Tab Menu

Followers

Saturday, October 6, 2012

Nilai Cintanya...- NC 14



AMEER Dylan duduk meraup rambutnya ke belakang. Wajahnya tampak sedikit gelisah. Moga tiada apa-apa yang kecederaan serius pada gadis itu. Apa yang dibuat oleh Sufi Alisha di kawasan sunyi malam-malam begini? Jika dia tiada di situ entah apa yang berlaku pada Sufi Alisha.

            Ameer Dylan memeriksa beg tangan yang kelihatan seperti berharga pada Sufi Alisha itu. Setakat beg tangan ini hanya dua puluh ringgit atau lima belas ringgit di Masjed Jamek. Dia belek beg duit Sufi Alisha. Gadis miskin mestinya tidak banyak wang. Seratus ringgit dan beberapa keeping wang sepuluh sahaja. Apa benda pula yang macam buku ini? Terpegun Ameer Dylan sebaik dia mengeluarkan senaskah Terjemahan Al-Quran bersaiz kecil itu. Dia menyelak satu-persatu helaian. Ayat-ayat Al-Quran itu pernah dibacanya ketika mengaji bersama Tuan Haji Abbas dahulu. Malah ayat-ayat Al-Quran itu pernah dihafalnya dengan baik. Sekarang dia sudah lupa kesemuanya. Cara untuk bersolat jua dia sudah tidak tahu. Ilmu agama yang dipelajari sudah tidak dipraktikan sejak dia sengaja menyambungkan pelajarannya ke luar negara.

            Sejam kemudian pintu bilik rawatan itu dibuka. Sufi Alisha dipindahkan ke bilik wad biasa. Ameer Dylan mengekori langkah doktor wanita yang merawat Sufi Alisha. Doktor wanita itu duduk di kerusinya. Dia menanggalkan cermin mata yang dipakai.

            “Tiada kecederaan serius. Dia perlukan rehat. Esok dia sudah boleh keluar dari hospital. Encik ni suami dia ke?” Soal doktor tersebut.

            “Bakal suami dia.” Balas Ameer Dylan.

            “Saya dimaklumkan dia diragut. Encik sudah buat laporan polis?”

            “Tidak perlu doktor. Yang penting bakal isteri I selamat. I akan jaga dia malam ni sampai dia sedar.” Kalau buat laporan pun belum tentu polis boleh menangkap peragut terbabit. Kes ragut kian meningkat kebelakangan ini.

            “Baiklah kalau begitu.”

            Ameer Dylan menapak ke wad Sufi Alisha ditempatkan. Dia duduk bersebelahan dengan gadis itu. Tangannya mula gatal mengusap-usap wajah Sufi Alisha. Dia sering bertanya pada dirinya sendiri. Mengapa perempuan biasa-biasa ini yang membuat dia terlalu ingin memilikinya? Ameer Dylan menongkat dagu memandnag wajah Sufi Alisha sehingga dia sendiri terlelap.

Alunan suara wanita yang membaca Al-Quran telah mengejutkan Ameer Dylan dari lena. Dia mengerling pada jam di tangan. Sudah pukul enam pagi. Sufi Alisha juga sudah tiada dari katilnya. Ke mana gadis itu pergi? Ameer Dylan bingkas bangun. Dia merapati pada wanita yang tidak jauh dari katil Sufi Alisha itu. Wanita itu sedang membaca Al-Quran di atas katilnya. Ameer Dylan amati wajah wanita terbabit. Seorang wanita yang sudah dimamah usia. Ameer Dylan hanya membisu diri sehingga wanita itu menamatkan bacaannya.

Auntie tahu kawan I ke mana tak?” Soalnya. Ameer Dylan menghalakan jari telunjuknya ke arah katil Sufi Alisha.

Wanita itu mengangkat wajahnya. Matanya tepat merenung ke dalam anak mata Ameer Dylan. Ada sayu pada wajah itu. Bibirnya seakan terkatup untuk berbicara.

Auntie….” Panggil Ameer Dylan lagi.

Ameer Dylan terus beredar sebaik pertanyaan tidak berbalas. Nak kata bisu tadi elok saja wanita itu mengaji. Ameer Dylan mencari Sufi Alisha sendiri. Puas dia mencari merata tempat kelibat gadis itu tidak kelihatan. Langkah tapaknya behenti pada pintu bilik yang tertera perkataan ‘Bilik Solat – Wanita’. Hati Ameer Dylan tergerak untuk memulas tombol pintu bilik berkenaan. Dia menarik nafas lega sebaik terlihat susuk tubuh yang sedang bersujud itu.

