AMEER
Dylan mengamati wajah Sufi Alisha yang sudah menjadi miliknya itu. Sufi Alisha
bukan gadis jelita namun ada terselit keayuan pada wajahnya. Kata orang sejuk mata
memandang. Sufi Alisha tidak menyedari lirikan mata Ameer Dylan yang
memerhatikan tingkah lakunya. Dia menyusun baju-baju yang sudah dilipat itu ke
dalam almari. Sufi Alisha mengalih pandang Ameer Dylan yang sedang berbaring
membaca buku itu. Lagak Ameer Dylan seperti biasa.
Sufi Alisha bingkas bangun merapati
suaminya. Dia mengukirkan segaris senyuman. Ameer Dylan buat-buat tidak
melihatnya. Malam pertamanya tidak kesampaian kerana Sufi Alisha tidak boleh
disentuhi tika ini. Geram pun ada. Sepatutnya waktu ini dia sudah bersama
dengan isterinya itu. Hak yang halal maka Sufi Alisha tidak akan menolak bukan.
Upacara perkahwinan yang dilangsungkan cukup ringkas yang dihadiri oleh kaum
keluarga dan kenalan rapat. Rasa penat itu masih ada namun tidak ini tidak
bererti Ameer Dylan pada mengabaikan suruhanNYA. Arwah abah selalu memesan
kepadanya yang solat itu adalah tiang agama.
“Abang sudah solat?”
“Kejap lagilah…”
“Tak baik melengahkan solat..”
“Boleh tak jangan mengajar I?” Ameer
Dylan menghempaskan bukunya di atas katil.
Tersentak
sedikit Sufi Alisha.
“Sufi minta maaf…Sufi hanya memberitahu
perkara yang wajib sebagai seorang Islam. Sufi ada terbaca satu mutiara kata,
begini bunyinya… Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita
adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai
muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari
tersesat di lautan hidup ini.”
Ucap Sufi Alisha lembut. Dia tersenyum.
Ameer Dylan merengus kecil. Isteri
itu sudah mula mengeluarkan kata nasihat di tengah malam begini.
“Sufi….I berkahwin dengan you atas
dasar permainan yang I ciptakan sendiri. Dan I tahu you jelas dengan perangai I
dan tahu yang I bukan ikhlas dengan perkahwinan sebab I mahu menang dalam
permainan ini. Jadi I ada satu cadangan?”
“Cadangan?”
“Ya…satu cadangan telah terlintas
dalam fikiran I ini. I tahu you perlukan seorang lelaki yang boleh menjadi imam
kepada you tapi I tidak layak menjadi imam you itu. I ini serba-serbi
buruk dan mementingkan wang.”
Ameer Dylan mengakui sifat negatif
yang ada dalam dirinya.
“Jadi?”
“I bagi masa sebulan you tengok cara
hidup I dan dalam masa sebulan juga I akan tengok cara hidup you. You
bersetuju?”
Sufi Alisha berfikir sejenak. Dia
tersenyum lagi.
“Baiklah saya bersetuju dengan
cadangan abang itu.”
Kening lebat Ameer Dylan bertaut.
Mudahnya Sufi Alisha bersetuju dengan cadangan tersebut? Isterinya itu juga
tidak boleh dipandang rendah. Ada undang di sebalik batu. Ameer Dylan mengusap
dagu….
“Giliran I mulakan dulu nanti…”
Sufi Alisha mengangguk.
Mampukah Sufi Alisha bertahan dengan
melihat gaya hidupnya selama satu bulan ini? Kalau Sufi Alisha meminta cerai
maka Sufi Alisha sudah kalah dalam permainan yang dia aturkan.
Lain pula difikiran Sufi Alisha. Dia
yakin Ameer Dylan boleh berubah dengan sendirinya. Dia akan berusaha hingga
berjaya. Dia tidak mahu mempersiakan ikatan perkahwinan ini. Sufi Alisha tidak
akan menyerah kalah kepada suaminya, Ameer Dylan. Dia akan membantu suaminya
itu ke arah jalan yang betul. Dia tidak mahu Ameer Dylan terus tersesat dengan
jalan yang bengkang-bengkok itu. Dia mahu jalan yang dilalui Ameer Dylan ada
lampu yang meneranginya…
Ya Allah…kau berikan aku kekuatan.
