Tab Menu

Followers

Thursday, May 7, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 7

“GIBS dah balik sini?” Azalee mengertap sini.
            “Abang takut?”
            Azalee berpura-pura ketawa. Musuh ketat sudah balik tentulah dia susah hati.
            “Kenapa abang perlu takut dengan dia?”
            Aznita senyum sinis.
            “Really?”
            “Cantik-cantik ni nak ke mana?” Azalee mengubah topik perbualan.
            “Party.”
            “Party siapa?”
            “My friendlah.”
            “Kawan kau tu ramai. Siapa?”
            “Bell. I mean Belinda. You don’t liker her.”
            Oh, gadis kacukan Belanda itu. Belinda memang cantik. Bermata hazel . Berambut keperang-perangan. Perfect di mata lelaki!

            “Huh! She so arrogant.”
            Cintanya ditolak mentah-mentah oleh gadis cantik itu.
            “My poor brother.”
            Tawa halus Aznita memanaskan hati Azalee. Adiknya itu mempersendakan dia. Dia dengan Aznita memang tidak berapa sebulu. Nama saja adik-beradik.
            “Kau tunggu apa lagi. Berhambuslah cepat.” Kasar bicara Azalee.
            Angin Azalee sudah datang.
            “Malam ni maybe Nita tak balik. Beritahu pada mama okay. Bye-bye.” Aznita menyarung kasut tumit tingginya.
            “Tak balik terus pun takper.”
            Azalee menyandarkan tubuh pada sofa. Tidak sabar rasanya ingin bersua muka dengan Gibs. Apa reaksi Gibs?  Dari zaman persekolahan lagi mereka bermusuhan. Gibs selalu kacau line memang cari nahaslah. Konon-konon nak mencemarkan imej dia sebagai pelajar contoh. Kau bermimpilah Gibs!
           
            Ketua pelajar dan pelajar nakal, siapa yang cikgu akan percayai. Sudah tentulah dia sebagai ketua pelajar. Semuanya berpunca dari gadis polos situ. Teja. Ya, Teja. Di mana agaknya gadis itu berada kini?
           

MANGKUK tingkat itu sudah siap berisi dengan nasi, sayur dan lauk yang berasingan. Mangkuk tingkat yang dibeli itu hasil dari duit saku bos. Surat perjanjian antara dia dan bos sudah selesai ditandatangi. Lebih kurang seperti surat offer kerjalah. Hari ini juga dia akan resign kerja part-time dengan Mak Long.
            Kuih karipap yang emak simpan dalam peti ais pun sudah habis digoreng. Emak tak berapa sihat. Lepas solat subuh tadi emak terus masuk bilik berehat. Karipap disusun rapi di dalam bekas yang sudah tersedia. Risau pula dia mahu meninggalkan emak sendirian di rumah. Nampak gaya dia perlu minta Makcik Gayah sebelah rumah tengok-tengokkan emak.
            Teja bancuh air nescafe satu teko. Dia sudah siap-siapkan sarapan pagi buat emak. Dia tidak mahu menganggu tidur emak. Biar emak berehat cukup-cukup.
            Teja sudah bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Makcik Gayah pun dah sampai di rumahnya. Teja meninggalkan kunci spare rumah kepada Makcik Gayah.
            “Makcik tolong tengok-tengok mak ya. Apa-apa nanti makcik telefon saya.”
            “Teja jangan risau. Makcik akan temankan mak Teja.”
            “Terima kasih makcik. Teja gerak dulu.”
            Mujur sahaja ada jiran baik hati seperti Makcik Gayah.
            “Iyalah.”


TEJA mengusap-usap muka. Punch card kaler merah lagi. Semua ni gara-gara putra LRT yang tersekat akibat masalah sistem dalaman. Satu jam dia terperangkap dalam tren tersebut. Nasib baik dapat duduk kalau berdiri memang kejang urat otot kaki. Teja menutup pintu loker.
            Kus, semangat. Nasib baik tak putus nafas bila Aznita terpacak depan mata.
            “Teja… Encik Khalil nak jumpa you.”
            “Encik Khalil nak jumpa saya?”
            “Ya. maybe nak bagi kau notis berhenti dua puluh empat kut.”
            Aznita ni sengaja nak takut-takutkan dia. Semalam baharu dia sign kontrak part-time personal job dengan bos. Takkan bos sekejam itu.
             “You tercegat apa lagi. Pergilah cepat.” Suara Aznita memetir.
            Suara petir Aznita tidak meninggalkan sebarang parut pada hati Teja. Dia jenis yang tidak mengambil hati. Adatlah orang bawah kena jerit-pekik dengan orang yang atas. Normallah tu.
            Teja mengorak langkah. Tidak lupa mangkuk tingkat untuk bos. Lunch box aka mangkuk tingkat untuk bos seperti yang dijanjikan.
            Sekejap saja dia sudah terpacak depan meja setisusaha manis bos, Salbiah. Wanita itu tersenyum melihatnya.
            “Assalamualaikum. Selamat pagi Cik Sal.”
            “Waalaikumusalam. Pagi. Encik Khalil sedang menunggu.”
            Teja menarik nafas dalam-dalam.
            “Angin bos okay tak?” Soal pada Salbiah.
            “Tak pasti.”
           "Okay. Terima kasih Cik Sal.”

            Teja merapati bilik pejabat bos. Tombol pintu dipulas dengan berhati-hati. Mata terus menerjah ke arah bos yang sedang duduk di meja meneliti fail di tangan. Bos kelihatan kelihatan serius sungguh.
            “Mmm… Assalamualaikum bos.”
            Gib angkat kepala. Bibirnya mengulum senyuman.
            “Waalaikumusalam. Lewat hari ni.”
            Alamak? Bos tahu dia lewat.
            “Maaf bos… tren ada masalah teknikal.”
            “Aku ada baca rekod kehadiran kau. Banyak sangat warna merah.”
            Teja hanya mampu senyum.
            “Please Teja. Tolong kurang warna merah pada punch card kau.”
            “Saya tak janji bos tapi saya cuba.”
            “Kalau ada masalah pengangkutan kau boleh beritahu pada aku.”
            Pantas Teja menggeleng. Gibs tahu gadis itu cuba berselindung.
            “Bos…”
            “Hmmm…”
            “Mangkuk tingkat untuk bos. Er… lunch box bos.”
            “Letak atas meja sana.”
            Teja menurut.
            “Kalau tiada apa-apa lagi saya keluar dulu bos.”
            “Emm…”
            Teja memulas tombol pintu semula.
            “Teja.”
            Tersentak Teja. Dia berpaling segera.
            “Ya, bos.”
            “Masakkan dalam Lunch box ni sama dengan kau punya?”
            “Sama bos. Kalau tak percaya bos boleh buat check-up bekal makanan saya.”
            “Okay.”
            “Ada apa-apa lagi bos.”
            “Tiada.”
            Teja segera memulas tombol pintu dan melangkah keluar.  Berdebar-debar pula hati dia tadi.

Bersambung....

3 comments:

  1. hmmm..nasib baek..Gibs memahami kepayahan hidup Teja... kan... rasa rasanya..setiap pagi kot dia rela mengambil Teja kalau lah dia tahu tugasan yg kena dilakukan sebelum pergi kerja..kan...

    ReplyDelete
  2. hai blog yang menarik.
    jom follow blog saya untuk mendapatkan info kesihatan dan vitamin organik.

    ReplyDelete