Tab Menu

Followers

Thursday, August 11, 2011

SELAMA INI SAYA BERDIAM!

Isu Ciplak!

Selama ini saya berdiam dengan tuduhan2 pembaca pada novel coke and sundae. Saya tak nak ambil hati dan biarkan sahaja. Tapi kali ini saya tidak mampu berdiam diri lagi kerana ianya melibatkan nama syarikat penerbitan. Nak tuduh novel saya tak mengapa tetapi jangan melibatkan syarikat penerbitan. Mungkin Coke and Sundae ada unsur komik sebab sumber inspirasinya dari komik tapi perkataan 'CIPLAK' itu yang tidak sedap saya dengar hingga melibatkan syarikat penerbitan. Apa yang sama hanya sebab watak utama kuat (rasanya novel lain pun ada yang serupa) dan pasal beberapa yg kebetulan sama sikit sudah dituduh ciplak? Baik saya tiru bulat2 cerita komik yang dinyatakan itu baru boleh label ciplak pada saya.

Setiap penulis ada sumber inspirasi just novel kedua ini saya jadikan komik stail saya. Salah rupanya hingga di tuduh sebilangan pembaca ciplak. Nak kata ciplak macam mana novel2 ala boy over flowers, dan drama2 korean itu adakah anda juga mengatakan penulis itu ciplak sedangkan mereka menulis dengan kreativiti mereka sendiri. Saya tahu pembaca ada hak komen tapi kritikan orang itu agak melampui batas. Macam mana filem yg sama tetapi diubahsuai jln ceritanya, mengapa tidak komen ciplak di situ, Anda rugi menontonnya. Kalau drama korean boy over flower meniru hana yori dango dari jepun mengapa anda tak katakan dia ciplak yg memang saha-sah sama jln ceritanya? Sebab anda suka cerita itu lainlah anda tak suka maka macam2 tohmahan anda lemparkan. Coke and Sundae hampir banyak kali saya baca apabila isu kata CIPLAK ini diutarakan. Saya lihat dan nilai hasil tulisan tersebut. Jika ada kebetulan sama harap di maafkan. Saya hanya cuba menulis genre santai dan sampai orang itu menuduh novel pertama saya ciplak juga. Mengapa tidak sendiri bersemuka dengan saya dan cakap dengan saya terlebih dahulu mengapa nak bercakap di belakang. Apakah ini stail pembaca yang suka membuat tuduhan meluru tanpa bertanya? Ada juga novel lain yg dikata ciplak drama 'FULL HOUSE' kebetulan ada sikit babak seakan sama. Maaf saya saya katakan pembaca anda hanya tahu membuat kritikan di belakang takbir tanpa merujuk pada penulisnya dan bertanya.

Pakar menciplak! Kalau saya pakar ciplak saya tak perlu perah otak, saya ciplak bulat semua karya org lain tak payah nak buat ayat sendiri. Mudahkan? Asal novel itu top dan meletup maka adalah komen yang sebegini. Kalau novel itu down tiada pula nak komen hebat begini. hairankan? Sebab saya juga pembaca novel. semua genre novel saya baca. Suka saya baca dua tiga kali tak suka saya diam! Pada saya untuk apa saya kritik tulisan orang lain sedangkan kita pun belum tentu dapat hasilkan karya seperti dia.

Coke and Sundae...kisah semasa di tempat kerja lama, memang pasangan itu suka bergaduh dan si lelaki laser mulutnya. kalau ada bab2 stail dalam komik itu mungkin sedikit tetapi diolah penuh menjadi lain, Saya sudah kaji dan baca balik komik yg dinyatakan terpaksa pinjam dari kawan2 hantu komik.  Inspirasi pertama dari filem she's the man!

