“MANA pulak dia pergi?” Putri Tasnim mengetapkan bibir melihat rumahnya yang kosong. Masakan Tiryaq lari dari rumah?
Putri Tasnim memeriksa almari yang menempatkan pakaian Tiryaq. Putri Tasnim menarik nafas lega. Pakaian Tiryaq masih tersusun rapi. Tapi ke mana lelaki itu pergi? Tiada nota seperti kebiasaan yang Tiryaq tinggalkan? Putri Tasnim kerutkan dahi. Dia bukannya tahu tentang latar belakang Tiryaq. Apa dia tahu Tiryaq adalah seorang pelukis jalanan yang selekeh.
Putri Tasnim duduk di atas sofa melepaskan lelah. Kebiasaanya Tiryaq akan menyediakan segelas air untuknya namun tidak pada malam ini. Malas-malas Putri Tasnim bingkas bangun mengambil minuman di dalam peti sejuk. Dia mencapai sekotak jus oren itu lalu dia tuangkan dalam gelas. Perutnya berkeroncong pulak! Dia merengus kecil. Tiada makanan terhidang di atas meja bersaiz sederhana kecil itu. Tiryaq memang mahu kena hokum dengan dia agaknya. Kalau mahu keluar pun janganlah lupa masakkan makanan untuknya dulu. Dia bukannya pandai memasak. Setakat celup maggi dalam air panas bolehlah. Dia bukan calon menantu yang paling sesuai untuk anak-anak teruna di luar sana itu.
Sekali lagi Putri Tasnim merengus. Stok magginya sudah tiada. Dia lupa menyuruh Tiryaq membelinya di pasaraya kelmarin. Dia malas mahu makan malam di luar. Badannya sungguh letih. Kerja di Elite tidak pernah surut sejak dia mendapat kontrak iklan bersama Mr. Don.
“Tiryaq!” Putri Tasnim mula menjerit macam orang tidak siuman.
“ABANG!” Tengku Mirza menjerit kecil. Tubuh Tiryaq dipaut erat. Inilah pertemuan pertama mereka setelah bertahun-tahun tidak ke temu.
Tiryaq tetap segak walaupun agak selekeh dengan penampilan barunya itu. Apa yang Tiryaq lakukan di luar sana hingga serabai begini? Tiryaq melakukkan kerja-kerja berat ke? Kulit Tiryaq pun agak gelap sedikit. Bezanya wajah Tiryaq berseri-seri dari sebelum ini yang terlalu serius!
“Kalau bonda tengok keadaan abang sekarang tentu dia mengamuk.” Sambung Tengku Mirza lagi. Tiryaq hanya tersengih sambil mengerling Apple yang duduk tidak jauh dari mereka. Apple tentu saja tidak dapat menangkap dengan jelas perbualan dua beradik itu.
“Jangan beritahu pada bonda. Tujuan abang bertemu dengan kamu berkenaan dengan urusan syarikat dan Tengku Tyea.”
Wajah Tengku Mirza berubah apabila Tiryaq menyebut nama kakaknya itu. Tiryaq pasti sudah tahu akan pergolakkan yang berlaku dalam TIR Holding’s. Tengku Tyea sudah memulakan agendanya untuk merampas kedudukan Tiryaq dalam TIR Holding’s. Dia sebagai pemangku pengarah pun tidak mampu memperlihatkan kuasanya dalam syarikat. Tengku Tyea tidak mengendahkan amaran yang dia berikan.
“Abang...Mir minta maaf sebab tidak dapat menjaga syarikat dengan baik. Abang...kembali semula ada kerusi abang. Saya tidak mampu mahu menghadap muka kakak. Abang pun tahu macam mana perangai dia.” Tengku Mirza merenung ke dalam anak mata Tiryaq. Pada Tengku Mirza hanya Tiryaq yang mampu menerajui TIR Holding’s.
Tiryaq gelengkan kepala. Dia tidak akan pulang ke TIR Holding’s. Dia masih punya urusan lain. Apa pun yang berlaku pada TIR Holding’s ketika ini tidak mampu mengheret dia kembali ke sana.
“Kau ada bawa dokumen-dokumen yang abang inginkan itu?”
Tengku Mirza menyerahkan dokumen-dokumen yang dipinta oleh Tiryaq. Dia begitu berhati-hati membawa dokumen sulit keluar tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah setiausaha abangnya, Apple.
Tiryaq menongkat dagu sambil meneliti isi kandungan di dalam dokumen berkenaan. Bibirnya mengulum senyuman nipis. Tengku Mirza diam tidak berkutik. Dia hanya memerhatikan lagak bersahaja abang tirinya itu.
Setengah jam kemudian Tiryaq meletakkan kesemua dokumen yang dibaca atas meja. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar jeansnya. Tiryaq menekan-nekan nombor seseorang di situ. Tengku Mirza tidak dapat mengagak panggilan tersebut untuk siapa? Tiryaq bingkas bangun sebaik sahaja panggilannya dijawab.
