“CIK Mehar…ada polis cari you?” Ujar
setiausahanya Olivia.
Mehar
yang sedang bermesyuarat bersama staf bawahannya itu sedikit tersentak. Dia
mengerut dahi. Urusan apa polis mencari dia. Setahunya…dia tiada kes dengan
polis selain surat cinta dari polis trafik. Mehar menapak menuju ke bilik
pejabatnya.
Staf
di bilik mesyuarat itu memandang Olivia. Olivia jungkit bahu. Dia berlalu untuk
meneruskan kerja yang masih berbaki.
Mehar
menyambut kedua polis tersebut dengan senyuman. Dia bingkas duduk dikerusinya.
“Maaf
sekiranya kehadiran kami mengganggu Cik Mehar…” Ujar polis yang agak berusia
sedikit itu.
“Erm...atas
urusan apa ya encik mencari saya?”
“Kami
harap cik dapat ikut kami ke balai polis untuk memberikan keterangan tentang
kes kecurian motorsikal.”
“What?!” Bola mata Mehar membulat besar.
MEHAR menyilangkan tangan merenung tajam
wajah Usyair yang asyik tersengih-sengih macam kerang busuk itu. Masalah salah
faham itu telah selesai dengan baik. Hati Mehar bengkek. Dia terpaksa menelefon
peguam gara-gara laporan yang dibuat oleh Usyair. Terjongket-jongket kening
Usyair. Ingat dia takut sangat dengan perempuan bermuka tegang itu? Cium karang baru tahu.
Mehar
sengaja melanggar bahu Usyair sewaktu melangkah keluar. Usyair mengetap bibir.
Main rempuh saja dia ya. Apa lagi buat serangan balaslah balik. Dia rempuh bahu
Mehar juga dengan segaja. Hampir saja Mehar hilang kesimbangan. Hantu punya
budak! Rengus Mehar dalam hati.
“Maaf…saya
tak sengaja!” Laung Usyair sambil melambaikan tangan.
Mehar
buka kasut tumit tingginya lalu dilemparkan tepat mengenai kepala Usyair. Mujur
saja ketika itu mereka sudah berada di luar balai polis. Usyair menjerit kecil.
Main kasar pula perempuan seorang itu. Nasib baik kepala dia tidak berlubang.
Usyair memalingkan kepalanya.
“Terima
kasih…kasut awak ni saja simpan sebagai kenangan ya.” Usyair buat pecutan
sebelum Mehar melemparkan sebelah lagi kasut tumit tingginya. Bahaya punya
perempuan. Sah tengah datang bulan tu.
“Eiiiii…”
Mehar menyeringai.
Ketawa
Usyair terburai sebaik berada di dalam kereta Aaron. Kasut tumit tinggi Mehar
dia campakkan ke tempat duduk belakang. Fikirnya nanti mahu belikan kotak
hadiah untuk kasut istimewa itu. Lepas itu ikat dengan reben cantik-cantik.
“Rugi
kau tak masuk balai tadi bro.”
“Kau
nak mampus! Perempuan tu klien aku tahu tak?!”
“Ye
ke?! Aku mana tahu.” Usyair tersengih.
“Kau
memang suka cari fasallah Usyair. Kalau aku report dekat ayahanda kau memang
sah-sah kau kena kurung dalam bilik.” Tahap kebengisan ayahanda Usyair memang menakutkan.
Usyair
ketawa.
“Aku
nak tanya kau? Aku ni lelaki ke perempuan?”
Apa
punya soalan bodoh yang Usyair tanya.
“Lelakilah.”
“Anak
lelaki kena kurung dalam bilik memang sah jatuh saham beb! Gelillah aku nak meronta-ronta minta dilepaskan.” Usyair
memeluk tubuh.
Aaron
seperti mahu menendang saja Usyair keluar dari keretanya. Aaron menghantar
Usyair ke tempat cuci kereta itu. Usyair kata motorsikalnya akan dapat semula
esok. Dia memang sudah tidak sabar mahu menunggang ‘bini’ kesayangnnya itu. Belahjar tinggi tapi kerja cucui kereta
yang dia pilih juga. Usyair kata mahu tambah pengalaman sampai ayahandanya juga
tidak kuasa lagi mahu bertikam lidah dengan anak bujangnya itu.
