Tab Menu

Followers

Thursday, March 19, 2015

ENJIT-ENJIT SEMUT - 2

“MAAF A’an. Aku tak sempat nak jemput kau di Pudu.” Siti susun tangan sepuluh jari. “Aku kena kerja. Bos tempat kerja aku tu kepala angin sikit.”
            “Takper. Aku tak kisah.”
            “Kau duduk sebilik dengan aku. Sewa dalam seratus lebih gitu. Dalam rumah ni ada peraturan yang tak dibenarkan walau sekali kau melanggarnya.”
            “Dasat tu ada peraturan.”
            “Ketua rumah yang buat. Lelaki tak benarkan masuk, barang-barang tak boleh berkongsi. Masing-masing kena beli sendiri. Dapur kena bersih bila digunakan begitu jugak bilik air. Tak dibenarkan pulang lewat pukul 12.00 malam. Aku tak mahu kongsi bilik air jadi aku pilih bilik yang ada sekali bilik air. Tapi maha sikitlah. Kau duk sekali jadi sewa bilik ni jadi dua.”

            “Aku kena cari kerja. Kau boleh tolong aku tak?”
            Farhan meletakkan beg pakaian atas katil.
“Kebetulan pejabat tempat aku bekerja memerlukan cleaner. Aku boleh rekemen kan kau. Ini saja aku dapat tolong kau.”
            “Takper, aku tak kisah. Janji duit halal.”
            “Kalau kau dapat kerja yang lebih baik, kau berhentilah.”
            “Terima kasih Siti sebab tolong aku.” Farhan menggenggam kedua-dua belah tangan Siti.
            “Kita sekampung. Lagi pun masa sekolah dulu kau banyak tolong aku. Aku balas budi kau balik.” Siti tersenyum.
            Senyuman mereka bersatu.
            Siti mengeluarkan iPhone 5 dari tas tangannya.
            “Wah, canggih telefon kau Siti.” Farhan membandingkan telefon bimbit dengan iPhone milik Siti. Jakun sebentar dia.
            “Sekarang orang gilakan iPhone. Mana main picit-picit macam telefon kau. Orang sekarang main facebook, wechat, whatsapp pakai phone dah.”
            “Ketinggalan zaman aku. Berapa ni?”
            “Dua ribu lebih. Aku save sikit-sikit duit gaji.” Siti tersengih.
            Mata Farhan membulat.
            “Dua ribu lebih? Banyak tu. Aku takat telefon cikai ni mampu beli. Janji boleh hantar sms dan buat call. Cukup baik dah pada aku. Aku tak reti facebook, wechat tu semua.”
            “Tak reti takper. aku boleh ajar kau. Kau ada bawak tak tempoyak untuk aku?” Terjongket-jongket kening Siti.
            Aiseh. Tempoyak untuk Siti dia lempar pada pencuri tadi.
            “Aku ada bawak tapi…” Farhan tersengih-sengih.
            “Mana tempoyaknya? Dah berbulan-bulan aku kempunan. Tempoyak kat KL ni tak sedap. Macam tak ori aja.”
            “Maaf siti… se… se… sebenarnya…”
            Farhan bercerita dari A-Z pada Siti. Gara-gara si pencuri, tempoyak Siti jadi korbannya.
            “Takder rezeki aku. Rezeki pencuri tempoyak aku.” Nampak wajah hampa Siti. Kesian pulak Farhan menengoknya. Jangan keluar air mata sudah.
            “Kau beli aja durian. Aku buatkan tempoyak untuk kau. Bukannya susah sangat pun.”
            “Betul jugak cakap kau.”
            Bersemangat balik wajah Siti. Macam orang mengidam pulak si Siti ni.
           