Tuesday, August 9, 2011

Terpukau Seribu Rindu

Ada seorang pembaca bertanya. Bila mahu buat novel macam Siti Rosmizah. Saya hanya tersenyum. InsyaALLAH pasti suatu hari nanti saya akan buat novel 'genre' agak berat seperti novel pertama saya Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia. Maka lahirlah 'Terpukau Seribu Rindu' - 'Mahligai Air Mata' - 'Takdir Cinta luka' dan 'Tangisan Sekeping hati' serta 'Bourgenvilla' Kenapa saya banyak menghasilkan e-novel sebab saya suka menulis dan suka mencari idea baru. Anda boleh pilih e-novel yang anda ingin baca dan menarik pada anda. Saya akan habiskan e-novel 'Takdir Cinta Luka dan Mahligai Air Mata' dalam masa terdekat nanti. insyaALLAH lepas raya setelah manuskrip Queen Control disiapkan sepenuhnya.

Elanor - Watak utama dalam Terpukau Seribu Rindu. (Dalam novel ini tiada masalah kaya atau tidak kaya atau kahwin paksa ia lebih menyentuh tentang hati dan perasaan, tentang kebencian dan kedukaan, dendam dan rindu, mampukah ianya menjadi satu?) Dalam mengubat kelukaan atas tindakan ibu tiri yang tidak mengakui kehadirannya dia membawa diri ke pelusuk bumi asing di bumi sakura (Jepun)

Haqq - Watak utama lelaki. Keceriaan yang dipamerkan hanya emnutup kelukaan dan kedukaan di hati. Seorang anak yatim yang tidak pernah tahu siapa ibu bapanya. Haqq dan Elanor bertemu dan bercerita. Sikap sopan santun Haqq menarik minat Eleanor dan dalam diam Elanor menyukai Haqq. Namun perasaan itu hanya terpendam di hati kerana Eleanor takut meluahkan rasa cinta itu kepada Haqq. Dia tidak sanggup terluka.




Takdir Cinta Luka : Kisah cinta yang tidak kesampaian antara Batrisyah dan Faliq. Saya paparkan kisah sedih di akhir ceritanya. Realiti kehidupan ini kita tahu tidak semua pentas lakonan itu berkahir dengan gelak dan ketawa. Macam mana dengan yang berduka nestapa? Macam mana yang terpaksa menerima perpisahan dari si dia yang disayangi? Maam dengan kesudahan yang mengundang air mata kita? Saya tahu ramai pembaca tidak suka kisah yang berakhir dengan kesedihan namun saya tetap ingin mencuba untuk membuatkan air mata anda mengalir.


Batrisyah - Dia gadis yang rela berkorban demi orang-orang yang dia sayangi hingga melukai hatinya sendiri. Dia mudah memaafkan biarpun hatinya sekeras kelikir. Sehingga akhir hayatnya Batrisyah tetap menyayangi Faliq biarpun Faliq membencinya kerana salah faham. Dia rela demi hati ibu Faliq dan dia tidak mahu Faliq menjadi anak derhaka.

Faliq - Dia yang tidak menaruh ahti pada gadis seperti Batrisyah akhirnya tidak mampu menipu perasaan cinta yang lahir di hati. Faliq kecewa kerana Batrisyah menipunya dan membuat tuduhan melulu terhadap gadis itu atas hasutan ibunya. Setelah kematian Batrisyah barulah segla tembelang ibunya pecah. Dia ingin jujur pada dirinya di saat akhir dia diijabkabulkan dengan gadis pilihan ibunya.  "Pusara ku di sisi Batrisyah"





Mahligai Air Mata

Kisah si gadis buta bernama Qaseh Fatihan yang dilahirkan sebagai anak luar nikah terpaksa hidup denngan cacian dah hinaan masyarakat sekeliling. Cintanya Harith tidak kesampaian apabila Harith kemalangnan dan hilang ingatan. Qaseh Fatihan membawa hati yang terluka dan redha dengan ketentuan Ilahi. Ery Fitri pula mencintai adik sendiri - Ilyana dan hampir berkahwin. Ilyana pula mengalami tekanan jiwa dan sukar menerima kenyataan. Ery Fitri seakan berdendam dengan cinta dan dia tidak pernah serius bercinta dengan seorang perempuan. Hati dan cintanya masih pada Ilyana.Pertemuan Ery Fitri dengan Qaseh Fatihan telah mengubah persepsi Ery Fitri terhadap cinta. Adakah cinta mereka hingga ke mahligai bahagia? Atau sekadar berada di persimpangan?


