Tab Menu

Followers

Wednesday, September 3, 2014

NILAI CINTA SEJATI - BAB 3


MAMA…  mama… . jangan tinggalkan Dylan!” Dia merayu-rayu memaut kaki mamanya. Dia tiada sesiapa di dunia ini selain mama. Dia sanggup mengikut kata mama. Dia tidak kisah jika mama tidak mahu mengakuinya sebagai anak asalkan dia bersama mama. Dia tidak mahu keseorangan lagi. Dia berharapa mama tidak meninggalkan dia. Papa dan atuk sudah tiada. Mama sahaja yang ada untuknya.
      “Lepaskan kaki aku budak sial!” Wanita itu melenting. Dia tolak tubuh anak kecil itu tanpa belas kasihan.
      “Mama… Dylan sayangkan mama. Jangan tinggalkan Dylan.” Dia mengongoi.
      “Budak sial! Kau bukan anak aku.” Wanita itu terus meluru ke muka pintu bersama  beg pakaiaannya. Ada seorang lelaki sedang menunggunya di luar.
      “Mama… mama… mama…” Dia terus memangggil dan memanggil sehingga mamanya hilang dari pandangan mata. 

      Ameer Dylan membuka matanya. Terasa ada air mata yang mengalir. Dia bingkas bangun memandang ke sisi. Seorang wanita sedang lena di sebelahnya. Wanita itu tidak dikenali. Bila dia pulang membawa teman tidur? Ameer Dylan memicit kepalanya yang masih berat. Malam tadi dia mabuk teruk. Sepatutnya malam itu dia berangkat ke Perth. Namun urusannya di sana terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu oleh ayah angkatnya. Dia pun enjoy puas-puas melepaskan tension.

      Ameer Dylan mengusap wajahnya. Dia mengenakan butang bajunya kembali. Beberapa not seratus ringgit dikeluarkan dari dompet duitnya lalu diletakkan pada meja berdekatan katil itu. Dia memulas tombol pintu bilik lalu melangkah pergi. Pandai-pandailah perempuan itu pulang sendiri. Dia tidak mahu ambil tahu tentang ‘teman’ satu malamnya. Setakat ‘one night service’ tak ke mana.
      Sepuntung rokok dikeluarkan lalu disedut perlahan. Ameer Dylan lelaki kaya yang bukan sahaja seorang kaki perempuan, kaki mabuk tetapi juga kaki rokok. Dia hembuskan asap rokoknya ke udara.  Bau badan yang masam itu tidak dipedulikan ketika ini. Biarlah orang sekeliling memandangnya. Tiada perempuan yang mahu mendekati dirinya yang selekeh dan berbau begini.
      Ameer Dylan tersenyum sendiri. Dia punya kekayaan dan wajah yang tampan tetapi hatinya kosong. Tiada ketenangan yang dirasai, hanya mimpi silam yang menghantui. Dalam keadaan yang agak leka itu Ameer Dylan tidak sengaja melanggar seorang lelaki tua hingga menyebabkan lelaki tua itu tergelincir dan jatuh dari tangga. Argh! orang tua ini berjalan mata letak di kepala lutut agaknya?
      Seorang gadis manis bertudung litup meluru membantu lelaki tua berkenaan. Ameer Dylan hanya memandang tanpa perasaan. Bukan dia sengaja pun menyebabkan orang tua itu jatuh tangga. Namun… apa yang menarik perhatian Ameer Dylan adalah gadis yang bertudung litup itu. Manis sekali orangnya walau tidak secantik gadis-gadis yang pernah mendampingi dia.

      “Pakcik tak apa-apa?” Ujar Sufi Alisha lembut.
      “Tangan pakcik sakit nak.”
      “Saya hantar pakcik ke klinik.” Sufi Alisha mengangkatkan wajah.
      Ameer Dylan terpana. Mata jernih milik Sufi Alisha berpadu dengan matanya. Sufi Alisha tidak mempedulikan Ameer Dylan. Dia terus memapah lelaki tua itu menuju ke keretanya. Masyarakat sekarang sudah kekurangan nilai moral. Mereka hanya memandang tanpa menghulurkan bantuan seperti lelaki tampan itu.

