Tab Menu

Followers

Wednesday, May 12, 2010

566 Hari Mencari Cinta_10


FIRDAYU dan Kid hadir dalam majlis meraihkan pertunangan Ruzair dan Fatin yang diadakan secara besar-besaran dalam dewan hotel. Kehadiran Firdayu dan Kid menjadi perhatian semua tetamu dalam majlis tersebut. Terutama sekali wartawan-wartawan yang sukakan bahan-bahan panas ini. Maklumlah Firdayu kan punya skandal dengan orang-orang ternama. Itu sebab dia sering menjadi buruan. Firdayu tidak endah apa yang wartawan tulis tentang dirinya. Lagi hangat dan panas lagilah dia suka. Kalau boleh tenggelamkan terus gossip-gossip panas di Malaysia ini. Memang perempuan yang pelik.
            Sengaja Firdayu memaut mesra lengan Kid. Kid adalah temannya pada malam ini. Tapi gaya skema Kid mencacatkan mood Firdayu. Tak mahu ubah style langsung. Berbuih mulut Firdayu suruh Kid ubah penampilan semalamm. Kid tetap buat dek. Kid suka sangat buat dia angin satu badan. Menyesal dia bawa Kid. Kalau tahu dia ajak Helmi menemaninya. Helmi tidaklah skema macam Kid. Tidak pun Datuk Wasef. Orang tua itu memang bergaya sakan.
            “Kalau rasa menyesal saya boleh balik.” Kid seakan dapat membaca fikiran Firdayu. Dia meleraikan pelukkan tangan Firdayu di lengannya.
            “I dah ajak you so I tidak akan balik seorang diri tanpa you.” lantas lengan Kid diraih kembali.
            “You tak malu ke mat skema jadi teman you malam ini?”
            “Kalau mereka tanya apa susahnya. I katakan you ini bodyguard I. You ingin I kepingin sangat ke nak bergandingan dengan mat skema macam you.” Firdayu memuncungkan bibirnya yang tercalit gincu berwarna merah garang.
            Kid angkatkan keningnya. Mat skema. Skema sangat ke dia? Lantaklah apa yang Firdayu nak cakap. Yang penting dia menjalankan tugasnya dengan baik.
            Firdayu hanya memerhatikan Ruzair dan tunangannya Fatin dari jauh. Di depan mata semua Ruzair dan Fatin pasangan yang sangat sepadan. Tapi di mata Firdayu psangan itu adalah pasangan yang paling buruk di matanya. Dia lebih layak berada di sebelah Ruzair bukannya Fatin. Tunggulah masanya akan tiba. Dia akan buat Ruzair tergila-gilakan dia. Melutut dan merayu cinta dari dia.
            “You jealous ke tengok Ruzair dan Fatin?” Fahmy muncul di sisi Firdayu.
            “I nak jealous. Pleaselah…you ingat I tak boleh nak rampas Ruzair dari Fatin? You sepatutnya kenal siapa I, Fahmy.  I tidak akan mengaku kalah sebelum I bermain, Apa yang I nak pasti I akan I dapatnya tidak kira dengan cara apa sekali pun.” Firdayu menyorot ke arah Fahmy. Fahmy menelan air liur.
            “Perempuan macam Cik Firdayu tidak akan makan saman Encik Fahmy. Maaf saya katakan yang Encik Ruzair adalah calon paling atas dalam senarai mencari cinta Cik Firdayu.” celah Kid selamba. Tidak dihiraukan dengan jelingan mata Firdayu. Bukan menakutkan pun.
            “What?” Mata Fahmy membulat besar. Kes naya ni bila Ruzair sudah ada dalam senarai perempuan jahat ini. Firdayu…Firdayu….lelaki yang sudah berpunya yang kau kejarkan. Dia mesti menghalang niat jahat Firdayu pada Ruzair. Tidak akan dibiarkan Ruzair masuk dalam jerat percintaan poison ivy ini.
            Fahmy alihkan mata menatap wajah Kid yang berdiri rapat di sisi Firdayu. Erat betul Firdayu memaut lengan PAnya itu. Lelaki itu pula begitu setia bekerja dengan Firdayu. Fahmy mengerutkan dahinya. Entah mengapa dia seakan tidak senang dengan Kid. Rasa seperti Kid lelaki yang memerbahayakan. Isk! Tak baik pula mengesyaki Kid. Kid kan pekerja yang dicari oleh Encik Fahrin setelah berpuluh-puluh PA anaknya itu kena pecat. Tak tahan dengan karenah Firdayu yang terlalu cerewet. Kalau dia berada di tempat mereka pun dia tak tahan. Hari-hari berdesing telinga dengar celoteh Firdayu yang macam bertih jagung.
            “Mulut you patut kena plaster Kid.” rengus Firdayu.
            “Yue…you masih tak berubah-ubah. Apakah semua kerana Rusky baru you nak mendekati Ruzair. Lupakan Rusky.”
            Berubah wajah Firdayu bila Fahmy menyebut nama Rusky. Kid perasan perubahan pada wajah boss nya itu. Dia pandang tajam ke wajah Fahmy. Fahmy tersentak dengan renungan Kid. Apakah Kid juga tahu tentang Rusky?
            “Jangan campur urusan peribadi I. Sekali pun ia berkaitan dengan Rusky itu bukan masalah you. Lebih baik you tengok saja permainan yang I caturkan kepada Fatin dan Ruzair. Ingat! Jangan pandang rendah pada black queen. I ada knight dan castle yang hebat di barisan pertahanan I.” Firdayu menegaskan pendiriannya. Jika Fahmy mahu menjadi penghalang. Dia tidak mungkin akan berlembut hati pada teman baiknya itu.
            “Yue…” Fahmy mengeluh hampa. Dia terpaksa memillih untuk melindungi Ruzair dari Firdayu. Perempuan kadang-kala lebih menakutkan dari lelaki.
            “Lindungi kawan you baik-baik. I tidak berani jamin yang I akan berlembut hati. You sudah lama mengenali I jadi you tahu I perempuan yang bagaimana? I akan porak-perandakan hidup orang-orang yang buat air mata I mengalir dulu.” Firdayu ketawa kecil.
            “Yue!” Fahmy separuh menjerit. Suara Fahmy yang agak kuat itu menarik perhatian umum. Bila Firdayu sudah mengeluarkan kenyataan begitu. Memang payah nak menyelamatkan Ruzair dari masuk ke dalam genggaman poison ivy ini. Fahmy sendiri tak yakin boleh menangani Firdayu.
            “Ermmmm…panas betul di sini. I mahu keluar ambil angin.” Firdayu melepaskan pautan di  lengan sasa Kid. Dengan gaun labuh mencecah lantai itu dia berlalu pergi. Kid mahu pun Fahmy tidak menyekat langkah wanita itu. Tarik nafas lega adalah.

