Tab Menu

Followers

Friday, June 18, 2010

566 Hari Mencari Cinta_14


“KOPI Cik Firdayu.” Kid menghulurkan cawan kopi kepada Firdayu. Firdayu anggukkan kepala. Dia letakkan cawan kopi di sisi lukisannya. Sehari suntuk dia perlu siapkan rekaan fesyen terbarunya itu. Sakit segala urat sendinya. Balik nanti dia nak minta Kak Diah uratkan badan. Jika tidak mahu esok tak datang pejabat dah. Mahu terbuntang atas katil sampai petang.
            “Kelam kabut kerja I bila you tiada. I tak patut benarkan you bercuti untuk iklan komersial Datin gempal itu.” rungut Firdayu. Aliyah tak banyak membantu. Orang baru. Lepas ini jangan harap dia nak bagi Kid cuti  lagi.
            “Ingatkan Cik Firdayu suka bila saya tiada.”
            “Suka hotak you! Sengsara adalah!” marah Firdayu. Huru-hara bila Kid tiada. Terpalit senyuman kecil di hujung bibir Kid.
            “Saya minta maaf Cik Firdayu. Tapi bukan salah saya. Cik Firdayu yang benarkan saya bercuti.”
            “Hmmm! Apa kata malam ini you memasak di vila I? Dah lama I tak rasa masakan you. Orang gaji baru I masak tak sedap.” Mata Firdayu menumpukan perhatian pada kertas kerja. Babah selalu cari orang gaji yang tidak kena pada citarasanya. Masak tak reti. Kemas rumah pun tak teratur. Semak mata tengok keadaan dalam vila itu. Babah seorang saja yang suka. Tak ada komen langsung keluar dari mulut babah.
            “Apa kata saya carikan Cik Firdayu orang gaji yang baru? Saya adalah kenal chef-chef yang agak terkenal jugak.
            “You perli I Kid.” Firdayu beliakkan biji mata merenung Kid.
            “Perli apanya pula. Kan Cik Firdayu kata tadi orang gaji baru Cik Firdayu masak tak sedap. Chef masak mesti lebih sedapkan sebab mereka ada sijil kelulusan dalam bidang masakan. Macam-macam masakan dari pelbagai negara Cik Firdayu boleh rasa.”
            “I just nak rasa masakan dari you. Lepas ini you kena jadi tukang masak I juga bila I perlukan.” Ada saja tugas yang mengarut Firdayu berikan pada Kid. Tugas PA dah macam tugas Butler.
            “Kalau macam itu cik kenalah gandakan gaji saja sebab gaji yang cik berikan hanya untuk tugas saya sebagai PA cik tidak lebih dari itu.” Kid buat tawar menawar. 
            Firdayu mengetap bibir. Berkira juga mat skema seorang ini. Dia bermain-main dnegan pensil mekanikal yang berada di tangannya. Perlu berfikir sejenak.
            “Okay-okaylah. I naikkan up gaji you.”
            “Deal! I akan masakan untuk you bila-bila masa you inginkan.”
            “Buat dessert sekali. I suka makan dessert buah you. Sedap.” Pujian ikhlas dari Firdayu.
            “Nampaknya kita kena tangguhkan untuk calon temujanji seterusnya memandangkan Cik Firdayu sibuk dengan kerja Cik Firdayu yang tertangguh. Saya pinta selepas ini Cik Firdayu sila bertanggungjawab dengan kerja cik.” Kid mencapai lukisan-lukisan rekaan yang telah disiapkan oleh Firdayu. Sungguh kreatif rekaan pakaian yang Firdayu hasil.
            “Eloklah tu. I pun dah bosan asyik keluar bersama calon-calon yang tidak memenuhi criteria lelaki idaman I. You memang tak pandai pilih calon suami I. Carilah yang hebat-hebat macam Ruzair.” Mulalah Firdayu bagi komen macam-macam. Dullu dia juga yang tidak kisah dengan pemilihan calon yang diberikan. Perempuan seorang ini makin cerewet.
            “Baiklah Cik Firdayu. Saya akan cari lelaki-lelaki yang hebat seperti Cik Firdayu inginkan.”
