Tab Menu

Followers

Thursday, November 13, 2014

Sedingin Salju - Bab 1

Prolog


“ESOK majlis pertunangan cucu kesayangan Bonda Belinda. Kau akan hadirkan Zita?” Puan Aisyah memandang pada wajah Puan Rozita  yang masih tampak jelita itu meskipun sudah pertengahan 40-an.
            Puan Rozita memalitkan senyuman di bibirnya. Dia bingkas bangun dari kerusi eksklusifnya. Puan Rozita  memandang ke arah luar jendela. Bangunan-bangunan pencakar langit tersusun indah di hadapan matanya itu.
            “Aku pasti berikan hadiah istimewa buat cucu kesayangan perempuan itu.” Puan Rozita mengetap bibir.
            “Zita… kau akan sakiti orang yang kau sayang nanti.”

            Puan Rozita ketawa kecil mendengar kata-kata sahabatnya itu. Lelaki itu sudah mati di hatinya. Apa yang ada di hatinya ini hanyalah kebencian!
            “Aku tidak kisah jika ada yang perlu dikorbankan asalkan dendam aku berbalas, Aisyah.”
            JPuan Aisyah menggelengkan kepalanya. Masa telah mengubah Puan Rozita, sahabat baiknya itu.
            “Zita… kau dah tak sayangkan Bakhtiar?”
            Puan Rozita tersenyum sinis.
            “Cinta aku sudah mati pada 25 tahun yang lalu!” Tegas Puan Rozita.
            Puan Aisyah menghela nafas kecil. Dia lihat mata Puan Rozita bercahaya. Dia kenal hati sahabatnya itu. Mulut mengatakan benci tetapi cinta masih membara buat lelaki bernama BAKHTIAR!

25 tahun yang lalu…

“ZITA bersumpah abang! Zita tak tahu siapa lelaki ini?” Rozita memeluk kaki suaminya. Air matanya tidak henti-henti mengalir. “Zita hanya berdua dengan bonda di rumah bang. Zita tak tahu bila lelaki ini masuk ke bilik kita.”
            Bakhtiar membisu tanpa kata. Matanya mencerlung pada tubuh Rozita yang hanya berkembankan kain batik itu. Lelaki itu durjana itu sudah terkulai layu dibelasah oleh Bakhtiar. Bonda Belinda memerhatikan menantu perempuannya tanpa perasaan.
            “Bonda…” Bakhtiar mengalihkan pandangan pada bondanya.
            “Selama ini bonda hanya berdiam melihat kecurangan isteri anak bonda. Zita meng-
ugut bonda agar tidak membocorkan rahsianya.”
            Rozita tidak menduga yang Bonda Belinda akan berbohong kepada Bakhtiar. Ini pasti rancangan ibu mertuanya yang mahu dia dan Bakhtiar berpisah. Riak wajah Bonda Belinda itu menceritakan segalanya. Wanita ini hanya berpura-pura menerimanya sebagai menantu.
            “Abang… jangan percayakan cakap bonda. Zita bersumpah pada abang! Zita tidak mengenali lelaki ini!” Rozita masih erat memeluk kaki Bakhtiar.
            Hati Bakhtiar bercelaru. Mengapa Rozita menafikan kecurangannya. Dia lihat dengan matanya sendiri Rozita tidur sekatil dengan lelaki durjana itu.
            “Bonda tidak berbohong. Bonda sanggup ke tepikan ego bonda untuk menerima Zita sebagai menantu bonda. Masakan bonda mahu menganiaya anak dan menantu bonda sendiri.” Bonda Belinda memainkan lakonannya dengan baik sekali. Wajah sedih itu mengundang simpati Bakhtiar.
            “Bonda bohong! Bonda…” Belum habis Rozita menutur kata rambutnya telah direntap kasar oleh Bakhtiar.
            “Kau keluar dari rumah aku sekarang!” Bakhtiar mengheret tubuh Rozita tanpa belas kasihan hingga ke muka pintu.
            Bonda Belinda tersenyum puas. Itu yang dia mahukan. Selepas ini Bakhtiar tidak akan mengingkari kata-katanya lagi.
             “Abang…Zita di fitnah abang… Zita tak curang pada abang!” Rozita merintih. Kaki Bakhtiar dipaut semula.
            Bakhtiar memalingkan wajahnya.\
            “Aku ceraikan kau dengan talak tiga! Jangan kau tunjuk muka kau di depan mata aku lagi perempuan sundal!” Bakhtiar melafazkan cerai kepada Rozita. Dia menarik kakinya dari pautan Rozita. Tidak dihiraukan tangisan Rozita lagi.
            Pintu utama itu dihempaskan dengan kuat. Rozita mengesot ke muka pintu. Bertalu-talu dia mengetuk pintu itu. Dia tidak menghiraukan bendalir berwarna merah di celah kelangkangnya. Hatinya lebih sakit dari kesakitan diperutnya itu.




