Tab Menu

Followers

Tuesday, August 7, 2012

Pengumunan...

Sedia maklum...Coke and Sundae II diterbitkan September 2012. Dah confirm! :) Pastinya ramai teruja nak tahu kesudahannya kan...dan pastinya ada yang teruja untuk melihat cover versi ke II ini? Tunggu saja akak upload nanti ya...




“Jika takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.” ~ Syakir.
“Tapi kalau Ribut ‘Katrina’ melanda rumah kita macam mana pulak?” ~ Azyan.

Sinopsis:

Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir a.k.a cicak kobeng. Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu.

Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir. Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-harakan keadaan yang sememangnya sedia kalut itu apabila Syakir mengatakan yang dia mahu bernikah dengan Katrina pula. Azyan macam nak pengsan!  


My cover Coke and Sundae II
Jangan lepaskan peluang melanggan bersama KN di www.kakinovel.com setelah order dibuka ya. InsyaALLAH ada tandatangan ekslusif dan gift kad comel CNS II dari akak bagi 300 pelanggan terawal ^^

17 comments:

  1. yes!!!!!!!
    akhirnya akan sampai ke tangan ku jua!

    ReplyDelete
  2. argh!! x saba nye.. ape la yg akan jadi kat rumah tangga dorang.. hope sngt x sampai bercerai-berai..huhuhu

    ReplyDelete
  3. ohhh...xsbrnye nk tggu...lmbtnye nk bulan 9..hehehe..pape pn congrate kak ya...

    ReplyDelete
  4. tahniah kak ya!!! finally dapat jugak tgk cover CNS2 dalam versi cetak setelah sekian lama menunggu penghujung cinta Azyan n Syakir... <3
    simple but cute cover dia... suke3... ^_^

    ReplyDelete
  5. Tq dear Atikah...akak pun teruja tak terkata sebab bab ke 4(novel CNS II) bakal lahir tak lama lg...

    ReplyDelete
  6. cantik akak! xsabar nak peluk2 baby baru akak ni!

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nak baca! Hihi..excited2!! =) p/s..kak ya..berapa page CNS II ni?

    ReplyDelete
  8. Maybe 600 lebh kot tak pasti akak...Tq Mimi

    ReplyDelete
  9. Owh..xde la tebal sgt..hehe..xsabar nak baca! Congrats 4 u kak.. =)

    ReplyDelete
  10. thniah akq . akhirnya CnS II kluar. lma tnggu. hehe. n hopefully dpat sign akq :) *pndtang bru kat sini :) btw salam ramadhan even lagi lbih kurang smgu nak raya

    ReplyDelete
  11. sy dah terima bk CNS II semlm. Br nk start bc hari ni. Tq Kak Ilya sbb ada tandatangan ekslusif dan gift kad comel CNS II. bk CNS dulu pun sy dah bc sbb tu x sbr2 nk bc CNS II pulak..selamat berkarya...:-)

    ReplyDelete