FIRDAYU berdiri di tepi kolam renang itu sambil menikmati keindahan malam tanpa ditemani sesiapa. Kesejukkan angin malam menyebabkan Firdayu memeluk tubuhnya yang agak terdedah itu. Tidak bentah berdiri lama di situ, dia memalingkan tubuhnya. Tidak perasan dengan kehadiran seorang pemuda berjalan di belakangnya. Mereka berlanggar. Akibatnya Firdayu telah menyebabkan kamera digital di tangan pemuda itu jatuh dalam kolam renang. Firdayu menekup mulut.
            “I’m so sorry…I’m sorry…” ucap Firdayu dengan wajah bersalah.
            “What sorry? Kau tahu tak aku terpaksa ikat perut untuk mendapat kamera ini. Kamera ini adalah kesayangan aku. Tanpa dia aku lesu dan tak bermaya.” Pemuda itu mengusap-usap kamera kesayangannya. Dicium bertalu-talu. Geli hati Firdayu melihat tingkah-laku budak pemuda itu. Macam orang tak betul saja. Setakat kamera harga ribuan ringgit itu dia boleh gantilah.
            “Dah macam kekasih you pula.”
            “Dia memang kekasih aku!”
            “Nonsenses! Are you crazy! Benda yang tak bernyawa ini kau anggap macam benda hidup.” Firdayu menjuihkan bibir.
            “What nonsenses? Orang berada macam kau apa tahu. Habiskan duit berjoli sana sini. Nak apa semua dapat. Aku lain. Aku orang susah. Nakkan sesuatu kena berusaha keras. Aku lebih suka kalau benda yang aku nak adalah dari hasil titik peluh aku.” Pemuda itu mengangkat mukanya.
            “Rupanya Ahmad Alfi anak Datuk Wasef!” Firdayu ketawa kecil.
            Alfi memalingkan tubuhnya. Dia menatap wajah jelita Firdayu dengan pandangan menyampah. Kenapa perlu bertemu lagi dengan wanita ini untuk kali yang ketiga. Afli tidak mahu menunggu lebih lama di situ. Dia tidak akan bazirkan kata-katanya untuk wanita seperti Firdayu. Buang masa!
            “Beginikah caranya anak Datuk Wasef bertegur sapa dengan bakal ibu tiri dia.” Firdayu buat muka. Dia berjalan ala-ala catwalk menghampiri Afli. Jemari halusnya sudah mengusap-usap wajah cute Alfi. Ya! kedinginan Alfi makin menarik minat Firdayu sejak mereka bertemu dalam majlis hari lahir di banglo mewah Datuk Wasef. Makin liar kijang yang diburu itu makin dia ingin mendapatkannya.
            “Kau memang perempuan ular! Poison ivy!” Alfi merentap garfu-garfu runcing Fidrdayu yang kian berani menjalar pada tubuhnya pula. Gatal punya perempuan. Alfi tidak senang dengan prilaku Firdayu itu.
            “Hahahahaha! Firdayu ketawa lantang. Macam-macam gelaran yang dia terima dari mulut-mulut orang membencinya. Dia tidak kisah. Makin dibenci makin dia berani membenamkan mereka terus ke bawah. Itu yang dia inginkan.
            “Berjaga-jaga Alfi. Jangan sampai you lihat mama you meraung di bawah kaki I. I boleh buat family you papa kedana kalau I mahu.”
            Alfi mengetap bibir merenung wanita itu atas bawah. Kata-kata Firdayu berbaur ugutan. Celaka punya perempuan! Mula dia menyumpah seranah. Dia memang dah agak Firdayu ada scandal dengan ayahnya, Datuk Wasef. Berita itu sedang luas diperkatakan dalam media terkini, hiburan sensasi. Bermacam-macam lagak aksi Firdayu ditonjolkan bersama ayahnya. Terutamanya apabila melibatkan majlis orang-orang besar. Tak lekang ayahnnya berada di sisi Firdayu. Entah-entah segala kekayaan yang Firdayu miliki hasil dari wang  lelaki-lelaki yang dia dampingi.
            “Jangan kau berani usik family aku!” Alfi meninggikan suaranya. Dia tidak mahu lihat mamanya mengalirkan air mata lagi kerana papa lagi.
