Tab Menu

Followers

Wednesday, March 6, 2013

Nilai Cintanya ...-NC25


SUFI Alisha geleng kepala melihat pakaian yang suaminya ingin dia sarungkan pada tubuhnya itu. Baju itu terdedah di bahagian dada dan ada labuci memenuhi di hadapannya. Bahagian bawah baju itu pula ada belah di belakang. Tersenyum kecil Sufi Alisha. Jika dia memakai pakaian tersebut dan bertudung litup seperti orang gila pun ada. Baju jenis apalah yang Ameer Dylan belikan untuk sampai mencecah ratusan ringgit ini. Dia sudah menerima cadangan Ameer Dylan untuk melihat cara hidup lelaki itu selama satu bulan namun bukan bermakna dia perlu ikut apa yang Ameer Dylan suruh.


            Pandai-pandailah dia bersoal jawab dengan suaminya itu nanti. Sufi Alisha membuka almari bajunya. Dia mengambil jubah seluar berwarna maroon. Pada Sufi Alisha pakaiannya ini lebih sesuai untuk dikenakan pada dia. Sufi Alisha memilih tudung dengan warna yang sama. Tudungnya dibentuk hingga menutupi bahagian depannya secara menyeluruh. Sufi Alisha masih sempat mengerling jam dinding. Ameer Dylan mahu dia bersiap awal tetapi dia minta tangguhkan selepas solat Maghrib. Kelibat suaminya itu masih tidak nampak sampai sekarang.


            Tidak mengapalah dia bersiap lebih awal dulu. Butir biacara Ameer Dylan itu boleh tahan lancangnya jika dia lambat bersiap. Deruan enjin kereta di laman rumah menunjukkan Ameer Dylan sudah pulang.


            Ameer Dylan agak tergesa-gesa melangkah keluar dari perut kereta. Dia sudah agak terlewat untuk ke parti malam ini. Ameer Dylan terus memanjat anak tangga. Dalam banglo ini tiada orang gaji yang digaji. Dia mahu Sufi Alisha menguruskan semua keperluan di banglo ini.


            Tombol pintu biliknya dipulas. Mata Ameer Dylan terpaku melihat si isteri yang sudah bersiap. Dia pandang Sufi Alisha atas dan bawah.


            “I tak suruh you berbungkus macam ini. I sudah belikan baju untuk you. Kenapa you tak pakai?”


            Sufi Alisha tersenyum manis.


            “Berbungkus pun tak salah kan? Lagipun mana sesuai Sufi nak pakai baju tu dengan bertudung.” Sufi Alisha membalas lembut.


“Pakai tudung tu tak wajib pun…”


“Sufi tahu….tapi abang, menutup aurat memang dah wajib.” Sufi Alisha membidas.


Ameer Dylan terkesima.


“Mahu jadi ustazah lagi?”


“Jika kita ingin menasihati atau berbuat baik tidak perlu menjadi seorang ustazah. Kecantikkan seorang isteri hanya untuk suaminya.”


Ameer Dylan merenung wajah Sufi Alisha. Geram bercampur marah. Dia mahu saja cium bibir basah Sufi Alisha agar behenti menjawab.


Malulah dia mahu menghadap muka teman-temannya dengan pakaian Sufi Alisha yang berbungkus ini. Ameer Dylan menepuk dahi. Ada keluhan kecil di bibirnya. Tidak boleh jadi ni.


“Tukarlah baju you dengan baju yang I belikan ni.” Arah Ameer Dylan.


Sufi Alisha menggeleng.


“Sufi tidak mahu pamerkan kecantikkan buat suami Sufi kepada orang lain. Abang bangga ke orang lain tengok aurat isteri abang? Lagipun baju tu memang tak sesuailah untuk Sufi.”


Ameer Dyaln terdiam. Ya, dia selalu bangga bersama teman-teman wanitanya yang terdedah sana-sini itu. Teman-temannya memuji. Malah ada yang langsung tidak lepas pandang ke arah teman-teman wanitanya. Mata mereka jadi juling melihat tubuh yang mengiurkan di depan mata mereka.


“Ikut suka youlah!” Ameer Dylan malas mahu melanjutkan pertelingkahan lidah dengan Sufi Alisha. Dia capai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Bunyi pancuran air kedengaran.


Sufi Alisha menyediakan pakaian buat Ameer Dylan. Ameer Dylan tidak pula menyatakan pakaian yang dipakai. Sufi Alisha yang mengikut naluri hatinya.


Sebaik Ameer Dylan keluar dari bilik air, pakaian sudah tersedia. Dia memuji Sufi Alisha dalam hati. Isteri itu bijak memilih ton warna yang digemarinya.


“Terima kasih Sufi.” Ucap Ameer Dylan lembut.


Dia mengenakan kemeja lengan panjang itu pada tubuhnya.


“Biar Sufi bantu katupkan butang baju abang.”


