“ASSALAMUALAIKUM…orang dah balik.” Ujar Adllea seraya
meletakkan kasutnya pada rak. Lenguh-lenguh seluruh badan ini. Kalau suruh Tuty
urutkan pasti sedap. Apa susah upah saja makanan pada Tuty pastinya Tuty mahu.
Bukan susah mahu umpan Tuty. Kalau tidak dapat umpan Tuty dengan makanan dia
umpan Tuty dengan wang sepuluh ringgit. Tuty pasti melonjak macam kanak-kanak
riang nanti.
“Waalaikumusalam…” Pakcik dan Tuty menjawab serentak.
Kedua annak-beranak itu sedang bersila menonton televisyen. Adllea pun tak tahu
apa yang seronok sangat dengan rancangan SpongeBob itu. Kalau kartun Tom and
Jerry memang dia layan. Dia memang suka tengok kucing dan tikus tu
berkejar-kejaran.
Adllea tiada masa mahu tumpang sekaki tengok SpongeBob. Dia terus menuju ke dapur melihat lauk makan malam
ini. Mulut Adllea sudah mengeluh kecil. Kalau setakat telur goreng dan sambal
belacan ini memang sudah jemu dia menghadapnya. Macam tiada menu lain.
Sekali-sekala buatlah tomyam campur ke? Nasi goreng belacan ke? Nak kata tak
reti memasak pakcik dia buka kedai makan.
Tak kisahlah telur goreng dengan sambal belacan. Adllea pun malas nak memasak
menu lain. Janji perut ini akan berisi. Adllea capai pinggan dan ceduk nasi. Dia
juga tidak lupakan kicap cap kipas udang kegemarannya. Makan nasi mestilah ada
kicap. Kalau tiada kicap memang tak sah. Jangan lupa sebelum makan baca doa
makan dulu. Nanti kita makan bersama syaitan sekali. Adllea masih ingat pesan
ustazah di sekolah dulu.
Alhamdulillah….perut dia sudah kenyang. Dua kali dia tambah nasi. Siapa kata ornag
kurus kering macam papan ini tak kuat makan. Adllea fasal makan nombor satu
tolak batu dengan kayu saja. Hehehehe…
“Lea…” Suara rock ala Ella itu memanggilnya. Siapa lagi yang memanggil dia
kalau bukan Tuty.
Adllea bergegas ke ruang tamu.
“Kenapa?” Dahinya berkerut.
“Ada panggilan telefon untuk kau.”
“Siapa?”
“Entah. Suara macam bukan suara teman susah dan senang kau itu.” Tuty
muncungkan
bibirnya.
Lelaki mana pulak ni. Setahu dia hanya Hidayat yang tahu nombor telefon rumah
ini. Kalau korang mahu mengatakan dia ada kekasih memang jauh sekali.
Muka macam dia, siapalah nak. Adllea mencapai ganggang telefon yang dihulurkan oleh
Tuty.
“Ehem-ehem..Assalamualaikum…” Adllea bercakap penuh sopan sekali.
“Waalaikumusalam…skuter buruk awak dah sihat ke?”
Dahi licin aku bertambah kerutan. Skuter? Sihat? Adllea mula memerah otak untuk
mengencam yang empunya suara.
“Katak bercermin mata empat!” Adllea menjerit dalam telefon.
“Awak nak bagi gegendang telinga saya pecah ke?”
“Mana awak dapat nombor telefon rumah saya? Apa lagi yang awak nak pada saya?
Awak nak balasan sebab awak tolong panggilkan kawan saya ke? Orang macam awak
tak ikhlas mahu menolong sayakan?” Bertubi-tubi Adllea menyoal Shaz.
“Pandai pun awak. Saya memang mengharapkan balasan dari awak. Saya nak awak
boleh?” Kedengaran suara ketawa di dalam telefon.
“Gila!” Adllea menghempaskan ganggang telefon. Pakcik dan Tuty memandang ke
arah Adllea.
“Siapa tu Lea?” Pakcik bertanya.
“Orang gila!” Balas Adllea seraya berlalu masuk ke dalam bilik. Adllea
hempaskan badan atas tilam.
