Tab Menu

Followers

Saturday, October 6, 2012

Nilai Cintanya...- NC 14



AMEER Dylan duduk meraup rambutnya ke belakang. Wajahnya tampak sedikit gelisah. Moga tiada apa-apa yang kecederaan serius pada gadis itu. Apa yang dibuat oleh Sufi Alisha di kawasan sunyi malam-malam begini? Jika dia tiada di situ entah apa yang berlaku pada Sufi Alisha.

            Ameer Dylan memeriksa beg tangan yang kelihatan seperti berharga pada Sufi Alisha itu. Setakat beg tangan ini hanya dua puluh ringgit atau lima belas ringgit di Masjed Jamek. Dia belek beg duit Sufi Alisha. Gadis miskin mestinya tidak banyak wang. Seratus ringgit dan beberapa keeping wang sepuluh sahaja. Apa benda pula yang macam buku ini? Terpegun Ameer Dylan sebaik dia mengeluarkan senaskah Terjemahan Al-Quran bersaiz kecil itu. Dia menyelak satu-persatu helaian. Ayat-ayat Al-Quran itu pernah dibacanya ketika mengaji bersama Tuan Haji Abbas dahulu. Malah ayat-ayat Al-Quran itu pernah dihafalnya dengan baik. Sekarang dia sudah lupa kesemuanya. Cara untuk bersolat jua dia sudah tidak tahu. Ilmu agama yang dipelajari sudah tidak dipraktikan sejak dia sengaja menyambungkan pelajarannya ke luar negara.

            Sejam kemudian pintu bilik rawatan itu dibuka. Sufi Alisha dipindahkan ke bilik wad biasa. Ameer Dylan mengekori langkah doktor wanita yang merawat Sufi Alisha. Doktor wanita itu duduk di kerusinya. Dia menanggalkan cermin mata yang dipakai.

            “Tiada kecederaan serius. Dia perlukan rehat. Esok dia sudah boleh keluar dari hospital. Encik ni suami dia ke?” Soal doktor tersebut.

            “Bakal suami dia.” Balas Ameer Dylan.

            “Saya dimaklumkan dia diragut. Encik sudah buat laporan polis?”

            “Tidak perlu doktor. Yang penting bakal isteri I selamat. I akan jaga dia malam ni sampai dia sedar.” Kalau buat laporan pun belum tentu polis boleh menangkap peragut terbabit. Kes ragut kian meningkat kebelakangan ini.

            “Baiklah kalau begitu.”

            Ameer Dylan menapak ke wad Sufi Alisha ditempatkan. Dia duduk bersebelahan dengan gadis itu. Tangannya mula gatal mengusap-usap wajah Sufi Alisha. Dia sering bertanya pada dirinya sendiri. Mengapa perempuan biasa-biasa ini yang membuat dia terlalu ingin memilikinya? Ameer Dylan menongkat dagu memandnag wajah Sufi Alisha sehingga dia sendiri terlelap.

Alunan suara wanita yang membaca Al-Quran telah mengejutkan Ameer Dylan dari lena. Dia mengerling pada jam di tangan. Sudah pukul enam pagi. Sufi Alisha juga sudah tiada dari katilnya. Ke mana gadis itu pergi? Ameer Dylan bingkas bangun. Dia merapati pada wanita yang tidak jauh dari katil Sufi Alisha itu. Wanita itu sedang membaca Al-Quran di atas katilnya. Ameer Dylan amati wajah wanita terbabit. Seorang wanita yang sudah dimamah usia. Ameer Dylan hanya membisu diri sehingga wanita itu menamatkan bacaannya.

Auntie tahu kawan I ke mana tak?” Soalnya. Ameer Dylan menghalakan jari telunjuknya ke arah katil Sufi Alisha.

Wanita itu mengangkat wajahnya. Matanya tepat merenung ke dalam anak mata Ameer Dylan. Ada sayu pada wajah itu. Bibirnya seakan terkatup untuk berbicara.

Auntie….” Panggil Ameer Dylan lagi.