Sunday, August 7, 2011

Awek Skuter - Bab 3

 CERMIN mata putihnya memang asyik melekat di batang hidung. Muka seriusnya itu menakutkan orang sekeliling untuk memandang terutamanya perempuan. Sekali pandang macam Louis Koo tapi dia bukanlah pelakon Hong Kong yang berkulit hitam manis itu. Nama dia Shaz Ariel. Bukan Ariel penyanyi peter Pan itu ya. Dalam novel ni kita panggil dia Shaz. Rekod dia bersih.  Dia tidak suka bersosial dan lebih tertumpu dnegan kerja. Kereta yang dipakai adalah Perodua Kancil.

            “Selamat pagi Encik Shaz. Nak minum kopi atau teh?” Makcik pembancuh teh itu menegur.
            “Pagi. Saya nak minum milo tapi saya nak gula lebih ya.”
 
            Makcik itu hanya menganggukkan kepalanya. Dia arif benar dengan sikap Shaz yang suka manis itu. Nasib baik tak kena kencing maniskan?
            Shaz adalah seorang pereka dalaman yang bekerja di syarikat Interior Designer yang berada di taraf tiga bintang ini. Dia seorang yang gemar bekerja sendirian dari berkumpulan. Seorang yang mudah mencari pasal dengan pelanggannya. Dia suka menentukan rekaan dalaman untuk pelanggannya bukan pelanggan yang menentukan sendiri. Acapkali jua Shaz bertukar tempat kerja kerana hal sedemikian.

            “Shaz…Puan Kamila panggil..” Laung teman sekerjanya.
            “Okay.”

            Dia bingkas bangun menuju ke pintu bilik kayu yang tertera nama Puan Kamila itu. Pintu bilik itu diketuk perlahan.

            “Masuk!” 

            Shaz memulas tombol pintu.

            “Puan nak berjumpa dengan saya?”
            “Silakan duduk Shaz.” Arah Puan Kamila. Wanita itu kelihatan menarik nafas kecil. Anak muda di hadapannya itu seorang berbakat namun sikap pentingkan diri mencalarkan kredibiliti Shaz.
            Dia baharu menerima aduan dari seorang pelanggan tetapnya tentang Shaz. Shaz menukar warna bilik tidur pelanggan terbabit tanpa persetujuan.

            “Aduan dari pelanggan lagi ke?” Shaz sudah dapat mengagak.
            “Shaz…you bagus. I suka kerja you tapi you kena ingat kerja kita mengikut kata pelanggan bukan pelanggan ikut kata kita kecuali you berikan suggestion pada mereka.”
            “So…puan nak pecat saya.”

            “Bukan begitu. Saya just mahu you ubah sikap you sedikit. Satu lagi you susah benar you tu nak bagi senyuman you pada pelanggan. Cuba belajar senyum sedikit.”
            “Saya tak suka jadi hipokrit.”
            “Hipokrit sikit untuk pelanggan tak salah Shaz.”

            Moga Shaz mendengar nasihatnya kali ini. Rugi kalau dia hilang seorang pekerja yang rajin dan bagus seperti Shaz.
            “Saya cuba tetapi saya tak boleh memberikan janji.” Itu sahaja yang boleh Shaz katakan kepada Puan Kamila.
            “You kena mencuba jua Shaz sebab ini bukan kali pertama you katakan pada saya.” Puan Kamila inginkan betul-betul jaminan dari Shaz.

            “Saya tak suka berjanji.”
            “Tak perlu janji just mencuba okay.”

            Shaz membisu seketika. 

            “Baiklah saya akan mencuba.” Shaz memberikan persetujuan.

            Puan Kamila tersenyum. 

            “Sesekali you kena bukakan hati untuk berkawan dengan teman sekerja you.”
            “Puan ada apa-apa lagi perkara yang ingin disampaikan pada saya?” Kata-kata akhir dari Puan Kamila itu tidak diendahkan. 