Siapalah badigol yang memberikan nombor telefon rumahnya. Panas hati ni. Hangin
satu badan. Kalau Farith yang telefon tadi memang Adllea akan
terlonjak-terlonjak macam bebudak dapat aiskrim. Lagi-lagi kalau Farith melamar
dia menjadi suri dalam hatinya. Ya Allah! dia memang terus cakap I DO! Siapa
yang tidak mahu berkahwin dengan jejaka kacak dan popular macam Farith. Orang
bodoh sahaja yang tolak tuah. Kalau kalau dengan Farith boleh duduk rumah
goyang kaki.
Namun…bukan mudah untuk dia mendekati Farith. Dia masih teringatkan kata-kata
Ummi yang dia perlu berhadapan dengan adik Farith. Siapa lagikan kalau bukan katak
bercermin mata empat itu. Serius dia cakap yang katak bercermin mata empat itu
tiada daya tarikan selain lesung pipit pada kedua belah pipinya dan mukanya
yang iras Louis Koo itu. Kulit mamat itu pun hitam manis tak macam kulitnya
yang kuning langsat ini. Warna kulit dia sama dengan Farith. Adllea pun tidak
tahu apa pekerjaan si katak bercermin mata empat tu. Apa yang Adllea tahu dia
ulat buku dan tidak lekang dengan buku
di tangan. Dia bawa pun kereta kancil sahaja. Lainlah Farith bawak kereta
besar. Gadis mana tak berangan idamkan putera dari kayangan.
Adllea merenung poster Farith yang tergantung di dinding bilikku itu. Poster
ini satu-satunya dia suka. Dia berebut-rebut untuk mendapat poster mini sebulan
yang lalu. Siap ada autograf dari Farith lagi tau. Malam ini dia mahu mimpikan
Farith Zehr. Belum sempat dia melelapkan mata telefon bimbitnya berbunyi lagu
Aku Dah Bosan…Aku Dah Bosan…Siapa pula yang mengacau ni!
SHAZ senang hati kerana dapat mengenakan Adllea. Awek skuter
itu harus diajar sedikit. Bukan susah untuk mendapatkan nombor telefon Adllea
itu. Sikap Shaz itu mengundang kehairanan pada abangnya Izmi. Shaz tidak pernah
mengusik mana-mana gadis sebelum ini. Berkawan dengan gadis pun tidak. Shaz
lebih suka berkawan dengan buku-buku dia. Tapi Shaz akan serius apabila dia
melakukan sesuatu.
Izmi
menghampiri Shaz yang sibuk membelek telefon bimbitnya. Beberapa minit kemudian
Shaz akan membuat panggilan kemudian dia mematikan talian telefonnya. Shaz akan
tersenyum melihat skrin pada telefon bimbitnya itu.
“Kau dah
kena sakit jiwa ke, Shaz?” Izmi menegur.
Shaz yang
sedang berbaring di atas sofa itu mengalih pandang pada Izmi.
“Part time job.”
“Sejak bila
kau jadi call boy ni?”
“Saya ada
duit. Tak perlu nak minta dari perempuan-perempuan kayalah.” Gerutunya. Ikut
suka hati sahaja Izmi menuduh.
“Habis apa
yang kau buat tu? Kejap-kejap call
dari tadi.”
“Shaz
sedang main game.”
“Game apa tu?” Izmi ingin tahu.
“Adalah…”
“Shaz…jangan
main sembunyi-sembunyi dengan abang. Kau dah ada kekasih ya?” Izmi menduga hati
adiknya.
Shaz
membisu. Kekasih? Sejak bila pula dia ada kekasih? Shaz kerut dahi. Dia mana
pernah bercinta-cintun ni.
“Shaz…abang
bercakap dengan kau ni.”
“Shaz belum
pekak lagi.”
“Jawab
soalan dari abang ni.”
“Saya tak
berminat dengan cintalah. Cinta menyesakkan nafas.” Balas Shaz.
Ayat dia
menikam kalbu. Cinta menyesakkan nafas? Betul ke? Orang yang dingin macam Shaz
ni kalau sudah jatuh cinta nanti lebih hebat dari orang yang kata cinta itu
bahagia. Tidak mengapa…Izmi akan siasat siapa gadis malang yang menjadi mangsa
Shaz itu.
