Mr. Romantis…
DERINGAN telefon bimbitnya tidak endahkan langsung oleh Firdayu. Menyibuk saja si Kid ini. Orang tengah sibuk berdating dia call pulak. Masalah nak layan. Bukan ada yang important pun melainkan hal temujanji dia dengan jantan-jantan pilihan babah tu. Firdayu menghirup gelas apple jusnya.
“Kenapa tak jawab your call?” soal Dato’ Aminuddin sebaik saja melihat Firdayu mematikan panggilan tersebut.
“No important. I tak mahu rosakkan dinner kita dengan gangguan kecil begini.”
“Nakal you.” Dato’ Aminuddin mencuit hidung Firdayu.
Firdayu ketawa kecil. Senang hati dengan perhatian Dato’ Aminuddin berikan. Dato’ Aminuddin lelaki yang romantis. Tidak hairanlah wanita-wanita di sekelilingnya terpikat dengan lelaki yang kian berusia itu. Tiada wanita yang tidak akan memandang pada lelaki yang berharta seperti Dato’ Aminuddin.
“Mana PA you. Selalunya I lihat dia berada di samping you.” Baru Dato’ Aminuddin perasaan Kid tiada di sisi Firdayu. Firdayu jarang sekali keluar tanpa pembantu peribadinya itu. Hari ini Kid tidak kelihatan.
“Oh! Kid akan datang pick up I nanti. You pastinya tidak mahu ada orang lain dalam makan malam kitakan.” Firdayu menjeling Dato’ Aminuddin manja. Lelaki ini juga memenuhi kriteria lelaki idaman Firdayu.
“Sorry kalau I katakan yang hubungan you dengan Kid bagaikan ada sesuatu yang istimewa. Bukan sekadar seorang boss dengan pekerjanya saja. Mungkin you tidak perasan tapi I boleh melihatnya.” Dato’ Aminuddin menongkat dagu memandang gadis jelita depan matanya itu. Selama dia mengenali Firdayu, Firdayu bukan jenis wanita yang mudah mengambil berat perihal orang lain. Namun dengan Kid, lain benar caranya. Kid bagaikan seseorang yang amat penting pada Firdayu. Tanpa Kid, wanita itu seakan lumpuh sebelah badannya.
“Hey! Apa yang you mengarut ni? Bila masa pula I punya hubungan istimewa dengan kuli I itu. Pleaselah jangan buat andaian yang tidak masuk dek akal tau?” Mencebik muka Firdayu. Apa pasal pula nama Kid boleh masuk dalam perbualan mereka. Firdayu merengus kecil.
“You yang tidak perasan dengan keprihatinan you pada Kid. Dan keprihatinan Kid pada you. I harap jika you sudah menyedari nanti you tidak terlambat.” Makin panjang pula senyuman di bibir Dato’ Aminuddin.
Firdayu mula rasa tidak selesa. Kenapa pula dengan si bujang telanjak ini? Tiba-tiba buka isu pasal dia dengan Kid. Dia dengan Kid? No way! Tak sesuai langsung! Pelik betul pemikiran Dato’ Aminuddin. Kalau digandingkan dengan Ruzair ada juga padannya. Ini Kid mamat skema yang muka tiada perasaan itu. Pleaselah….
“Stop it! I keluar bersama bukan nak dengar cerita yang merepek ni.” desis Firdayu. Dia bingkas bangun mencapai tas tangannya. Pantas Dato’ Aminuddin meragut lengan Firdayu. Hampir saja Firdayu terjatuh ke dalam pelukannya. Firdayu tersentak. Ringan saja telapak tangan Firdayu melekat pada muka Dato’ Aminuddin.
“Tidak pernah ada perempuan yang berani meninggalkan bekas tangannya pada muka kacak I. You adalah yang pertama.” Dato’ Aminuddin melepaskan lengan Firdayu. Dia tidak terkejut dengan tindakan Firdayu menampar wajahnya.
Firdayu melepaskan keluhan berat. Dia memalingkan wajahnya. Sungguh dia bengang dengan Dato’ Aminuddin. Ingatkan malam ini adalah malam romantik dia bersama lelaki itu. Sayangnya Dato’ Aminuddin merosakkan mood dia. Bencilah bila dibuka cerita yang mengarut ni! Dia bingkas mengatur langkah meninggalkan restoran eklusif itu. Dato’ Aminuddin hanya memerhati langkah wanita yang kian bertakhta di hatinya. Firdayu wanita pertama yang buat di resah sepanjang waktu.
“Dato’ tidak apa-apa!” Seorang pengawal peribadinya menghampiri Dato’ Aminuddin. Wajah pengawal peribadinya itu tampak cemas. Maklumlah Dato’ Aminuddin dimalukan di khalayak ramai. Melampau betul wanita jelita itu.
“Don’t worry. I tidak apa-apa.” Menarik! Firdayu memang wanita yang menarik. Walaupun baru beberapa bulan mereka berkenalan, Dato’ Aminuddin sudah merasai daya tarikkan pada Firdayu. Biarpun dia menyedari Firdayu bukanlah seorang wanita yang baik. Dato’ Aminuddin sukar untuk menyingkirkan wanita itu dalam ingatannya.
“Tapi Dato’….”
“You jangan risau. Wanita secantik Firdayu tidak akan mengapa-apakan I.”
“Wanita cantik dan berbisa seperti dia yang perlu kita berhati-hati Dato’. Takkan
Dato’ dah lupa gelaran yang diberikan kepada Cik Firdayu tu.” Nyata pengawal peribadinya tidak menyenangi dia mendekati wanita jelita itu.
