Tab Menu

Followers

Thursday, August 11, 2011

SELAMA INI SAYA BERDIAM!

Isu Ciplak!

Selama ini saya berdiam dengan tuduhan2 pembaca pada novel coke and sundae. Saya tak nak ambil hati dan biarkan sahaja. Tapi kali ini saya tidak mampu berdiam diri lagi kerana ianya melibatkan nama syarikat penerbitan. Nak tuduh novel saya tak mengapa tetapi jangan melibatkan syarikat penerbitan. Mungkin Coke and Sundae ada unsur komik sebab sumber inspirasinya dari komik tapi perkataan 'CIPLAK' itu yang tidak sedap saya dengar hingga melibatkan syarikat penerbitan. Apa yang sama hanya sebab watak utama kuat (rasanya novel lain pun ada yang serupa) dan pasal beberapa yg kebetulan sama sikit sudah dituduh ciplak? Baik saya tiru bulat2 cerita komik yang dinyatakan itu baru boleh label ciplak pada saya.

Setiap penulis ada sumber inspirasi just novel kedua ini saya jadikan komik stail saya. Salah rupanya hingga di tuduh sebilangan pembaca ciplak. Nak kata ciplak macam mana novel2 ala boy over flowers, dan drama2 korean itu adakah anda juga mengatakan penulis itu ciplak sedangkan mereka menulis dengan kreativiti mereka sendiri. Saya tahu pembaca ada hak komen tapi kritikan orang itu agak melampui batas. Macam mana filem yg sama tetapi diubahsuai jln ceritanya, mengapa tidak komen ciplak di situ, Anda rugi menontonnya. Kalau drama korean boy over flower meniru hana yori dango dari jepun mengapa anda tak katakan dia ciplak yg memang saha-sah sama jln ceritanya? Sebab anda suka cerita itu lainlah anda tak suka maka macam2 tohmahan anda lemparkan. Coke and Sundae hampir banyak kali saya baca apabila isu kata CIPLAK ini diutarakan. Saya lihat dan nilai hasil tulisan tersebut. Jika ada kebetulan sama harap di maafkan. Saya hanya cuba menulis genre santai dan sampai orang itu menuduh novel pertama saya ciplak juga. Mengapa tidak sendiri bersemuka dengan saya dan cakap dengan saya terlebih dahulu mengapa nak bercakap di belakang. Apakah ini stail pembaca yang suka membuat tuduhan meluru tanpa bertanya? Ada juga novel lain yg dikata ciplak drama 'FULL HOUSE' kebetulan ada sikit babak seakan sama. Maaf saya saya katakan pembaca anda hanya tahu membuat kritikan di belakang takbir tanpa merujuk pada penulisnya dan bertanya.

Pakar menciplak! Kalau saya pakar ciplak saya tak perlu perah otak, saya ciplak bulat semua karya org lain tak payah nak buat ayat sendiri. Mudahkan? Asal novel itu top dan meletup maka adalah komen yang sebegini. Kalau novel itu down tiada pula nak komen hebat begini. hairankan? Sebab saya juga pembaca novel. semua genre novel saya baca. Suka saya baca dua tiga kali tak suka saya diam! Pada saya untuk apa saya kritik tulisan orang lain sedangkan kita pun belum tentu dapat hasilkan karya seperti dia.

Coke and Sundae...kisah semasa di tempat kerja lama, memang pasangan itu suka bergaduh dan si lelaki laser mulutnya. kalau ada bab2 stail dalam komik itu mungkin sedikit tetapi diolah penuh menjadi lain, Saya sudah kaji dan baca balik komik yg dinyatakan terpaksa pinjam dari kawan2 hantu komik.  Inspirasi pertama dari filem she's the man!

15 comments:

  1. sabor la ek.. xtau lak ade kes cmni.. ikut suke kite la nak karang novel cmne la kan..

    ReplyDelete
  2. ciplak? nape wujud isu ni plak? sy x nmpk pape pun ciplak. sabar ye cik writer.. karya awak, hasil awak. sape yg suka tuduh2 tu, sila jgn buat sakit hati orang lain. take it or leave it.

    cik writer, teruskan berkarya. sy suka sume e-novel awak! :)

    ReplyDelete
  3. sabar je sis..
    apa yang penting saya sokong akak
    ganbatte...
    biarlah apa orang nak kata..

    ReplyDelete
  4. Saperlah yang buat Ilya "bersuara" ni? Sian Ilya... :-( moga banyakkan bersabar... doa byk2 di bulan puasa ni diberi kekuatan hadapi apa jua kritikan dan cabaran yg mendatang..

    kitorang baca citer Ilya dan enjoy je semuanya.. pada yg tak suka karya Ilya, biarkanlah mereka.. Ilya ambil yg positif dan move forward..

    Teruskan menulis tapi takmo tension2.. :-) Take care!

    ReplyDelete
  5. sabar ye kak don't angry - angry anggap aje sebagai pencetus semangat akak untuk terus berkarya...

    sesuatu itu pasti ada dugaan sebab tu kebanyakan org yang berjaya adalah org berjaya merempuh ujian dan dugaan yang dihadapinya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana memberikan sokongan pada akak...InsyaALLAH akak akan terus bersemangat untuk meneruskan minat akak ini :)

    ReplyDelete
  7. Rasanya saya pernah juga terbaca komen tu dalam blog ke apa ntah, ada yang kata novel Ilya-coke and sundae tu ciplak komik. Sabarlah ya,janji Ilya tahu apa yang Ilya buat. Kadang-kadang bila ada sedikit saja persamaan, terus orang kata ciplak. Novel yang bagus memang akan kena kritik pedas-pedas.Pedulikanlah,janji saya suka baca novel Ilya ni-santai,dan boleh buat saya gelak ketawa.:)

    ReplyDelete
  8. kak ilya!! sape sesedap mulut je tuduh kak ilya camnih!?? grrr... geram!

    kak ilya sabar yea.. kusyi tetap meminati novel akak!

    *peace! :)

    ReplyDelete
  9. sabar ye kak :)) apew2 pown kami tetap sokong hasil karya akak! moga akak dimurah an rezeki! hehe

    Selamat berpuasa lorh <3

    ReplyDelete
  10. kak Ilya,org yg suka wat citer buruk ni sbenarnya org yang dengki dgn kejayaan org lain.
    Sy tak rasa pon karya Kak Ilya ni ciplak..
    apa pun kita org sntiasa sokong karya Kak Ilya...^_^

    ReplyDelete
  11. wlauapapun yg org kata tentang kak ilya..harap kak ilya dpt b'sabar n b'tenang..sesungguhnya Allah meluaskan rezeki kepada sesiapa yg dikehendaki-Nya dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa yg dikehendaki-Nya..

    ReplyDelete
  12. sabo ek..truskn smngt yg msih mmbara tu!hehe

    ReplyDelete
  13. Peduli apa orang nak kata.....yang penting gaya penulisan dan cerita yang adik tulis best.
    kalau kita terlalu fikirkan nk jaga hati orang.....sampai bila -bila tak akan berjaya.

    ReplyDelete
  14. salam....
    sabar la sis...ape2 pon novel sis tu memang great&happening gler.....

    ReplyDelete
  15. dorg 2 busuk ati ...xdpt time kenyataan yg novel akk TERBAIK!!!
    saba jelaa kak....pape pon troskan usaha...sye nk kumpulkan koleksi2 novel2 akk...~~~~

    ReplyDelete