MALAM tadi Adllea tidak dapat tidur lena. Dia sakit hati
betul dengan panggil tiada suara yang diterima. Adllea memang tidur tidak suka
menutup telefon bimbit sebab dia kunci jam dalam telefonnya. Sampai pukul lima
pagi panggilan hantu itu mengganggu dia. Hantu tu tak tahu hendak tidur
agaknya. Pagi ini Adllea datang kerja dengan mata panda. Hidayat dan yang lain
ketawakan dia. Lagi-lagi Dina si burung hantu itu. Gelak sakan betul dia tengok
mukanya.
Kak Mona sahaja yang bermuka serius. Dia bertanyakan pada Adllea perihal mata
pandanya itu. Tanpa berselindung Adllea memberitahu Kak Mona yang dia menerima
panggilan hantu. Adllea tak tahulah siapa yang buat dajal dengan dia malam
tadi. Apalah dosa dia pada orang itu agaknya. Dia ada sakitkan hati orang ke?
“Kau ada gaduh dengan pengkid tak? Mana tahu kau berebut awek dengan dia?”
Hidayat sudah mula buat lawak tidak kelakar dia.
“Otak kau! Aku bukan pengkid mahupun tomboy tau. Aku perempuan…tengok rupa aku
mana ada gaya macam itu. Aku gadis ayu.” Getus Adllea berang. Turun naik nafasnya.
Pantang betul Adllea kalau ada orang katadia pengkid mahupun tomboy. Dia bukan golongan
spesis itu.
“Janganlah marah. Aku gurau aje.” Hidayat cuba memaut bahunya namun Adllea menepis
tangan Hidayat. Apa ni nak paut bahu orang. Dia bukan Nana. Walaupun dia
berkawan dengan Hidayat namun dia masih menjaga batas pergaulan antara kami.
“Dayat…walaupun aku garang tapi aku ada hati dan perasaan tahu. Kau mana pernah
jaga perasaan aku. Kau hanya tahu jaga perasaan Nana saja.” Hati Adllea
bengkek. Hidayat sudah bertahun-tahun berkawan dengan dia tapi masih tidak
mengenali siapa dia. Ada tak rambut dia pendek dan dia pakai menyerupai lelaki.
Tiada bukan! Dia berambut panjang dan bila dia keluar dia suka pakai skirt
panjang dan labuh. Huhuhu…Ustazah ada cakap pada aku jangan seorang
perempuan menyerupai lelaki dan lelaki pula tidak boleh menyerupai perempuan.
Hidayat sudah pandang Adllea semacam. Rasa bersalah tu. Siapa suruh dia buat
lawak sensitif dengannya.
“Jangan merajuk dengan aku, Lea. Aku minta maaf ya.” Hidayat jalankan misi
memujuk hati Adllea. Kalau tak pujuk karang alamak dia tiada ‘bank’ mahu
meminjam wang. Biasalah Adlleakan ‘bank’ tidak rasmi dia.
Ini peluang untuk Adllea mengenakan Hidayat. Siapa suruh sakitkan hati dia.
“Aku sedar siapa aku pada kau Dayat. Aku ni banyak kekurangan. Aku tak secantik
Nana buah hati pengarang jantung kau itu. Dalam hati kau hanya ada Nana saja.
Kau hanya cari aku bila masa kau susah saja.” Ambik kau Hidayat. Aku kasi
hentam sama kau Adllea ketawa dalam hati.
Dina mencerlung Adllea. Dina tahu Adllea sedang mengenakan Hidayat balik. Dina
malas mahu masuk campur. Lebih baik dia menyudahkan kerjanya yang masih
tertangguh.
“Ala Lea….Janganlah majuk. Kalau kau nak megi dua pek aku belikan untuk kau.”
Megi…apa dia ingat aku cukup zat kalau melantak megi. Bagilah makanan yang
boleh kasi aku bertenaga sikit.
“Tak mengapalah Dayat…” Adllea buat muka sayu. Kahkahkah…Adllea memang
tidak boleh tengok muka Hidayat tampak sedih sangat itu. Adllea akan teruskan
lakonannya. Ada bakat ni. Mana tahu suatu hati dapat berlakon dengan Farith.
