Tab Menu

Followers

Sunday, January 15, 2012

Awek Skuter - Bab 4



“HEY, awek skuter.” Lengan Adllea dipegang sebelum dia menghidupkan skuternya. Tersentak dia. Mamat tadi tu?!

      “Apa hal pegang-pegang tangan anak dara orang ni?” Adllea menarik lengannya. Ingatkan lelaki itu sudah hilang entah ke mana. Rupanya menyorok untuk mengambil kesempatan pada dia.
      “Berani ya awak simbah air kopi pada muka saya?!”

      “Saya memang berani.”
      Esh! Kau ni Adllea suka sangat tunjuk berani. Dia tu lelaki kau tu perempuan. Hidayat tiada pula sekarang. 

      “Awak seorang saja ni. Mana teman lelaki awak tadi?”
      “Sibukklah. Awak jangan buat tak senonoh pada saya, saya jerit kuat-kuat nanti tahu!” 

      Lelaki itu ketawa mengekeh. Lucu agaknya kata-kata yang keluar dari bibir Adllea itu. Adllea makin panas hati.

      “Saya tak buat lawak okay!” Getusnya.
      “Awak ingat saya kebulur sangat ke nak apa-apakan awek skuter macam awak ni. Not my taste okay.”

      Mak aih! Ayat dia menyakitkan hati. Dia ingat di kacak bangat sampai perempuan tergila-gilakan dia. Kulit pun hitam!

      You’re not my taste too!” Adllea bantai cakap orang putih. Lantaklah kalau Bahasa Inggeris dia tunggang –langgang. Dia lihat lelaki itu sudah behenti ketawa. 

      “Kalau kita bertemu lagi, tahulah nasib awak nanti.”
      “Eleh…saya pun tak kepingin nak bersua muka dengan awak lagi. Tapi saya tak tahu kalau jumpa awak. Saya dah siap-sedia masa tu!” 

      Gadis yang berani. 

      “Kita tunggu dan lihat.”
      Dia berlalu. Addlea menghela nafas lega.

SEUMUR hidup dia ini kali pertama muka disimbah air oleh seorang gadis di depan khalayak ramai pula tu. Jatuh reputasinya. Shaz  mengetap bibir. Habis kotor baju t-shirt kesayangannya itu. Kekotoran dari kesan kopi ini bukan mudah dibersihkan biarpun menggunakan serbuk pencuci Breeze. Tidak mengapa, Mama Zara boleh tolong sentalkan kotoran degil terbabit.

      Shaz parkirkan kereta kontotnya di halaman rumah banglo dua tingkat milik Mama Zara, makciknya itu. Mama Zara ada hal penting mahu berjumpa dengannya. Jangan hal perempuan sudah. Dia tidak suka main cari-cari calon menantu ini. Hal perempuan selalu memeningkan kepala otaklah. Lainlah dengan dua abangnya itu. Mereka dikelilingi perempuan cantik.

      Mama Zara macam sudah tahu-tahu dia akan sampai. Wanita itu sudah sedia menanti di depan pintu. Senyum simpul sahaja Mama Zara. Adalah tu agenda yang dia buat. Kalau agenda mahu dia pilihkan calon isteri buat dua abangnya itu memang dia akan tolak.  biarlah mereka pilih calon isteri mereka sendiri. Baik dan buruk terserah pada mereka. Mereka sudah besar panjang. 

      “Anak saudara auntie yang disayangi dah sampai.” Mama Zara sudah memaut lengan Shaz.
      Auntie jangan tunjuk senyuman palsu auntie pada saya.”
      Auntie punya senyuman ikhlaslah Shaz.”
      “Ikhlas sangatlah tu.”

      Mama Zara ketawa. Dia mengheret Shaz masuk. Ada beberapa orang tetamu di dalam banglo tersebut. Tetamu yang tidak dikenali oleh Shaz. Perempuan-perempuan muda dan cantik-cantik belaka. Apa motif Mama Zara agaknya.

