FALIQ melonggarkan tali lehernya. Cuaca panas itu buat badannya rasa melekit dan tidak selesa. Mesyuarat yang dihadiri memakan masa yang begitu panjang. Naik kematu punggungnya duduk di atas kerusi. Sukar sekali untuk memuaskan hati pihak klien yang sememangnya cerewet. Dia bukan jenis yang suka bertekak seperti ibunya. Bila ibu buka mulut sesiapa pun tidak berani untuk menyangkal kata-kata ibu. Sesekali dia tidak setuju dengan cara ibu yang terlalu tegas. Ibu buat orang bawahannya menjadi takut. Buat kerja dengan begitu concentrate. Ibu menjadikan suasana kerja hening dan suram. Faliq pernah menegur namun ibunya buat tidak peduli.
Briefcasenya diletakkan di belakang kereta. Faliq mahu terus pulang ke rumah dan berehat. Beban kerja sesekali menyeksakan nafasnya. Kerja perlu disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Faliq tidak suka merungut atau membebel. Jika kerja memerlukamn masa yang singkat perlu disiapkan dia akan berteleku di dalam pejabat hingga ke pagi hari. Faliq menarik nafas panjang. Kunci keretanya dipulas. Serentak itu berderu bunyi enjin BMWnya itu. Faliq mula memasukkan gear kereta. Dia memusingkan stereng kereta untuk keluar dari tempat parkirnya. Tika itu matanya terpaku pada seorang gadis yang sedang membantu seorang wanita tua yang jatuh di bahu jalan. Diamati gadis tersebut. Batrisyah!
Serta-merta Faliq mematikan enjin keretanya. Tidak menduga bertemu dengan gadis itu di tempat begini. Faliq bingkas keluar dari kereta. Dia mengamati tingkah-laku Batrisyah tanpa disedari oleh gadis itu.
Batrisyah membongkokkan tubuh memungut barang-barang wanita tua itu yang berselerakkan di atas jalan. Geram sungguh hatinya dengan perangai anak-anak muda sekarang. Wanita tua begini pun mereka tiada belas rasa kasihan. Diragut beg yang dibawanya. Orang sekeliling pula hanya memandang tanpa memberikan sebarang bantuan. Kejadian itu seakan tidak dilihat oleh mereka. Beginikah sikap orang ramai yang tidak mengambil endah perihal orang lain. Bagaimana pihak polis ingin membenteras jenayah jika tiada kerjasama dari orang ramai.
“Biar saya hantar makcik pulang. Sebelum itu kita buat laporan polis.” ujar Batrisyah lembut. Wanita itu memalitkan senyuman tawar. Sebak hatinya memikirkan wang ringgitnya diragut.
“Tak payahlah nak. Makcik akan menyusahkan anak.”
“Susah apanya pula. Saya tolong makcik dengan ikhlas. Budak-budak itu tidak patut dibiarkan makcik. Mari…saya hantar makcik pulang. Pasal wang makcik itu jangan risau. Saya akan bantu makcik.” Batrisyah senang hati menawarkan pertolongan.
Dia tidak sanggup membiarkan wanita tua itu bersendirian. Wangnya sudah diragut, bagaimana wanita tua itu mahu pulang ke rumahnya? Anak-anak wanita itu tidak fikirkan ke keadaan ibu mereka yang tua begini dibiarkan berjalan seorang diri. Bahaya sungguh!
“Makcik benar-benar sudah menyusahkan anak ini.” sayu suara wanita tua itu. Batrisyah gelengkan kepala laju.
“Ini pertolongan kecil saja makcik. Kita sebagai manusia perlu saling bantu-membantu. Hari ini makcik susah saya bantu makcik. Entah esok entah lusa giliran saya susah, makcik pula bantu saya. Siapa tahukan? Itu semua kuasa Tuhan.” Batrisyah mengusap-usap belakang wanita tua itu. Terpalit senyuman manis bibirnya.
“Terima kasih banyak-banyak nak.”