Adllea mahu sejauh mana Hidayat akan memujuk dia. Rasakan!
Adllea
berlalu ke kaunter sebaik terdengar jeritan dari bibir gigitan tebuan Kak Mona.
Apa lagilah yang dimahukan Kak Mona. Selamba dek Adllea menarik cermin mata
hitam milik Hidayat yang kebetulan masih tersangkut pada kocek bajunya. Adllea
rasa segan sangat nak keluar dengan mata panda ni.
“Kau dah buang tabiat ke Lea. Mana ada orang pakai cermin hitam pagi-pagi
begini.” Kak Mona macam selalu bercekak pinggang.
“Kak Mona…saya malulah. Kak Mona pun tahu masalah sayakan.” Adllea menjawab.
“Banyaklah songeh kau. Itu ada pelanggan mahukan kau ambik order untuk
dia.” Kak Mona tunjukkan meja pelanggan yang berada di sudut yang agak tersorok
dalam restoran Pizza Hut itu.
Muka Adllea berubah. Kenapa pula dia yang kena ambil pesanan pelanggan. Diakan
penghantar pizza. Ini sudah tersasar dari landasan kerja dia.
“Kenapa pulak saya kena ambil pesanan dia. Ini bukan tugas saya Kak Mona. Ini
tugas Dina. Lagipun tengok keadaan saya ini.” Adllea mula memberontak.
“Lea…dia customer kita. Dia hanya nak kau yang ambik order dia.
Dia tak mahu orang lain, faham!” Kak Mona sudah menunjukkan kuasanya. Adllea mengetap
bibir geram. Dina ketawa.
Adllea
membebel sendiri. Bahasa bebelan yang dia faham sendiri. Cermin mata hitam masih
melekat atas batang hidung Adllea. Lantaklah pelanggan itu mahu kata apa. Heran
dia dengan pelanggan tu. Apasal dia pilih aku pulak pergi ambil pesanan dia?
Aku kenal dia ke? Ish! Mengada-ngada punya pelanggan.
“Ya…encik mahu pesan apa?” Adllea main hentam saja cakap. Sah memang tidak
sesuai menjadi penyambut tetamu atau pengawai perhubungan awam. Tiada
ramah-mesra langsung.
Pelanggan yang sedang sibuk menghadap buku di tangan itu menurunkan bukunya. Ya
Allah! Dunia memang kecil. Mata Adllea membulat besar.
“Katak bercermin mata empat!”
Bibir yang kemerahan itu mengukirkan senyuman sinis. Adllea terkedu saat dia
menanggalkan kaca matanya namun hanya seketika.
“Hi, apa khabar.” Ujarnya.
Dia tidak marah apabila aku
memanggilnya katak bercermin mata empat. Agaknya hati kering lelaki bernama
Shaz Ariel ini. Bisik hati kecil Adllea. Adllea tetap tak boleh terima dia ini
adik Farith. Muka dia ini langsung tidak sama dengan Farith. Jauh sangat
bezanya. Dia berkulit hitam manis dan tidaklah sekacak Farith. Muka pula tegang
selalu macam pakai botox.
“Awak buat apa di tempat kerja saya ni?” Muka Adllea mula berkerut. Dia buat
muka selamba dia.
“Saya nak makan pizza.”
“Saya bukan kerja pelayan sini tau.”
“Saya tahu.”
“Habis! Kenapa suruh saya yang ambil pesanan awak?” Suara Adllea sudah mula
meninggi sedikit. Dia tidak kisah dengan kerlingan Kak Mona.
“Jangan berkasar dengan pelanggan.”
Eiiii…Adllea rasa mahu telan sahaja katak bercermin mata empat ini. Adllea nak
panggang dia hidup-hidup! Kemudian dia ratah-ratah daging si katak bercermin
mata empat tu!
Katak mana boleh makan Adllea. Makhluk dua alam tu.
“Awak nak makan apa?” Soal Adllea tanpa mengundur suara. Apasal dia yang
harus kena melayan katak bercermin mata empat ini. Dia penghantar pizza bukan pelayan! Adllea tak
puas hati!
“Apa yang sedap kat sini?”