      Please dear…jangan buat muka dengan auntie. Auntie bukan mahu kenalkan mereka ni dengan Shaz. Shaz tu tak berperasaan.” Komen Mama Zara.

      Fuh! Lega….Dia memang tidak sukakan sesi soal kenal begini. Nampak gaya hanya dia seorang yang dipanggil oleh Mama Zara. Kedua abangnya Farith dan Izmi tidak dijemput sekali ke? Mama Zara memengang kedua bahunya lembut.

      Auntie Zara…”
      Auntie nak Shaz pilih dua orang gadis yang sesuai buat Farith dan izmi. Auntie tak berkenanlah dengan kekasih Farith tu. Izmi pula jenis hidung tinggi.”

      Agak dah. Ini yang Shaz tidak senang hati. Dia tidak mahu dipersalahkan oleh Farith dan Izmi nanti. 

      Auntielah buat pilihan sendiri.”
      Auntie tak pandailah nak memilih calon ikut mata auntie ni. Shaz tolonglah auntie ya.” Mama Zara memujuk. Shaz gelengkan kepala.

      Auntie pandai kumpulkan calon auntie kena pilih sendiri.”
      Gadis-gadis itu dilihat berbisik sesama mereka. Ada yang melemparkan senyuman buat Shaz namun Shaz tidak membalasnya. 

      “Assalamualaikum auntie…” Wajah Farith terpacul di muka pintu.
      “Farith…” Mama Zara meluru mendapatkan Farith. Lengan sasa Farith ditarik. Farith dibawa ke arah gadis-gadis terbabit.

      Tercengang-cengang Farith dibuat. Gadis-gadis itu mula menunjukkan reaksi sebaik melihat Farith. Pelakon popular siapa yang tidka kenal. Shaz hanya berpeluk tubuh. Dia sudah agak wajah Farith akan menjadi keruh.

      Auntie Zara…”
      “Farith…auntie bersusah payah carikan calon isteri buat Farith tau. Semuanya dari lulusan universiti dan anak-anak datuk.”

      Farith merenung Shaz. Adiknya itu buat tidakendah malahan berlalu memijak naik ke anak tangga. Shaz memang begitu bukan jenis suka bercampur gaul sangat. Dunia hanya kerja dan buku. Mahu atau tidak farith terpaksa berhadapan dengan semua calon gadis dari pilihan hati Mama Zara itu.

SKUTER oh skuter! Mengapa kau buat perangai mengejut hari ini. Kau tahu tak aku mahu cepat hantar pizza pada Farith. Sejuklah pizza ni nanti. Farith tentu tidak mahu makan pizza yang sudah sejuk. Hu hu hu…Aku cuma pandai bawa skuter tetapi tidak pandai menjadi mekanik pada skuter aku. Bateri telefon pula sudah ‘kong’! Kalau tidak aku boleh minta tolong dari Hidayat. Apalah malang nasibku ini.

      Adllea mulalah membelek setiap inci tubuh skuter kesayangan dia. Selama dia tunggang skuter ini dia mana pernah belek isi dalamannya. Dia sekadar mandikan dan belai dia adalah. Minyak penuh, tapi apasal skuter dia semput. Ada yang sabotaj skuter kesayangan dia ke? Adllea mula mengaru rambut macamorang ada kutu di kepala. Apa lagi dia mula menahan kereta yang lalu-lalang di situ tapi haram ada yang behenti. Agaknya mereka takut kena rompak kot? Sekarang ini macam-macam kes rompakan tepi jalan. Tapi dia bukan perompak. Masakan perompak ada muka comel macam dia. Lagi-lagi dengan baju seragam PHD ( Pizza Hot Delivery) tersarung pada tubuh dia ni.

