Tab Menu

Followers

Thursday, July 24, 2014

Coke and Sundae Raya - 1

"Ibu... Meerul tak laratlah. Hari ni puasa separuh hari, boleh?" Tak berkelip mata Ameerul memandang wajah ibunya yang sedang sibuk mengulit tepung.

"Dah solat Zohor, belum ni?" soal Azyan.

"Dah..."
"Emmm... boleh tak ibu?" ujarnya lagi.

Azyan tersenyum.

"Okay.... tapi kena tolong ibu bakar kuih raya."

"Yeahhh..."

Azyan mahu Ameerul belajar puasa perlahan-lahan. Yang utama Ameerul belajar solat 5 waktu dulu. Jangan tinggal solat. Solat itu tiang agama. Kalau puasa penuh tetapi tidak solat, maka puasa juga tiada pahalanya. Kosong!

Ameerul tidak menunggu lama, terus dia berlari membuka pintu peti ais. Air botol mineral diteguk perlahan.

Sedar tak sedar ibunya sudah bercekak pinggang di hadapan.

"Ibu sudah pesan, minum duduk. Tak elok minum berdiri. Minum pakai cawan."
"Maaf ibu..." Ameerul menunduk dengan perasaan bersalah.
"Ibu maafkan. Lain kali jangan buat lagi."

Dengan anak-anak kena bertolak-ansur juga. Garang sangat pun tidak baik untuk didikan anak-anak. 

***********************

"Cari baju raya untuk isteri ke, Doktor Syakir?" suara halus menegur.

Syakir berpaling ke belakang.

"Puan Nafisah... kat luar ni tak perlulah berdoktor-doktor dengan saya."

Nafisah salah seorang pesakit yang dirawat sebelum ini.

"Yang warna biru itu cantik."
"Isteri saya tak berkenan warna biru. Dia suka pink."
"Ouch.. saya suka biru."

Syakir hanya tersengih. Dia masih membelek-belek baju kurung pahang berwarna merah jambu itu. Ikutkan memang dia berkenan yang berwarna biru tapi dia tak mahu Azyan tarik muncung panjang. Raya tahun ni tiada tema. Tema umum kata isterinya itu.

"Raya tahun ni balik kampung ke?"

Syakir menggeleng.

"Beraya di sini sahaja. Rumah mertua tak jauh."
"Oh, senanglah macam. Saya pun beraya di sini sahaja."

Ramah semacam pulak Nafisah ni. Kalau tak dilayan kata menyombong pula. Fikirkan yang baik-baik aje Syakir.

"Tiada kampung?"
"Bosanlah balik kampung doktor, lagipun mak mertua saya tu cerewet, Suami saya asyik ikut cakap emak dia saja." cebik Nafisah.

Ya, Allah... tak baik buka keburukan suami depan orang lain. 

"Lagipun rumah mak mertua saya rumah papan je. Lantai saja batu saja. Saya tak selesalah tilam pun tak empuk. Saya ni orang banda, dah biasa senang. Saya mana reti nak ke dapur masak memasak ni. Orang gaji yang buat kerja tu." Sambungnya lagi.

Syakir mengucap panjang. Mujurlah isterinya tidak seperti Nafisah. Azyan pun dulu-dulu mana reti memasak, tetapi isteri itu rajin belajar. 

"Tak baik puan cakap begitu."
"Huh, saya ni rasa menyesal kahwin dengan lelaki taraf penduduk kampung ni. Papa saya nak sangat suami saya tu dibuat menantu."
"Dia pernah pukul puan ke?"
"Beranilah jentik saya, saya minta cerai."

Nafisah seperti tidak bahagia dengan perkhawinannya. Syakir dapat lihat dari sudut cara kehidupan Nafisah yang tampak mewah.

"Saya balik dululah puan. Nampaknya saya tak dapat membuat pilihan lagi untuk baju raya isteri saya. Assalamualaikum..." Syakir meminta diri. Hilang mood untuk meneruskan niat di hati.