Ameer Dylan hanya mengangguk. Mula-mula dia mengenali Sufi Alisha, isterinya itu tampak garang. Berpendirian tegas. Yang itu masih ada. Dan sekarang dia lihat sifat keprihatinan Sufi Alisha. Kalau dia lihat isteri-isteri teman rapatnya mereka hanya tahu berhibur, bergaya, bersolek, membazirkan wang dan menggunakan khidmat orang gaji menguruskan anak-anak dan rumah. Mereka tidak perlu menggerakkan tulang empat kerat untuk bangun awal atau menguruskan keperluan suami.


“You pernah buat begini pada lelaki lain?


“Pernah.”


Terjegil biji mata Ameer Dylan.


“Dengan arwah ayah Sufi ketika dia sudah lumpuh dan tidak terdaya untuk bangun, Sufi yang uruskan arwah ayah segala makan, minum dan pakainya.”


            Lega…Buat suspen betul Sufi Alisha ini. Kadang-kadang manusia ini tunjuk saja alim tapi perangai sebenarnya macam parasit!

 

“I dengar Dylan mahu bawa isteri dia malam ini.” Seorang wanita berpakaian ala bahu terdedah itu bersuara. Gosip panas mestilah disebarkan.


            “Oh…isteri yang berbungkus macam ustazah itu ya. Majlis kahwin punyalah simple ya amat. Dylan itu banyak duit boleh buat majlis besar-besaran dekat hotel lima bintang dan jemut atirs popular.” Wanita yang berpakaian rona merah itu mencelah.


            “Betul tu. I cukup tak percaya bad boy yang hensem macam Dylan itu akan berpakaian dengan perempuan tiada class dan ketingalan zaman.”


            “Kalau bad boy tu kahwin dengan I sah-sah dapat layanan first class.” Wanita bertubuh tinggi lampai itu ketawa kecil. Siapa yang tidak mahukan lelaki kacak dan berharta macam Ameer Dylan itu. Hari-hari duduk dalam bilik pun tidak apa.


            “Layak ke? Dylan itu bukan sedang ditawan hatinya. I pun tidak faham macam mana dia tersangkut dengan perempuan tu? Dylan kena guna-guna agaknya.”


            Carolyn geleng kepala mendengar umpatan-umpatan tentang Ameer Dylan itu. Orang yang mengumpat itu hanya tahu tambah dosa sahaja. Kalau sudah jenis perempuan murahan lelaki mana mahu jadikan isteri di rumah? Lelaki bodoh saja yang buta tengok kejelitaan dan keseksian pada tubuh tapi sebenarnya hampeh bab rumahtangga. Kes cerai-berai pun berlaku. Mulalah salahkan sesama sendiri.


            Pada Carolyn perkahwinan Ameer Dylan dan Sufi Alisha itu adalah perkara baik. Sufi Alisha itu bukannya kolot pemikiran tetapi lebih cerdik pandai dari kelompok perempuan di belakangnya itu. Dia bukan beragama Islam namun dia tahu aurat seorang itu wajib ditutup dengan sempurna kecuali muka dan telapak tangannya.


            “Mulut orang bukannya kita boleh tutup.”


            “Ya…tapi I tak suka orang mempertikaia sesuatu perkara yang baik itu for example macam bertudung. Mereka suka kata bila sampai seru baru nak pakai. Dalam Islam tidak pula katakan sudah sampai seru boleh pakai pulakkan. Aurat itu memang wajib ditutup.”


            Lelaki di hadapan Carolyn merasa kagum.


            “Wow! You lebih pandai dari mereka.”


            “I hanya belajar sikit-sikit bersama wife Dylan itu.”


            “Satu perkembangan bagus.” Puji lelaki yang berkumis nipis itu.


            Carolyn tersenyum.


            “I sukakan Sufi. Dia seorang wanita yang simple dan merendah diri. I akan mengamuk dengan Dylan jika dia berani mempersia-siakan Sufi.”


            “Takutnya I…”


            Suara tetamu yang kecoh mengejutkan Carolyn dan lelaki tersebut. Nama Ameer Dylan seakan diseru-seru kaum wanita di majlis itu. Tahu-tahu Ameer Dylan sudah terpacak di sisi meja Carolyn.


            “Carolyn…you sudah jumpa keksaih baru?”


            “Shut up! Julian you jangan ambil hati dengan kata-katanya.”


         Lelaki yang dipanggil Julian itu tersengih. Dia sempat mengerling sekilas Sufi Alisha yang berdampingan dengan Ameer Dylan itu. Wanita inikah yang dikatakan kolot oleh kelompok wanita tadi? Julian hanya berani memuji yang Sufi Alisha ini seorang wanita yang cantik. Tenang matanya melihat wajah isteri Ameer Dylan itu. Pakaiannya juga tidak nampak di mana kolotnya? Bagi Julian pakaian jubah berseluar itu cantik dan cukup kainnya.