Usyair
menyapa ramah rakan-rakan sekerjanya yang lain. Dia baik dengan semua orang. Mungkin
ada baik begini dari Usyair mengingati kisah lama. Aaron tidak mungkin
melupakan kengerian yang menimpa Usyair.
DI kerusi empuknya itu, Mehar melepaskan
keluhan berat. Dia terpaksa menapak tanpa kasut pulang ke pejabatnya. Semua
mata memandang ke arahnya. Bila mereka memandang maka Mehar akan memberikan
jelingan. Salah dia juga kerana bijak sangat membalingkan kasut pada budak tidak
guna itu.
Usyair…nama
sudah macam pensyair. Kalau dia kata budak itu mat jiwang tidak lagaknya pula. Mehar
menompang dagu. Sesuka hati Mehar menggelarkan Usyair itu budak. Entah-entah
sebaya dia sahaja.
Perangai
nakal Usyair itu mengingatkan dia pada pertemuan pertamanya dengan arwah Megat
Affendi. Arwah memang suka bergurau dan mengusiknya. Lelaki pertama yang
membuka pintu hatinya untuk mengenal erti cinta. Tanpda disedari setitis air
mata membasahi pipi gebu Mehar. Satu-persatu ingatannya pada arwah menerjah ke
fikiran.
“Kejap
ya Lia…aku ambil buku tu.” Mehar membuka beg sandangnya lalu menyolangkar di
dalamnya.
“Ini
bukunya…” Mehar menghulurkan pada teman baiknya Lia Luna tanpa memandang pada
barang yang dipegangnya itu.
“Ular!”
Lia Luna menjerit kuat. Temannya itu berganjak jauh dari Mehar.
Sebaik
Mehar menyedari apa yang dipegangnya dia terus jatuh pengsan. Mehar memang
takut sangat dengan makhluk bernama ular itu. Allergic!
Manusia
yang pedajal pada Mehar itu adalah Megat Affendi. Sehari kalau tidak menyakat
Mehar memang tidak sah. Ada saja ideanya.
Turun
naik nafas Mehar memandang Megat Affendi. Angkara Megat Affendi, dia terbaring
kaku di katil hospital akibat terkejut besar.
“Mehar…Mehar…Fen
minta maaf sangat-sangat sebab bubuh ular mainan itu dalam beg Mehar.” Megat
Affendi menyusun sepuluh jari.
Mehar
mencebik. Dia palingkan kepalanya dari memandang wajah Megat Affendi. Umi dan
Lia Luna memujuk agar memaafkan Megat Affendi. Mehar pula jenis manusia yang
sekeras-keras hatinya.
“Tiada
maaf bagimu!”
Itu
jawapan yang Mehar berikan. Mehar tersenyum sendiri. Wajah arwah umi dan Megat
Affendi bermain di ruang matanya. Mehar rindu pada mereka. Walau Mehar bertemu
dengan pengganti arwah Megat Affendi, nasib mereka tetap sama. Maut tetap
menjemput mereka.
Bunyi
ketukan di pintu biliknya itu membuatkan Mehar kembali ke alam realiti. Mehar
mencapai kaca mata putihnya. ketika bekerja sahaja dia mengenakan kaca mata
itu. Dia bukanlah rabun sangat.
“Masuk!”
Ujarnya sedikit keras.
Olivia
memulas tombol pintu. Dia mengukirkan senyuman lalu menyerahkan beberapa
dokumen kepada Mehar. Mehar seorang yang teliti melakukan kerja dan tidak
sukakan pada kesilapan.
“Cik
Mehar…I sudah aturkan appointment you
dengan Mr. John pukul tiga petang. Ada masalah tak?”
“Tiada
masalah. Just you tolongkan ingatkan
Jidin untuk belikan kasut yang I pesan itu.” Mehar mengerling Olivia sekilas.
“Baiklah
Cik Mehar….”
Olivia
beredar. Olivia ketawa kecil sebaik dia duduk di kerusinya. Rasa kelakar
melihat Mehar yang tidak berkasut tadi. Siapalah yang punya angkara buat Mehar
sebegitu?
Dah start nak suka dgn jln cerita ni... Hmmm.... Menarik perhatianku....
ReplyDeleteSerius mula jatuh dnegan cerita ini :)
ReplyDeletesuke gak.I'll follow..
ReplyDeletexigt dah cerita apa. tp bila tgk gambar mehar tu,.. terus igt. haha!
ReplyDelete