Tab Menu

Followers

Sunday, November 25, 2012

Kekasih Atas Kontrak - Bab 5,6

 Bab 5

"TIA...anak gadis kesayangan ayah!" Pak Mansor terus memeluk Tia sebaik anak gadisnya itu sampai di muka pintu rumah ibunya itu. Awal-awal lagi dia sudah bersedia berada di rumah ibunya itu kerana Tia semestinya tidak masuk masuk ke Singapura. Bukan dia tidak kenal dengan perangai anak bongsunya itu.

Tia cuak. Rancangannya tidak menjadi. Ayah macam tahu-tahu sahaja yang dia tidak akan terus ke Singapura. Fikirnya Pak Mansor tidak akan bertandang di rumah nenek. Ayah dengan nenek bukan sebulu.Halkecil pun mereka bertegang urat. Nenek selalu cakap yang ayahnya itu suka pilih kasih.

Absyar hanya menjadi pemerhati pertemuan antara ayah dan anak itu. Dia seperti menonton slot jejak kasih pula. Nenek Tia pula hanya bersilang tangan melihat gelagat anak lelakinya itu. Orang tua itu tidak banyak bercakap.

"Ehem..." Absyar berdehem kecil.
Tia dan Pak Mansor menoleh serentak. Tia mengulum senyuman. Kononnya senyuman malu. Dia tarik tangan ayahnya mendekati Absyar. 
"Ayah...kenalkan ini..."
"Absyar kan?" Pak Mansor pantas memintas.
Absyar anggukkan kepala.
"Boleh tahan. Pandai anak ayah cari pengganti." Pak Mansor meneliti Absyar dari atas hingga bawah. Sungguh tinggi lelaki ini.
"Ayah...Absyar ni kerja engineer tau sebab itu agak gelap sikit."
Absyar kerling Tia. Tia kenyit mata. Hantu punya perempuan. Tia sesuka hati dia mengatakan dia bekerja sebagai Jurutera.
"Bagus-bagus...terjamin masa depan anak pakcik." Pak Mansor menepuk-nepuk bahu Absyar.
Absyar tersengih. 
"Malam ini teman pakcik ke surau, solat berjemaah di surau. Lepas itu kita sambung berbual panjang." 
Kali ini Tia pula tertelan air liur. Itu taktik Pak Mansor untuk menjalankan kaji selidik.

Absyar baring keletihan dalam bilik yang disediakan. Panas punggung sepanjang hari dalam perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru itu. Nasib baik enek Tia punya rumah sewa. Kebetulan rumah sewa yang didiami itu penghuninya sudah keluar maka dia tempat di rumah terbabit dalam masa dua minggu ini. Boleh dia buat kuak lentang di atas katil ini tanpa rasa segan silu. Absyar tersengih sendiri.

Tia itu boleh tahan juga manisnya. Tia takkan pandang lelaki yang kerjanya tidak menentu macam dia. Dia bukan kerja takat menjadi pelakon sambilan malah jual burger, jual ikan di pasar dan pelbagai kerja tambahan yang dia buat. Hanya satu kerja saja yang ditolak selama ini. Dia tak sanggup jadi anak ikan mak datin. Hehehehe...Sayang mahu jual body you. Tuhan marah!

Alamak, Pak Mansor sudah ajak dia berjemaah di surau Maghrib ini. Dia mesti tunjukkan dia seorang kekasih yang solehah. Ada ke kekasih solehah? Bantai sajalah. Ligat dia mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Mujur saja Asar sudah ditunaikan di dalam perjalanan tadi. Solat itu tiang agama. Tidak elok dilengahkan setiap waktunya. Pesan arwah ibu sentiasa tersemat dalam ingatan.

SEGAK Abysar memakai baju melayu dan kain pelikat yang dipinjamnya dari Pak Mansor. Kekasih siapalah kan kalau bukan kekasih kontrak Tia. Baju Pak Mansor banyak di rumah nenek. Ada yang sudah tidak boleh dipakai lagi oleh Pak Mansor. Saiz badan sudah berubah. 

"Hensemkan buah hati Tia walau dia gelap sikit dari Tia." Tia mengenyitkan matanya pada nenek.
"Hitam itu menawan Tia."
"Hitam-hitam gula jawa, biarpun hitam tetapi manis." Tia siap berperibahasa.
Terjongket kening nenek yang sudah memutih itu.