Sufi Alisha sedang menunaikan solat fardhu Subuh. Dia menadahkan tangan memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya dia hanya insan kerdil yang menumpang di bumi Allah ini. Syukur kepadaNYA kerana dia masih bernafas dan nyawa masih dikandung badan.

“Sufi…”

“Ya Ayah…”

            “Taat dan ingkar bermakna baik dan jahat. Kedua-dua ini ada dalam diri seseorang manusia. Yang baik boleh berubah menjadi jahat dan yang jahat boleh berubah menjadi baik. Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang kebaikan menguasainya menemui keselamatan, keimanan dan kegembiraan dan menjadi baik. Orang yang kejahatan lebih menguasai kebaikan, dia menjadi ingkar dan jahat. Orang yang menyedari kesalahannya dan bertaubat dan mengubah haluannya akan mendapati suasana ingkar akan bertukar menjadi taat dan beribadat.

      Sufi Alisha hanya menganggukkan kepala seolah-olah mengerti akan maksud ayahnya itu.
      “Lagi ayah…”

      “Ada kisah orang arif berdoa kepada Tuhannya, “Wahai Yang Maha Suci, semua telah diatur oleh Engkau. Takdirku adalah kepunyaan-Mu. Ilmu yang Engkau letakkan padaku adalah milik-Mu”. Ketika itu dia mendengar jawapan tanpa suara tanpa sepatah perkataan, keluar dari dalam dirinya mengatakan, “Wahai hamba-Ku. Segala yang engkau katakan adalah kepunyaan Yang Maha Esa dan dalam keesaan. Ia bukan milik hamba-hamba”. Hamba yang beriman itu berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku, aku bersalah, aku berdosa”. Selepas pengakuan itu sekali lagi dia mendengar dari dalam dirinya, “Dan Aku mempunyai keampunan terhadap dirimu. Aku telah hapuskan kesalahan-kesalahan kamu, Aku telah ampun kamu.”

      Kata-kata dari arwah ayahnya itu tidak pernah Sufi Alisha lupakan. 

“Adakah ada manusia yang sempurna? Tiada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Maka bagi kaum yang beriman diwajibkan saling nasihat menasihati dalam kebaikan supaya mentaati kebenaran. Jika ada hambaNya yang ingat dirinya hanya lebih baik dari orang lain dan sempurna dalam segala hal berkenaan ibadat dan baik soal kehidupan. Orang lain dipandang rendah, dia adalah manusia yang paling dicelakai oleh Allah SWT. Rugi ibadatnya siang dan malam. Egonya yang tinggi kerana dia yang lebih baik dari orang lain.”
     

“TERIMA kasih kerana membantu saya.” Ucap Sufi Alisha ikhlas.

      Ameer Dylan terpelongo seketika. Lambat-lambat dia mengukirkan senyuman.

      “Perkara kecil.” Balasnya bersahaja. Lupakah Sufi Alisha pada gambar-gambar yang diambilnya itu. Dia tidak melupakan amarah gadis itu terhadapnya.

      “Terima kasih…”

      “Ermmm…I bukan sengaja nak suka-suka angkat tubuh you malam itu. You pengsan…so tiada pilihan lain.”

      Sufi Alisha diam. Sudah dua kali Ameer Dylan menyentuh tubuhnya melihat rambutnya. Hatinya berdebar kecil.

      “Kenapa you diam?!  I tahu I lelaki pertama yang melihat kecantikkan yang you sembunyikan itu.” Ameer Tersengih nakal.

      Sufi Alisha tidak membalas. Dia cuba menenangkan hatinya yang sedang bergetar itu. Dia memeluk beg tangannya.

      Doktor yang merawati Sufi Alisha merapati mereka. Bibirnya menguntumkan segaris senyuman. Dari pandangan matanya kedua pasangan dia memang secocok.

      “Jaga baik-baik bakal isteri awak ni. Jangan biarkan perkara sedemikian berlaku lagi. Bila mahu naik pelamin?”

      Sufi Alisha memandang Ameer Dylan. Lelaki itu masih berlagak selamba.

      “Dalam masa sebulan dua lagi doktor. Jangan bimbang saya akan pastikan tiada kemalangan kecil menimpa bakal isteri saya ni. Maklumlah berdarah manis.” Ameer Dylan mengenyitkan mata pada Sufi Alisha.

      Terkedu gadis itu. Ya, Allah…kau sabarkan hati ini.

      “Bertuah Cik Sufi sebab ada seorang bakal suami yang begitu mengambil berat. Jangan jemput saya bila makan nasi minyak nanti.”

      Sufi Alisha hanya mampu tersenyum. Apalah lagi agenda yang ada di dalam kepala otak lelaki itu?

