Hey
saudara! Tidak baik berkasar dengan seorang gadis yang buta. Memalukan!”
Seorang lelaki muda mencelah. Kesian melihat gadis itu diherdik oleh Ery
Fitkri.
“Kau
kenal diakah?” soal Ery Fitkri keras. Lelaki muda menelan air liur dan
menggelengkan kepalanya. “So jangan campur urusan aku!” Renungan tajam Ery
Fitkri menakutkan permuda terbabit. Bergegas pemuda itu berlalu pergi.
“Encik…Tak
baik encik marah pada dia. Saya minta maaf kerana mata saya buta encik dapat
kesusahan. Saya akan bayar atas kerosakkan kereta encik.” Dia menyeluk beg
tangan yang tersandang di bahunya. Beberapa keping wang not lima puluh
dihulurkan kepada Ery Fitkri. Tergamam Ery Fitkri. Perlahan-lahan dia lepaskan
lengan gadis tersebut. Apakah gadis buta itu memerli dia. Gadis itu pasti tahu
keretanya tidak mengalami sebarang kerosakkan kecil pun.
“Aku
tidak perlukan wang minta sedekah kau itu!” desis Ery Fitkri. Gadis itu
mengulum senyuman di bibirnya.
“Encik…tidak
semua manusia yang cacat seperti saya hanya tahu meminta sedekah. Kami juga
boleh hidup berdikari seperti manusia normal. Bekerja untuk mendapatkan rezeki.
Wang ini hasil titik peluh saya yang halal. Hasil dari gaji kerja saya.” ujar
gadis itu. Ery Fitkri menolak kasar huluran wang dari tangan gadis itu. Jatuh
maruahnya jika dia menerima wang tersebut.
Gadis itu tersenyum. Dia
bongkokkan sedikit tubuhnya. Teraba-raba dia mencari tongkatnya semula. Ery
Fitkri hanya memandang sinis.
“Kau
tak layak mengajar aku!”
“Benar…gadis
buta seperti saya tidak layak mengajar encik. Maafkan saya. Saya benar-benar
minta maaf atas kecuaian saya.” Bibirnya masih tidak lekang memberikan
senyuman. Dia aturkan langkahnya meninggalkan Ery Fitkri yang termangu seketika.
Dari jauh dia melihat ada seorang lelaki mendapatkan gadis buta terbabit.
Memimpin gadis itu masuk ke dalam kereta.
“Hmmmm!” Ery Fitkri masuk
semula ke perut kereta. “Apa yang kamu semua pandang-pandang!” tengkingnya.
Orang-orang disekelilingnya mencebik. Jelak dengan sikap angkuh lelaki kacak
itu. Honda Odyssey itu memecut laju.
DERAS langkah kaki Ery Fitkri memijak anak
tangga. Wajah itu kelihatan amat cemas. Peluh dingin memenuhi segenap ruang
wajahnya. Pintu bilik itu terus dikuak kasar. Matanya membulat besar melihat
gadis yang sedang menyanyi kecil sambil melukis di atas kanvas itu. Bibir gadis
itu mengorak senyuman sinis. Ery Fitkri menyeringai. Dia rentap kasar tangan
gadis yang sedang melukis itu. Berus lukisan di tangan gadis itu jatuh ke lantai.
Bibirnya diketap kemas. Nyata dia dipermainkan oleh gadis itu.
Gadis
itu masih berwajah tenang. Dia suka melihat Ery Fitkri bereaksi sedemikian
rupa. Resah, gundah, gelisah, gusar dan marah. Itu yang dia mahukan dari Ery
Fitkri. Ery Fitkri akan datang mencarinya.
“Aku
tahu kau masih sayangkan aku. Itu sebab kau datangkan?”
“Behenti
mengarut!” Ery Fitkri merengus. Dia lepaskan pergelangan tangan gadis itu. Dia
mengerut dahi. Dia telah diperdayakan dengan helah gadis itu. Dia terperangkap
dengan perasaan sendiri. Dia terduduk di atas lantai sambil meraup rambutnya.