            “Tiada. You boleh keluar.” 

            Shaz bingkas bangun dan berlalu. Puan Kamila gelengkan kepala. 

            Shaz kembali pada meja kerjanya. Dia perlu menyambung kembali kerja yang tergendala. Telefon bimbit yang berlagu riang telah mengganggu tumpuan Shaz. Itu yang cukup dia tidak berkenan. Kalau bukan fikirkan yang menelefon itu adalah abangnya memang dia tutup telefon terus.

            “Shaz…teman abang lunch hari ini?”
            “Ajak girlfriend abanglah.”
            “Dia tak makan di Restoran Mak Jah Udanglah.”

            “Itu masalah abang.”
            “Shaz…”
            “Shaz banyak kerja.”

            Pleaselah Shaz…”
            “Tengoklah nanti.” Shaz mematikan talian telefonnya terus. 

            Farith tersentak. Cepat betul adiknya itu matikan talian hayat dia. Tapi adiknya itu boleh diharapkan dari yang lagi seorang itu. Dia yakin Shaz akan datang. Farith tersenyum sendiri.

“BANYAK duit? Gaji belum lagi? Mana dapat?” Hidayat bertanya. 

Hari ini Adllea dengan baik hatinya belanja Hidayat makan malam bersama. Makan di restoran mamak saja. Kalau Nana tahu memang dia kena pancung. Macamlah dia ada selera dengan teman baik dia ini. Dia rogol Hidayat karang baru Nana menangis tak berlagu. Hahahahaha…

            “Biasalah aku pun ada kerja part-time jugak. Kau ni banyak tanyalah Dayat.” Adllea menjuihkan bibir. Buat apa Hidayat hendak takut? Dia bukan dapat duit ini main tikam nombor ekor atau buat ngangkung tengah malam. Haram tahu!

            Hidayat buat muka tidak puas hatinya depan Adllea. Ini yang buat Adllea getik mahu menengoknya. Ingat maco sangat ke buat muka macam itu? Dia pun buat aksi kibas rambut kebelakang ala-ala macam iklan rambut dalam televisyen. Perasan ayu gitu. Biasalah dia memang sentiasa menjaga rapi rambutnya ini. Syampu yang dia gunakan tentu saja Sunsilk untuk rambut berkilat. Kalau dia punya muka macam Erra Fazira tidak pun macam Lisa Surihani pasti dia punya ramai teman lelaki keliling pinggang. Hidayat pun akan tersangkut dengan dia. 

Masalahnya muka dia ini tidak siapa pun yang terpikat. Mata dia sepet sikit, bibir dia nipis dan hidung dia kecil. Badan dia tak payahlah hendak dijelaskan lagi. Kalau orang lain mengatakan badan dia papan tetapi Hidayat pula mengatakan hantu jerangkung! Dia ada juga berangan mahu membuat pembedahan hidung bagi mancung macam artis Korea tu. Dia tidak berjaya melakukannya kerana itu serupa seperti mengubah kejadian TUHAN. Bersyukurlah dengan rupa yang ada sekarang tanpa ada cacat celanya. 

“Kalau macam ini bolehlah aku pinjam duit dekat kau sikit.” 

Adllea behenti menyuap nasi goreng kampung. Inilah yang malas dia dengar dari bibir Hidayat. Bila dia ada duit sikit mesti Hidayat mahu pinjam. Dia ini sudah ada rupa macam ceti pun ada. Salahnya tidak letak bunga saja. Kalau letak bunga rasanya ada beribu hutang Hidayat pada dia. Kawan punya pasal sampai ada masanya dia yang kena ikat perut. Adakalanya baik Adllea tidak kena pada tempat!

            “Kau bagi lagi duit pada Nana. Apa alasan Nana kali ini? Mak dia sakit? Bapa dia sakit? Aku rasa dah berapa kali mak bapak dia sakit.” Sengaja Adllea memerli Hidayat. Sepanjang bulan ini asyik sakit saja tak ke pelik?
            “Lea…kau baikkan.” Mula dah ayat untuk mengoda hati dia.
            “Aku memang baik.” Jawab Adllea bersahaja.