      Wanita yang berdekatan dengan katilnya itu asyik mencuri pandang. Gelagat wanita itu menarik perhatian Sufi Alisha. Dia merapati wanita terbabit. Seukir senyuman dihadiahkan buat wanita itu. Wanita ini tidak kelihatan dari keturunan melayu. Mungkin ada darah kacukan.

      “Assalamualaikum makcik…” Sapanya dengan lembut.

      “Waalaikumusalam …” Salam itu berbalas.

      “Anak makcik tak melawat makcik?” Selalunya waktu lawatan begini sanak-saudara pesakit akan menziarahi.

      “Anak makcik sibuk.” Wanita itu berdalih.

      Sufi Alisha memaut jemari wanita itu. Simpatinya jatuh pada wanita itu. Nasib wanita itu tidak ubah seperti umi Embun.

      “Kalau makcik tidak keberatan saya ingin menziarahi makcik selagi makcik berada di sini. Boleh tak?”

      “Boleh-boleh…tentu saja boleh…” Wanita itu menganggukkan kepala. Dia mengerling Ameer Dylan sekilas.

       Ameer Dylan sudah berada di belakang Sufi Alisha. Makcik ini dengan Sufi Alisha boleh pula bercakap. Dengan dia jadi bisu!

      “Nama saya Sufi Alisha…panggil saja saya Sufi. Nama makcik?”

      “Cantik nama Sufi Alisha tu. Nama makcik…nama makcik Anum.”

      “Baiklah Makcik Anum…Sufi pulang dulu.” Sufi Alisha memeluk tubuh wanita itu. Wanita itu membalasnya dnegan senang hati.

      Syukur kepadaMU…bisik hati kecilnya.

PUAN Mariam menyorok di balik dinding sebaik melihat Ameer Dylan bersama seorang gadis. Apa Ameer Dylan buat di hospital ini? Bagaimana jika Ameer Dylan terserempak dengan Madam Jesse? Dia sudah berkeras agar Madam Jesse ditempatkan ke wad persendirian namun wanita itu berdegil. Puan Mariam menundukkan kepala sebaik Ameer Dylan berlalu bersama gadis terbabit. Siapa pula gadis bertudung litup itu? Masakan teman wanita Ameer Dylan pula? Jauh sekali selera Ameer Dylan pada gadis sebegitu.

      Tanpa berlengah Puan Mariam segera menuju ke wad Madam Jesse berada. Dia tidak peduli dengan kekerasan kepala wanita itu lagi. Madam Jesse perlu segera dipindahkan ke wad persendirian.

      “Mariam….” Riak wajah Madam Jesse kelihatan ceria dari sebelumnya. Dia terus memaut kedua belah tangan Puan Mariam.

      “Jesse…saya akan uruskan perpindahan ke wad persendirian sekarang.”

      “Saya dah jumpa Dylan, Mariam….saya sudah tengok anak saya. Dia memang kacak.”  Cerita Madam Jesse penuh keterujaan.

      Puan Mariam terlopong. Ameer Dylan dan Madam Jesse sudah bertemu.

      “Dia…dia…kenal awak tak Jesse?”

      Madam Jesse gelengkan kepala. Senyuman di bibirnya tidak putus. Puan Mariam menghela nafas lega.

      “Kalau begitu saya akan urusakan perpindahan wad dengan segera.”

      “Tak perlu Mariam…saya nak tengok wajah dia lagi. Gadis bersama dia tu mahu melawat saya di sini.” Madam Jesse menarik tangan Puan Mariam.

      “Tapi Jesse…”

      “Saya tidak akan dedahkan identiti saya.” Madam Jesse merayu. Sufi Alisha adalah medium pengantaraan dia dengan anaknya.   Lagi pula Ameer Dylan tidak dapat mengencam dia. Mungkin disebabkan pada kesan parut pada wajahnya itu.

      “Jesse…risikonya terlalu besar. Lambat-laun Dylan akan mengencam awak juga.” Puan Mariam tetap tidak bersetuju dengan usul tersebut.

      “Please Mariam….”

      “Baiklah…” Puan Mariam mengalah jua. Mungkin ada baiknya juga Madam Jesse mendekati Ameer Dylan secara perlahan-lahan.

“SUFI Alisha!” Bergema suara Ameer Dylan di kawasan hospital itu. Terbantut langkah Sufi Alisha. Merah wajahnya apabila staf-staf hosptila itu memandang mereka. Kenapa Ameer Dylan mengekori dia. Bukan sudah dia katakan yang dia akan mengambil teksi. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu.

      “You ni sanggup buat pekak dengan penyelamat you ya.” Ameer Dylan mencebik.

      “Maafkan saya….”

      “Maaf you diterima jika I hantar you pulang.”