Bab 1

Cinta itu misteri, tidak terbentuk tapi dicari, tidak bernyawa tapi hidup, tidak tajam tapi mampu melukai, tidak mekar tapi mewangi.

Drum dipukul dengan penuh perasaan. Rentak yang dimainkan seiring dengan emosi yang sedang bergelora. Lelaki dikatakan tidak maco jika menitiskan air mata. Dia tidak kisah. Kenapa perlu malu? Jika bersedih, air mata adalah terapi terbaik meluahkan segala rasa yang terpendam. Dia behenti memukul drumnya sebaik pintu bilik diketuk bertalu-talu.
            “Danny…”
            Tombol pintu bilik itu dipulas.
            “Sorry auntie… Danny mengejutkan auntie.”
            “Kamu buat auntie risau Danny.” Marissa perasan mata Danny kemerah-merahan.
            Danny bangun dan merapati wanita berusia itu. Dia mengukir senyuman nipis. Dikucup pipi wanita itu.
            “Good nite.” Ucapnya.
            “Kamu mahu ke mana Danny?”
            “Keluar.” Balasnya sepatah.
            “Danny!”
            Danny tidak menghiraukan panggilan Marissa. Dia terus mencapai helmet dan sarung tangan. Marissa menghela nafas kecil.


VROOOMMM! Berderu Danny memecut motorsikal berkuasa tingginya itu memecah kepekatan malam. Otaknya ligat berputar mengingati kenangan-kenangan manis antara mereka. Dia tidak percaya cinta yang terbina selama lima tahun itu akan menuntut satu pengorbanan.
            “I’m sorry Danny. Aku terpaksa.”
            Nia Amira meminta perpisahan demi tuntutan rasa tanggungawab terhadap bayi yang dilahirkan oleh kakaknya.
            “Kenapa kau yang mesti lakukan pengorbanan?” Danny tidak berpuas hati dengan
keputusan kekasihnya itu.
            “Tolong fahami aku, Danny. Aku tak mahu anak kakak aku dijagai oleh wanita lain. Papa dan mama aku juga tidak rela berpisah dengan cucu mereka. Kalau Abang Iqram berkahwin wanita lain maka ikatan kekeluarga antara kami akan semakin renggang.” Nia Amira minta Danny untuk mengerti akan perasaan yang ditanggungnya.
            “Aku tak sanggup melepaskan kau, Nia.”
            Nia Amira tetap dengan keputusan nekadnya. Tiada kata perpisahan terucap di bibir Nia Amira. Kekasihnya itu pergi dan tidak berpaling lagi. Dia tidak sanggup untuk melihat Nia Amira menjadi milik ornag lain. Dia tidak sanggup melihat Nia Amira bersanding di atas pelamin bersama bekas abang iparnya itu. Sakit di hati dia yang menanggung.
            Air mata Danny mengalir bersama kelajuan motorsikalnya. Hatinya menjadi sayu dan pilu. Cinta itu tidak tajam tetapi mampu melukai. Sanggup Nia Amira mengkhianati janjinya.    Sebuah lagi motorsikal memecut laju dari arah bertentangan. Danny tidak sempat untuk memecut melintasi lampu kuning yang sudah bertukar merah. Dia menarik brek secara mengejut lalu mengakibatkan motorsikalnya hilang kawalan. Motorsikal yang ditunggang Danny jatuh terseret di atas jalan raya.
Motorsikal yang sebuah lagi turut melakukan brek mengejut. Tindakannya pantas dan menyelamatkan dirinya dari jatuh bergolek seperti Danny. Penunggangnya menanggalkan helmet di kepala. Seorang gadis manis. Gadis berambut panjang melepasi bahu itu merenung dia dengan pandangan tajam.
Danny bangun memeriksa kecederaan pada tubuh badannya. Lengannya sedikit tercalar dengan luka. Dia mengangkat semula motorsikalnya yang tumbang. Gadis itu hanya memerhati tanpa memberikan bantuan.
            “Jangan cuba-cuba melanggar peraturan jalan raya. Red untuk stop.” Gadis itu bersuara lantang. Dia memakai semula helmetnya dan memecut laju.
            Danny melepaskan keluhan berat. Mujur sahaja dia dapat mengelak, jika motorsikal dia bertembung dengan motorsikal gadis tadi nescaya kemalangan dahsyat akan berlaku. Nyawa menjadi galang ganti.
            Itulah menunggang mengikut perasaan. Biarkan sangat perasaan mengawal emosi. Akibatnya tidak difikirkan?
            Danny mengeluarkan telefon bimbitnya. Skrin telefonnya sedikit retak dan bercalar.
            “Ronan, pick up aku? Aku accident.”
            “Kau di mana?”
            “Aku di…”
            Danny memandang signboard di tepi jalan menyatakan tempat dia tersandai bersama motorsikalnya.