            “I dah agak you sayangkan mama dan adik you. Apa kata kalau I berurus niaga dengan you. I sebenarnya dah bosan bermain-main dengan ayah you. Orang tua itu meletihkan urat sendi I. Tak seronoklah. I hanya mahu you menggantikan tempat dia. I tahu you memang dah lama mencari jalan untuk menjatuhkan ayah you.” Firdayu merenung ke dalam anak mata Alfi. Bila dia berbuat demikian pasti anak muda itu akan mengalihkan kepalanya. Tiada sesiapa yang berani bertentangan mata sedemikian dengan dia selain Kid yang bermuka stone itu.
            “A…apa yang kau tahu pasal aku.” Wajah Alfi berpeluh. Dia tidak senang dengan kata-kata Firdayu sebentar tadi.
            “Setiap lelaki yang akan masuk dalam senarai permainan I secara automatiknya I
akan tahu semua pasal dia. Seperti mana I tahu pasal you dan father you Mr. cute.” Makin lebar senyuman di bibir Firdayu. Siapa lagi yang jalankan kerja korek-mengorek data orang ini kalau bukan pembantu setianya Kid. Kid tidak sesekali gagal dalam menjalankan tugas yang dia berikan. Biasalah kalau dah perempuan jahat mestilah mainkan peranannya betul-betulkan. Aku akan kacau hidup budak bernama Ahmad Alfi Datuk Wasef ini.
            “Aku takkan terpedaya dengan muslihat jahat kau!” Alfi memintas Firdayu. Mengapa perlu dia jadi sasaran perempuan jahat ini?
            “I percaya you akan cari I nanti. Melutut di kaki I!” Firdayu ketawa lantang. Seronok melihat wajah Alfi yang merona merah. Alfi pekakkan telinga dengan tawa Firdayu.
            Alfi merengus geram. Dia tidak sepatutnya melayan bicara Firdyau. Kalau bukan kerja sambilan sebagai jurugambar bebas jangan harap dia mahu datang ke majlis begini. Langkah Alfi terhenti apabila melihat susuk tubuh sasa yang berdiri di tengah jalannya itu. Bukankah itu PA kepada Firdayu. Lelaki yang menolongnya hari itu tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepada Kid. Lelaki yang seakan dia kenali.
            Kid merenung Alfi dengan pandangan yang tajam menikam. Bergentar Alfi dengan renungan tajam dari Kid. Menakutkan betul. Berundur setapak Alfi. Kid menghampiri. Dia tepuk bahu Alfi lembut sebelum melintasi pemuda itu. Alfi tersentak. Betullah! Dia rasa dia kenal Kid. Belum sempat dia mahu memanggil Kid. Kelibat sudah hilang dari pandangan matanya. Alfi mengeluh hampa. Serentak itu telefon bimbit Alfi berbunnyi. Bibir Alfi mengulum senyuman melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya.
            “Assalamualaikum…”
            “Waalaikkumsalam. Fie…awak di mana sekarang?” lembut suara gadis dalam talian itu.
            “Saya berada di hotel ambil gambar untuk majlis malam ini. Macam mana? Awak dapat cari dia? Saya rasa maklumat yang awak cari itu dah cukup lengkap.”
            “Ermmm…Thanks. Awak banyak membantu saya. Saya kini sudah berada di rumah atuk cuma saya belum dapat berjumpa dengan dia saja lagi. Atuk kata dia bekerja di Kuala Lumpur sekarang.”
            “Sabarlah Liya. Saya yakin awak akan bertemum dua mata dengan abang kesayangan awak itu. Kalau awak nak saya boleh bantu awak cari dia di sini.”
            “Terima kasih Fie. Awak sudah terlalu banyak membantu saya. Saya akan ke Kuala Lumpur nanti sebab saya dah dapat kerja sambil itu boleh saya cari abang saya.”
            “Saya akan tunggu kedatangan awak di sini.” Alfi ketawa girang. Inilah saat yang dia nantikan. Rindu pada wajah lembut Aliyah, kekasih hatinya.

1 comment:

  1. wah...Firdayu nih....
    ngan budak kecik pun nak wat hal..hahaha
    akan terbongkarkah rahsia KID?????
    suspen nih....

    ReplyDelete