            “Aku sayang sama kau. Kau kawan baik aku dunia dan akhirat.”
            “Aku pun sama. Tapi kau lagi sayang pada Nana.”
            “Adllea Abd. Rashid…sudikah kau…”

            “Aku tak sudi!”
            “Tolonglah Lea…aku hanya ada lima ringgit lima puluh sen sahaja dalam dompet aku ini.” Hidayat tunjuk muka seposen dia. Dia buat muka minta simpati. Adllea buat-buat garu hidung. 

            Adllea dan Hidayat diam sejenak. Dia sedang menunggu Adllea menyebut perkatan ‘O-K-A-Y’. Kalaulah dia pilih aku jadi teman wanita kau semestinya aku akan bagi pinjam duit pada kau. Tapi kau pilih Nana. Huhuhuhu…Ceh! Adllea emosional pulak.

            “Kau mahu pinjam berapa hinggit?” Adllea memang jenis cepat kesian.
            Dia lihat berseri-seri muka Hidayat. Hidayat memang tahu dia mudah cair dengan kata-katanya. 

            “Aku pinjam dua ratus ringgit boleh?”
            “Okay.” Balas Adllea pendek.

            “Kau memang kawan baik aku dunia dan akhirat.”
            “Itu saja ayat kau untuk aku. Ayat dah muak aku dengar. Bila senang kawan baik dunia dan akkhirat kau ini dilupakan.” Rengus Adllea. 

            Hidayat tersengih mempamerkan giginya yang tersusun rapi itu. Tapi Adllea yakin pasti ada lubang di sebalik gigi putihnya itu. Luabng kecil sahaja.

            Seperti biasa Adllea melaksanakan tugas penghantaran dengan penuh dedikasi. Dia  yakin selepas ini dia akan dicalonkan sebagai pekerja cemerlang dan seterusnya akan dinaikkan pangkat. Adllea teringin mahu menendang keluar Kak Mona dari jawatan yang buat dia berkuasa itu. Jahat juga niat dalam kepala Adllea ini.

            Habis buat kerja Hidayat ajak Adllea melepak ke kafe adik dia bekerja. Adllea dengan Ummi tidak beberapa ngam sangat. Ummi ini agak sensitif sikit kalau tergores perasaannya. Gadis air mata. Ala Adllea pun lebih kurang sama juga macam Ummi. Macam Hidayat cakap pada Adllea, perempuan ini makhluk yang lemah dan mudah mengalirkan air mata. Adllea tahulah dia lemah dan tidak kuat. Dia tiada ilmu mempertahankan diri. 

            “Awal hari ini habis kerja Kak Lea?”
            “Hari ini Kak Lea tak ambil overtime.” Hidayat menjawabkan bagi puhak Adllea. 

            “Sekejap ya. Ummi mahu hantarkan kopi pada pelanggan tu.” Ummi memuncungkan bibirnya ke arah pelanggan yang sedang khusyuk membaca buku di meja penjuru hujung kafe itu.
            Adllea turut melirikkan mata ke arah pelanggan terbabit. Muka macam pernah dia nampak? Hidayat buat kerut muka tengok gelagat Adllea. 

            “Kau kenal ke?” Tanyanya.
            “Entah? Tapi macam pernah tengok.”
            Ex-boyfriend kau ke?”

            “Tolong sikit. Aku mana ada pakwe. Aku nak kau jadi pakwe aku tapi kau tolak.” Getus Adllea.
            “Bila masa kau luah perasaan pada aku?” 

            “Kau ni tak pandai berguraulah.” Adllea melintasi Hidayat. Hidayat tidak akan jadikan dia sebagai kekasih. Dia pilih gadis lawa saja. Kaki sudah lenguh maka kena cari tempat untuk duduk. 

            Hidayat mengikut langkah Adllea. Dari jauh mereka lihat riak muka Ummi berubah. Mereka lihat pula tuan punya kafe menghampiri. Ummi dimarahi di hadapan pelanggan terbabit. Apa yang berlaku agaknya? Adllea dan Hidayat tidak dapat mengagak.