MEHAR memberhentikan motosikalnya tepat di hadapan seorang gadis manis. Gadis itu bercekak pinggang memandangnya. Mehar membuka helmet dan mengukur senyuman.
            “You’re late, beb!” Marah gadis bertubuh genit itu.
            “Sorry Michelle… aku tersangkut sikit di traffic light.”
            “Diaorang dah race pun.”
            “Ceh, kenapa tak tunggu aku?”
            “Kau lambat.” Getus Michelle.
            Mehar merengus kecil.
            “Baik aku balik rumah, tido.”
            “Aku ikut kau.”
            “Kau ada bawa helmet tak? Aku tak bawa helmet spare.
            “Ada. Aku tumpang Beego tadi.”
            “Jom, lekas!”
            Michelle terkocoh-kocoh mengambil helmet di salah sebuah motorsikal yang terletak di situ. Kemudian dia membonceng di belakang Mehar.
            “Peluk aku kuat-kuat. Aku nak pecut ni!”
            “Wei, jangan laju sangat. Aku ni penakut.”
            Mehar tersenyum.
            “Aku minah race, mana boleh bawa motor tahap kura-kura.”
            “Mehar…”
            Leceh betul amoi seorang ni. Mehar mengurangkan kelajuan. Bawa motor besar tapi slow, apa barang. Kalau nak slow-slow baik naik skuter. Mehar menghantar Michelle sehingga di hadapan pagar rumah sewa sahabatnya itu.
            “Good nite, dear.” Mehar melayangkan flying kiss kepada Michelle. Dia sengaja mengusik amoi itu. Michelle ketawa.
            “Nite.” Michelle melambaikan tangannya.
            Mehar tidak gemar menyewa rumah bersama rakan-rakannya. Dia lebih suka duduk sendirian. Rumah teres dua tingkat yang dibeli dengan hasil duit titik peluhnya itu masih berbaki bayaran di bank. Mehar tidak miss bayar bulan-bulan. Dia bukan anak orang berada pun. Kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ingat anak-anak orang berada
sahaja mampu memiliki rumah sendiri? Entah-entah rumah mereka tu pakai duit mak ayah. Siapa tahu?
            Mehar anak yatim. Dia sudah tidak punya sesiapa lagi. Hidup kena bergantung pada diri sendiri. Tidak perlu pada ehsan simpati orang lain. Itu prinsip Mehar. Mehar membuka cd untuk mendengar lagu. Roxette adalah salah satu kumpulan duet Inggeris kegemaran Mehar. Lagu sekarang kurang menyengat. Entah apa-apa. Dia juga bukan peminat K-pop. Dia tidak menghina muzik dari luar. Terpulang pada minat masing-masing. Setiap orang ada minat tersendiri begitu juga dengan dia. Kenapa perlu hendak mempertikaikan minat mereka? Muzik sekadar hiburan semata-mata. Kalau rancangan program realiti seperti AF memang dia tutup televisyen.
           Mehar membuka lap-topnya. Notifications di facebook kian berjela-jela. Dia ahak jarang berfacebook kebelakangan ini. Bosan melihat status-status facebook yang adakalanya menjengkelkan hati. Kutuk sana, kutuk sini. Ramai sangat yang menjadi keyboard warrior.  Lebih baik menjadi warrior di Palestine atau berdiam diri dari memekak di laman sosial menceritakan keburukan baik orang lain.
            Mehar ingin menekan abjad-abjad pada keyboard untuk meletakkan status wall miliknya.

ME Mehar
Race cancel tonight. Go home and listening music.

            Sepuluh minit kemudian, penuh berjela-jela komen di bawah statusnya. Salah seorang yang mengomen adalah Michelle. Laju amoi seorang tu. Tersenyum mehar membaca komen Michelle.

1 minute ago
Go to sleeplah
2 minute agoo
I terkenangkan u tak boleh tido
1 minute ago
Gataiii….

