Tab Menu

Followers

Wednesday, May 12, 2010

566 Hari Mencari Cinta_11

Mr. Nice guy

KID memang sengaja mahu cari pasal dengan dia. Nak perli dialah sampai carikan calon yang berkelulusan Universiti Al-Azhar. Pensyarah dari UIA (Universiti Islam Antarabangsa). Jaga kau Kid! Nahas kau aku kerjakan kau nanti! Ini yang Kid katakan mahu berikan suprise pada dia. Mana padan dengan dia yang sepenuh masa hidup bersosial ini. Tak bestlah kalau terkongkong dan berpakaian tutup liput. Rimas! Dia belum bersedia nak buat itu semua. So dia tak mahu jadi hipokrit. Selamba saja dia pakai seksi meksi bertemu dengan lelaki ini. Apa nama dia. Syah Izuan Bin Syah Idris. Sedap jugak nama lelaki ini. Orangnya pun boleh tahan machonya. Tapi tak sesuailah dengan dia. Dia bukan wanita yang baik-baik.

Firdayu menghirup kopinya yang sudah suam-suam panas itu. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari bibirnya. Tiada topik perbualan dari awal pertemuan mereka. Firdayu membisu. Syah Izuan pun membisu. Membosankan! Tak boleh tahan dah ni. Rasa nak siat-siat saja daging Kid buat gulai lemak cili api. Memang tak boleh sabar dah. Firdayu bingkas bangun menghentak tangan di meja.

“I nak balik.” Firdayu menarik beg tangan mahalnya.

“Sorry jika saya membosankan awak. Saya sendiri pun tak tahu apa-apa tentang temujanji ini. Semuanya diaturkan oleh family saya.” Syah Izuan bersuara. Dia menundukkan kepala. Tidak mampu menatap ke muka Firdayu. Boleh bergegar iman melihat cara Firdayu berpakaian. Haruman yang dipakai pun sudah menusuk masuk dalam lubang hidung.

“Oh! Aturan family rupanya. You memang anak yang baik. Tapi I tidak layak untuk you. Maksud I bukan you yang tidak layak buat I tapi I. I perempuan jahat.” Segaris senyuman terukir di hujung bibir basah Firdayu. 

Syah Izuan mengangkat kepala. Tidak berkelip matanya memandang Firdayu yang sedang meleret senyuman manis itu. Terang-terangan Firdayu mengaku dia bukan perempuan yang baik. Pengakuan yang mengejutkan Syah Izuan.

“Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.” perlahan tutur kata Syah Izuan.

“Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. I perosak! Baik you lupakan aturan temujanji yang mengarut ini. I tidak minat bermain dengan Mr. Nice guy.”

“Pelik awak ni. Tiada orang yang nak mengaku dirinya seorang jahat. Lagi-lagi wanita yang berkerjaya macam awak. Awak lupa sesuatu. Yang baik boleh juga menjadi jahat dan yang jahat boleh juga menjadi baik.” 

Ketawa Firdayu dengan ungkapan terakhir yang keluar dari mulut Syah Izuan.

“You macam Kid.”

“Sebenarnya you tidaklah nampak jahat di mata saya. Apa kata kita mulakan perhubungan ini dengan persahabatan.”

“Awak nak bersahabat dengan perempuan jahat macam saya. Awak ini sungguh kelakar. Awak tak takut saya makan awak juga nanti. Saya ni pantang tengok lelaki yang memenuhi cita rasa saya.” Firdayu mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.

“Saya tak rasa saya adalah lelaki yang memenuhi cita rasa awak. Tak salah kita berkawankan.” Syah Izuan mula rasa selesa menuturkan kata dengan wanita di hadapannya itu. Firdayu tidak seteruk yang digambarkan oleh media sebelum ini.

“You serious mahu berkawan dengan I.”

“Ya. Saya rasa lebih selesa begitu. Kita boleh saling mengenali melalui persahabatan.” Syah Izuan masih memberikan cadangan sama kepada Firdayu. 

Firdayu menghela nafas panjang. Lelaki yang pelik. Tapi Kid lebih pelik dari lelaki ini. Apa yang tidak peliknya. Semua latar belakang Kid serba-serbi misteri. Babah pun tak mahu cerita pasal Kid. Bila tanya panjang-panjang nanti babah tarik muka dengan dia. Boleh tahan juga rajuk babah. Mengalahkan budak kecil.

“Persahabatan. Boleh jugak. Tapi jangan sampai pula you terkejut dengan sikap I nanti sampai memutuskan persahabatan yang you pintakan ini.”