      “Tidak mengapa Encik Ameer…saya pulang sendiri menaiki teksi.”

      “Encik Ameer? Ada perkembangan tu. Selalunya you panggil Encik Ameer Dylan.”

      Lelaki ini menguji kesabaran betul.

      “Mungkin lidah saya sudah letih mahu menyebut nama penuh encik.”

      “Tahu pula lidah you tu letih ya.”

      Sufi Alisha sekadar tersenyum. Kalau ada jururawat lalau bawa ubat memang dia sumbat mulut Ameer Dylan dengan ubat tersebut.

      “Jangan cari alasan lagi. Mari I hantarkan you.” Ameer Dylan cuba menarik tangan Sufi Alisha namun Sufi Alisha segera menjarakkan diri. “Kalau you nak naik teksi sangat boleh. Tapi I naik bersama you sekali. So macam mana?”

      Sufi Alisha ada pilihan lain ke?

*Terima kasih kerana bagi lemon pada NC ^^

Friday, October 5, 2012

Izinkan Selamanya Namamu Di Hati - Bab 3


“CIK Mehar…ada polis cari you?” Ujar setiausahanya Olivia.

            Mehar yang sedang bermesyuarat bersama staf bawahannya itu sedikit tersentak. Dia mengerut dahi. Urusan apa polis mencari dia. Setahunya…dia tiada kes dengan polis selain surat cinta dari polis trafik. Mehar menapak menuju ke bilik pejabatnya.

            Staf di bilik mesyuarat itu memandang Olivia. Olivia jungkit bahu. Dia berlalu untuk meneruskan kerja yang masih berbaki.

            Mehar menyambut kedua polis tersebut dengan senyuman. Dia bingkas duduk dikerusinya.

            “Maaf sekiranya kehadiran kami mengganggu Cik Mehar…” Ujar polis yang agak berusia sedikit itu.

            “Erm...atas urusan apa ya encik mencari saya?”

            “Kami harap cik dapat ikut kami ke balai polis untuk memberikan keterangan tentang kes kecurian motorsikal.”

            “What?!” Bola mata Mehar membulat besar.

MEHAR menyilangkan tangan merenung tajam wajah Usyair yang asyik tersengih-sengih macam kerang busuk itu. Masalah salah faham itu telah selesai dengan baik. Hati Mehar bengkek. Dia terpaksa menelefon peguam gara-gara laporan yang dibuat oleh Usyair. Terjongket-jongket kening Usyair. Ingat dia takut sangat dengan perempuan bermuka tegang itu? Cium karang baru tahu.

            Mehar sengaja melanggar bahu Usyair sewaktu melangkah keluar. Usyair mengetap bibir. Main rempuh saja dia ya. Apa lagi buat serangan balaslah balik. Dia rempuh bahu Mehar juga dengan segaja. Hampir saja Mehar hilang kesimbangan. Hantu punya budak! Rengus Mehar dalam hati.

            “Maaf…saya tak sengaja!” Laung Usyair sambil melambaikan tangan.

            Mehar buka kasut tumit tingginya lalu dilemparkan tepat mengenai kepala Usyair. Mujur saja ketika itu mereka sudah berada di luar balai polis. Usyair menjerit kecil. Main kasar pula perempuan seorang itu. Nasib baik kepala dia tidak berlubang. Usyair memalingkan kepalanya.

            “Terima kasih…kasut awak ni saja simpan sebagai kenangan ya.” Usyair buat pecutan sebelum Mehar melemparkan sebelah lagi kasut tumit tingginya. Bahaya punya perempuan. Sah tengah datang bulan tu.

            “Eiiiii…” Mehar menyeringai.

            Ketawa Usyair terburai sebaik berada di dalam kereta Aaron. Kasut tumit tinggi Mehar dia campakkan ke tempat duduk belakang. Fikirnya nanti mahu belikan kotak hadiah untuk kasut istimewa itu. Lepas itu ikat dengan reben cantik-cantik.

            “Rugi kau tak masuk balai tadi bro.”

            “Kau nak mampus! Perempuan tu klien aku tahu tak?!”

            “Ye ke?! Aku mana tahu.” Usyair tersengih.

            “Kau memang suka cari fasallah Usyair. Kalau aku report dekat ayahanda kau memang sah-sah kau kena kurung dalam bilik.” Tahap kebengisan ayahanda Usyair memang menakutkan.

            Usyair ketawa.

            “Aku nak tanya kau? Aku ni lelaki ke perempuan?”

            Apa punya soalan bodoh yang Usyair tanya.

            “Lelakilah.”

            “Anak lelaki kena kurung dalam bilik memang sah jatuh saham beb! Gelillah aku nak meronta-ronta minta dilepaskan.” Usyair memeluk tubuh.

