Tab Menu

Followers

Friday, March 21, 2014

Masih Ada Cinta - 1



Masih Ada Cinta

Prolog

“Assalamualaikum… ya, saya Hannan.”
             
Sebaik suara di talian menyampai berita itu, ganggang telefonnya terlepas. Hannan terduduk tanpa suara. Suara di talian yang memanggil seakan tidak diendahkan lagi. Berita apa yang mengejutkan Hannan hingga Hannan bereaksi sedemikian.
           
 Umi segera mencapai ganggang telefon lalu dilekapkan pada telinganya. Wajah umiberubah. Dia meletakkan ganggang telefon lalu memandang wajah sayu Hannan.
             
“Hannan… Hannan nak ke hospital.”
             
Umi tidak menegah. Umi peluk lembut kedua-dua bahu Hannan dan mengangguk perlahan. Umi tahu kasih sayang pada lelaki itu masih utuh di hati Hannan.


2 minggu kemudian…

Hannan masih setia berada di sisi lelaki itu. Wajah Hannan mempamerkan kegelisahan Lelaki itu masih tidak membuka matanya. Lelaki itu masih dalam lena yang panjang. Hannan tidak betah untuk meninggalkan lelaki itu sendirian. Hannan sedar yang dia dan lelaki tidak mungkin akan bersatu semula jika bukan dengan cara itu. Tidak mungkin? Dia tidak sanggup menyakiti hati seorang lagi insan yang sanggup berkorban untuknya. Dia tidak mahu melukai hati insan sebaik itu. Insan yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya sebelum ini. Insan yang menjadi pendengar setia keluh kesahnya tanpa jemu.
             
Tanpa disedari setitis air mata mengalir. Wajah insan itu terpamer diruang mata Hannan. Tidak adil jika Hannan membelakangi dia. Lantas dia bangkit dan mengaturkan langkah keluar dari wad persendiran itu. Hannan mencapai telefon bimbitnya.
            
 “Assalamualaikum Qalish…”


Bab 1

“Jangan tak datang.”

Kad jemputan kahwin dihulurkan kepada Qalish. Qalish menyambutnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
            
 “Tahniah, Hannan.” ucap Qalish lembut.
            
 Thanks Qalish.”
            
" Kahwin jugak awak dengan Adrian.”
            
 “Alhamdulillah… jodoh kami sampai juga ke jinjang pelamin.”
             
“Semoga berkekalan.”
             
“Awak pun. Jangan lama-lama membujang. Izreen pun apa kurangnya.” Hannan mengenyitkan mata.
             
Pecah tawa Qalish. Berkerut dahi Hannan.
            
 “Saya dan Izreen tak boleh berkahwin.”
             
“Why?”
            
 “Arwah ibu saya ibu susuan Izreen.”
            
 Sorry… tak tahu.” Hannan tersengih. Sayangnya… Izreen tu cantik. dan nampak padan dengan Qalish.
           
 Hannan bahagia, dia juga rasa bahagia. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan gadis itu. Dia yakin Adrian mampu membahagiakan Hannan. Cinta dia tidak sehebat cinta Adrian pada Hannan. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga antara Hannan dan Adrian. Dia mahu menjadi sahabat dengan kedua-duanya.
            
 Hannan melambaikan tangan ke arah Adrian sebaik terpandang wajah kekasih hatinya itu. Adrian tersenyum merapati. Dia dan Qalish saling berjabat tangan. Nyata perhubungan Hannan dan Qalish sudah diketahui. Hannan selalu bercerita tentang Qalish. Hannan bersahabat dengan Qalish ketika di universiti. Qalish senior kepada Hannan. Adrian mengenali Hannan di alam persekolahn. Adrian punya kelebihan di situ. Namun, ada juga sedikit rasa cemburu di benak hati Adrian. Qalish lelaki yang tampak berkarisma. Wajahnya sentiasa tentang di sebalik kaca mata putihnya itu.
            