WAJAH Haizan kelat. Kelat seperti pisang mentah. Buah hati yang ditunggu masih tak muncul-muncul. Matanya asyik mengerling jam Rolex di pergelangan tangan. Susah sangat nak ajak bertemujanji. Ada aja alasan yang diberikan. Nak berjumpa pun kena main sorok-sorok.
            “Sorry sayang…” Buah hati yang ditunggu sampai jua.
            Haizan merengus kecil.
            “Kenapa you pakai macam ni?”
            “I tak mahu kena cekup dengan wartawan.”
            Nasiblah dapat buah hati seorang artis. Zetty Alisha pelakon top ten drama/filem sekarang. Haizan tak pandang itu semua.
            “Biarlah wartawan tahu.”
            “Helo, populariti I kena jaga.”
            “Tak ke mana populariti tu. Bila you tua, dah berkedut, tak laku dah.”
            Pedas sindiran Haizan. Zetty mencebik. Mulut Haizan selalu lancang bila berbicara.
Langsung tak romantik. Ada masa bosan juga dia dengan Haizan. Bia dia merajuk lelaki
tak memujuk.
            “Kenapa dengan you ni? Asal jumpa je mesti cari fasal dengan I.” Muncung bibir mongel Zetty. Pura-pura berkecil hati.
            “Mak I dah bising. Mak I suruh kita cepat-cepat kahwin. Bertunang dah dekat tiga tahun.” Tidak tahan menadah telinga mendengar bebelan Puan Rubiah Haji Sulaiman saban hari. Topik kahwin jugak yang menjadi bual bicara emaknya itu.
            “Ala, you mintalah your mum tempoh lagi. I belum bersedia.”
            “Nak tunggu bila lagi lagi? Umur I dan umur you lagi tiga tahun nak masuk tiga puluh tahun. You nak tunggu kita tua kerepot. I pun dah tak larat nak pelamin dengan you!” Haizan mendengus. Dia letih. Letih melayan kehendak emak dan kehendak Zetty.
            “Please Jan…” Zetty merengek manja. Zetty tahu Haizan sayangkan dia 200%. Haizan akan mengalah. Perempuan sekarang kahwin lewat pun orang tak kisah. Emak buah hati dia yang lebih-lebih pulak.
            “Okay… tapi jika mak I nak I berkahwin dengan gadis lain, I tak boleh menolak.”
            “Nak ke you berkahwin dengan gadis pilihan mak you tu?” Zetty ketawa halus. Haizan tak mungkin berpaling dari dia. Dia yang ‘perfect’ untuk lelaki itu.
            Haizan membisu.
            Zetty senyum simpul. Dia sudah agak Haizan tidak akan tergamak melukakan hati dia.
            “Jan… I bukan tak nak kahwin cepat-cepat tapi you fahamlah kan dalam kontrak sudah terikat yang I tak boleh berkahwin dalam masa dalam masa tiga tahun ni.”
            Haizan tersentak hebat. Jantungnya terasa seperti mahu tercabut.
            “Dulu you kata dengan I kontrak you dah tamat.”
            “I sambung kontrak lagi.”
            Haizan tenung Zetty tajam. Zetty memang sengaja.
            “Kenapa tak maklum pada I?”
            “Forgive me sayang.” Lunak manja suara Zetty sudah tidak mampu mencairkan Haizan.
            “Forgive you?” Haizan menggeleng. Hati Haizan mendidih.
            “Karier I sedang berada di kemuncak. You kena faham!”
            Zetty bingkas bangun. Meluat hatinya dengan Haizan yang asyik mencari kesalahan.
            “Kalau you tak boleh terima karier I, kita break.” Zetty berlalu.
            Haizan masih melekat di tempat duduknya. Dia biarkan saja buah hatinya itu pergi
tanpa mengejar untuk memujuk.


 “MUKA macam harimau terkurung dalam kandang. Bergaduh lagi dengan Zettylah tu.” Sapa Puan Rubiah yang sedang sibuk menyusun pasu-pasu bunga di halaman.
            Haizan tidak menjawab. Kalau menjawab nanti, sah-sah bertegang urat dengan emaknya. Dan yang pasti dia akan tewas dengan mulut berbisa emak.
            Berselisihan dengan adiknya pun tidak menegur.
            Berkerut dahi Misha.
            “Mak, monster tu kenapa?”
            “Biasalah…  macam kamu tak kenal dengan peel abang kamu tu?”
            “Berperang dengan buah hati dia ye.”
            Lebar senyuman Misha.
            “Nak bercinta sangat dengan artis. Sampai ke sudah tak ke mana!” Sengaja Puan Rubiah menguatkan suara. Biar didengar anak terunanya itu.
            “Sian kan orang tu! Hari-hari makan hati!”
            Misha mengekeh.

            Haizan kuatkan lagi volume televisyen. Malas dia dengar sindiran-sindiran pedas dari emak dan adik bongsunya, Misha. Ada saja modal mereka nak menyindir dia.

bersambung....

No comments:

Post a Comment