Tab Menu

Followers

Sunday, February 27, 2011

Coke and Sundae II - Bab 4

“ISTERI abang memang cantik malam ini.” ucap Syakir. Dia genggam jemari halus isterinya lalu dikucup. Malam ini mereka hanya berdua. Ameerul…anak teruna mereka ada bersama Syamil di rumah. Syakir mahu berdua-duaan dengan Azyan sahaja dalam suasana yang cukup romantis ini. Syakir boleh jadi doktor cinta Azyan. Apa ni sudah macam tajuk novel Doktor Cinta keluaran Kaki Novel pulak. Tapi tahu ke Syakir merawat hati Azyan bila terluka nanti? Kita tunggu dan lihat.

            Seutas gelang tangan perak Syakir pakaikan pada pergelangan tangan Azyan. Selama ini Azyan memang tidak memakai sebarang barang kemas selain sebentuk cincin pada jari manisnya. Bukan Syakir tidak mampu membelikan dia barangan kemas tetapi Azyan allergic dengan barang berkenaan. Cincin yang tersarung dijarinya pun emas putih. Setitis air mata membasahi pipi gebu Azyan. Dia tidak kisah tanpa disaluti emas mahupun berlian. Apa yang dia inginkan kebahagiaan dan kasih sayang dalam keluarganya.

            “Eh! Ayang menangis ye…” Syakir menyapu air mata Azyan. 

            “Ayang dah cukup bahagia ada abang dan Ameerul. Abang dan Ameerul adalah orang terpenting dalam hati ayang.” Azyan mengangkat kepala merenung ke dalam anak mata Syakir. Malam ini memang Azyan buat drama air mata. Tapi belum cukup untuk menandingi ratu air mata almarhum Neng Yatimah. Pelakon wanita yang Mejar Idris paling suka sampai buat arwah emak jeles dulu.

            “Sayang…dah-dah jangan nangis. Buruk rupanya.” Alahai isteri aku ni buat air mata pula. Ini mesti banyak sangat tonton telenovela. Dulu dia mana ada feeling babak air mata ni. Kalau mahu tengok Azyan menangis memang susah. Nasib baiklah tempat ini Syakir sudah tempah khas khusus untuk mereka berdua sahaja. Dia tidak mahu ada gangguan dari pengunjung lain. 

            “Maaf…” Azyan mengetap bibir. Dia memaut erat jemari kasar suaminya. Bibirnya mengulum senyuman malu. 

            “Abang suka tengok ayang malu-malu kucing begini. Nasib baik kita di restoran kalau di rumah abang angkat ayang masuk bilik.” Syakir mencuit hidung Azyan yang agak mancung itu. Dia cubit kedua pipi gebu Azyan yang comel itu. Geram! Mahu saja dia gigit pipi gebu Azyan. Isterinya itu memang comel.

            “Abang! Malu tau kalau ada orang dengar.” Azyan menjegilkan biji matanya.

            “Mana ada orang lain di sini. Kita berdua aje. Ayang ni malu tapi mahu.” Syakir mengusik isterinya. Merah padam muka Azyan. Syakir memang sengaja!

            Zaman sekolah dan kolej dulu tiada pula Syakir romantis begini tau. Mulut dia tahu nak mencantas orang aje. Siapa yang tahan. Kalau Syakir berlawan dengan Mak Timah Radio tika itu pasti Mak Timah Radio akan surrender punyalah. Azyan memang menyampah tahap gaban dengan Syakir. Dia paling suka bila belakang punggung seluar sekolah Syakir robek kena gigit dengan anjing Mr. Chan. Tak boleh tahan ketawa. Nasib baik tidak berguling-guling depan Syakir. Syakir ada cakap anjing Mr. Chan memang suka kejar dia. Syakir pun tidak tahu mengapa. Mungkin pasal dia baling selipar masa anjing itu sedang syok mengorat anjing bulu ciput sebelah rumahnya. Kebetulan tepat kena kepalanya. Maka hilanglah kemacoan anjing itu di depan awek yang diusha. Berkat usaha hempas pulasnya nak mengorat telah digagalkan oleh Syakir dalam keadaan yang memalukan. Kesian…

            Tapi jodoh Azyan dengan Syakir memang kuat. Berpisah di sekolah mereka bertemu semula di kolej. Azyan kalau boleh memang tidak mahu tengok muka Syakir tetapi muka itu juga yang terpaksa dia hadap depan mata. Syakir punya sikap yang tidak mudah mengalah. Apa yang Azyan tidak suka yang itulah dia suka. Dia cukup yakin Azyan akan menjadi miliknya. Lihat! Bukti sudah ada depan mata. Orang yang Azyan menyampah dan benci ini juga yang jadi laki dia. Azyan dan Syakir sama-sama melirik senyuman.