Bisik hati kecil Sufi Alisha. Apa jua halangan dan dugaan dalam kehidupannya
bersama Ameer Dylan melayari alam perkahwinan ini akan dia tempuhi. Allah
sentiasa bersama hambanya dalam keadaan susah atau senang.
“MAMA!
Mama! Jangan tinggal Dylan!” Ameer Dylan terjerit-jerit dalam tidurnya. Sufi
Alisha yang di sebelah terjaga dari tidur.
Dia bingkas bangun merapati Ameer
Dylan. Suaminya itu meracau-racau tidak tentu arah. Raut wajah suaminya itu
sudah dibasahi dnegan peluh.
“Tidak! Jangan pukul Dylan mama!
Jangan!” Mulut Ameer Dylan masih bercakap dalam tidur.
Sufi Alisha mengusap lembut wajah
Dylan. Risau pula dia melihat keadaan Dylan sebegitu. Benar kata Tuan Haji
Abbas tentang Ameer Dylan.
“Abang…bawa mengucap…abang bermimpi
ni..”
“Sufi….”Ameer Dylan membuka matanya
perlahan-lahan. Tanpa sedar dia bingkas bangun lalu memeluk tubuh Sufi Alisha
dan menangis teresak-esak seperti anak kecil.
Kaget seketika Sufi Alisha. Namun
dia membalas pelukan itu lalu mengusap perlahan belakang Ameer Dylan.
“Sufi tidak akan tinggalkan
abang…Sufi ada dengan abang…”
Mimpi ngeri yang menghantui Ameer Dylan
saban malam. Dia tidak betah tidur dengan tenang. Entah mengapa Ameer Dylan
rasa selesa dalam dakapan Sufi Alisha?
Sufi Alisha menarik semula selimut
suaminya hingga ke paras. Dia membiarkan sahaja Ameer Dylan tidur dalam
pangkuannya. Mungkin itu akan membuatkan Ameer Dylan rasa lebih selamat. Malam
ini dia menyaksikan sifat kontra Ameer Dylan dengan sifatnya sebelum ini.
“Kalau betul-betul selami hati Ameer
Dylan, maka kita aka tahu dia menyimpan seribu rahsia yang menyakitkan. Sikap
negatifnya terbentuk kerana kesakitan lamanya. Dia seakan memberontak pada
dirinya sendiri. Bukannya dia tidak tahu apa yang dia lakukannya itu salah?”
Kata-kata dari Tuan Haji Abbas masih tersimpan dalam fikiran Sufi Alisha.
PUAN
Rasiah tersenyum panjang. Sekelip mata kemewahan yang diingini telah dimiliki
tanpa perlu mengerahkan tenaga. Hanya Jeffry yang tidak menyenangi akan sikap
ibunya itu umpama menjual anak untuk kekayaan. Dia lebih senang hidup sendiri
dari menumpang kesenangan orang lain. Lebih baik menjauh hati dari
terus-terusan mengharapkan kasih dan sayang yang bukan miliknya. Dia perlu
belajar menerima hakikat sampai bila-bila Sufi Alisha itu mempunyai pertalian
saudara yang tidak boleh dipisahkan. Perasaan cinta terhadap kakak tirinya itu
harus dibuangkan. Dia perlu berdiri di landasan yang betul.
Jeffry mengemas segala pakaian yang
perlu masuk ke dalam beg pakaiannya. Dia sudah nekad untuk memulakan kehidupan
yang lebih bermakna. Sampai bila dia harus terumbang-ambing
begini? Tiada masa depan untuk dirinya. Hidup hanya tahu menyusahkan orang.
Puan Rasiah tidak senang hati dengan perlakuan Jeffry. Apa lagi yang dimahukan
oleh anak bujangnya itu? Mereka sudah kecapi kesenangan untuk apa Jeffryn ingin
merantau ke tempat lain pula.
“Jeff…”
“Mama tak perlu pujuk Jeff. jeff
mahu jadi seorang manusia bukan jadi setan.” Zip beg pakaiannya itu diarik.
