Tab Menu

Followers

Monday, September 10, 2012

Queen Control - Bab 26


“TURUNKAN I!” Putri Tasnim memukul-mukul tubuh Tiryaq. Wajahnya kemerahan. Tiryaq bikin dia malu. Bibirnya mula membebel entah apa-apa.

            Tiryaq tersengih. Putri Tasnim ni tampak saja ego dan keras kepala tetapi dalam hati ada taman bunga.

            “Bagaimana jika suatu hari kelak kita terpaksa berpisah. Awak rela tak?” soal Tiryaq tiba-tiba.

            Putri Tasnim membisu. Dia tenung wajah tampan Tiryaq. Lelaki itu tampak serius. Putri Tasnim mengalih pandang. Bukan apa sesak nafas bila bertentangan mata dengan lelaki itu.

            “Entah!” Balas Putri Tasnim.

            “Entah? Mengapa entah?”

            “I tak tahu.”

            Putri Tasnim mengetap bibir. Betul-betul dia tidak dapat memberikan jawapan kepada Tiryaq. Masakan dia sudah jatuh sayang pada lelaki itu. Tidak! Tidak mungkin.

            “Baik awak beritahu pada saya. Kalau tidak…”

            “Kalau tidak apa?”

            Tiryaq berbisik pada telinga Tiryaq. Dia membulatkan anak matanya.

            “What? You jangan buat pasal dengan I!”

            “La…kita dah sah tau.”

            Turun naik nafas Putri Tasnim. Tiryaq memang mengada-ngada.

            “I takkan beritahu!” Putri Tasnim merengus kecil lalu masuk ke dalam blik. Pintunya sengaja dihempaskan dengan kuat.

            Tiryaq ketawa. Suka benar dia jika dapat mengusik Putri Tasnim. Paling dia suka bila mulut Putri Tasnim muncung panjang.

            “Awak hanya ada dua pilihan sahaja sayang.” Tiryaq menyengitkan mata kirinya. Putri Tasnim mencebik. Ada hati mamat itu mahu mengugut dia.

            Putri Tasnim tidak membalas. Dia biarkan saja Tiryaq memasang tali pinggang kaledar untuknya. Bau haruman di tubuh Tiryaq buat dia sesak nafas. Lelaki seorang ini memang suka wangi-wangian.

            Sikap degil dan suka melawan Putri Tasnim memang sukar untuk ditangani sikit. Tidak mengapa Tiryaq. Perlahan-lahan dia akan menjinakkan si liar ini.

            “Siapa orang tua yang berani menculik I itu? Musuh sekutu you dari planet mana? Bau badan pengikut dia semua hapraklah.” Putri Tasnim menjeling Tiryaq.

            “Entah? Saya pun tak tahu mereka dari planet mana. Tapi kalau tengok muka mereka tiada rupa makhluk asingkan?” Tiyaq membalas selamba.

            Tiryaq memang suka mencari pasal dengan dia. Sajakan…

            “You jangan cuba-cuba nak bermain-main dengan I? Siapa you sebenarnya? Pelakon? Perompak? Pengedar? Penggodam?” jari telunjuk runcing Putri Tasnim sudah bermain-main di muka Tiryaq.

            Tiryaq ketawa galak. Sampai begitu sekali Putri Tasnim imaginasi tentang dia.

            “Jangan bimbang…saya bukan orang jahat dan tidak tergolong dalan semua P yang awak senaraikan itu.”
            Perahsia sungguh. Putri Tasnim mengusap dagu.

            “Habis kenapa mereka culik I?”

            “Salah orang tu.”

            Lagi bertambah musykil. Kalau salah orang masakan dia dilepaskan dengan mudah sekali. Malah mengapa mereka diserang malam itu dengan tidak tentu pasal. Kalau mahu merompak tiada duit pula yang diambil.

            “You boleh serius tak?”

            “Tengok muka saya ada muka buat lawak tak?”

            “Huh! Memang muka you tak boleh dipercayai.” Putri Tasnim berpeluk tubuh.

            “Tak baik tak mempercayai suami yang mithali macam saya. Bukan senang mahu dapat suami yang pandai dalam bidang rumah tangga ini tau. Ada rupa, pandai memasak, mengemas dan segala-galanya.” Tiryaq debik dada sendiri.

            Kata-kata yang cukup pedas buat Putri Tasnim. Tahulah dia tak pandai pegang sudip. Tahulah dia jenis yang main pakai buang. Baik diam dari bertegang urat dengan Tiryaq.

            Tiryaq tersengih-sengih melihat Putri Tasnim. Salah oranglah kalau nak berlawan berdebat. Putri Tasnim terus membisu sehingga mereka sampai ke apartmen mewah itu.
           