            Ummi menangis teresak-esak berlari masuk ke belakang. Tuan punya kafe seperti sedang meminta maaf kepada pelanggan tadi. Adllea rasa ada yang tidak kena. Dia pandang Hidayat. Hidayat jongketkan bahu. Adllea memanggil tuan punya kafe sebaik dia lalu di hadapan meja tempat duduk mereka.

            “Puan…kenapa tu?” Adllea sengaja menyoal.
            “Ummi tersalah bagi kopi.” Balasnya lalu segera berlalu.

            Masakan tersalah bagi kopi Ummi sampai menangis dibuatnya. Adllea rasa tidak puas hati dengan lelaki itu. Dia bangun dari duduk. Hidayat juga turut bangun. Mereka mengaturkan langkah kaki ke meja pelanggan terbabit. 

            “Assalamualaikum.” Lemah-lembut Adllea bagi salam.

            Dia angkat kepala. Adllea pandang dia. Dia pandang Adllea. Eh! Dia ini lelaki duduk serumah dengan Farith itu. Aku tengok muka dia mula-mula pun aku rasa dia ini jenis tidak mesra alam. Hari ini aku aku dapat tengok muka dia dengan jelas. Hitam manis macam pelakon Hong Kong yang nama Louis Koo itu. Gaya rambut pun ada lebih kurang sama. Sempat Adllea komen dalam hati.

            Adllea pegang tangkai cawan yang air kopinya masih tidak terusik itu. Dia simbah air kopi itu pada muka lelaki itu. Hidayat terlopong melihat perbuatan Adllea. Tekup mulut gitu.

ADLLEA memang sengaja simbah air kopi itu ke mukanya. Geram sangat! Sudahlah lelaki itu berkulit hitam manis orangnya maka dia tambahkan warna hitamnya lagi. Semua pengunjung di kafe itu ketawa melihat aksi Adllea yang dramatik ini.

            Dia meletakkan buku yang dibaca itu atas meja lalu bingkas bangun berhadapan dengan Adllea. Adllea menelan air liur. Jelas amarah di wajah hitam manis itu. Dia tanggalkan kaca mata yang terlekat pada batang hidungnya yang mancung itu. Mata yang berwarna coklat itu merenung Adllea. Tajam sekali! Sungguh mata dia berwarna coklat tanpa kanta lens.

            Adllea ingatkan dia akan maki-hamunnya tetapi sebaliknya dia melintasi Adllea menuju ke pintu tandas. Adllea menarik nafas lega. Hidayat juga menarik nafas lega. Ummi yang melihat aksi berani mati Adllea juga mengurut dada. 

            “Dia itu ulat buku dan pendiam. Ke mana dia pergi pasti ada buku di tangannya. Kalau mahu dengar dia bersuara cukuplah payah sekali. Macam ada emas dalam mulut dia.” Jelas Ummi setelah keadaan sudah reda. Mereka duduk agak tersorok dari pengunjung lain. Lelaki tadi juga sudah tiada di mejanya. Barangkali sudah berlalu pergi.

            Adllea dan Hidayat anggukkan kepala.
            “Tapi…” Ummi sedaya-upaya menarik nafas dua tiga kali. Macam susah pula Ummi hendak menyambung kata.
            “Ada tapi pulak.”

            “Dia itu cerewetnya mengalahkan perempuan. Kalau minum kopi di sini mesti cawan kena benar-benar bersih. Kopinya pula mesti yang standard dan mesti lebih gula. Dia hantu manis. Tempat dia melepak ini tidak boleh diduduki oleh orang lain. Bos aku memang sudah sedia maklum dengan perkara ini. Bos aku kena ikut saja kalau tidak Mama Zara serang kami. Mama Zara tu kepoh dan cerewet macam anak saudaranya itu juga. ” 

            Setelah mendengar cerita Ummi, Adllea merasakan lelaki itu adalah lelaki yang amat menjengkelhati. Apa dia ingat ini kedai kafe ini mak bapak dia yang punya. Dan siapa pula Mama Zara tu? Orang ternama ke?