Ameer Dylan terus beredar sebaik pertanyaan tidak berbalas. Nak kata bisu tadi elok saja wanita itu mengaji. Ameer Dylan mencari Sufi Alisha sendiri. Puas dia mencari merata tempat kelibat gadis itu tidak kelihatan. Langkah tapaknya behenti pada pintu bilik yang tertera perkataan ‘Bilik Solat – Wanita’. Hati Ameer Dylan tergerak untuk memulas tombol pintu bilik berkenaan. Dia menarik nafas lega sebaik terlihat susuk tubuh yang sedang bersujud itu.

Sufi Alisha sedang menunaikan solat fardhu Subuh. Dia menadahkan tangan memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya dia hanya insan kerdil yang menumpang di bumi Allah ini. Syukur kepadaNYA kerana dia masih bernafas dan nyawa masih dikandung badan.

“Sufi…”

“Ya Ayah…”

            “Taat dan ingkar bermakna baik dan jahat. Kedua-dua ini ada dalam diri seseorang manusia. Yang baik boleh berubah menjadi jahat dan yang jahat boleh berubah menjadi baik. Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang kebaikan menguasainya menemui keselamatan, keimanan dan kegembiraan dan menjadi baik. Orang yang kejahatan lebih menguasai kebaikan, dia menjadi ingkar dan jahat. Orang yang menyedari kesalahannya dan bertaubat dan mengubah haluannya akan mendapati suasana ingkar akan bertukar menjadi taat dan beribadat.

      Sufi Alisha hanya menganggukkan kepala seolah-olah mengerti akan maksud ayahnya itu.
      “Lagi ayah…”

      “Ada kisah orang arif berdoa kepada Tuhannya, “Wahai Yang Maha Suci, semua telah diatur oleh Engkau. Takdirku adalah kepunyaan-Mu. Ilmu yang Engkau letakkan padaku adalah milik-Mu”. Ketika itu dia mendengar jawapan tanpa suara tanpa sepatah perkataan, keluar dari dalam dirinya mengatakan, “Wahai hamba-Ku. Segala yang engkau katakan adalah kepunyaan Yang Maha Esa dan dalam keesaan. Ia bukan milik hamba-hamba”. Hamba yang beriman itu berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku, aku bersalah, aku berdosa”. Selepas pengakuan itu sekali lagi dia mendengar dari dalam dirinya, “Dan Aku mempunyai keampunan terhadap dirimu. Aku telah hapuskan kesalahan-kesalahan kamu, Aku telah ampun kamu.”

      Kata-kata dari arwah ayahnya itu tidak pernah Sufi Alisha lupakan. 

“Adakah ada manusia yang sempurna? Tiada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Maka bagi kaum yang beriman diwajibkan saling nasihat menasihati dalam kebaikan supaya mentaati kebenaran. Jika ada hambaNya yang ingat dirinya hanya lebih baik dari orang lain dan sempurna dalam segala hal berkenaan ibadat dan baik soal kehidupan. Orang lain dipandang rendah, dia adalah manusia yang paling dicelakai oleh Allah SWT. Rugi ibadatnya siang dan malam. Egonya yang tinggi kerana dia yang lebih baik dari orang lain.”
     

“TERIMA kasih kerana membantu saya.” Ucap Sufi Alisha ikhlas.

      Ameer Dylan terpelongo seketika. Lambat-lambat dia mengukirkan senyuman.

      “Perkara kecil.” Balasnya bersahaja. Lupakah Sufi Alisha pada gambar-gambar yang diambilnya itu. Dia tidak melupakan amarah gadis itu terhadapnya.

      “Terima kasih…”

      “Ermmm…I bukan sengaja nak suka-suka angkat tubuh you malam itu. You pengsan…so tiada pilihan lain.”

      Sufi Alisha diam. Sudah dua kali Ameer Dylan menyentuh tubuhnya melihat rambutnya. Hatinya berdebar kecil.

      “Kenapa you diam?!  I tahu I lelaki pertama yang melihat kecantikkan yang you sembunyikan itu.” Ameer Tersengih nakal.