Absyar membonceng skuter milik nenek yang di bawa oleh Pak Mansor. Pak Mansor kata bawa skuter lebih molek dari membawa kereta yang susah untuk diparkir. Di kampung bukannya tempat untuk menunjuk kereta besar. Buat masa ini Absyar boleh melayan Pak Mansor kerana diktator berkuku besi yang dikatakan oleh Tia itu belum menyoal soalan sesusah matematik lagi. 

Lain pula difikiran Pak Mansor. Absyar ini boleh tahan juga juga orangnya. Tampak tenang dan bersahaja. Bila disoal tidak menggelebah. Tidak mengepa. Dia baharu uji sedikit. Dia akan lihat sejauh mana sikap 'cool' yang ada pada Absyar.

Tia cukup berpuas hati dengan lakonan Absyar. Absyar mampu menangani ayahnya itu tanpa bantuan dari dia. Bagus-bagus! Betul kata Wann,Absyar punya bakat lakonan yang cukup baik. Nenek kata Misha dan Amrish akan balik esok jadi Tia sudah bersiap sedia untuk bertemu dua mata dengan pasangan yang cukup-cukup sangatlah idealnya itu. 

Huh! Rasa benci pada Misha masih ada di hati Tia. Sakit sungguh hatinya dengan sikap Misha yang bermuka-muka di belakangnya. Misha memang jenis yang suka menang. Tia pula jenis yang keras kepala dan suka melawan.Kalau keduanya bertemu macam anjing dengan kucing. Mereka tidak menduga jatuh cinta pada lelaki yang sama. Siapa lagi kalau bukan Amrish, lelaki pujaan di kolej tempat mereka belajar. Namun Tia memainkan peranan terlebih dahulu untuk memikat hati Amrish. Lagipun Tia bersaing secara baik. 

Sakitnya hati Tia apabila mengetahui Amrish dan Misha berhubungan di belakangnya. Kenapa Amrish tidak mengatakan secara terangan dia mennyukai Misha? Kenapa mesti mempergunakan dia? Dia rela mengalah jika Misha adalah pilihan Amrish. Biar dia menangis dahulu dari dia menanggung sakit hati begini.

Kita undur ke belakang sekejap..

"Apa semua ini Rish?" Tia membulatkan anak matanya sebesar mata ikan emas.
"I'm sorry..."
"Senangnya awak ucap sorry?"
"Saya tahu saya salah pada awak. Saya mempermainkan perasaan awak.." Wajah serba salah Amrish ditenung tajam oleh Tia.
"Kenapa tak beritahu saya awal-awal lagi?" 
"Saya tersepit.."
"Ini tersepit awak!"
Buku lima melekap pada pipi kiri Amrish. Misha menekup mulut melihat perlakuan Tia. Segera dia mendapatkan kekasihnya gelapnya itu. 
"Jangan melampau Tia!" Tengkingnya.
"Siapa yang melampau? Aku atau kau?" Tia menunding jari ke muka Misha. 
"Soal hati dan perasaan, kau tak boleh paksa dia..."
"Habis dia boleh pula mainkan perasaan aku!"
Tia dan Misha bertekak kerana seorang lelaki spesis Amrish. berbulu hati Tia melihat Misha mengusap-usap pipi Amrish yang ditumbuknya tadi. Itu kali pertama dia menumbuk lelaki. Sakit juga buku limanya. Keras rahang muka Amrish...
"Go to the hell!

Kalau ikutkan amarah semuanya terlepas dari mulut. Semenjak itu dia sisihkan diri dari adik-beradik yang lain terutamanya Misha. Dari seorang yang banyak mulut dia menjadi seorang pendiam lalu dia mengambil keputusan untuk hidup berdikari sendiri. Mujurlah dia bertemu dengan Wann, Mek Kelantan yang tidak pandai sangat bercakap Kelantan itu. Ada juga teman untuk dijadikan penglipur lara...

Rindu pula pada Wann yang berada di Kuala Lumpur itu. Apalah yang sedang Wann buat sekarang. Agaknya sedang buat tahi mata atau menemankan Encik Adli makan malam bersama kaum kerabatnya. Rasanya kalau bab makan malam bersama itu Wann pasti akan menolak. Wann tu lebih kurang macam dia. Hati kering!
 