            Mehar tersenyum panjang. Gemar sangat dia mengusik Michelle. Malah ada yang salah anggap perhubungan mereka. Takder manalah dia nak buat perbuatan terlarang.  Michelle pun tahu benda tu tak elok.
            Mehar menguap kecil sambil menekup mulut. Pukul dua lebih  Matanya semakin kuyu. Dia menutup facebook. kemudian menekan shutdown pada lap-topnya. Mehar merebahkan tubuhnya di atas sofa. Dia tidak kisah tidur di ruang tamu. Lenggannya diletakkan pada dahi. Satu-persatu wajah orang yang disayangi bermain di ruang mata Mehar.
            “Kamu ni memang pembawa sial. Anak aku mati kerana kamu!” Suara wanita itu masih tergiang-giang di gegendang telinganya.
            “Lelaki yang mendampingi dia hanya menempah maut. Dia ada badi.
            “Sial!”
            “Sial!”
            “Sial!”
            Mehar menutup matanya rapat. Air matanya mengalir.


“ARIL… awak tak takut mati ke?”
            Shahril memakukan mata pada wajah Mehar. Mehar gadis berkulit sawo matang itu menarik perhatiannya saat pertama kali mereka bertentangan mata.
            “Saya tahu semua pasal awak. Orang kampung kata awak ni ada sial. Tapi saya tak mahu percaya benda karut-marut tu. Manusia tiada yang sial. Zaman moden tetapi pemikiran kolot betul. Bukan kita yang menentukan mati tetapi Allah.”
            Mehar terkedu. Dia pun sukakan Shahril tetapi dia takut nasib Shahril akan jadi seperti lelaki-lekai yang pernah dia sayangi.
            “Mehar…Shahril ikhlas tu.” Abahnya mencelah.
            “Tapi abah…”
            “Abah sudah tua Mehar. Bila abah dah tiada, siapa yang akan menjaga kamu? Abah risaukan kamu.”
            “Mehar boleh jaga diri sendiri, abah.”
            Abah menggeleng perlahan.
            “Mehar terimalah lamaran Shahril. Tunjukkan pada orang kat kampung ni yang Mehar bukan pembawa sial. Apa yang berlau pada Umar dan Kifli itu adalah ketentuan Ilahi nak.” Abah memujuk. Sayu wajah abah mata Mehar.
            Akhirnya Mehar mengganguk perlahan.

SOLEKAN sentuhan mak andam membuat wajah Mehar bertambah cantik. Hari pernikahannya meriah dengan sanak-saudara dan orang kampung. Mehar tidak sabar menunggu ijab dan kabul. Dia ingin membina bahagianya bersama Shahril. Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar. Doa Mehar dalam hati. Mehar mengerling jam di dinding.
            Saat berganti minit. Minit berganti jam. Keresahan mula terpamer pada raut wajah Mehar. Tetamu saling berbisik-bisik sesama sendiri. Abah masuk ke bilik dan cuba menenangkannya. Mungkin Shahril dan rombongan pengantin menghadapi masalah dalam perjalanan. Abah mahu dia bersangka baik. Mehar tidak sedap hati. Dia cuba menghubungi Shahril. Panggilan tidak dibalas.
            Mehar mencuba lagi, kali ini panggilan diangkat. Suara seorang gadis.
            “Assalamualaikum…”
            “Waalaikumusalam…”
            “Siapa ni?” Gadis itu bersuara.
            “Saya Mehar, tunang Shahril. Sharil ada.”
            “Tunang? Shahril dah jadi laki aku tahu. Aku dengan dia baru bernikah beberapa minit. tadi.” Gadis menyergah kasar.
            Talian terus diputus. Mehar terduduk di birai katil.
            “Dapat hubungi Shahril?” Abah masuk semula ke biliknya dan bertanya lembut.
            Mehar menganggukkan kepala.
            “Dapat abah.”
            “Mereka sudah ada di mana?”
            “Abah… Shahril tak akan bernikah dengan Mehar. Shahril sudah bernikah dengan gadis lain.” Air mata Mehar sudah tidak ditahan lagi.
            Abah mengurut-ngurut dadanya. Nafas abah tercungap-cungap. Mehar menyambut tubuh abah sebelum abah jatuh pengsan.
            “Abah!”

            Abah disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Shahril menemuinya dan memohon kemaafan. Mehar langsung tidak mahu mendengar perjelasan dari Shahril. Kehilangan abah menjadi tamparan hebat pada Mehar. Mehar mengambil keputusan untuk memulkan kehidupan baru di kota. Dia cuba melarikan diri dari kenangan silam yang menyakitkan hati.

4 comments:

  1. N3 yang menarik...menarik hati untuk mengetahui kisah selanjutnya...
    thumbs up Kak Ilya...karya akak tak pernah mengecewakan...

    ReplyDelete
  2. Agreed.. without a doubt..

    ReplyDelete
  3. kunjungan sore gan,,,terimakasih ya,,

    ReplyDelete
  4. cerpen yang sangat bagus,,menarik..thanks ya..

    ReplyDelete