“Hello Mr. Lui…”
“Hello Tiryaq! How are you?” Suara Mr. Lui kegirangan. Tiryaq jarang menghubunginya. Lelaki itu hanya mencari dia pada waktu-waktu tertentu sahaja.
“I’m good only. I need support-from you. There is little problem here.”
“Surely only can. This cause your wife more to? You my friend must be me help so. There is your wife sabotage person more to?” Mr. lui ketawa kecil.
“Hahahaha..” Tiryaq ketawa. Tawanya menarik perhatian Tengku Mirza dan Apple. Apa yang menyeronokkan lelaki itu agaknya.
“This is not my wife’s problem. This company internal problem. Snake in the grass.”
“Snake in the grass? Sounded like grave problem. Can you tell one by one to me?”
Tiryaq mula bercerita masalahnya dengan Mr. Lui. Mr. lui adalah teman misteri Tiryaq yang tidak pernah tunjuk muka. Lelaki itu hanya bekerja di belakang takbir. Tiada sesiapa yang mengenali Mr. Lui kecuali Tiryaq.
“Tiryaq, you need to be careful this time. I suspicion some people that betrayed you in silence. And I feel ‘he’ still alive.”
Tiryaq tersenyum.
“I know. I only wait for he show face.”
Tiryaq mematikan talian telefon setelah perbualannya tamat dengan Mr. Lui. Dia menarik nafas panjang. Dia mengerling Apple dengan ekor mata.
“Mir…esok kau pergi berjumpa dengan Encik Taha. Dia akan bantu kau menyelesaikan masalah projek di Hartamas itu.” Tiryaq menghulurkan sekeping kad nama kepada Tengku Mirza. “Kau minta Veelu bawa kau ke sana.” Sambung Tiryaq lagi.
Siapa pula Encik Taha ini? Timbul tanda persoalan di kepala Tengku Mirza. Tiryaq memakukan mata pada jam di tangan. Sudah pukul sepuluh malam. Alamak? Isteri kesayangannya sedang kelaparan di rumah. Dia yakin Putri Tasnim tidak akan makan malam di luar. Isterinya itu jenis berat kaki setelah ada tukang masak di rumah. Muka gelabah Tiryaq menjadi perhatian Tengku Mirza.
“Kenapa ni? Abang ada temujanji lain ke?” Soal Tengku Mirza.
“Alamak! Abang terlupa ada orang sedang kelaparan di rumah.”
“Siapa?”
Tiryaq melirik senyuman di bibir.
“Queen control.” Balasnya. Dia bergegas keluar dari restoran eksklusif itu. Tengku Mirza memandang Apple. Apple menjongketkan bahu.
“Queen Control.” Tengku Mirza menggarukan kepala yang tidak gatal. Dia tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Tiryaq itu.
“TIRYAQ!” Suara pekikkan Putri Tasnim hampir membuatkan gegendang telinga Tiryaq pecah. Putri Tasnim mula membebel sendirian. Perutnya sudah masuk angin kerana menunggu Tiryaq. Entah ke mana lelaki itu melaram. Lewat malam begini baru ingat pulang ke rumah. Apa ingat ini rumah bapak dia boleh keluar masuk sesuka hati! Risau hati ini tahu! Eh! Aku risaukan dia pula.
Tiryaq yang tidak lokek dengan senyuman itu hanya buat pekak badak. Dia menuju ke dapur melihat bahan-bahan di dalam peti ais. Tiryaq mengeluarkan ayam dan sayur kacang panjang. Dia mahu buat ayam goreng dan tumis sayur kacang.
Putri Tasnim yang sudah letih membebel itu sudah duduk di kerusi meja makan. Dia memerhati Tiryaq melakukan kerja memotong ayam dan menghiris bawang. Kata orang hiris bawang boleh menyebabkan air mata kita mengalir tetapi dia lihat lelaki ini tiada kesan efek pun.
“Nahas I kerjakan you kalau I tahu you main perempuan di luar.” Putri Tasnim bersuara.
“Macam mana cara nak main perempuan di luar tu?” Tiryaq behenti dari menghiris bawang. Dia menjeling Putri Tasnim.
“Maksud I bermain kayu tiga di belakang I.”
“Saya tidak pernah main kayu tiga tapi saya pernah sekali pegang kayu golf. Itu pun pakai satu kayu saja sebab mana ada orang main golf sampai tiga kayu.” Tiryaq membalas.
Putri Tasnim mengetap bibir. Kepalanya sudah berasap. Tiryaq memang sengaja mahu mempermainkan dia.
“I malas mahu layan you.” Putri Tasnim bangun dan menuju ke ruang tamu. Lebih baik dia menonton televisyen dari menghadap muka Tiryaq yang poyo itu.
Tepat pukul dua belas malam makanan telah terhidang di atas meja. Walaupun masakan Tiryaq di tengah mala mini ringkas namun menyelerakan Putri Tasnim. Dia sudah tidak sabar mahu menjamah nasi di depan mata. Tangannya di tampar perlahan oleh Tiryaq sebaik saja mahu menyentuh ayam goreng yang masih panas itu.