            Aaron seperti mahu menendang saja Usyair keluar dari keretanya. Aaron menghantar Usyair ke tempat cuci kereta itu. Usyair kata motorsikalnya akan dapat semula esok. Dia memang sudah tidak sabar mahu menunggang ‘bini’ kesayangnnya itu. Belahjar tinggi tapi kerja cucui kereta yang dia pilih juga. Usyair kata mahu tambah pengalaman sampai ayahandanya juga tidak kuasa lagi mahu bertikam lidah dengan anak bujangnya itu.

            Usyair menyapa ramah rakan-rakan sekerjanya yang lain. Dia baik dengan semua orang. Mungkin ada baik begini dari Usyair mengingati kisah lama. Aaron tidak mungkin melupakan kengerian yang menimpa Usyair.

DI kerusi empuknya itu, Mehar melepaskan keluhan berat. Dia terpaksa menapak tanpa kasut pulang ke pejabatnya. Semua mata memandang ke arahnya. Bila mereka memandang maka Mehar akan memberikan jelingan. Salah dia juga kerana bijak sangat membalingkan kasut pada budak tidak guna itu.

            Usyair…nama sudah macam pensyair. Kalau dia kata budak itu mat jiwang tidak lagaknya pula. Mehar menompang dagu. Sesuka hati Mehar menggelarkan Usyair itu budak. Entah-entah sebaya dia sahaja.

            Perangai nakal Usyair itu mengingatkan dia pada pertemuan pertamanya dengan arwah Megat Affendi. Arwah memang suka bergurau dan mengusiknya. Lelaki pertama yang membuka pintu hatinya untuk mengenal erti cinta. Tanpda disedari setitis air mata membasahi pipi gebu Mehar. Satu-persatu ingatannya pada arwah menerjah ke fikiran.

            “Kejap ya Lia…aku ambil buku tu.” Mehar membuka beg sandangnya lalu menyolangkar di dalamnya.

            “Ini bukunya…” Mehar menghulurkan pada teman baiknya Lia Luna tanpa memandang pada barang yang dipegangnya itu.

            “Ular!” Lia Luna menjerit kuat. Temannya itu berganjak jauh dari Mehar.

            Sebaik Mehar menyedari apa yang dipegangnya dia terus jatuh pengsan. Mehar memang takut sangat dengan makhluk bernama ular itu. Allergic!

            Manusia yang pedajal pada Mehar itu adalah Megat Affendi. Sehari kalau tidak menyakat Mehar memang tidak sah. Ada saja ideanya.

            Turun naik nafas Mehar memandang Megat Affendi. Angkara Megat Affendi, dia terbaring kaku di katil hospital akibat terkejut besar.

            “Mehar…Mehar…Fen minta maaf sangat-sangat sebab bubuh ular mainan itu dalam beg Mehar.” Megat Affendi menyusun sepuluh jari.

            Mehar mencebik. Dia palingkan kepalanya dari memandang wajah Megat Affendi. Umi dan Lia Luna memujuk agar memaafkan Megat Affendi. Mehar pula jenis manusia yang sekeras-keras hatinya.

            “Tiada maaf bagimu!”

            Itu jawapan yang Mehar berikan. Mehar tersenyum sendiri. Wajah arwah umi dan Megat Affendi bermain di ruang matanya. Mehar rindu pada mereka. Walau Mehar bertemu dengan pengganti arwah Megat Affendi, nasib mereka tetap sama. Maut tetap menjemput mereka.

            Bunyi ketukan di pintu biliknya itu membuatkan Mehar kembali ke alam realiti. Mehar mencapai kaca mata putihnya. ketika bekerja sahaja dia mengenakan kaca mata itu. Dia bukanlah rabun sangat.

            “Masuk!” Ujarnya sedikit keras.

            Olivia memulas tombol pintu. Dia mengukirkan senyuman lalu menyerahkan beberapa dokumen kepada Mehar. Mehar seorang yang teliti melakukan kerja dan tidak sukakan pada kesilapan.

            “Cik Mehar…I sudah aturkan appointment you dengan Mr. John pukul tiga petang. Ada masalah tak?”

            “Tiada masalah. Just you tolongkan ingatkan Jidin untuk belikan kasut yang I pesan itu.” Mehar mengerling Olivia sekilas.

            “Baiklah Cik Mehar….”

            Olivia beredar. Olivia ketawa kecil sebaik dia duduk di kerusinya. Rasa kelakar melihat Mehar yang tidak berkasut tadi. Siapalah yang punya angkara buat Mehar sebegitu? 

Wednesday, October 3, 2012

Nilai Cintanya - NC13


APA semua ini Dylan?” Tuan Haji Abbas bangun dari duduknya. Sungguh dia amat terkejut dengan kata-kata anak angkatnya itu.