            Sebiji kereta pun tidak behenti bila ditahan. Macam-macam lagak aksi yang Adllea buat namun keputusan yang menghampakan. Karang dia baring atas jalan karang. Dia sudah memikirkan idea yang cukup berisko sekali. Tak boleh….tak boleh….Adllea menggeleng kepala sendiri. Apa harus buat ni? Masakan dia perlu duduk menongkat dagu di sini menunggu bantuan sampai. Dia ni macam duduk di pulau terbiar pula.

            Kata orang harapan itu tetap ada kalau kita bersabar. Sebuah kereta jenis kancil behenti di tepi jalan. Adllea menarik nafas lega dan bersyukur. Alhamdulillah…ada juga orang yang sudi menghulurkan bantuan kepada insan yang lemah ini. Namun sebaik melihat wajah insan yang baik hati itu, senyuman di bibir Adllea terus mati. Katak bercermin mata empat!

            “Skuter buruk rosak ke?”

            Dia melirik senyuman sinis ke arahnya. Apa ingat Adllea Abd. Rashid kebulur sangat mahu minta pertolongan dari dia. Adllea makin sakit hati dengan keselambaan dia mengesatkan tapak kasut yang kotor itu pada skuter kesayangannya. Kalau setakat mahu menindas dia dan skuternya di sini, rasa ada baiknya dia tidak payah behenti untuk menghulurkan bantuan langsung.

            “Kalau nak balas dendam pada saya, baik awak tak payah behenti.” Rengus Adllea.
            Dia ketawa kecil. Namun tawanya itu tidak cukup manis pada Adllea. Tawa orang yang tak tahu nak ketawa.
            “Awak menghala ke kondominium abang saya. Pizza ini mesti untuk abang saya kan?”

            Adllea malas mahu menjawab. Dia buat tidak peduli. Biarkan mamat itu panas hati dengan dia. Namun lain pula jadinya. Shaz merapati skuter Adllea dan tanpa izin dia menyelongkar pizza yang Adllea bawa. Tidak beradab sopan punya manusia.

            “Aku dah agak pizza ni untuk abang aku.” Dia mengambil pizza tersebut lalu mengeluarkan sejumlah wang dari koeek seluar jeansnya. Wang not lima puluh ringgit itu dia hulurkan kepada Adllea. “Keep the change…” sambungnya lagi.

             Kurang asam punya lelaki. Dia boleh blah begitu sahaja selepas dia mengambil pizza untuk abangnya itu. Adllea memang cukup berang! Kalau ada pistol dalam tangan memang dia tembak terus katak bercermin mata empat itu.

            Sinar matahari semakin terik di atas kepala. Adllea mula bermula-peluh. Adllea mengibas-gibas mukanya dengan tangan. Hati Adllea bertambah panas dengan gelagat katak bercermin mata empat tadi. Tak guna! Dia menyebabkan aku tak dapat melihat muka Farith.

            Selang setengah jam kemudian ada sebuah motorsikal behenti berdekatan. Dua orang lelaki merapati Adllea. Orang jahat ke? Mintak-mintak bukanlah. Adllea sudah mampu melirik senyuman sebaik melihat kelibat Hidayat dan lelaki yang bersama tidak dia kenali. Hidayat tampak cemas sekali.

            “Lea…aku dapat panggilan telefon tadi. Ada orang lelaki tu call cakap kau punya skuter rosak tepi jalan.”

            Ada orang buat panggilan telefon ke tempat kerja dia? Katak bercermin mata empat itukah? Adllea mula berasa musykil. Masakan Katak bercermin mata empat itu? Tak logiklah. Mungkin Farith kot? Farithkan tahu dia yang hantarkan pizza itu untuknya. Katak bercermin mata empat itu mesti bercerita dengan Farith.

            “Aku haus dan penatlah Dayat. Kau ada bawa air mineral tak?” Adllea malas nak ambil tahu fasal lelaki yang menelefon itu. Dia tengah keletihan sekarang ini. Karang dia jatuh pengsan susahlah pulak.