 Adrian seorang lelaki yang punya rupa paras kacak dan punya stail tersendiri. Adrian pencinta setia. Walau Adrian jauh menyambung pelajaran di luar negara, Adrian masih setia pada cinta yang satu. Hannan tiada galang gantinya di hati Adrian. Dia nekad memperisterikan Hannan sebaik tamat pengajian. Hannan adalah segala-galanya pada Adrian. Kehadiran Hannan memecahkan tembok kesunyiannya.

Hannan… I want to be your arm, where your hold me tight and never let me go.
Adrian

“Em, boleh tahan orangnya.” Adrian mengusap dagu.
             
“Apa yang boleh tahan?”
            
“Qalish.”
            
“Qalish?”
             
Adrian angguk.
             
Jealous?
             
“Sikit.”
             
Hannan tersenyum manis.
            
“Simpan saja jealous awak tu. Lebih baik awak fikirkan masa awak nak jabat tangan dengan walid saya nanti.”
             
“Saya dah readylah.”
             
“Berlagak.”
            
 Kemesraan Hannan dan Adrian meretakkan hati seorang gadis yang berada tidak jauh dari situ. Gadis itu menggigit bibir.
             
“Sudah Izreen. Lupakan saja Adrian. Kau takkan dapat dia.” Pujuk teman di sebelahnya.
             
“Aku tak dapat Abang Qalish. Aku juga tak dapat Adrian. Kenapa perempuan tu yang menjadi perhatian dua lelaki yang aku sayang?”
            
 Cemburu membakar hati Izreen.
            
“Sudah-sudahlah. Banyak lagi lelaki handsome dan hebat seperti Qalish dan Adrian di luar sana. Kau nak takut apa?”
            
Izreen tidak membalas kata-kata temannya itu. Dia memusingkan badan dan mengaturkan langkah. Temannya menjongketkan bahu. Dia turut menuruti langkah kaki Izreen. Izreen sudah jauh melangkah di hadapan.

What the? aku fikir kau dengan Qalish.”
           
 Bercantum kening lebat Hannan.
             
“Apa yang buat kau fikir macam itu sekali?”
            
“Aku tengok kau lebih rapat dengan Qalish dari Adrian tapi aku tak nafikan kau secocok dengan Adrian yang kacak tu.”
           
 Fathiya meletakkan kad jemputan kahwin Hannan di dalam beg tangannya.
            
“Rapat tak semestinya ada affair. Aku suka merujuk apa-apa hal pada Qalish jika aku sukar ingin membuat keputusan. Aku dan Qalish sekadar sahabat dan tidak terfikir dalam kepala otak aku ni nak lebih-lebih dengan Qalish. Qalish pun dah anggap aku sahabat baik dia juga.”

Setia betul Hannan dengan Adrian. Baguslah. Pada Fathiya, kedua-dua lelaki itu baik dan sama hebat. Pilihan telah ada di tangan Hannan. Jika Hannan mengenali Qalish dulu, pasti keadaan berubah.

“Aku tumpang gembira. Aku harap kau dan Adrian bahagia sampai ke anak cucu.” Fathiya menggenggam erat jari-jari Hannan.
             
Thanks, aku juga sentiasa doakan untuk kau sama.”
            
“Maaf, aku tak dapat hadir pada hari bahagia kau. Aku kena berangkat ke Dubai. Kau pun tahu kerja aku macam mana?”
             
It’s okay. Janji kau kirimkan aku hadiah.”
            
“Kau ni…”
           
Mereka tertawa kecil.

3 comments:

  1. Xsabar nak baca lagi..
    Seindahtaqwa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wah!!! rindu nk joging kat blog akak..
    lepas ni boleh joging selalu..
    yeah!

    ReplyDelete
  3. Kak Cik..
    Aduhai! tiap kali tengok gambar2 yg ada dari FB atau Blogmu.. ku mesti tersenyum. Kagum denganmu.. Comel.. 2 thumbs up.. ;)

    ReplyDelete