            “Ada lagi.”
            “Ingatkan sudah habis.” Adllea tersengih.
            “Dia adik kepada Farith pelakon terkenal itu.”

            Tersembur terus milo ais yang sudah berada dalam mulut Adllea. Hidayat yang duduk berhadapan dengan dia memang sudah sah-sah kena tempiasnya. Minta maaflah Hidayat. Aku bukan sengaja mahu sembur kau.

            ‘”Apa kau kata tadi Ummi? Cuba Ummi ulang balik. Telinga Kak Lea tidak berkorek tiga hari dah.” Adllea suakan telinga pada Ummi.
            “Ummi cakap dia adik kepada Farith pelakon popular itu.” Ulang Ummi.

            Mulut Adllea ternganga luas. Dia ingatkan lelaki itu teman serumah Farith rupanya adik Farith. Chop-chop! Ada kemusykilan di sini. Adllea mengusap dagu. Kalau betul dia adik kepada Farith, mengapa Farith putih melepak tetapi dia ini hitam manis pula? Muka pun takder sama.

            “Kak Lea tak percaya katak bercermin mata empat itu adik Farith?”
            “Katak bercermin mata empat?” Tandan dahi Ummi berkerut. Adllea buat senyuman manis. “Kak Lea kena percayalah. Ummi tak tipu yang dia itu adik Farith. Perempuan mana berani dekat Farith kalau dia ada. Ummi pernah dengar cerita yang dia tampar seorang gadis itu kerana mahu berkenalan dengan Farith depan orang ramai.” Sambung Ummi. 

            Tampar? Uit! Biar betul ini lelaki berani tampar perempuan?
“Nampaknya sebelum kau mendekati Farith kau kena menghadapi katak bercermin mata empat itu dulu.” Celah Hidayat. Hidayat memang tahu yang Adllea ada hati sama itu Farith.

Adllea sudah agak rintangan memang hebat. Tapi aku, Adllea Abd. Rashid ini tidak gentar mahupun takut. Adllea sudah cakap Lautan China Selatan sanggup dia renang. Buaya dalam sungai sanggup dia hadapi maka katak bercermin empat ini tidak menjadi soal padanya. 

“Kau rasa aku perlu belajar seni Muay Thai tak?”
“Apa kena-mengena kau nak mengorat Farith dengan seni Muay Thai?”

“Tiada kena-mengena.”
“Habis tu?”

Adllea menongkat dagu. Dia sudah membuat masalah dengan adik Farith. Maka dia sudah terkeluar dari calon kakak iparnya. Tapi ada dia kisah? Dia tidak kisah pun.

“Kak Lea suka Farith ke?”

Adllea mengangguk laju. Dia sudah lama suka pada itu Farith. Perasaan cinta ini saja yang tidak mampu terluah dengan kata-kata. Chewah! Dia pernah juga hantar surat kepada Farith. Surat sebagai peminat misteri.

“Kak Lea kena ngorat katak bercermin mata empat itu dulu kalau Kak Lea mahu men-
dekati Farith. Jalan berliku Kak Lea tambahan pula Farith itu sudah ada girlfriend.” Muka Ummi macam tidak yakin dengan kemampuan dia. Abang dengan adik sama saja.

            Adllea terlupa pula pasal girlfriend Farith. Jahat ke dia mahu merampas kekasih orang? Dia rasa dia tidak jahat sebab Farith masih belum bertunang mahupun berkahwin dengan perempuan itu. Kiranya dia masih ada peluang. Jangan pandang rendah pada awek skuter macam dia.

            “Kak Lea lupa mahu bertanya dengan Ummi. Siapa nama katak bercermin mata empat itu?”
            “Ouch! Nama penuh dia Shaz Ariel.”

            “Shaz Ariel.” Adllea mengorak segaris senyuman. Oh! Itu nama katak bercemin mata empat. Nama Ariel itu macam sikit sama dengan nama penyanyi kumpulan Peter Pan. Nasib baik mukanya tidak seiras penyanyi yang mencetuskan kontroversi hangat di Indonesia itu.