AMEER
Dylan membuka matanya perlahan-lahan. Dia meraba di sisi. Tiada Sufi Alisha
tidur di sebelah. Alunan suara mengaji itu menarik perhatian Ameer Dylan. Dia
gagahkan diri untuk bangun walau rasa mengantuk itu masih ada. Ameer Dylan
melihat Sufi Alisha sedang duduk di atas sejadah sambil mengaji. Bukankah Sufi
Alisha ‘bercuti’umum? Kalau sudah solat dan menyentuh Al-Quran maka sudah habis
‘bercuti’lah tu.
Sufi Alisha menutup Al-Quran setelah
dibaca Suara azan subuh berkumandang. Alhamdulillah kawasan banglo milik Ameer
Dylan ini berdekatan dengan masjid. Dia bangun meletakkan Al-Quran di atas
meja.
“Abang dah bangun?” Sufi Alisha baru
menyedari suaminya sudah terjaga dari lena.
“Mari bersolat bersama bang.”
“I mengantuklah. You kejutkan I
pukul Sembilan nanti.”
Belum habis Sufi Alisha bercakap,
Ameer Dylan sudah menarik selimut menyebulungi tubuhnya. Sufi Alisha hanya
tersenyum. Dia tetap bentangkan sejadah buat Ameer Dylan.
Di sebalik selimut, Ameer Dylan
mencuri pandang ke arah Sufi Alisha yang sedang bersolat itu. Bertahun-tahun
dia sudah tidak mengejarkan solat lima waktu itu. Ameer Dylan mengetap bibir. Ayah
angkatnya ada menegur sikapnya itu namun Ameer Dylan buat tidak peduli. Dia
pernah bersolat memohon dan meminta mamanya kembali tetapi mamanya tidak
kembali juga. Sejak itu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang
muslim. Entah mengapa hati Ameer Dylan rasa ada yang tidak kena apabila melihat
Sufi Alisha bersolat. Ada rasa bersalah menyelubungi hati gelapnya itu. Bagai
ada getaran di situ.
Ameer Dylan berpura-pura tidur
semula sebaik Sufi Alisha mengucapkan salam. Ameer Dylan memasang telinga saat
Sufi Alisha menadahkan tangan memanjat doa kepada Ilahi. Baik betul isterinya
itu mendoakan untuk suaminya itu. Isteri solehah katakan.
Sufi Alisha melipatkan telekung dan
sejadahnya. Dia mengalihkan pandangan pada Ameer Dylan yang terbaring di atas
katil itu. Sufi Alisha bingkas bangun. Tombol pintu bilik itu dipulas perlahan.
Langkahnya diatur menuruni anak tangga satu-persatu.
Sufi Alisha menuju ke ruang dapur.
Tugasnya sebagai seorang isteri perlu dipikul. Sarapan perlu disediakan buat si
suami. Mujur bahan-bahan yang dingini ada tersedia di dapur. Prihatin juga
Ameer Dylan terhadap barangan dapurnya.
Nasi lemak, sambal ikan bilis dan
telur dadar adalah menu sarapan yang Sufi Alisha siapkan buat Ameer Dylan. Dia
sediakan nesface o buat Ameer Dylan. Kata Tuan Haji Abbas, Ameer Dylan tidak
cerewet tentang makanan janji sedap. Sarapan pagi telah terhidang di atas meja
makan. Sufi Alisha mengerling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul tujuh
pagi. Cahaya matahari sudah menerangi bumi Allah ini.
Sementara menunggu Ameer Dylan turn
untuk bersarapan, Sufi Alisha mengemas dapur tersebut. Dia tidak sukakan keadaan
yang berselerak di dapur. Pinggan mangkuk yang sudah tidak digunakan dicuci
dengan bersih.
“Bagus! Rajin isteri I. Boleh jadi
isteri mithali.” Ameer Dylan muncul dari belakang.