            “Ayah…saya mahu menikahi gadis ini.” Ulang Ameer Dylan lagi.

            Sufi Alisha tidak pernah bersetuju mahu mengahwini lelaki ini. Kenapa lelaki ini tidak pernah mahu untuk mengerti.

            “Dylan…jangan bermain-main dengan ayah. Siapa gadis ini?” Berkerut dahi Tuan Haji Abbas. Dia pandang wajah Sufi Alisha yang menggelisah itu. Dia yakin gadis itu diheret secara paksa.

            “Ini calon isteri Dylan.” Wajah Ameer Dylan tampak bersungguh-sungguh.

            “Pakcik….saya tak pernah bersetuju untuk berkahwin dengan dia. Dia tipu…” Masakan Sufi Alisha mahu berdiam diri sahaja.

            Seorang kata bersetuju dan seorang lagi kata tidak. Apa kes ni. Tuan Haji Abbas jadi bingung.

            “Dylan….”

            “Dia akan bersetuju berkahwin dengan saya, ayah. Dia akan suka dan jatuh cinta dengan saya nanti.”

            “Dylan cuba bawa berbincang elok-elok dengan ayah. Apa sebenarnya yang berlaku? Ayah tengok dia tak nampak suka pada Dylan pun. Dylan culik anak gadis siapa ni?” Tuan Haji Abbas merapati. Dia renung Sufi Alisha. Manis gadis ini. Tidak seperti wanita-wanita yang pernah mendampingi Ameer Dylan. Namun ada ketegasan pada air muka gadis itu.

            “Saya tidak akan suka pada orang yang jadi hamba pada wang ringgit.” Akhirnya berjaya juga Sufi Alisha menarik lengannya dari cengkaman padu Ameer Dylan.

            Tersentak Tuan Haji Abbas dengan kata-kata Sufi Alisha itu. Seorang gadis yang begitu berani berkata sedemikian terhadap anak angkatnya yang ego itu.

            “You jangan lupa tentang gambar itu?” Amer Dylan masih memberi kata ugut terhadap Sufi Alisha.
         
   “Saya tidak takut…kerana saya orang teraniaya. Saya akan tentang awak habis-habisan untuk mengembalikan maruah saya.” Getus Sufi Alisha.

            “You mahu I rogol you ke betul-betul baharu you terima lamaran I!” Di hadapan Tuan Haji Abbas, Ameer Dylan bertutur begitu.

            Ringan saja telapak tangan Sufi Alisha naik pada muka Ameer Dylan. Lelaki yang kurang ajar! Berbekas wajah tampan itu.

            Ameer Dylan tergamam seketika. Tanpa berlengah, Sufi Alisha berpaling meninggalkan bilik pejabat Tuan Haji Abbas. Jika dia lebih lama di situ lain pula jadinya. Perangai tidak siuman Ameer Dylan makin tidak masuk di akal. Ameer Dylan ingin mengejar namun ditahan oleh Tuan Haji Abbas. Tuan Haji Abbas perlukan penjelasan dari Ameer Dylan.

            Sufi Alisha melintasi Delina sewaktu dia menuju ke pintu lif. Renungan tajam Delina tidak diendahkan oleh Sufi Alisha. Dia kaitan dengan wanita itu. Dia juga tidak mengenali Delina. Sufi Alisha dapat mengagak wanita cantik itu adalah teman kepada Ameer Dylan.

“UMI Embun…” Sufi memeluk tubuh wanita itu seeratnya. Air matanya menitis. Segalanya diceritakan kepada Umi Embun.

            Umi Embun mengusap-usap belakang Sufi Alisha. Keji betul ibu tiri gadis itu sanggup mehu menjual anak tirinya kerana wang. Manusia tiada hati perut. Lupakan dia yang selama ini Sufi Alisha membanting tulang empat keratnya mencari rezeki?

            “Sabar Sufi…sabar ya…”

            “Sufi tak faham kena lelaki jahat itu tetap nak aniaya Sufi. Sufi tak ambil apa-apa barang dari dia.” Sufi Alisha mengadu. Sufi Alisha bersyukur di dalam hati kerana kehormatan tidak diragut. Apa yang menyedihkan hatinya adalah gambar-gambar tersebut. Lebih menyakitkan apabila ibu tirinya bersubahat dengan lelaki itu.

            “Sabar ya Sufi…Allah sedang menguji Sufi..”