“Manalah saya tahu. Tengoklah menu tu.” Mulut Adllea muncung panjang.
“Kalau Abang Farith yang datang mesti awak layan dia baik-baik. Saya tahu awak jatuh
cinta pandang pertama dengan abang saya kan.” Mamat ni macam
tahu saja dia sukakan abang nya. Muka Adllea kemerahan. Malu.
“Boleh tak kau cakap pelan-pelan.” Gerutu Adllea geram. Mujurlah pelanggan
tidak beberapa ramai. Kata Ummi dia ini pendiam tapi banyak pula mulutnya
bercakap.
Dia tersengih.
“Kenapa pakai cermin mata hitam? Tak ke pelik orang lain tengok. Awak kena
sakit jiwa ke? Malam tadi dapat tidur pukul berapa?” Soalnya lagi.
Adllea
tersentak. Timbul urat-urat dawai pada dahi dan mukanya. Entah-entah mamat
inilah yang mengganggu ketenteraman tidur lenaku. Manalah dia dapat nombor
telefon aku agaknya. Hidayat atau Kak Mona yang kasi? Aku tahu mesti antara dua
orang ini yang bagi pada katak bercermin mata empat itu.
“Awak yang ganggu saya ya? Siapa bagi awak nombor telefon bimbit saya?”
“Benda kecil saja. Bukan susah nak dapatkan nombor awak.” Shaz pandang muka Adllea
dengan wajah seriusnya.
Adllea
nak saja sekeh kepala mamat ini dengan menu pada tangannya. Dialah hantu ‘private
number’ tu. Kalau aku raksasa memang aku makan dia dengan lahapnya. Gerenti
lepas ini aku tukar nombor.
“Saya tiada masa nak berborak dengan awak. Awak nak pesan apa?” Adllea malas
mahu melayan mamat ini lama-lama.
“Saya tak suka orang tak tahu melayan orang ini. Awak panggilkan orang lain untuk
ambil pesanan saya.” Shaz mengalihkan pandangan matanya dari menatap wajah Adllea.
Adllea angkat kening.
Pulak! Adllea rasa hendak gigit mamat ni. Adllea merengus kecil dan berlalu. Adllea
panggil Dina untuk mengambil pesanan katak bercermin mata empat. Kak Mona
menjeling Adllea. Adllea jongket bahu. Jangan nak salahkan dia. Dia hanya
penghantar pizza. Kalau bab melayan pelanggan ini memang GAGAL!
“Kau kenal dengan dia ke?” Kak Mona bertanya ketika dia bersiap-siap untuk
menghantar pesanan pizza untuk pelanggan.
“Katak bercermin mata empat.” Balas Adllea.
“Sedapnya kau gelar dia. Kau tahu tak siapa dia?” Kak Mona merenung Adllea tajam.
Macam nak tersembul biji mata dia.
“Kenapa? Ada apa dengan dia?” Kak Mona tenung tajam macam itu memang
menyeramkan. Macam gaya hantu kelaparan pun ada. Saya tak sedap Kak Mona. Ada
tulang saja. Daging tak banyak.
“Baik kau minta maaf pada dia.”
“Tiada faedahnya saya nak minta maaf pada katak bercermin mata empat itu.” Adllea
sudah mengambil kotak pizza yang hulurkan oleh Kak Mona.
“Adik Farith Zehr tu?” Kak Mona memuncung bibir gigitan tebuannya.
“Ada saya kisah!” Adllea mengenakan topi keledar dan terus pergi.
Kak Mona terpinga-pinga. Aku peduli apa kalau dia adik Farith. Adllea Abd.
Rashid hanya sukakan Farith Zehr.
hehehe...
ReplyDeletedalam duk gaduh2 tu cinta dah berputik...
very nice n sweet dear..:)
ReplyDeletebest niee....!!! smbung sis smbung...hehhehe...nak tau spa gak c katak b'kcmta 4 2...hahhaha...=D
ReplyDeletekak smbung la kak..bez sngt..nnt mst dye suka kt katak 2 kan?? haha
ReplyDeletemenariklah cita awek skuter dgn katak b'cermin mata 4... smbung kak ilya pleaseee :)
ReplyDelete>hUda<