      Ameer Dylan laju menuruni tangga mendapatkan Sufi Alisha sebelum gadis itu hilang dari pandangan mata. Dia tanpa rasa malu menghalang gadis itu dari masuk ke perut keretanya. Wajah ayu Sufi Alisha berubah. Tandan dahinya berkerut sedikit.
      “Biar I tolong you hantarkan uncle itu ke hospital. I yang bersalah tadikan?”
      Sufi Alisha tersenyum. Dia tidak nampak niat ikhlas pada wajah tampan Ameer Dylan.
      “Maaf… saya tidak percayakan orang macam awak. Boleh tak awak jangan halang laluan saya.”
      Lembut dan halus suara gadis ini.
      I  ikhlas…” Ameer Dylan mula memancing.

      “Saya tidak nampak keikhlasan itu pada wajah awak. Awak membantu kerana ada niat yang tersembunyi bukan? Encik Ameer Dylan… taktik kotor awak ini tidak berkesan pada saya.”
      Dia kenal dengan aku? Ameer Dylan terlopong.
      “Popular I ni…”                                                                 
      “Ya... awak memang popular sekali. Muka awak sentiasa menghiasi dada akhbar dan majalah tempatan. Saya tidak mahu membazirkan masa di sini. Jangan jadi penghadang di pintu kereta saya. Saya perlu segera menghantar pakcik ini ke klinik.” Sufi Alisha tetap berlembut.
      Ameer Dylan mengalah.
      “Terima kasih kerana mahu membantu walau tiada keikhlasan di situ. Assalamualaikum…” di bibir Sufi Alisha masih terukir senyuman manis. Sufi Alisha menghidupkan enjin kereta Viva miliknya itu. 

      Sekali lagi Ameer Dylan terpana. Ucapan salam dari Sufi Alisha tidak dibalas. Dia hanya melihat kereta Viva milik gadis itu bergerak perlahan dan hilang dari pandangan mata. Ini kali pertama dia tertarik dengan gadis bertudung litup dan berbaju kurung labuh. Tampak seperti gadis yang baik-baik. Satu cabaran menarik buat Ameer Dylan. Dia akan mencari gadis itu sampai dapat. Kuala Lumpur ini bukannya besar.
      Ameer Dylan memang bertuah apabila matanya tertacap pada dompet yang berada di kakinya itu. Dia yakin dompet itu milik gadis tadi. Ameer Dylan membongkokkan sedikit tubuhnya. Dompet itu dicapai lalu dibuka. Terkaannya memang tepat sekali.
      “Sufi Alisha….” Bibirnya menguntum senyuman.


“SUFI Alisha… nama dia seindah raut wajahnya. I sudah selidik latar belakangnya. Dia bekerja di rumah kebajikan orang tua. Baru berusia dua puluh lima tahun. Apa kata kita bertaruh Carolyn. Kalau I dapat tundukkan dia maka I akan tawarkan sejumlah wang untuk projek lanskap you.” Ameer Dylan menunjukkan gambar di dalam dompet itu kepada Carolyn.
Carolyn menggelengkan kepala. Ameer Dylan sudah menemui mangsa yang baru. Gadis itu dilihat punya perwatakan yang sopan dan lemah-lembut di mata Carolyn selain dari memiliki seraut wajah yang ayu menawan. Mangsa yang berbeza dari mangsa-mangsa yang lain.
“Tawaran you memang menarik tapi I tak suka cara kotor you.”Kali ini Carolyn tidak bersetuju dengan permainan Ameer Dylan.

Come on Carolyn… you tak mahu wangkah?”
“Dylan… bukan semua benda dapat dibeli dengan wang you! Bukan semua cinta itu tiada nilainya?” Carolyn mendengus. Ameer Dylan makin melampau!
“Carolyn… kalau bukan kerana wang, suami you tidak akan lari pada perempuan yang lebih berharta tau. Cinta itu boleh dibeli. Nilainya terlalu murah.” Ameer Dylan mengangkat keningnya.
Carolyn menarik nafas panjang.
“Hati you memang sudah buta. Jangan jadikan masa silam you untuk membalas dendam Dylan. Bukan semua perempuan seperti mama you!” Pertama kali Carolyn meninggikan suaranya kepada Ameer Dylan. Dia juga seorang wanita.