“Astaghfirullahalazim….” Sufi Alisha mengucap panjang.
Ya Allah, terkejut dia. Dia tidak sedar langsung dengan kehadiran suaminya itu.
Nasib baiklah pinggan tidak terlepas dari tangan.
“Abang kata tadi suruh Sufi kejutkan abang pukul Sembilan
pagi?”
“Emmm…tak tahan bau masakan dari you. Itu sebab I bangun
lebih awal.” Ameer Dylan jongketkan keningnya. “Elok juga hirup udara segar
pagi-pagi begini.”
“Kita bersarapan bersama…”
“Okay..”
Ameer Dylan membuntuti langkah Sufi Alisha. Dalam garang
ada lembutnya Sufi Alisha ini. Layanan pun baik walau ada ada jua tegasnya.
Sufi Alisha mencendukkan nasi lemak ke dalam pinggan
Ameer Dylan. Sedikit sambal ikan bilis turut diletakkan pada pinggan suaminya
itu. Ameer Dylan sudah tidak sabar untuk menjamah masakan Sufi Alisha buatnya.
Bau pun sudah cukup menyelerakan. Ameer Dylan membasuh tangannya pada mangkuk
air yang disediakan.
“Abang…baca doa makan dulu. Kalau tak baca doa makan,
syaitan akan makan sekali dengan kita.” Sufi Alisha menegur lembut. Dia sudah
menadah tangannya menunggu Ameer Dylan memulakan bacaan doa.
Ameer Dylan merengus kecil. Nasib baik dia ingat lagi
membaca doa makan. Kalau tidak memang malu dia di depan Sufi Alisha.
Alhamdulillah…sekurang-kurangnya masih ada doa yang Ameer
Dylan hafal. Kalau mahu membawa perubahan ke arah kebaikan itu perlu di mulakan
dari abwah. Jangan terlalu mendesak.
“Malam ini I mahu you ikut ke parti kawan baik I. Mereka
juga nak sambut I sebagai pegantin baru.” Ameer Dylan mengerling Sufi Alisha
yang sedang menghirup air nesfacenya.
“Abang mahu Sufi ikut sekali ya?”
Sufi Alisha bijak meneka.
“Ya. I ada sediakan baju untuk majlis malam itu nanti.
You boleh tengok dalam dalam beg kertas yang I letakkan atas katil dalam
bilik.”
Sinis senyuman Ameer Dylan. Dia mahu lihat sama ada Sufi
Alisha sanggup atau tidak memakai pakaian tersebut.
“Nanti Sufi tengok ya.”
“Dalam pukul tujuh malam kita bertolak. Jangan
terkedek-kedek pula bersiap.”
“Boleh tak kita pergi selepas Maghrib. Sufi mahu solat
Maghrib dahulu.”
“I bukan jenis tak tepati masa.”
“Abang…antara solat lima waktu, solat Mahgrib dan solat
Subuh mempunyai jangka waktunya yang singkat. Tak baik mengabaikan solat. Orang
yang berada di medan perang pun boleh menunaikan waktu solat sedangkan kita
yang mempunyai masa tidak terhad mengabaikan solat dengan mudah.”
Ambik kau Dylan. Kena ‘smash’
dengan isteri kau!
Sudahnya Ameer Dylan hanya membisu menghabiskan sarapan
paginya. kemudian dia bersiap untuk keluar bertemu dengan Carolyn dan Damien.
Ameer Dylan masih bercuti dan dia tidak langsung bercadang mahu mengajak Sufi
Alisha pergi berbulan madu.
CAROLYN memandang Ameer
Dylan dengan pandangan tidak berkelip. Lelaki itu tampak seding bermenung
panjang. Orang kalau sudah berkahwin mestilah bergembira. Tidak faham dia
dengan sahabatnya ini. Carolyn berharap Ameer Dylan akan berubah selepas
mengahwini Sufi Alisha. Sufi Alisha itu baik orangnya. Kalau boleh memang
Carolyn tidak benarkan Sufi Alisha berkahwin dengan lelaki seperti Ameer Dylan
ini. Dia takut tidak menjamin kebahagiaan. Sufi Alisha yang akan merana.