Gadis itu bingkas bangun dari kerusinya. Kakinya menapak ke arah Ery Fitkri. Rambut panjang yang menutupi wajah itu terselak dibuai angin yang masuk menerusi jendela. Wajah jelitanya terpamer jelas dihadapan mata Ery Fitkri. Gadis itu yang buat Ery Fitkri tidak mampu menerima gadis lain bertakhta di hatinya. Cintanya pada gadis itu terlalu kuat dan sukar untuk melepaskan ia pergi. Namun sampai bila? Betapa utuhnya cinta itu mereka tetap tidak boleh bersama.
“Kacak
betul kau bila berpakaian formal begini. Ery Fitkri Hulaif…bakal memengang kerusi
pengarah dalam Putra Angsana mestilah lelaki yang tampak elegant.” Gadis itu mengayunkan semula berus lukisannya. Dia
tertawa kecil. Sesekali seronok mempermainkan lelaki itu.
“Aku
tiada masa bermain-main dengan kau!”
“Kau
masih cintakan aku?” soalnya tiba-tiba.
“Boleh
tak kau behenti mengarut begini.”
“Aku
tidak pernah mengarut Ery. Kau tidak ikhlas mencintai wanita-wanita yang
mendampingi kau. Dalam hati kau masih ada aku. Cinta aku mekar di hati kau. Kau
tidak perlu berselindung tentang perasaan kau pada aku.”
“Kau
dah bertambah sakit! Patutnya mama kau hantar saja kau di rumah sakit jiwa!”
lenting Ery Fitkri. Gadis itu ketawa.
“Sampai
hatikah engkau lihat aku terkurung di sana? Aku jadi begini disebabkan oleh
kau! Kau dan keluarga kau!” Gadis itu mencampakkan berus lukisannya ke muka Ery
Fitkri. Dia mengetap bibir. Matanya menyorot tajam.
“Kau
patutnya mati pada waktu itu Ily! Kau patutnya mati! Aku tak patut selamatkan
nyawa kau!” Ery Fitkri membalas sorotan mata gadis itu. Tangannya sudah
mencengkam kuat kedua belah bahu gadis terbabit.
“Baru
kini kau menyesal ya? Kau memang patut biarkan aku mati Ery. Dan kau patut mati
bersama-sama aku! Kita tidak akan sama-sama menderita begini bukan!”
“Ily….”
Ery Fitkri merangkul tubuh gadis itu. Dia memeluk erat. Gadis itu memakukan
tubuhnya. Tiada riak gembira terpamer pada wajahnya. Yang ada hanya senyuman
sinis.
“Kau
sudah lupa untuk memanggil aku sayang. Kau takut mahu mengungkapnya. Apakah
sebab perhubungan antara kita sekarang?” Ery Fitkri menolak tubuh gadis itu.
Dia sudah tidak faham dengan gadis ini lagi. Apa yang gadis itu fikirkan? Gadis
yang sering buat dia rasa tertekan.
Ery Fitkri tidak menunggu lebih lama. Dia memulas tombol pintu bilik itu. Kakinya diaturkan langkah tanpa menoleh ke arah gadis itu. Dia bersandar di muka pintu. Dia sendiri sudah bagaikan orang gila dengan cinta seperti ini. Mencintai gadis yang tidak dapat dimiliki. Dia menekan nombor di telefon bimbitnya. Hanya gadis ini dapat menghilangkan kegilaan cintanya. Melupakan duka cinta itu.
“Tasya…are you free now?”
Hoho.. Misteri..misteri ..
ReplyDeleteAdakah mereka berdua niy beradik kandung or saudara susuan y? Sampaikn slg menyakiti diri masing2 gtu. . ( garuk2 kepala) hihi. . Pening jdnya..
x lah faham saya .
ReplyDeleteAdk beradik ke? Atau lelaki yg dh ubh jantina jd pmpuan..so confuse..cpt2 smbg cik writer
ReplyDelete-miss A
hmm best2..gadis buta tu heroin ke?wah btmbh best ni
ReplyDeletememang best, harap dapat membaca sambungan yg sterusnya
ReplyDelete