Stop it! Jangan sebut nama perempuan itu! Dia sudah mampus pada I!” getus Ameer Dylan.
“Dia tetap mama you Dylan! You tetap darah daging pada perempuan yang you benci
sangat tu! You kena ingat yang pertalian darah antara you dengan dia tidak akan dapat dipisahkan.”
Stop it! Stop it!” Ameer Dylan menekup kedua belah telinganya. Riak wajah Ameer Dylan berubah. Nafasnya seperti tercungap-cungap.
Carolyn serba salah. Dia dakap tubuh Ameer Dylan. Dia usap belakang lelaki itu lembut. Dia tahu Ameer Dylan pasti begini apabila diungkit tentang mamanya. Dia perlu meredakan kemarahan lelaki itu.
I’m sorry Dylan… I’m sorry…
I hate her… I hate her…!
Ameer Dylan tidak dapat mengawal perasaannya. Dia benci pada mama! Amarahnya pada mama tidak pernah padam. Dia tidak mengakui wanita itu sebagai mamanya jika wanita itu muncul semula dalam hidupnya. Mama memberikan kenangan pahit dalam hidup dia.
“Dylan… you tahu apabila tiba masanya kelak you tetap akan berhadapan dengan dia.” Bisik hati kecil Carolyn. 

Ameer Dylan menolak perlahan tubuh Carolyn. Dia mencapai kot yang dicampakkan pada sofa itu. Dikerling pada Angie yang sedang tidur pulas atas sofa.
“Angie beruntung kerana mempunyai mummy yang menyayangi dia.”
“Dylan… I hope you tak buat kerja bodoh.”
Ameer Dylan hanya mengerling sekilas dan berlalu. Apa yang ada difikirannya tidak boleh dibaca oleh Carolyn. Carolyn yakin Ameer Dylan pasti akan mencari gadis bernama Sufi Alisha itu. Moga suatu hari nanti Ameer Dylan mendapat pengajarannya. Sebagai seorang teman baik dia hanya mendoakan agar Ameer Dylan berubah. Dia tidak mahu Ameer Dylan terus-terusan melakukan kesalahan dan kesilapan.


TERATAK MURNI,  rumah kebajikan orang tua yang dicari oleh Ameer Dylan. Sufi Alisha pasti tidak senang duduk dengan kehilangan dompetnya ini. Ameer Dylan tersengih. Dia tidak sabar untuk melihat reaksi gadis itu.
      “Assalamualaikum… boleh saya bantu encik?” Seorang wanita menegurnya lembut.
      “Hi.. boleh saya bertemu dengan Cik Sufi Alisha.”
      Salamnya tidak disambut. Sungguh kurang sopan anak muda ini. Apa dia ingat sini negara barat boleh hai-hai.
      “Maaf… boleh saya tahu encik ini siapa? Atas urusan apa untuk bertemu dengan Sufi ya?”
      Banyak tanya pula wanita separuh abad ini.

      “Saya Ameer Dylan. Saya ke sini kerana mahu memulangkan dompet ini kepada Cik Sufi Alisha.” Ameer Dylan menunjukkan dompet terbabit kepada wanita berkenaan.
      “Oh, Sebentar ya.” Wanita itu menghilang dari bilik berdekatan.
      Tidak lama kemudian muncul wajah ayu yang dicari oleh Ameer Dylan. Sufi Alisha kelihatan tenang bertentangan mata dengan Ameer Dylan. Tiada riak kerisauan pada wajah ayu itu.
      “Dompet you tercicir semalam.”

      “Alhamdulillah…. terima kasih kerana menemuinya dan memulangkan kepada saya.” ucap Sufi Alisha lembut. Dia mengambil dompet yang dihulurkan oleh Ameer Dylan.
      “Jangan bimbang I tidak mengusik apa-apa barang di dalamnya.”
      “Ya… saya tahu. Masakan awak mahu mengambil wang yang hanya ada puluhan ringgit di dalam dompet ini. Terima kasih atas kejujuran awak.”
      You’re welcome dear. Ermm… macam  mana dengan uncle yang you hantar ke klinik tu? Dia okay?”
      Makin dekat makin cantik Sufi Alisha di mata Ameer Dylan. Hatinya berdebar melihat wajah putih kemerahan itu.