            Sufi Alisha terus berada di dalam dakapan Umi Embun. Kenapa Ameer Dylan asyik mahu memaksa dia. Lelaki itu sendiri mengatakan ramai wanita tergilakan dia, habis mengapa dia jua yang dikejar? Sufi Alisha tidak akan tunduk dengan ugutan lelaki itu. Dia ingin membuktikan yang dia adalah gadis yang kuat! Dia bukan gadis yang mudah untuk ditindas.

            Bunyi ketukan di pintu bilik itu merenggangkan pelukan Sufi Alisha pada Umi Embun. Dia mengesat sisa-sisa air mata. Sufi Alisha mengalih pada pandang. Dia sedikit terkejut dengan kehadiran Zairul Hisyam yang telah agak lama tidak didengari khabar beritanya.

            Zairul Hisyam melemparkan senyuman buat Sufi Alisha. Dia perasaan mata Sufi Alisha sedikit kemerahan. Dia ke bilik ini pun kerana terdengar esakan kecil. Tidak di duga pula esakan kecil itu datangnya dari Sufi Alisha. Zairul Hisyam mendekati. Dia tidak pernah melihat gadis yang keras hati seperti Sufi Alisha menangis.

            “Sufi…” Ujar lembut.

            “Awak nak jumpa dengan nenek awakkan? Saya akan minta Kak Ani bawa awak jumpa nenek awak.” Sufi Alisha pantas berlalu keluar dari bilik tersebut.

            Zairul Hisyam hampa. Dia tahu Sufi Alisha mengelakkan diri dari dia. Mungkin Sufi Alisha masih sakit hati dengan sikap dia. Jika mereka tidak boleh menjadi pasangan kekasih maka tiada salahnya jika mereka berkawan. Dia mahu menjernihkan semula keadaan.

            “Kalau ingin menambahkan sakit hati Sufi itu lebih baik jangan dekati dia. Dia itu memang tabah dan nampak keras hati tapi kita tahu apa ada dalam hati dia.” Tutur Umi Embun lembut.

            Zairul hisyam membisu. Terasa jua dia dengan kata-kata dari Umi Embun itu. Dia bukan sengaja mahu menyakiti perasaan Sufi Alisha. Dia berada di tengah-tengah. Sufi Alisha dan Mama sama pentingnya.


AMEER Dylan melonggarkan tali lehernya. Sesak nafas dibuatnya. Dia membuka sedikit butang pada baju kemejanya hingga mendampakkan dadanya yang bidang itu. Cuaca mendung dilangit tidak mahu menyejukkan hatinya yang sedang panas. Dia dimarahi teruk oleh ayah angkatnya. Orang tua itu bukannya faham kehendak hati dia. Ameer Dylan rasa ingin menjerit sekuat-kuat hatinya. Lorong sunyi di Chow Kit menjadi destinasinya untuk menghilangkan rasa kekejangan di otak.

            Siulan-siulan dari Mak Nyah itu tidak Ameer Dylan pedulikan. Mereka memang cantik tetapi bukan selera Ameer Dylan. Geli dia mahu bertidur bersama Mak Nyah. Lelaki bodoh saja yang sanggup melempiaskan nafsu dengan Mak Ngah.

            “Dylan…” seorang gadis manis menyapa.

            Ameer Dylan menoleh.

            “Aya…”

            “You masih tidak lupa pada I. Gembiranya I…” Gadis bernama Aya it uterus memaut leher Ameer Dylan. Dia kucup pipi lelaki itu.

            “Apa you buat di sini?”

            “Cuci mata.” Aya mengenyitkan matanya.

            “Takkan you…” Kata-kata Ameer Dylan mati di situ. Dia berbisik pada telinga Aya.

            Aya ketawa kecil.

            “Dylan…I bosan so I datang ke sini cari hiburan. Lagipun I boleh dapat yang lebih hebat dari you tau.”

            Giliran Ameer Dylan pecah tawa.

            “Ganteng bangat ke?”

            “My pleasure…lagipun you sudah lama tidak menemani I bila you sudah dapat girl baru.”

            “So you tiada flight dalam minggu ini.”

            Aya menggeleng.

            “I ambil cuti satu minggu. I mahu rehat-rehatkan tulang empat kerat I. Lagipun bosanlah asyik tackle jejaka luar negara.”

            “Mahu tackle jejaka dalam negara pulaklah ni?”

            “Tiada salah pun kan…tapi antara jejaka yang terhangat itu adalah you Dylan.” Jari runcing Aya sudah mula menjalar pada dada bidang Ameer Dylan.

            Ameer Dylan memaut pinggang ramping Aya hingga rapat pada tubuhnya. Kenapa perempuan seperti Aya mudah menyerah kepadanya tetapi tidak seperti Sufi Alisha? Ameer Dylan cuba mencari perbezaan itu. Malam ini Aya akan menghangatkan tidur Ameer Dylan.