            “Abang akan try minta cuti panjang. Kita bawa Ameerul jalan-jalan makan angin.”

            “Ini percubaan kali ke berapa bang. Rasanya dah banyak kali abang mencuba. Tak dapat-dapat.” 

            “Perli nampak.”

            “Kenyataan.” Azyan mencebik. 

Syakir ketawa kecil. Dia bukan sengaja. Adakalanya Tuhan mahu menguji. Saat akhir mereka terpaksa membatalkan percutian kerana panggilan kecemasan dari hospital. Dia sebagai seorang doktor bertanggungjawab menyelamatkan nyawa. Dia berusaha dan berserah pada yang di atas. 

“InsyaALLAH…Kali ini abang akan usahakan sampai dapat cuti. Abang pun sudah lama tidak bercuti.” Syakir mengusap-usap wajah isteri tercinta.

“Ayang tak kisah.”

“Mulut saja kata tidak kisah tapi hati tu lain katanya. Abang boleh tengok dari renungan mata ayang.”
Cemberut muka Azyan. 

“Malas nak cakap dengan abang dah. Malam ini abang tidur luar.” Azyan buat merajuk manja. Mulutnya sudah muncung sedepa. 

“Cakap aje lebih ayang ni. Macam abang tak tahu perangai dia. Bila abang tiada di sebelah, merengek-rengek cari abang. Abang tahulah abang bantal peluk dia.” Syakir menongkat dagu. Makin giat mengusik Azyan. Apa yang diperkatakan oleh Syakir itu memang benar belaka. Azyan tidak boleh hendak menyangkal.

“Eeeeiii…” Azyan rasa mahu cekik-cekik leher Syakir. Ada saja modalnya nak mengenakan kita. Azyan tarik muka masam sambil jeling-jeling manja. Ada makna tu.

SYAKIR menyarungkan kot panjang berwarna putih pada tubuhnya. Lebar sahaja senyuman yang terhias di bibir Syakir. Stetoskop diletakkan pada poket kot putihnya. Syakir membuka fail pesakitnya sambil menyanyi kecil. Riang hatinya bila mengingati babak-babak romantik malam tadi. Haruman bau Azyan masih terlekat pada lubang hidungnya. Kalau boleh dia tidak mahu pergi bekerja hari ini. Dia mahu sambung tidur memeluk Azyan sampai tengahari. Ala bini diakan.

            Wajah Izmi tertonjol depan pintu bilik Syakir. Tersengih Izmi melihat gelagat Syakir. Kalau sebelum ini dia meluat dengan Syakir tapi sejak hal kelmarin dia mula mahu berbaik-baik dengan Syakir. Kalau tidak kerana pertolongan Syakir, Sampai bila-bila pun dia tidak dapat Doktor Musliha. Dia yang salah faham pada Syakir. Musliha memang ada hati padanya. Dia yang lembab. 

            “Happynya…”

            “Hehehehe…Esok you dah kahwin you tahulah.”

            “Boleh I check badan you. Takut-takut ada kesan….”

            “Dilarang menggunakan perkataan tidak senonoh di sini.” Syakir selamba mengetuk kepala Izmi dengan failnya. Suara Izmi punyalah kuat. Bahaya kalau didengar oleh kakitangan hospital di sini. Reputasi kena jaga. 

            “I’m sorry…” Izmi menyusun sepuluh jari. “You sudah berkenalan dengan doktor baru tu?”

            “Doktor baru?” Dahi Syakir berkerut. 

            “I lupa semalam you half day. Maybe hari ini Doktor Yusuf akan perkenalan you dengan dia. I dengar dia akan bertugas satu group dengan you. Cantik gila orangnya."

            “Hai dah cantik…gila pula.” Syakir tidak berminat dengan cerita Izmi mengenai doktor baru itu. Matanya masih tertumpu pada fail yang dibukanya tadi.