“Terpulang pada Jeff. Bila sudah
susah di tempat orang nanti jangan cari mama pula?” Gerutu Puan Rasiah.
“Jeff tidak akan menyusahkan mama.
Selama ini pun memang Jeff tidak pernah menyusahkan mama. Jeff hanya tahu
menyusahkan Kak Sufi saja. Jeff tidak mahu Kak Sufi lihat Jeff sebagai lelaki
tidak berguna lagi.”
“Sufi saja yang Jeff ambil kisah?!
Mama dan adik-adik Jeff ni ada Jeff ambil kisah?!” Puan Rasiah melenting. Jeffry sentiasa menyebelahi Sufi Alisha.
“Mama pernah ambil kisah fasal Jeff
tak? Fasal masa depan Jeff? Jangan lupa budi Kak Sufi pada kita mama? Dia yang
menjaga dan menanggung kita selama ini!”
Terkunci mulut Puan Rasiah.
“Sudahlah mama. Jangan diambil kisah
dengan Abang Jeff ini. Dia sukakan Kak Sufi masakan mama tak tahu?” Jeslina
mencelah.
Bulat anak mata hitam Puan Rasiah.
Jeffry sukakan Sufi Alisha? Dia kerling anak lelaki sulungnya itu. Apa Jeffry
sudah gila?! Meskipun Sufi Alisha dan Jeffry tiada pertalian darah dia tidak
merestui perhubungan antara mereka. Jeffry sengaja mahu memalukan dia.
“Apa yang kau merepek, Lina? Kau
jangan buat cerita mengarut!”
“Lina tak merepeklah Abang Jeff.
Lina tahulah Lina ada baca diari Abang Jeff.” Jeslina mencebik.
“Kau berani masuk bilik abang masa tak
ada ya.” Jeffry naik berang. Dia rentap
kasar lengan Jeslina.
“Abang Jeff tu yang gila bayang. Kak
Sufi dah milik orang pun. Padan dengan muka Abang Jeff. itu sebab Abang Jeff
nak bawa dirikan sebab kecewa.” Ejek Jelisna. Dia tidak gerun dengan amarah
dari Jeffry.
“Jangan celupar!” Tangan kanan Jeffry
diangkat tinggi.
“Jeffy!” Puan Rasiah menjerit
lantang.
“Lepas ini segala urusan aku jangan
dicampuri!” Jeffry melepaskan lengan tangan Jeslina. Beg pakaiannya diangkat.
Jeffry membuat keputusan yang tepat.
Sewajarnya dia tidak lagi mengharap belas dari Sufi Alisha. Dia nekad tidak akn
tunjuk muka di hadapan Sufi Alisha selagi dirinya tidak menjadi manusia yang
berguna.
“Jeffry…dengar cakap mama. Jangan
buat tindakan melulu kerana perempuan tak berguna tu?!”
“Dia bukan perempuan tak berguna.
Dia ahli keluarga kita. Mama itu yang tak berguna. Saya tidak akan pulang sebelum
saya jadi orang yang berguna.” Desis Jeffry. Dia memulas tombol pintu.
“Jeffry!”
Jeffry terus mengaturkan langkahnya.
Mengapalah dia mempunyai seorang ibu yang tidak berhati perut dan tamak seperti
itu? Dia malu dengan kakak tirinya itu. Malu kerana dia mempunyai keluarga yang
tidak beradap sopan.
Bersambung lagi ya...
alala.. sweetnya Sufi n Ameer.. mlpas '1st night' AMEER b'sma sufi.. t'baik la entry kali nie :) nk request part2 sweet antara Ameer n Sufi bole x?? cth mcm memasak ke, jogging b'sma ke hehe
ReplyDelete>>huda93<<
wah...rindunya kat bad boy ni...akhirnya kawin juga sufi dgn ameer dylan (AD)...
ReplyDeletetahniah buat jefrey kerana mau beruba ke arah kebaikan...
hehehe...terima kasih kak ilya sebab masukkan n3 bad boy ni...thumbs up....
NAK LG.
ReplyDeletealahai sweetnye diorang niyy
ReplyDelete