“Saya lapar tau!” Rengusnya.
“Tunggu saya baca doa makan dulu. Tak sangka awak ni gelojoh juga.” Tiryaq mengangkatkan sebelah keningnya.
Muka Putri Tasnim merah padam menahan malu. Kenapalah acapkali dia asyik kena perli dengan lelaki ini.
BUNYI dengkuran halus di sebelah menyebabkan Tiryaq memalingkan kepalanya. Putri Tasnim sudah terlentok di bahu dia. Dia mengambil kesempatan mengusap wajah Putri Tasnim. Ada seketul dua jerawat tumbuh pada bawah dagu isterinya itu. Kalau sudah ditampal dengan make-up pastinya jerawat tersebut akan ditenggelamkan. Dia tidak menduga yang dia mempergunakan Putri tasnim untuk menjayakan segala rancangannya. Namun itu tidak bermaksud yang dia tidak punya perasaan terhadap Putri Tasnim.
Perkenalan dengan Putri Tasnim begitu singkat. Pertemuan di kedai Jed itu bukanlah sesi pertemuan pertama mereka. Sebenarnya Putri Tasnim pernah bersua dengannya pada dua tahun yang lalu di dalam satu majlis keramaian.
“Yaq…here you can select feminine attributes that you like.” Lelaki yang berkot serba putih itu memaut bahunya.
“Lui…you know woman is standing at the edge there?” Mata Tiryaq terarah pada seorang wanita yang memakai skirt berwarna kuning cair dan berblaus biru cair itu. Gabaungan warna yang tidak sesuai di matanya.
“I know her. Putri Tasnim one of Elite entrepreneur. But see in the clothing fashion quite ludicrous and not get in theme.” Temannya itu ketawa.
“Not a few beautiful but pretty. I like the eye.” Komennya. Bibir merekah wanita itu juga seksi dan mengancam.
“Same here to you. You want to know with her?”
Dia menggelengkan kepala dan berlalu. Tapi siapa yang menduga dia bertemu lagi dengan wanita itu. Kini wanita itu sudah menjadi isterinya dalam satu eksiden yang dirancang.
Perlahan-lahan Tiryaq mengangkat tubuh Pirti Tasnim untuk di bawa masuk ke bilik tidur mereka. Boleh tahan juga beratnya isterinya itu. Berat tulang ni. Tiryaq komen dalam hati. Kalau dia komen depan Putri Tasnim alamatlah perempuan itu menyinga dengan dia.
Tiryaq menarikkan selimut untuk Putri Tasnim hingga ke paras dada. Dia kucup lembut dahi isterinya. Dia belai rambut Putri Tasnim yang sudah pendek sepras telinga itu. Tiryaq tersenyum lebar. Putri Tasnim mengikut juga kata-katanya dalam membebel.
“Tazriq…”
Tiryaq tersentap. Putri Tasnim menyeru lagi nama itu dalam tidurnya. Dia bingkas menjauhkan diri dari Putri Tasnim. Tiryaq memeluk tubuh.
besttnyee xD
ReplyDeleteDirancang ?! woahh..O.o
ReplyDeleteomaijayyy...tiryaq so sweet :)
ReplyDeleteHehehehe...super cool...
ReplyDeletesweet...
ReplyDeletesapa lah yang dengki dengan tiyraq ye..
rupanya tiyraq mempergunakan tasnim hanya kerana ada muslihat...
mesti tasnim mengamuk kalau dia tahu....hahahaha
nak lagi
best la cerita ni kak.... kak cepat2 la hantar QC kat penerbit dah x sabar nak baca ni
ReplyDeleteAkak dalam menyiapkan manuskripnya..
ReplyDeletekyaa..~~..bestnyer!!
ReplyDeleteagk2 ny la...sape 'he' y d mksud kn oleh mr.lui & Tiryaq 2???
ReplyDeleteTAZRIQ ye ilya? mkna ny, dia 2 pura2 mati la...& dia jg llki y ada agenda t'sndri y b'jmpa ngn APPLE ari 2....
tul tak ilya????? hihihi....
semakin menarik. kak, mr lui tu memang tak pandai cakap english ek? kadang2 tak berapa faham dia cakap. opsss
ReplyDeleteAkak sedang membuat pembetulan perkataan Inggeris itu dalam masa terdekat dengan my brother atau maybe tukar ke BM je Hehhehehe...saja je tset tu :)
ReplyDeleteermm cerite dh best but the eng part mcm broken je...ataupn lui tu mmg xreti eng? sorry la if kdengaran ksar...
ReplyDeleteCerita dah best tapi English Grammar byk yg salah dan penggunaan perkataan bahasa Inggeris yg x sesuai.
ReplyDeleteSori ni versi lama... maaf sebab byk kesalahan di sini... versi baru dah diubahsuai hampir keseluruhan cerita dan telah meminta bantuan seorng guru bahasa inggeris untuk betulkan ayat...
DeleteOk.....thanks. X sabar nak tahu jalan cerita seterusnya serta ending.
Delete