Bab 6 


MISHA dan suami kesayangannya sampai seperti waktu yang dijanjikan. Tia tidak kuasa mahu menyambut pasangan yang cukup romantik dan konon-konon ideallah sangat. Dia buat-buat sibuk membantu nenek menyediakan makan malam. Ayah dan Absyar masih tidak lagi batang hidungnya. Berkemungkinan besar akan pulang dari surau selepas Asar. Perutnya sudah berlagu dondang sayang ni. Kalau dia menjamu selera dulu maka dia akan melanggar peraturan keluarga yang dibuat oleh nenek.

Tia..."

Tia buat-buat tidak dengar. Dia menundukkan kepalanya menyusun pinggan di atas meja.

"Tia!" Panggil nenek kuat.

Tia mengangkat wajahnya. Mata bersatu dengan Amrish yang kebetulan berada di sebelah nenek. Tegang suasana seketika. Misha sudah mengerling Tia tajam. Patutlah ayah terus balik ke Johor sebab ayahnya tahu Tia akan terus ke Singapura. Majlis perkahwinan sepupu mereka akan buat besar-besaran di sini. Namun mereka akan mengadakan resepsi perkahwinan di Singapura. Segala yang diatur berubah di saat-saat akhir.

"Tia...salam dengan kakak kamu ni." Perintah berkuasa dari nenek.
"Tak bolehlah nenek. Batal air sembahyang nanti." Balas Tia selamba.
"Apa yang batal air sembayang ni? Kamu jangan nak merepek." Marah nenek.
"Telefon Tia berbunyilah. Agaknya orang pejabat call...." Tia bergegas melarikan diri masuk ke bilik.

Nenek gelengkan kepala. Alasan cukup tidak munasabah. Malam-malam begini masakan ada pekerja di pejabat lagi.

Tia pula menarik nafas lega.

BUNYI skuter nenek menambahkan lagi kelegaan di hati Tia. Ayah dan Absyar sudah pulang. Dia membuka pintu biliknya lalu meluru ke depan pintu. Nenek dan yang lain memerhatikan sahaja gelagat anak dara Pak Mansor yang seorang ini.

"Kalau sambut ayah tak mengapalah jugak." Pak Mansor menanggalkan kopiah putihnya di kepala.
Tia tersengih.
"Tia tengah praktis nak belajar sambut suamilah ayah." Balasnya.
Taktik berlakon yang cukup berkesan. 
"Eloklah tu. Jangan sehari dua saja rajin sambut nanti, esok-esok dah malas nak menghadap suami." 
"Ayah...kami pasangan sehati sejiwa tau. Betul tak Ab?" Tia melirik Absyar dengan pandangan manja.
"Azam Tia ni nak menjadi isteri mithali pakcik." Absyar mengiakan.
"Baguslah ada azam baik macam tu.Tapi toksah nak rapat-rapat sangat." Pak Mansor menyelit di antara Absyar dan Tia.
Absyar ketawa kecil. 

Misha mendekati nenek. Perlahan dia berbisik halus pada telinga nenek.

"Siapa lelaki tu nenek?"
"Bakal adik ipar kamu."

Ouch! Inilah lelaki teman lelaki Tia. Kenapa wajah dalam gambar dengan yang ini agak berbeza? Lihat gambar orangnya nampak selekeh sahaja.

"Kamu tak perlu risaulah Misha, Tia takkan rampas suami kamu tu? Dia pun dah tak kepingin dengan Amrish pujaan kamu." Tambah nenek lagi.

Berasap telinga Misha. Dia buat muka semasa makan malam bersama-sama. Tia pula berlagak seperti biasa. Mulut becok berbicara itu dan ini pasal kerja berbanding dengan Absyar yang cukup sopan menjamah makanan di depan mata.


Malam itu Tia tidur dengan lena memeluk teddy bear kesayangan yang di bawa dari Kuala Lumpur. Absyar juga lena tidur dengan tenang tetapi tidak pada Misha yang mula gundah gelana. Di meja makan tadi Amrish asyik memerhatikan sahaja gelagat tunjuk comel dari Tia. Apa tidaknya Tia sudah semakin cantik dan bergaya.

* Hope enjoy...

13 comments: