Tab Menu

Followers

Sunday, July 4, 2010

REUNION!!!

Permulaannya...

Ezan, Emi, Zaril, Linda, Jaimy, dan Vee menerima kad 'REUNION' dari pengirim yang tidak bernama. Siapa yang aturkan pertemuan semula antara mereka menjadi tanda tanya. Awalnya mereka mengesyaki Rosli namun setelah mayat Rosli dilihat terkaku depan mata mula menimbulkan misteri antara mereka. Rosli dibunuh dengan kejam. Lehernya dikelar hampir putus dan tubuhnya ditikam berkali-kali. Tangannya yang terkulai turut memengang kad 'REUNION' seperti yang mereka terima. Seorang demi seorang menjadi buruan! Pertemuan yang dijanjikan berakhir dengan kematian yang penuh tragis. Segala misteri terungkai satu-persatu. Ia melibatkan peristiwa pada lima tahun yang lalu. Adakah pembunuh terselit dikalangan mereka atau pembunuh itu seseorang yang sekadar hanya mahu bermain dengan maut!

1 comment:

  1. wow...
    best la sinopsis...
    keep it up,k...
    sy follow ur story...
    best2....

    ReplyDelete