“Insya-ALLAH tak.” Syah Izuan mengukir senyuman. 

“Awak memang lelaki yang baik-baik.” Firdayu tidak jadi mahu beredar. Dia menarik kembali kerusinya di hadapan Syah Izuan. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berbuat demikian sedangkan dia merasakan Syah Izuan sungguh membosankan tadi. 

Di luar cermin kaca besar itu Kid memerhati dengan muka stone nya. Kid menanggalkan kaca mata hitamnya. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya. Dia hanya mahu memastikan keselamatan Firdayu saja. Kid tak mahu jadi seperti kes sebelum ini. Orang gila yang bertemu janji dengan Firdayu. Masak dia kena bebel dua puluh empat jam dengan bossnya itu. Biasalah kesilapan teknikal sedikit. Firdayu pun tidak menolak untuk keluar bertemujanji. Sayang muka hensem nak mampus tapi orangnya ada masalah. Hari itu juga orang gila itu dihantar ke rumah sakit jiwa. 

“Sayangnya gila. Kalau tidak boleh jadi boyfriends sementara I.” Patah perkataan yang keluar dari bibir Firdayu. Betul-betul buat Kid terperanjat ketika itu. Ada jugak masa sewelnya si wanita jelita itu.

Rasanya lelaki kali ini tiada masalah. Kid sudah habis-habisan menyiasat latar belakangnya. Dia cari lelaki yang baik-baik bukan nak memerli Firdayu. Dia cuma mahu bagi Firdayu sedar sikit. Bukan semua lelaki dalam dunia jahat dan boleh dipermainkan dengan sesuka hati dia saja. Firdayu adalah wanita yang tidak percayakan pada CINTA. Tiada punca pun Firdayu mempermainkan cinta lelaki. Nak kata Firdayu pernah kecewa dalam bercinta. Rasanya tidak! Firdayu mana pernah bercinta dalam seumur hidupnya. Main-main cinta adalah. Dia berdendam dengan Fatin pun hanya kerana disebabkan Fatin mendedahkan gambar-gambar dia bersama lelaki yang berlainan di hadapan bakal tunang dan baka keluarga mertua dia. Bila bocor rahsia, Firdayu mengamuk sakana. Sudahlah ketika itu majlis pertunangan sedang berlangsung. Dia nak kahwin pun sebab lelaki itu anak jutawan beb. Boleh kikis semua hartanya. Ketika itu memang berita terkini hiburan sensasi. Rata-rata semua orang bercerita tentang Firdayu.

Harap-harap Syah Izuan dapat menjinakkan Firdayu. Biar Firdayu buka topeng palsu yang membaluti wajah jelita itu. Dia mahu lihat perubahan baru pada Firdayu. Sudah terlampau over jahatnya. Itu pun setelah dirayu-rayu oleh Fahmy meminta dia menyekat Firdayu dari terus membuat onar. Ingat mudah sangat ke nak menyekat poison ivy ini! Bukan kerja yang mudah tahu.

“Benarkah awak tidak percaya kepada cinta?” soal Syah Izuan. Firdayu laju menggelengkan kepala. “Awak pernah dikecewakan?” sambungnya lagi. Firdayu gelengkan kepalanya lagi.

“I tidak pernah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki yang I dampingi. I keluar bersama mereka hanya sekadar suka-suka.” 

“Sampai begitu sekali. Tapi maybe satu hari nanti awak akan jumap cinta sejati
awak. Siapa tahu lelaki itu hanya berdekatan dengan awak.”

“I akan jatuh cinta. Itu perkara yang tidak mungkin akan berlaku. Tiada lelaki yang mampu menakluki hati I.” balas Firdayu penuh yakin. 

“Jodoh…pertemuan…semuanya di tangan Tuhan. Semua manusia di muka bumi dijadikan berpasang-pasangan. Saya harap awak tidak terasa dengan kata-kata saya.”

“I terasa. Pleaselah…I bukan jenis yang mudah terasa hati.” Firdayu ketawa kecil. Dalam hati rasa nak cekik-cekik saja leher mamat depan matanya itu. Banyak songeh pulak dia. Ingat aku hingin sangat khidmat nasihat dia. Dah cukup baik aku terima sebagai kawan.

2 comments:

  1. aik...Firdayu pernah bertunang ker....ngan RUSKY ker....
    hehehe...kali ini KID dpt kenakan Firdayu...
    Best...Best...

    ReplyDelete
  2. pandailah syah slow talk dgn fir......best!!!!!!! tapikan, nak kid dgn firdayu..................

    ReplyDelete