Batrisyah memimpin wanita tua itu menyeberangi jalan. Keretanya di tinggalkan seberang jalan raya tersebut. Faliq termangu sendirian. Kelibat Batrisyah dan wanita tua itu sudah hilang dari pandangan matanya. Gelagat Batrisyah cukup menarik perhatiannya terutama senyuman manis yang terukir di bibir gadis itu. Sungguh menawan. Gadis yang nampak kasar sebelum ini rupa-rupanya punya hati yang tulus. Tidak dapat dia lupakan kelembutan pada wajah Batrisyah sebentar tadi. Dia melihat sifat lain milik gadis itu yang selama ini ditutup disebalik topeng.
Bunyi telefon bimbitnya mengejutkan Faliq. Faliq mendengus kecil. Nama Syed Ibtisyam tertera pada skrin telefon. Dua tiga hari senyap tidak menelefon tiba-tiba hari ini pula Syed Ibtisyam mencari teman baiknya ini.
“Faliq….you kena tolong I.”
“You ini tidak tahu bagi salam dulukah?’
“I tidak sempat mahu nak bagi salam pada you. I dalam kecemasan ni. You kena tolong I. Mati I Faliq! Mati I!” Syed Ibtisyam sudah mengurut-urut dahinya. Apa tidaknya, keluar saja dari pejabat tadi kereta kesayangan sudah hilang. Setahu dia, keretanya itu menghadang kereta Batrisyah. Apa yang sudah Batrisyah buat kepada keretanya. Hilang tidak dapat di kesan. Yang tinggal cuma kesan tayar kereta.
“Hmmmmm…you mahukan pertolongan apa dari I?”
“You datang ke office I. You ambil I di sini.”
“Where you’re loving car.” Dahi Faliq berkerut.
“That my problem Faliq. My car missing.” Jawapan yang buat mulut Faliq terlopong luas.
JIKA Syed Ibtisyam mengurut-urut dahi manakala Faliq mengaru-mangaru kepalanya. Cerita Syed Ibtisyam buat dia bingung. Masakan kereta Syed Ibtisyam yang lebih besar dari Batrisyah itu boleh diangkat dan dibuang. Kuat betul Batrisyah jika dia bolehh berbuat demikian. Boleh masuk dalam book of record. Malaysian’s She Hulk. Tidak boleh diterima akal langsung. Faliq memandang Syed Ibtisyan yang sudah mati kutu. Tidak tahu ke mana ghaib keretanya.
Syed Ibtisyam berjalan mundar-mandir memengang mengusap dagu. Gelagatnya itu diperhatikan oleh Faliq dengan ekor mata. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menolong Syed Ibtisyam. Satu-satunya orang yang boleh memberitahu di mana kereta kesayangan Syed Ibtisyam itu menghilang adalah Batrisyah.
“Siapa suruh you cari pasal dengan singa tu. Hari-hari you hadang kereta dia. Siapa yang tidak marah Ib. Kalau I jadi dia pun I akan meradang. Don’t be stupid my friend. If you sudah tergila-gilakan dia apa kata you terus jumpa family dia masuk meminang.” Faliq mendepangkan tangannya.
“I tidak jangka dia akan bertindak sampai begini. Selalunya dia penyabar sangat orangnya sampai sanggup tunggu I alih kereta I. Apalah yang dia buat pada kereta I. Dia jualkan kereta I kah?’
“Sabar dia adakala ada hadnya Ib. You tidak tanya orang-orang yang berdekatan sini. Mesti ada yang nampakkan.”
“I sudah tanya. Mereka gelengkan kepala.”
“Sah berpakat la ni.” Faliq menarik nafas panjang. Matanya terarah pada seorang gadis yang sedang memasukkan fail-failnya ke dalam bonet kereta. Rasanya dia kenal akan gadis terbabit. Gadis itu setiausaha Syed Ibtisyam memerangkap teman baik Batrisyah. Faliq membuka langkah merapati gadis terbabit. Syed Ibtisyam terpinga-pinga. Apa hal pulak yang Faliq pergi kepada Baby Liyana. Dalam keadaan dia yang sedang buntu ini, Faliq masih sempat untuk memikat.