           “Ada.” Hidayat menghulurkan botol mineral kecil kepada Adllea.
            Lelaki yang dibawa oleh Hidayat itu seorang mekanik motorsikal. Dia memeriksa kedaaan skuter Adllea. Adllea rasa jangka hayat skuternya itu masih belum sampai ke tahap dijadikan besi buruk.

            “Nampak gaya kau kena buat panggilan dengan pelakon kegemaran kau itu. Pizza dia mesti sudah sejuk.” Hidayat menghulurkan telefon bimbitnya kepada Adllea.
            “Tak payah.” Balasnya pendek.

            “Kenapa? Dia itu pelanggan kita tau.”
            “Adik dia sudah ambil pizza tu?”

            Wajah Hidayat berubah.

            “Kau kata bateri kau kong! Macam mana pula kau hubungi dia?” Hidayat kehairanan.
            “Kebetulan dia lalu jalan ni. Dia behenti tapi bukan nak bantu aku. Dia ambil pizza untuk abang dia.” Jelas Adllea.

            “Macam tahu-tahu saja pizza tu abang dia punya. Pelik pulak aku. Entah-entah dia ekori kau.” Hidayat membuat spekulasi sendiri.
            “Agaknya kot.” Adllea pun terpengaruh dengan spekulasi yang dibuat oleh Hidayat. Tapi apasal pula dia mahu mengekori aku. Aku bukannya anak orang kaya pun kalau dia mahu merompak. Mungkin juga fasal aku malukan dia di kafe kelmarin.

KAK Mona membebel hingga naik pedih telinga Adllea mendengarnya. Apa tidaknya. tiga pelanggan buat aduan pada Kak Mona pizza mereka lambat. Dan salah seorang pelanggan tersebut adalah katak bercermin mata empat itu. Bukan salah dia pun. Skuter dia rosak hendak buat macam mana.

            Kata orang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Adllea malas mahu melayan kerenah Kak Mona. Dia cuma tahu membebel sahaja. Lain kali dia suruh Kak Mona hantar pizza pula. Baru Kak Mona tahu macam mana susahnya menjadi penghantar pizza ni.

            Hidayat dan yang lain hanya menyabarkanAdllea. Biasalah kalau Kak Mona datang bulan angin kus-kusnya pun datang sekali. Itu komen kawan-kawannya. Adllea hanya tersengih.

            “Bawa bertenanglah Lea. Kaukan tahan sabar dengan kakak kita tu.” Hidayat memujuklah kononnya.
            “Aku rasa nak bagi pelempang pada bibir gigitan tebuan dia tu.” Adllea siap buat gaya mulut Kak Mona yang suka muncung ke depan bila bercakap. Hidayat dan yang lain ketawa melihat aksi selambanya  itu.

            “Cakap tu pandang-pandang belakang.” Ujar Zazali yang duduk bersebelahan dengan Hidayat.
            “Aku tak kisah kalau dia dengar pun. Ingat aku takut dengan dia.” Adllea berkata megah. Tapi dalam hati Tuhan yang tahu. Kecut perut juga kalau Kak Mona naik angin kus-kus. Hehehehe…berani cakap belakang saja. Depan Kak Mona lidah kelu seribu bahasa.

            “Dayat…”
            “Ya…”

            “Siapa mamat yang beritahu kau aku tersadai tepi jalan tu.” Adllea baru bertanya. Harap-harap Farithlah orangnya.
            “Katak bercermin mata empat kau itulah.” Hidayat menjawab laju. Mulut Adllea memang terlopong besar.

            Apa motif katak bercermin mata empat itu agaknya? Adllea mengusap dagu. Dia mesti ada agenda tersendiri. Ada katak di sebalik batu ni.

6 comments:

  1. best best. nanti kalo ade smbungan, post la dekt fb. :)

    ReplyDelete
  2. fuh...
    panas sungguh lea ye...
    sabar...sabar...
    hehehe

    ReplyDelete
  3. terbaekk la!!citer ni memang best!i love it!teruskan usaha!

    ReplyDelete