      Sufi Alisha tidak membalas. Dia cuba menenangkan hatinya yang sedang bergetar itu. Dia memeluk beg tangannya.

      Doktor yang merawati Sufi Alisha merapati mereka. Bibirnya menguntumkan segaris senyuman. Dari pandangan matanya kedua pasangan dia memang secocok.

      “Jaga baik-baik bakal isteri awak ni. Jangan biarkan perkara sedemikian berlaku lagi. Bila mahu naik pelamin?”

      Sufi Alisha memandang Ameer Dylan. Lelaki itu masih berlagak selamba.

      “Dalam masa sebulan dua lagi doktor. Jangan bimbang saya akan pastikan tiada kemalangan kecil menimpa bakal isteri saya ni. Maklumlah berdarah manis.” Ameer Dylan mengenyitkan mata pada Sufi Alisha.

      Terkedu gadis itu. Ya, Allah…kau sabarkan hati ini.

      “Bertuah Cik Sufi sebab ada seorang bakal suami yang begitu mengambil berat. Jangan jemput saya bila makan nasi minyak nanti.”

      Sufi Alisha hanya mampu tersenyum. Apalah lagi agenda yang ada di dalam kepala otak lelaki itu?

      Wanita yang berdekatan dengan katilnya itu asyik mencuri pandang. Gelagat wanita itu menarik perhatian Sufi Alisha. Dia merapati wanita terbabit. Seukir senyuman dihadiahkan buat wanita itu. Wanita ini tidak kelihatan dari keturunan melayu. Mungkin ada darah kacukan.

      “Assalamualaikum makcik…” Sapanya dengan lembut.

      “Waalaikumusalam …” Salam itu berbalas.

      “Anak makcik tak melawat makcik?” Selalunya waktu lawatan begini sanak-saudara pesakit akan menziarahi.

      “Anak makcik sibuk.” Wanita itu berdalih.

      Sufi Alisha memaut jemari wanita itu. Simpatinya jatuh pada wanita itu. Nasib wanita itu tidak ubah seperti umi Embun.

      “Kalau makcik tidak keberatan saya ingin menziarahi makcik selagi makcik berada di sini. Boleh tak?”

      “Boleh-boleh…tentu saja boleh…” Wanita itu menganggukkan kepala. Dia mengerling Ameer Dylan sekilas.

       Ameer Dylan sudah berada di belakang Sufi Alisha. Makcik ini dengan Sufi Alisha boleh pula bercakap. Dengan dia jadi bisu!

      “Nama saya Sufi Alisha…panggil saja saya Sufi. Nama makcik?”

      “Cantik nama Sufi Alisha tu. Nama makcik…nama makcik Anum.”

      “Baiklah Makcik Anum…Sufi pulang dulu.” Sufi Alisha memeluk tubuh wanita itu. Wanita itu membalasnya dnegan senang hati.

      Syukur kepadaMU…bisik hati kecilnya.

PUAN Mariam menyorok di balik dinding sebaik melihat Ameer Dylan bersama seorang gadis. Apa Ameer Dylan buat di hospital ini? Bagaimana jika Ameer Dylan terserempak dengan Madam Jesse? Dia sudah berkeras agar Madam Jesse ditempatkan ke wad persendirian namun wanita itu berdegil. Puan Mariam menundukkan kepala sebaik Ameer Dylan berlalu bersama gadis terbabit. Siapa pula gadis bertudung litup itu? Masakan teman wanita Ameer Dylan pula? Jauh sekali selera Ameer Dylan pada gadis sebegitu.

      Tanpa berlengah Puan Mariam segera menuju ke wad Madam Jesse berada. Dia tidak peduli dengan kekerasan kepala wanita itu lagi. Madam Jesse perlu segera dipindahkan ke wad persendirian.

      “Mariam….” Riak wajah Madam Jesse kelihatan ceria dari sebelumnya. Dia terus memaut kedua belah tangan Puan Mariam.