BERDENTUM pintu bilik itu dihempaskan oleh Putri Tasnim. Urut dada juga Tiryaq dibuatnya. Marahlah tu. Tak kuasa Tiryaq mahu memujuk. Nanti-nanti redalah marah isteri dia itu. Lagi-lagi kalau dia masakkan gulai lemak labu buat Putri Tasnim cincah dengan sambal belacan. Laju Putri Tasnim menjamahnya. Hehehehe…ingatkan gadis moden macam Putri Tasnim tak sentuh masakan kampung ini. Air tangan suami katakan…

            Putri Tasnim letakkan tangan pada dahi. Sudah hampir lima bulan dia bersama Tiryaq hidup sembumbung sebagai suami isteri. Tegar betul lelaki itu melayan kerenah mengada-ngada dia. Dia arah itu dan ini pun masih tak berkesan. Masalah sekarang sudah ramai yang tahu dia sudah berkahwin. Papa pun sudah tahu. Mereka hanya tak tahu yang dia berkahwin kerana kena tangkap basah. Rahsia itu masih tersimpan kemas. Kalau Tiryaq berani bocorkan rahsia memang dia potong-potong daging lelaki itu.

            Berfikir banyak sangat sampai Putri Tasnim terlena. Sedar-sedar hari sudah jauh malam. Badan sudah bau melekit. Dia merasa tidak selesa. Putri Tasnim segera membersihkan diri. Dia memakai t-shirt lengan pendek dan seluar track. Pintu bilik itu dipulas. Bau masakan menusuk ke rongga hidung Putri Tasnim. Sedapnya…Terjengket-jengket dia mengintai Tiryaq di dapur.

            Aik?! Bila Tiryaq mandi dan tukar baju. Bukan dia kunci pintu bilik ke tadi. Putri Tasnim menggarukan kepalanya. Tidak perlu Putri Tasnim memeras orak kerana Tiryaq sememangnya ada setiap kunci pendua apartmennya termasuklah kunci bilik. Senyap-senyap saj dia masuk bilik untuk mandi, solat dan menukar pakaian. Putri Tasnim bukannya sedar. Tidur mati. Dia cuba kejutkan isterinya itu, tapi bila digerak asyik pusing kiri dan kanan.

            Berdondang sayang perut yang sednag lapar itu berbunyi. Alamak?! Kantoi. Merah padam muka Putri Tasnim. Tiryaq sudah tahu Putri Tasnim sedang menghendap dia.

            “Tak perlu main sorok-sorok dengan saya, Puan Tasnim. Kalau lapar tu cakap saja. Buat apa nak malu dengan suami sendiri kan…” Sengaja Tiryaq cakap kuat-kuat.

            Putri Tasnim menonjolkan diri.

            “Siapa lapar?”

            “Oh! Ada orang lain ya dalam rumah ni. Agaknya orang yang berada di belakang awak tu?”

            “Hah?!” Wajah Putri Tasnim berubah. Tidak semena-mena dia meluru dan melompat ke dalam dakapan Tiryaq. Wajahnya dibenamkan pada dada bidang lelaki itu.

            Tiryaq ketawa. Penakut juga Putri Tasnim ini.

            “Saya bergurau saja.”

            “What?!” Tiryaq minta melepaskan pautan dari leher Tiryaq. “Berani you mempersendakan I? You memang suka mengambil kesempatan pada I kan?”

            “Awak juga yang cakap tadi bukan perut awak yang berbunyi tanda lapar kan? So ada orang lainlah dalam apartmen ni.” Tiryaq menjongket kening.

            Putri Tasnim memukul bahunya. “Mulut you I sumbat dengan sambal belacan nanti.”

            “Hahhahaha…so baik awak yang mengaku.”

            “Fine! I memang lapar nasi! Perut I yang berkeroncong! Puas hati?!”

            “Mengaku juga awak.”

            Putri Tasnim menarik kerusi dengan kasar. Tidak kuasa lagi untuk dia berlawan kata dengan Tiryaq. Asyik kalah saja. Geram betul!

            “Depan rezeki tak baik buat muka monyok macam tu…” Ada saja kompelin dari mulut Tiryaq ini.

            “Bisinglah you.” Pinggan dicapai. Apa yang penting perutnya perlu diisi sebelum dia menghadap kerja yang tergendala.

13 comments:

  1. rindu kat cerita nih... ingatkan dah stop

    ReplyDelete
  2. Sambung balik sebab ada yang minta...akak memang stop untuk penilaian manuskripnya :)

    ReplyDelete
  3. suke n rindu la kat diaorg nie..gaduh2 manja g2

    ReplyDelete
  4. Betul tu, rindunya kat Tasnim dan Tiryaq, suami mithali yg sabar melayan isterinya yg garang tu.. :-)

    TQ, Ilya! Moga citer ni pun akan dibukukan...

    ReplyDelete
  5. tak sabarla nak tunggu keluar pasaran. sangat suke :)

    ReplyDelete
  6. bila nk bukukan cite ni yer.. x sbar nk 2nggu d psran.... hu3

    ReplyDelete
  7. akak,bila nak tamat kn cerita nie, . . .what happen ?

    ReplyDelete
  8. dah makin menggila dengan cerita ni.bila nak sambung lagi kak.tak sabar nak tahu kesudahannya.

    ReplyDelete
  9. Tahun depan kluar versi cetak dari penerbitan mana ye? Kalau dah kluar inform ye? Thank u.

    ReplyDelete
  10. akk bile nk klua cerite ni ? can't wait !!!!

    ReplyDelete