“I sentiasa berhati-hati dengan dia dan I mengenali siapa dia. I juga tidak kisah jika dia mempergunakan I untuk menarik perhatian Ruzair. I juga tidak kisah jika poket I kopak kerana dia. Ini yang dinamakan cinta.” Dato’ Aminuddin mengeluh kecil. Dia mula mengingati bibit pengenalan pertamanya dengan Firdayu.
“Dato’…”
KID merenung Firdayu tajam. Wajah Firdayu kelihatan mencuka. Pasti ada yang tidak kena tu. Namun Kid tetap selam dek dia saja. Kid pun tengah bengang dengan Firdayu. Jenuh dia buat panggilan pada wanita itu. Langsung tidak angkat ketika dia berada dalam tahanan polis tadi. Apa boleh buat kad pengenalan diri tiada. Dompet duitnya tercicir. Mujur saja Alfi dan Aliyah menyelamatkan dia di balai polis. Kira satu samalah dengan Alfi dah. Kid bukakan pintu kereta untuk Firdayu. Sebaliknya Firdayu membuka pintu di sebelah tempat pemanduan. Kid kerutkan dahi. Lantaklah!
Kid menghidupkan enjin keretanya. Firdayu di sebelah menjeling tajam. Hatinya bengkak. Berjam-jam dia menunggu Kid di luar tadi. Naik beku tubuhnya yang berpakaian agak terdedah itu. Dato’ Aminuddin menawarkan diri untuk menghantarkan pulang dia menolak keras. Saja mahu tunjuk jual mahal pada lelaki itu.
“Kenapa you datang lambat?” soal Firdayu sebaik saja kereta BMW itu bergerak.
Kid membisukan diri. Pertanyaan Firdayu langsung tidak diendahkan. Dia hanya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Sikap tidak endah Kid buat Firdayu bengang.
”You pekak ke?!” Firdayu melenting.
Kid tetap membisu. Dia tiada mood mahu bertekak dnegan Firdayu. Lantaklah jika Firdayu mahu membebel panjang. Dia buat pekak saja.
“Kiddddd!” Firdayu memanggil. Geram tengok reaksi selamba Kid. Kid masih tidak melayannya. Firdayu merengus kasar. Tahulah dia yang mood Kid tidak baik. Ini pasti pasal dia tidak angkat panggilan dari Kid. Dia menyilangkan tangan sambil melihat permandangan malam di luar. Beginilah keadaanya bila salah seorang dari mereka berdua bad mood!
Mereka saling membisu hingga sampai ke vila milik Firdayu. Firdayu meluru keluar tanpa mempedulikan Kid. Gelagatnya diperhatikan oleh Kid dengan ekor matanya. Kid menarik nafas panjang. Dia menekan pedal minyak. BMW itu meluncur laju.
“Apa kena dengan Yue ni? Balik saja muka masamnya lebih dari cuka.” Encik Fahrin menegur anak tunggalnya itu.
“Hmmmm! Siapa lagi yang buat Yue bengang kalau bukan Kid! Lenguh urat kaki Yue sebab tunggu dia berjam-jam tadi.” adu Firdayu. Dia sudah melemparkan tas tangannya di atas sofa.
“Hanya Kid saja yang selalu buat Yue bengang ye.” Encik Fahrin mengusap-usap janggut putihnya. Kenapa lelaki itu saja yang sering buat hati anaknya membara. Kid memang sukar untuk Firdayu tangani walau pun Kid jenis yang menurut arahan. Firdayu mencebik.
“Kak Gayah!” laung Firdayu lantang.
Tergesa-gesa Kak Gayah meluru ke ruang tamu. Kerja di dapur ditinggalkan begitu sahaja. Jika sudah suara Firdayu yang memanggil mana boleh lewat walau sesaat pun.
“Ada apa Cik Firdayu?”
“Buatkan I segelas fresh orange. Cepat sikit!” pinta Firdayu. Tekak dia terasa dahaga pula.
“Baik cik.” Kak Gayah segera beredar. Kak Gayah mengerut dahi. Selalunya Kid ada bersama Firdayu. Kid yang bermuka dingin itu seorang yang ramah jika mengenalinya dengan dekat. Kak Gayah menyenangi anak muda itu jika Kid datang ke vila ini. Kerja mereka menjadi lebih mudah. Kid seorang yang serba boleh. Amat cekap ketika berada di dapur.
“Hahahahaha!” Tiba-tiba Encik Fahrin ketawa besar. Rasa lucu pula bila melihat muka merah padam Firdayu yang putih melepak itu.
Firdayu mengerut dahi. Apa kena pula dengan orang tua ni? Ketawa besar nampak. Buang tabiat ke?
“Tiada yang lucunya babah.” Firdayu menyilangkan kakinya.
“Boleh tak pakaian Yue tu tertutup sikit. Babah tengok Yue ni tak pernah langsung tak seksi. Seksi memanjang saja.”
Mulalah babahnya komen pasal pakaian dia. Ini yang dia malas dengar babahnya membebel. Babah dengan Kid lebih kurang samanya. Kalau membebel macam mak nenek!
“Bisinglah babah ni!”
“Betul apa? Kalau Yue pakai baju kurung pasti Yue tampak lebih manis dan sopan. Lagi satu babah pasti gembira kalau Yue buangkan sikap ‘playgirl’ Yue tu. Pantang nampak lelaki kaya dan kacak anak babah yang seorang ini. Habis digodanya.” Encik Fahrin sengaja memanaskan lagi hati anak perempuannya.
“Okaylah babah, Yue naik ke atas dulu. Malas nak dengar babah membebel.” Firdayu bingkas bangun. Panjang muncung Firdayu.
“Tegur sikit muncungnya sedepa.” Encik Fahrin ketawa kecil.
No comments:
Post a Comment