            “Tak perlulah Kid. I ada empat calon yang sesuai untuk I sekarang ini. I akan pilih salah seorang dari mereka untuk calon cinta I.” Meleret senyuman nakal di bibir Firdayu. Kid tak terperanjat pun. Dia memang dah tahu yang perempuan seorang ini banyak muslihat. Licik! Perempuan plastik!
            Calon-calonlah adalah Encik Ruzair Tan Sri Hamzah jutawan muda terkenal, Encik Hamizi Jasni penyanyi yang digilai ramai, Encik Ahmad Alfi Datuk Wasef lelaki muda pertama jadi perhatian, Dato’ Aminuddin Rashid bujang telajak yang kaya raya dan Mr Goh mamat cina kacukkan mat salih itu. Tiada seorang pun mamat yang miskin dan tidak berharta dalam senarai. Apa salahnya pilih, abang jual burger ke, mamat kerja dekat Mc Donald ke? Penggembala lembu ke? Koman-koman cikgu sekolah. Rasanya semua terus reject dek Firdayu walaupun hensem macam mana pun.
            “Setahu saya calon-calon idaman Cik Firdayu tu sudah ada yang punya. Tak baik kacau keharmonian hubungan orang lain. Apa kata cik pilih Encik Syah Izuan tu tak pun
Mr. Perasan bagus cik. Dua orang lelaki yang tak kurang hebatnya.”          
            “Kalau nakkan mereka dah lama I on tahu. Dua mamat tu menjengkel hati I tahu tak. You saja nak memanaskan hati I.”
            “Apa salahnya dipanaskan kalau dah selalu sejuk Cik Firdayu.” tutur Kid selamba. Dia angkat cawan yang sudah kosong itu. Firdayu tidak membalas. Tiada gunanya. Kid bukan kisah pun kalau dia melenting. Kebal betul mat skema seorang ini dengan maki hamun dia.
           Sebaik saja keluar dari bilik Firdayu, muka Dato’ Aminuddin Rashid terpacak di depan pintu masuk. Lelaki awal 40-an itu membawa sejambak bunga bersamanya. Biasalah lelaki idaman Firdyau mesti kacak dan segak. Dan lebih utamanya banyak harta berlori-lori. No money no talk! Dato’ Aminuddin mengaturkan langkah ke bilik Firdayu. Yang nyata kehadiran Dato’ Aminuddin mengejutkan staf-staf di ‘Rosette Fashion Designer. Jangan tak kenal. Dato’ Aminuddin juga antara lelaki terkaya di kota metropolitan ini. Hampir-hampir menandingi kekayaan Ruzair Tan Sri Hamzah.
            Dato’ Aminuddin melintasi Kid dengan senyuman manis yang terukir di bibir. Mestilah maniskan takkan masam pulak. Maklumlah wanita yang digilai itu perawan jelitawan. Wanita idaman lelaki masa kini.
            “Cik Firdayu ada?” tegurnya lembut. Kid sekadar anggukkan kepala.
            Dato’ Aminuddin mengetuk pintu bilik pejabat Firdayu sebelum melangkah masuk. Seperti kebiasaan bila ada cerita hot mereka mula berlonggok di satu tempat. Mana lagi kalau bukan di meja Kid. Hanya Luqman yang melekat di kerusinnya menyiapkan rekaan.
            “Wah! bukan main poison ivy tu. Setahu I Dato Aminuddin dah ada girlfriends. Model lagi tu. Bila masa pulak dia terjerat dengan poison ivy ni?” gerutu Rosimah.
            “Lelaki bila terpandang perempuan cantik mudah lupa diri. You lupa ke yang Cik Firdayu kita lebih cantik dari model yang tak cukup makan tu. Tiada lagi lelaki kaya tidak terlepas kena ngap dengan Cik Firdayu.” sampuk Linda. Aliyah hanya mendengar tidak pernah menyampuk sepatah kata pun. Rosimah yang menarik dia bersama untuk bergosip.
            “I sependapat dengan Lin.” celah Andy. Dia kerling pada Kid yang sibuk meng-
hadap skrin komputernya. Kid mana pernah mengutuk boss bersama mereka. Bodoh betul asyik ikut apa saja telunjuk perempuan jahat itu.