AMEER Dylan tidak mampu meneruskan bersama Aya. Dia behenti separuh jalan. Wajahnya diraupkan. Kenapa bayangan wajah Sufi Alisha terpamer pada wajah Aya. Aya turut tersentak dengan kelakuan Ameer Dylan. Dia menarik selimutnya menutupi tubuhnya yang separuh terdedah itu.

            “What wrong with you, Dylan?” Aya kerutkan dahi. Keseronokan hampir dinikmati terbantut dipertengahan jalan.

            “Tiada apa…”

            “So…kenapa you behenti?”

            “You tak perlu banyak soallah!” Ameer Dylan melenting. Banyak Tanya pula perempuan seorang ini.
           
 Ameer Dylan bingkas bangun memungut kemejanya. Dia menyarungkan semula pada tubuh sasanya. Tingkah-lakunya diperhatikan oleh Aya dengan penuh hampa. Dia baharu ingin berseronok dengan lelaki idamannya itu.

            “I mahu pulang.” Ameer Dylan memulas tombol bilik hotel itu.

            Aya mencebik.

            “Berambuslah cepat!” Dia lemparkan Ameer Dylan dengan bantal.

            “Mungkin badan you yang mula berisi itu spoilkan mood I.” Desis Ameer Dylan mencari alasan.

            Tersentap Aya. Dia cukup menjaga tubuhnya. Ameer Dylan kata tubuhnya sudah berisi. Mana mungkin? Ameer Dylan ni….Aya mengetap bibir kegeraman.

            “Berambuslah you cepat!” Jerit Aya agak lantang.

            “Sorry…my dear Aya.” Ameer Dylan buat-buat ketawa. 


            Aya merengus kasar. Sakit hati diperlakukan oleh Ameer Dylan sedemikian. Ameer Dylan tidak pernah bersikap begini apabila bersama dia melayari bahtera asmara. Apa yang membuatkan lelaki itu berubah agaknya?

      Ameer Dylan terus melangkah dan melangkah. Suasana malam di Kuala Lumpur masih hidup dengan lampu-lampu neon yang menerangi jalan. Perbelanjaan yang cukup besar bagi kerajaan dalam penggunaan elektrik. Ameer Dylan duduk melepaskan lelah sambil memerhati gelagat manusia di Taman KLCC itu. Taman ini direka untuk memperagakan warisan kehijauan tropika dengan menyepadukan ciptaan manusia dengan alam. Taman ini sendirinya menyediakan persekitaran tenang yang berbeza sekali dengan kesibukan sebuah bandaraya utama. Taman ini bercirikan gabungan rekaan buatan manusia seperti simen, perairan dan sifat semula jadi seperti pokok hijau, batu-batan dan kayu-kayan. Unsur-unsur bentuk dan topografi direka untuk menimbulkan ilusi ruang legar. Gabungan pokok, pokok renek dan arca disusun untuk menyerlahkan warna dan bentuk dalam taman.

      Puas dia melepak di situ, dia menaiki tern menuju ke Masjid India. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia menaiki kenderaan awam itu. Tiada kesesakan lalu lintas yang perlu dilalui saban hari. Lancar dan cepat sampai ke destinasi yang ditujui.

      Suara jeritan seorang gadis menarik perhatian Ameer Dylan. Dia cuba amati wajah gadis yang sedang menarik beg tangannya dari rampas oleh peragut. Kawasan itu agak sunyi dan jeritan si gadis seakan tidak dipedulikan oleh peragut terbabit.

      “Sufi Alisha!” Jerit hati kecil Ameer Dylan. Ameer Dylan bergegas untuk membantu Sufi Alisha.

      Malang tidak berbau. Belum sempat untuk Ameer Dylan menyelamatkan Sufi Alisha dari si peragut, perutnya itu telah ditumbuk dengan kuat. Sufi Alisha jatuh terduduk menahan sakit.

      “Hoi!” Pekik Ameer Dylan lantang. Si peragut segera melarikan diri apabila dirinya telah dilihat.  

      Ameer Dylan memangku tubuh Sufi Alisha. Gadis itu sudah tidak terdaya. Dia jatuh pengsan di dalam pangkuannya. Beg tangan yang dipertahankan terdampar di atas jalan. Ameer Dylan mengerling beg tangan tersebut. Beg tangan murah begini yang beria-ia Sufi Alisha gadaikan nyawanya dengan si peragut.

      Tanpa membuang masa Ameer Dylan mendukung tubuh Sufi Alisha. Beg tangan gadis itu turut dibawa bersama. Dia menahan sebuah teksi dan membawa Sufi Alisha terus ke hospital. Gadis itu perlu mendapatkan rawatan segera.