Damien pula hanya memberikan reaksi yang serius. Damien
langsung tidak tunjuk muka ketika majlis perkahwinan Ameer Dylan. Katanya ada
urusan kerja di luar daerah. Ameer Dylan
bukan jenis yang mudah ambil hati. Majlis perkahwinan yang berlangsung cukup
sederhana tanpa jemputan-jemputan orang ternama. Dia ingin menjemput penyanyi
nombor satu Malaysia Dato Siti Nurhaliza pun Sufi Alisha menolak keras. Banyak
sangat yang tidak boleh dari bibir Sufi Alisha.
“Jangan buat muka macam ayam tertelan kapur.” Tegur
Damien.
Ameer Dylan mencebik.
“Rupa I ada macam ayam tertelan kapur ke?”
“Adalah sikit.” Damien mengiakan.
Carolyn ketawa kecil.
“Jangan ketawa.”
“Ketawa pun salah ke?” Sengaja Carolyn membakar Ameer
Dylan. “You ni teruklah Dylan. Kenapa tak bawa Sufi pergi honeymoon?”
“Bazirlah pergi honeymoon
dengan Sufi.” Desis Ameer Dylan.
“What?! Habis
buat apa you ambil cuti panjang begini. Baik you masuk pejabat you buat kerja.”
Betul-betul lelaki yang tidak tahu beromantis. Sejahat-sejahat Jason ada juga
bekas suaminya itu membawa dia berbulan madu.
Giliran Ameer Dylan ketawa. Carolyn menjuih bibir.
“I rasa isteri itu tidak kisah pun I tidak bawa dia pergi
honeymoon. Cukuplah dia honeymoon dengan I dalam rumah tu.”
“You memang teruk.”
“You berdua ni memang suka bertekak bila jumpa. Tak
berubah-ubah.” Damien mencelah.
“You pun sama Damien. You jadi tukang tengok bila I
dengan bad boy ni bertekak.”
“Bad boy? Dylan
ni sudah tak layak sandang status bad boy
itu lagi, Carolyn. Dia sudah isteri di rumah yang akan jaga makan dan pakai
dia.” Damien menghirup minuman jus yang
masih bersisa itu.
“Ouch! I terlupa lepas ini Dylan akan sandang status bad hubby.”
“Bad hubby? Not bad.”
“Ikut
suka hati you berdua letak sandaran
pada I ya.”
“Itu
sebab you punya habit yang cukup bad. I harap you buang habit you ada perempuan bersilih-ganti
tu.” Jari telunjuk runcing Carolyn hampit mencecah ke batang hidung Ameer
Dylan.
“I
sokong kata-kata Carolyn.”
“Itu
hal peribadi I lah. You ingat nak bertaubat dengan habit I tu. Pleaselah…”
“Mulut
you…” Geram pula Carolyn dengan Ameer Dylan. Kalau diberikan nasihat pun masuk
telinga kiri maka akan keluar telinga kanannya.
Carolyn
ingin melihat sejauh mana kata-kata angkuh dari Ameer Dylan itu. Siapa tahu
kelak Ameer Dylan akan mengogoi menangis apabila Sufi Alisha meninggalkan dia.
Baru padan dengan muka dia!
Kejamnya Ameer xbawak Sufi gi honeymoon. Tp sy rasa Sufi xkesah , :)
ReplyDeleteHati batu betul bad boy ni....
ReplyDeleterindunya kat bad boy..
ReplyDeletetapi apa pun doakan semoga bad boy akan jadi good boy
:-)
lagi lagi kak <3
ReplyDeletebad hubby..best jgak name tu...
ReplyDelete