            “I heran tengok lelaki-lelaki cair bila tengok pison ivy tu. Entah-entah dia pakai minyak pelaris kot. Pelik tau.” Rosimah menyatakan kemusykilannya. Siap yang tidak pelikkan. Lelaki-lelaki yang mengejar Firdayu itu ada kekasih yang tidak kurang hebatnya. Sanggup mereka tinggalkan kekasih mereka demi Firdayu.
            “Isk! Tak mungkinlah zaman dah moden begini orang masih gunakan benda-benda syirik tu. Lagipun Cik Firdayu mana percayakan benda-benda macam itu. Hantu pun dia tak percaya.”
            “Hantu pun takut takut dengan dia Imah.” desis Andy.
            “Kalau dia rampas boyfriends I, memang kaw-kaw I kerjakan dia.”
            “Kau ada boyfriends ke Imah?” soal Linda.
            “Dia mana ada boyfriendslah. Perasan saja yang lebih. Ingat you mampu nak tandingi poison ivy tu.You tak layak Linda.” selar Andy.
            Rosimah memang selalu tunjuk diri dia bagus. Ini lagi seorang perempuan yang tidak sedar diri. Ada hati nak bersaing dengan Firdayu yang sah-sah memang perempuan high class tiada tandingan. Ukur bajulah di badan sendiri. Setakat mulut saja yang hebat berkata-kata tiada maknanya. Firdayu yang jahat itu tidak akan mampu ditumpaskan.
            “Kalau nak mengumpat pasal Cik Firdayu, boleh tak kamu sekalian pergi ke tempat lain? Saya ada kerja yang perlu siapkan sekarang.” Kid bersuara macam bengang. Satu-persatu dia pandang muka teman-teman sekerjanya itu tajam.
            “Entah korang ni. Mengumpat dekat dengan meja boyfriends I. Tengok dia dah marah tau.” Andy menyampuk. Siap urut-urut bahu Kid lagi. Geli-gelemenlah.
            Kid bingkas bangun. Macam biasa. Kid heret Andy dan humban mamat lembut tu ke mejanya semula. Kepala Andy tepat masuk ke dalam bakul sampah. Makan sampah kawan tu. Siapa suruh nak menggatal dengan Kid. Mengata Linda, dia pun sama tidak sedarkan diri. Yang lain hanya bertepuk tangan melihat Andy kena humban dengan Kid. Kid memang tak suka bila Andy ambil kesempatan pada dia. Mulalah Andy buat gaya manjanya hentak-hentak tangan dan kaki. Tidak puas hati dengan layanan Kid pada dia. Benci tau!
            Rosimah dan Linda menghampiri Andy yang masih terbaring di lantai. Mula-
mula dulu memang mereka terkejut lihat Andy kena humban sekarang tidak lagi. Maklumlah mereka orang baru bekerja. Andy dikira orang lama berada di ‘Rosette Fashion Designer’ bersama Luqman.
            “Dia tidak akan sukakan you, Andy. Terimalah hakikat.” Linda menepuk-kepuk lembut bahu Andy.
            “Huhuhuhu…” Andy merengek-rengek halus.
            Pada waktu yang sama Firdayu keluar bersama Dato’ Aminuddin. Firdayu kerut dahi tengnok keadaan Andy yang terbaring atas lantai dengan tong sampai yang berselerakkan. Dia pandang ke muka Kid. Kid biasalah tak tunjuk reaksi apa-apa pun. Ligat menyiapkan kerja di komputernya. Firdayu menghela nafas panjang. Tahu sajalah kalau Andy berkeadaan begitu teruk semestinya ia adalah perbuatan Kid.
            “Staf I memang suka bergurau, Dato’.” Firdayu ketawa halus.
            “Good. Itu akan mengeratkan hubungan antara mereka lagi.”
            “I hantar you keluar.”
            “Thanks. I harap you pertimbangkan tawaran I Cik Firdayu.”
            “I akan pertimbangankan.” Firdayu menghantar Dato’ Aminuddin hingga ke pintu keluar. Kemudian dia menjeling ke arah Kid yang buat-buat tidak nampak. Deras langkah tapak kaki Firdayu merapati meja Kid.
            “Kid! Come in!” arahnya keras.
            “Baik Cik Firdayu.” Kid bingkas bangun.

1 comment:

  1. hehehe....
    gelinya hati ngan Andy nih....
    dah berkali2 kena humban pun x serik lg....hahaha

    ReplyDelete