      “Jesse…saya akan uruskan perpindahan ke wad persendirian sekarang.”

      “Saya dah jumpa Dylan, Mariam….saya sudah tengok anak saya. Dia memang kacak.”  Cerita Madam Jesse penuh keterujaan.

      Puan Mariam terlopong. Ameer Dylan dan Madam Jesse sudah bertemu.

      “Dia…dia…kenal awak tak Jesse?”

      Madam Jesse gelengkan kepala. Senyuman di bibirnya tidak putus. Puan Mariam menghela nafas lega.

      “Kalau begitu saya akan urusakan perpindahan wad dengan segera.”

      “Tak perlu Mariam…saya nak tengok wajah dia lagi. Gadis bersama dia tu mahu melawat saya di sini.” Madam Jesse menarik tangan Puan Mariam.

      “Tapi Jesse…”

      “Saya tidak akan dedahkan identiti saya.” Madam Jesse merayu. Sufi Alisha adalah medium pengantaraan dia dengan anaknya.   Lagi pula Ameer Dylan tidak dapat mengencam dia. Mungkin disebabkan pada kesan parut pada wajahnya itu.

      “Jesse…risikonya terlalu besar. Lambat-laun Dylan akan mengencam awak juga.” Puan Mariam tetap tidak bersetuju dengan usul tersebut.

      “Please Mariam….”

      “Baiklah…” Puan Mariam mengalah jua. Mungkin ada baiknya juga Madam Jesse mendekati Ameer Dylan secara perlahan-lahan.

“SUFI Alisha!” Bergema suara Ameer Dylan di kawasan hospital itu. Terbantut langkah Sufi Alisha. Merah wajahnya apabila staf-staf hosptila itu memandang mereka. Kenapa Ameer Dylan mengekori dia. Bukan sudah dia katakan yang dia akan mengambil teksi. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu.

      “You ni sanggup buat pekak dengan penyelamat you ya.” Ameer Dylan mencebik.

      “Maafkan saya….”

      “Maaf you diterima jika I hantar you pulang.”

      “Tidak mengapa Encik Ameer…saya pulang sendiri menaiki teksi.”

      “Encik Ameer? Ada perkembangan tu. Selalunya you panggil Encik Ameer Dylan.”

      Lelaki ini menguji kesabaran betul.

      “Mungkin lidah saya sudah letih mahu menyebut nama penuh encik.”

      “Tahu pula lidah you tu letih ya.”

      Sufi Alisha sekadar tersenyum. Kalau ada jururawat lalau bawa ubat memang dia sumbat mulut Ameer Dylan dengan ubat tersebut.

      “Jangan cari alasan lagi. Mari I hantarkan you.” Ameer Dylan cuba menarik tangan Sufi Alisha namun Sufi Alisha segera menjarakkan diri. “Kalau you nak naik teksi sangat boleh. Tapi I naik bersama you sekali. So macam mana?”

      Sufi Alisha ada pilihan lain ke?

*Terima kasih kerana bagi lemon pada NC ^^

9 comments:

  1. alahai~ Ameer ni mengada tol XD haha... cepat2lah dia insaf.. baru padan ngan Sufi tu.. bila lg nk kahwin ni? Sufi boleh tlg bimbing dia.. hee :D good job Kak Ilya.. nak lagi!

    ReplyDelete
  2. Amboi... dah tukar strategi lak si Ameer ni....

    Baguslah Mdm Jesse dpt berjumpa dgn Ameer walaupun tanpa disedari oleh anaknya...

    Sufi, sila lead Ameer to the right path discreetly and patiently....

    Byknya pulak pesanan penaja... Hihihi

    ReplyDelete
  3. wah...best2...xsabar nya nak tunggu next entry....hehehe

    ReplyDelete
  4. likeeeeeeeeeeeeeeeeeee........tak sabar nak ke bab seterusnya..biarlah cte nie abis kat blog je...sbb law ke versi cetak kne tnggu lame

    ReplyDelete
  5. Terima kasih dear...^^ kerana meminati NC :)

    ReplyDelete