Tab Menu

Followers

Sunday, January 13, 2013

Tahun Baru 2013 - Permulaan Baru

Alhamdulillah...sudah selamat menjadi isteri orang dah...majlis kenduri akan berlangsung pada 25 Mei 2013 ini. Nama suami Azri Hasrizal (Boleh buat nama watak hero novellah pulakkan) Hehehehe... Maaf sejak kebelakangan ini kurang aktif menulis. Al maklum sibuk...sekarang baru mula warm-up sikit. 

 
Majlis berlangsung cukup simple dan bersederhana. Lafaz kedua sah menjadi isteri. Satu fasa baru buat Ilya. Warna baju silver sedondong dengan suami Ilya. Gambar tak banyak ambillah pulak, jurugambar Ilya (adik bongsu) pun sibuk melayan tetamu. Doakan kebahagian Ilya dan suami ya...
 
Suami ada suruh Ilya behenti menulis tapi Ilya cakap bila tiba masanya Ilya akan behenti nanti dan menulis e-novel dalam blog sahaja. Mujur dia izinkan Ilya untuk berkarya lagi ^^...suami sporting.

Terima kasih semua atas dorongan dan sokongan anda


DIVA

WELL….I tak pakailah make-up tak berjenama ni. Setakat jenama Silky Girl, bukan taste I lah.” Ujar Widelia megah.

            Dua orang teman yang bersamanya itu hanya mencebik. Nasiblah Widelia itu memang cantik kalau tak cantik pakai make-up mahal mana pun tak berguna. Kalau tidak fikirkan kepentingan diri maka jangan haraplah mereka akan berkawan dengan Widelia yang berlagak diva itu. Apabila mereka bersama Widelia mereka akan dipandang lelaki. Itu salah satu kelebihannya.

            “Kalau mahu beli make-up jenama Mac, I kena fikir dua tiga kalilah Wid.” Desis Rozie.
            “Apa salahnya korban duit sikit untuk kecantikkan. You ingat lelaki akan pandang perempuan berwajah lesu dan tak bermaya. Tengok I…look gorgeous!” Widelia sentiasa memuji kecantikkan diri. “One more…lelaki idamkan bentuk badan wanita yang menarik bagai bentuk epal dan pir.”
            “You makan apa pun memang dah kurus melidilah Wid.” Komen Julie.

            Widelia tersenyum bangga. Dia bertuah kerana mengikut baka dari inbunya yang ada darah keturunan arab sedikit itu. Dari usia kecil hinggal usia remaja dia mendapat perhatian umum. Dalam bab pelajaran dia bukanlah pandai sangat. Lulus SPM pun cukup-cukup makan sahaja sebelum menyambung pelajarannya ke IPTS. Kelebihan Widelia bukan sahaja kerana pakej pada wajahnya dia juga seorang yang bijak berkomunikasi dan berani mencuba sesuatu yang mencabar.
            Dari seorang gadis kampung yang bekerja sebagai kerani biasa beralih kepada seorang pengacara rancangan televisyen yang popular. Populariti Widelia kian meningkat sehingga mendapat perhatian lelaki yang Datuk atau Tan Sri. Sikap hidung tingginya itu menyebabkan dia sukar untuk didekati umum. 

            “Apa kata you all join kelas diet I.” Widelia mengajak.
            “Kalau you belanja we all apa salahnya…”
            No problem…” Widelia menghirup jus buah-buahannya.

            Rozie dan Julie saling berpandangan. Rezeki jangan ditolak.

            “Okay girls….I mahu ke salon buat rambut sekejap. Malam ini I ada dinner dengan anak Datuk S.” Widelia bingkas bangun menarik beg tangannya.

*Intro e-novel yg gantikan Queen Control ^^

4 comments:

  1. queen control dah ada kat pasaran?

    ReplyDelete
  2. Waaaaa..lama nye......1 thun lg...lps novel apa yg ilya nak kuar kan...kat blog tu bnyk e_novel..nak kuar yg mn satu dulu

    ReplyDelete