      “Alhamdulillah… hanya kecederaan kecil. Terima kasih kerana bertanyakan mengenai pakcik tu.”
      “Baguslah… you lapang tak malam ini?” Ameer Dylan mula menjalankan jarumnya. Langkah pertama.
      “Kenapa ya?”
      “Saya mahu ajak you dinner.
      “Maaf… saya tidak senang malam ini.” Sufi Alisha menolak. Dia mengerti akan niat di sebalik ajakkan Ameer Dylan itu.
       Just dinner.”
      “Maaf Encik Ameer Dylan. Saya ada kelas mengaji Al-Quran di masjid malam ini.”
      “Oh!” Rasa kecewa tertera pada wajah Ameer Dylan. “Bagaimana malam esok?”
      Sufi Alisha menggelengkan kepalanya.
      “Maaf… Saya…”
      “Sufi… Umi Embun sesak nafas Sufi.” Wanita tadi muncul semula mengganggu perbualan yang masih dipertengahan jalan itu. Wajah tenang Sufi Alisha bertukar riak. Ketika ditinggalkan sebentar tadi Umi Embun kelihatan sihat-sihat sahaja.
      Ameer Dylan merengus kecil.

      “Maaf Encik Ameer Dylan. Saya ada hal kecemasan. Terima kasih sekali lagi kerana memulangkan dompet saya. Semoga Allah membalas budi baik encik. Assalamualaikum…” Sufi Alisha segera membuntuti langkah teman sekerjanya.
      Shit!” Ameer Dylan menendang pasu bunga berdekatannya. Perasaan marah berbaur geram.
      Pandangan mata Sufi Alisha terhadapnya seperti tiada sebarang perasaan teruja. Mungkin jua gadis itu mahu mengujinya dahulu. Bella juga bukan main liat untuk dipikat namun akhirnya jatuh ke dalam pelukan dia. Inikan pula gadis seperti Sufi Alisha yang tampak kolot itu. Perempuan akan mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji manis lelaki. 

      Tawa kecil Umi Embun membuatkan wajah ayu Sufi Alisha cemberut. Umi Embun sengaja mahu mengenakan dia. Tapi bagus juga kerana dia tidak perlu berbual lebih lama dengan Ameer Dylan. Apa pun dia berterima kasih kepada lelaki itu yang sanggup menjejakkan kaki ke rumah kebajikan ini untuk memulangkan dompetnya.
      “Kak Ani memang terkejut tengok lelaki tampan dan segak bergaya seperti Ameer Dylan mencari Sufi tadi.Tak sangka si kasanova itu pun terpikat dengan Sufi ya?” Rohani menghulurkan segelas air kosong kepada Umi Embun.

      “Mengarut saja Kak Ani ni. Dia datang sekadar mahu pulangkan dompet Sufi yang tercicir.”
Sufi Alisha melabuhkan punggung di sebelah Umi Embun.
      “Kak Ani rasa dia mahu memikat Sufi. Lihat saja pada pandangan matanya yang tajam itu macam mahu menelan Sufi hidup-hidup.”
      Sufi Alisha ketawa kecil. Dia tidak menafikan kata-kata Rohani itu. Kalau tidak masakan baru bertemu Ameer Dylan itu sudah berani mempelawanya makan malam bersama.
      “Dia tidak akan dapat memikat hati anak umi ini. Lelaki seperti itu tidak layak menjadi suami kepada Sufi. Umi takkan restu.” Keras nada suara Umi Embun.
      “Betul tu. Akak takkan benarkan dia mendekati Sufi. Kalau dia datang akak akan halau dia keluar dari Teratak Murni.” Rohani bercekak pinggang.
      Sufi Alisha tersenyum manis.
      “Jangan pula Kak Ani yang terpikat dengan Ameer Dylan. Dia itu tampan dan segak tau.” Sufi Alisha mengusik Rohani.

      Rohani mencebik. Dia pula dikenenkan dengan si kasanova itu.
      “Bukan setakat Sufi… dengan Kak Ani pun dia tak layak tau untuk dijadikan suami mithali.”
      Tawa Sufi Alisha dan Umi Embun bersatu.

2 comments:

  1. wah bad boy dah mula nak mulakan jarum,...
    jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  2. Forget clash of clans gems hacks. Better visit http://clashofclanshelper.com/ and its great! You receive your Clash of Clans gems instantly!!! Amazing! (kTLfdIkT7w)

    ReplyDelete