“You teman baik Batrisyah bukan?” Faliq menyoal. Baby Liyana angkat kepala. Jelas ada kerutan di dahinya. Matanya terarah pada Syed Ibtisyam yang tidak jauh dari situ. Riak Syed Ibtisyam macam orang kehilangan bini.
“Itu salah my boss sendiri. Pandai buat pandai tanggung.” balas Baby Liyana selamba. Dia menutup bonet keretanya.
“Jadi you tahulah ke mana kereta boss you menghilang?”
“Ambil kad nama ini, you hubungi nama mamat yang tertera dalam kad itu. Kereta boss I itu ditarik oleh jentera penunda. Lain kali jangan buat sampai gunung berapi meletup. Kawan I itu bila bercakap bukan main-main. Dia buat betul-betul.” Sekeping kad dihulurkan kepada Faliq. Faliq menarik nafas lega. Bergegas dia mendapatkan Syed Ibtisyam.
Baby Liyana bercekak pinggang. Gadis itu gelengkan kepala. Orang tidak mahu untuk apa dikejar-kejarkan lagi. Dia yang ada didepan mata langsung tidak dipadang oleh Syed Ibtisyam. Baby Liyana memendam rasa. Namun sampai bila dia mampu menahan diri dari menyukai Syed Ibtisyam. Lelaki itu sudah menambat hati wanitanya. Pelbagai cara dia gunakan untu menarik perhatian Syed Ibtisyam. Syed Ibtisyam tetap memandang Batrisyah yang jauh lebih rendah kedudukan dari dia. Batrisyah gadis kampung yang agak kolot dia dan berpendidikan setakat ambil sijil biasa. Dia anak datuk! Belajar sampai luar negara! Dia jauh lebih hebat dari Batrisyah. Entah sejak bila Baby Liyana membandingkan dirinya dengan Batrisyah.
“Itulah you suka sangat cari pasal.” desis Faliq. Nasib baik ditarik kereta penunda. Kalau kena jual kan sudah menjadi kes naya.
“Ingat dia cakap main-main dengan I. Tak tahu pulak dia boleh serius.” Syed Ibtisyam sudah membuka pintu kereta Faliq. Hari ini juga dia akan mendapatkan keretanya kembali. Tidak kiralah dengan apa cara sekalipun. Sampai hati kau Batrisyah!
“Muka dia ada main-main ke?”
“Huh! Si Batrisyah tu muka dia serius dua puluh empat jam. Kalau nak tengok dia tersenyum sampai tahun depan pun tak merasa. Mahal sangat senyuman dia!”
“I dah tengok senyuman manis dia. Cantik!” Faliq bersuara. Ketika itu dia sudah menghidupkan enjin keretanya.
“Apa you cakap tadi Iq?”
“Tiada apalah.” Faliq mengulum senyuman. Syed Ibtisyam tidak dengarlah tu.
“I dengar you cakap sesuatu tadi. Tapi kurang jelaslah.” Syed Ibtisyam sudah memasang tali pinggang keledarnya.
“Not important.”
“Sure.”
“Yes.” Faliq tersenyum. Tidak perlu untuk dia mengulang kata-katanya lagi. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana dia boleh jatuh hati pada perempuan yang sama. Namun dia bukan lelaki yang pentingkan diri sendiri. Masakan dia akan berebut Batrisyah dari Syed Ibtisyam. Biarlah perasaan yang sedang bertumbuh di hati ini terus tersimpan dengan rahsia.
mungkin risyah padan dgn faliq...................yg bukan jenis memaksa........
ReplyDeleteSee Aqilah... Faliq is better than Ibtisham. hehehe...
ReplyDeleteAlahai... Faliq jgn la mngalah awl2.
The best man should win la. ;D
Aqilah + Faliq = Love