            Lelaki nampak perempuan cantik pasti rambang biji mata. Tapi Syakir lain sikit. Letaklah perempuan cantik mana pun dia buat dek. Syakir jenis lelaki setia pada yang satu. Susah mahu jumpa lelaki seperti Syakir. Satu dalam sepuluh. Bertuah isteri dia. 

            Pintu bilik Syakir diketuk perlahan. Cembul pintu dipulas setelah Syakir menyuruh masuk. Seorang doktor lelaki awal 40-an melangkah masuk bersama seorang doktor wanita yang masih muda. Segaris senyuman dilemparkan kepada Syakir. Syakir bingkas bangun dari kerusinya begitu jua dengan Izmi.

            “Selamat pagi Doktor Yusuf.”

            “Pagi Syakir. Ini saya nak perkenalkan pada awak doktor baru kita di sini. Doktor Katrina kenalkan ini Doktor Syakir. Awak akan bertugas di bawah dia nanti.”

            Agaknya ini doktor wanita yang Izmi kecohkan tadi. Dia memang cantik. Secantik Kareena Kaapor pelakon Hindustan itu. bisik hati kecil Syakir.

            “Hai! I Katrina Kaif.” Katrina hulurkan tangannya. 

            “Maaf bukan muhrim.” balas Syakir perlahan. Sini bukan negara orang putih. Kalau di luar negara kau bolehlah berjabat tangan dan berpeluk cium. Berubah muka Katrina yang putih melepak itu. Dia menarik kembali tangannya. 

            “Baiklah…kami minta diri dulu.” Doktor Yusuf mengajak Katrina beredar. Wanita sekadar mengikut langkah Doktor Yusuf. 

            Syakir bingkas duduk di atas kerusinya semula. Izmi menjungkit bahu. Dia memang sudah menjangka Syakir tidak berminat dengan Katrina. Doktor-doktor muda di luar sana kecoh pasal Katrina. Mereka berebut-rebut mahu mendekati doktor jelita itu. Tambahan pula Katrina merupakan doktor kelulusan luar negeri yang baru pulang dua minggu lepas. Izmi merapati Syakir. Dia ingin menguji lelaki itu.

            “You minat Kareena Kaapor?”

            “Apa kena-mengena dengan pelakon Hindustan itu pula. I sedang baca rekod pesakit I bukan baca rekod Kareena Kaapor!” desis Syakir.

            “Amboi! Garangnya….”

16 comments:

  1. hihihi.. so romantik... hrrrmmm.. best sesangat!!!!..

    tapi i perasan ada 2 grammar error..
    1) merenggek-renggek
    2) Kalau boleh dia tidak mahu ke bekerja hari ini

    well... good job!!!

    ReplyDelete
  2. wahhh...best3...i mmg follow cter nie dr dlu lg,siap bli lg novel yg dlu...next entry pls...hehehe

    ReplyDelete
  3. haha...pas ni mesti akan muncul bab air mata ka...aduh sian kat azyan...

    ReplyDelete
  4. :H: Tq atas komen2 semua..Kororo akak akan betulkan masalah grammar tu nanti keprihatinan pembaca memang dihargai :)

    ReplyDelete
  5. semuga syakir tetap setia pada
    yg satu walau ape yg dtg menduga.
    nk lagi....

    ReplyDelete
  6. ala... syakir mula2 ni x layan la.. pah ni... dah tentu2 ada skandal kan3

    ReplyDelete
  7. Bijak2 :H: Kak Nisha ni pandai menekalah

    ReplyDelete
  8. eh ader part II ek?
    sukerrrr
    baru habes baca CNS semalam
    pesan kat kawan beli
    salam kenal dari pembaca setia CNS dari bumi sakura :))

    ReplyDelete
  9. Tq Lady...Moga CNS II lebih mantap dari yg pertama...selamat membaca

    ReplyDelete
  10. wahhh..bestnyer dapat husband macam syakir..setia pada yg satu.......
    bab ni pendek sangat..hihihihi

    ReplyDelete
  11. katrina kaif??hahahh..salma hayek kn lg besh..kikikikkk..
    -tulip-

    ReplyDelete
  12. kak ilya bleh x smbg cpt ckit cete CNS2 niy cpt ckit....x sbbr lah....bila CNS2 kat dibukukan

    ReplyDelete
  13. Tarikh penerbitan akak tidak tahu lg...InsyaALLH kena sentiasa mengikuti perkembangan di FB KN dan Website KN.

    ReplyDelete
  14. part 5 kt mane kak?
    =^w^=

    ReplyDelete