Salamnya tidak berbalas. Nafisah memandang langkah Syakir dengan ekor mata. Bibirnya mengulum senyuman.

Doktor Syakir itu menarik orangnya...

*********************************

 "Sedap tak biskut conflakes madu, ibu?"
"Emmm... sedaplah ibu." Ameerul membalas sambil menjilat jari.
"Betul, sedap?"
"Betullah ibu.."
"Okay... kita masukkan biskut dalam balang kemudian kita ke rumah nenek."
"Yeahh... ambil adik."
"Meerul masukkan balang yang ni untuk nenek."
"Baik ibu."

Ameerul menurut arahan. Si kembar aqil dan adib dijaga oleh oleh Puan Mahani. Beria-ia ibu mertua itu datang mengambil si kembar itu. Katanya sunyi di rumah. Syamil pula jarang di rumah, sibuk dengan aktiviti luar. Bulan puasa pun sibuk anak bongsunya itu.

Resipi biskut conflakes madu dicari dalam internet. Sekarang teknologi dah maju, tak perlu nak salin resipi dalam buku. Resipi dah boleh print-out sendiri.

"Ibu nanti kita buka puasa rumah nenek ke?" 
"Ya, sayang. Kita berbuka dekat rumah nenek."
"Bestnya... mesti nenek masak sedap-sedap."
"Habis, ibu masak tak sedaplah?"
"Ibu masak lagi sedap."

Ameerul tersengih. Kalau berbuka puasa ramai-ramai memang best. Kalau berbuka di rumah ni, selalunya berbuka dengan ibu dan si kembar saja. Ayah selalu tak sempat berbuka puasa dengan mereka. Sibuk kemain ayah tu.

"Ibu..."
"Ya, sayang..."
"Esok buat biskut panda cookies..."
"Amboi, ada permintaan. Ibu tiada resipilah sayang."
"Takper, Meerul dah minta nenek salinkan resipi. Nanti nenek kasi."
"Pandai anak ibu ya..."

Panda cookies tengah top sekarang. 

"Tahun kita pakai biru lagi ke ibu?"
"Entahlah, tengok ayah Meerul beli kaler apa nanti."
"Meerul nak warna hijau."
"Keputusan muktamd di tangan ayah Meerul..."
"Ala...." Ameerul cebik.

Ayah dia suka sangatlah kaler biru. Macam dah tiada teman kaler lain. Ibu buat bantahan pun tidka diterima. Kalau tengok gambar mereka sekeluarga yang tergantung di dinding ruang tamu, semua kaler biru. Ayah-ayah...

********************************************** 

Ameerul melangkah masuk ke dalam perut kereta myvi milik ibunya itu. Ibu sudah tidak tahu lagi membawa kereta. Alhamdulillah... senang nak bergerak membawa si kembar. Kalau naik skuter memang tak muat tempat. 

Balang kuih raya ntuk ibu mertuanya dipeluk erat oleh Ameerul. Beria-ia anak teruna sulung itu  memberikan sendiri kepada nenek kesayangan dia. Ameerul kan kamcing dengan nenek dia. 

"Ibu... ayah berbuka sekali tak?"
"Insya-Allah sayang..." Azyan mengusap-usap pipi Ameerul.
"Kalau Meerul dah besar nanti, Meerul tak mau jadi doktor. Takder masa untuk keluarga."

Amboi, anak teruna dia dah berfikiran matang. 

"Meerul nak jadi apa bila besar?"
"Emmm... Meerul belum fikirkan lagilah ibu. Tapi Meerul suka jadi guru tadikalah. Cam syok je."

Azyan ketawa kecil. Macam-macam anak teruna dia yang seorang ni.

2 comments:

  1. wahh..ade org nk kaco line azyn n syakir lg ke..

    ReplyDelete
  2. uiks,...nmpk cam dah ada yg nk kaco hidup azyn n syakir lg ni...

    ReplyDelete