Tab Menu

Followers

Saturday, December 27, 2014

DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU

Assalamualaikum...

Lama saya tidak menjenguk blog kerana sibuk menyudahkan manuskrip-manuskrip untuk penerbit. NILAI CINTA SEJATI sudah berada di dalam tangan penerbit dan menunggu keputusan penilaian. Untuk makluman tajuk asal NILAI CINTANYA  kemudian diubah kepada NISBAH CINTA dan akhirnya saya dapat tajuk yang lebih sesuai NILAI CINTA SEJATI - manuskrip paling panjang saya tulis setakat ini 501 mss.


Masih ingat pada e-novel MY HEART, e-novel ini telah saya tukar tajuknya kepada DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU atas sebab tajuk tersebut telah diguna pakai. Malah saya telah mengubah-suai jalan ceritanya untuk manuskrip tahun 2015. 

Boleh baca e-novel DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU di ILHAM KARYA : http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=3962&idc=20900 setakat ini sudah masuk bab 3. Jangan lupa tinggalkan komen ;) 

Sinopsis:

Eleanor anak kedua dari 3 beradik. Berasal dari sebuah keluarga berada, namun syarikat pembinaan milik papanya (Dato' Ariffin) menghadapi masalah kewangan dan bakal diisytiharkan muflis. Eleanor yang tidak pernah sebulu dengan papanya pulang untuk menjernihkan semula perhubungan antara mereka. Namun sebaliknya yang berlaku. Papanya mengaturkan perkahwinan antara dia dengan anak rakan papanya, Puan Marlia. Perkahwinan tersebut bukan sahaja untuk menyatukan dua buah keluarga tetapi juga salah satu syarat yang diberikan oleh Puan Marlia bagi membantu masalah kewangan syarikat Dato' Ariffin.

Eleanor jadi berang kerana dia perlu berkahwin dengan lelaki yang tidak kenalinya lalu dia membantah aturan perkahwinan tersebut. Dan berlaku kemalangan yang menyebabkan papanya meninggal dunia.

Masalah kewangan semakin meruncing. Elman sebagai abang sulung terpaksa mencari jalan agar syarikat pembinaan milik arwah papanya dapat diselamatkan. Bagaimana pun, seorang jutawan muda, Weir Zafril menawarkan kontrak pembinaan sebuah hotel dengan kos berjuta ringgit. Elman merebut peluang yang diberikan.

Dalam pada masa yang, Weir mula tertarik dengan Eleanor. Apa jua cara dia mahu memperisterikan Eleanor, malah dia sanggup mengugut untuk menarik semula kontrak tersebut sekiranya Eleanor tidak mahu bernikah dengan dia. Weir juga menyimpan dendam pada isteri Elman, Susana yang juga bekas kekasihnya dulu. Susana pernah mengecewakan dia dan meninggalkan dia kerana harta,

Gadis yang degil dan keras kepala seperti Eleanor bukan mudah untuk ditundukkan kerana hati gadis itu sudah dimiliki. Dalam malis pernikahan mereka, Eleanor cuba untuk melarikan diri, Prinsipnya, dia tidak akan berkahwin dengan lelaki yang tidak dia kenali dan dia cintai.

Sinopsis sementara yang tunggang langgang 
chill....

Kini saya sedang kejar DATELINE manuskrip : MILLENNIUM'S dan HANYA DIA KUCINTAI. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Untuk karya-karya yang sudah diterbitkan:

1. KUINTAI CINTA DI DALAM RAHSIA - 2008
2. COKE AND SUNDAE - 2010
3. 566 HARI MENCARI CINTA - 2011 (TELEMOVIE SETENGAH TAHUN MENCARI CINTA - TAYANG DI ASTRO DULU)
4. COKE AND SUNDAE II - 2012
5. AWEK SKUTER - NOVEL GRAFIK 2013
6. ROSES - MINI NOVELLA - 2014
7. QUEEN CONTROL - 2014
8. KOMPILASI NOVELET - TAJUK (TEMAN PENGGANTI) 2014

Ada yang masih ada cetakan dan ada yang suda tiada cetakan. 


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل وسلم على سبدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين.. 

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Aamiin.. Surah Hud 44
Ya Allah.. Redakanlah bencana yg kami alami.. Lindungilah kami semua.. Elakkanlah dari berlaku bencana-bencana yg lebih besar dari biasa.. Kasihanilah kami semua Ya Allah.. Sesungguhnya Engkaulah Penentu segalanya.. Bantulah kami.. Kami bermohon kepada-Mu.. Engkaulah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Makbulkanlah doa kami Ya Allah.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..

#PRAY FOR PANTAI TIMUR

No comments:

Post a Comment