            “Julian…ini wife I, Sufi Alisha….”


            “Apa khabar?” Julian menyapa.


            “Alhamdulillah…baik.”


            “I tinggalkan wife dengan you all. I mahu bertemu dengan kawan-kawan lain.”


            “Dylan…”


            Belum habis Carolyn bersuara Ameer Dylan sudah beredar. Carolyn mendengus kecil. Sufi Alisha tersenyum.


            “Tak mengapa Sufi…I ada untuk melayan you.”


            “Terima kasih Carolyn.”


            Kecil hatikah Sufi Alisha dengan sikap Ameer Dylan itu? Carolyn cuba membaca pada riak wajah Sufi Alisha. Sufi Alisha seperti biasa saja. Tahan sabar betul Sufi Alisha. Ini baru beberapa hari dia bergelar isteri kepada bad boy itu.


            Ameer Dylan merapati beberapa orang wanita. Sengaja dia mengucup pipi-pipi wanita itu. Dia tahu Sufi Alisha melihat apa yang dia lakukan. Malah wanita-wanita itu tidak segan silu membalas kucupannya dan memeluknya.


            Sufi Alisha beristighfar menenangkan hati yang bergelora. Dia tahu dia rasa sedikit cemburu dan tidak menyenangi cara Ameer Dylan itu. Ameer Dylan mahu menguji tahap kesabarannya.


            “You rasa isteri you akan kisah ke kalau I bawa you temankan I malam ini?” Wanita di sisinya itu berbisik.


            Ameer Dylan ketawa.


            “You rasa dia akan kisah ke?” Ameer Dylan mencuri pandang ke arah Sufi Alisha. Isterinya masih tenang dan berbual-bual dengan Carolyn.


            “Dia tidak akan kisah. Dia hanya suri di rumah I saja.” Ameer Dylan sengaja menguatkan nada suaranya.


            Carolyn tidak senang dengan kata-kata Ameer Dylan itu. Dia menggengam jari-jemari Sufi Alisha. Sufi Alisha ni sakit ke apa?  Dia masih boleh tersenyum saja. Kalau Carolyn memang dia bagi penampar pada perempuan tak sedar di sisi Ameer Dylan itu. Sedarlah lelaki yang awak peluk itu suami orang.


            Ameer Dylan memaut pinggang wanita itu lalu berjalan merapati meja Carolyn tadi. Dia mahu Sufi Alisha lebih sakit hati lagi.


            “Sufi…ini kehidupan I. I memang suka jadi perhatian wanita lain. Lihat wanita ini…dia begitu mudah berada di dalam dakapan I.” Pipi wanita itu diusap-usap.


            Terbeliak mata Carolyn dan Julian. Bukan main terbukanya lagi si Ameer Dylan ini. Melampau pun ada.


            “Oh…cantiknya dia. Sufi izinkan jika abang mahu berkahwin dengan dia dari abang buat maksiat bersama dia. Hubungan halal itu lebih diredhai jika niat itu ikhlas. Jangan bernikah kerana nafsu.”


            Atmosfera di sini mula berubah. Jelas muka Ameer Dylan membahang. Wanita disebelah sudah tersipu malu. Bagusnya isteri Ameer Dylan. Siap bagi lampu hijau lagi untuk suaminya menikah lagi seorang.


            “Bagaimana kalau I bawa dia pulang ke rumah malam ini.”


            “Sufi panggil Jabatan Agama Islam untuk tangkap abang dan dia dan dinikah malam ini juga. Kalau sudah bermadu tiada masalah untuk dia duduk serumah dengan Sufi.” Sufi Alisha seperti tiada rasa apa-apa.


            Carolyn kerut dahi begitu jua Julian. Mereka tidak faham dengan sikap Sufi Alisha itu. Jika wanita lain mahunya tidak sanggup mengizinkan suami mereka menikahi wanita lain. Madu itu ibarat racun bagi mereka.


            Taktik yang Ameer Dylan jalankan masih belum menyakitkan hati Sufi Alisha. Tidak mengapa. Dalam sebulan ini dia akan tunjukan keindahan dunianya pada Sufi Alisha.


           “Emmm…” Ameer Dylan mengusap dagunya. “You balik sendiri. I mahu temankan si jelita ini bersuka-ria.”


            “Dylan…” Carolyn bingkas bangun.


            Sufi Alisha menarik lengan Carolyn.


            Ameer Dylan ketawa kecil lalu membawa wanita itu ke kelompok teman-temannya. Carolyn melepaskan keluhan panjang.


            “Saya hantar awak balik nanti Sufi.”


            “Terima kasih Carolyn.” Ucap Sufi Alisha. Wanita berbangsa cina ini memang baik orangnya.


            “I temankan you, Carolyn.”


            “Okay.”


          Kesian pada Sufi Alisha yang perlu pulang sendiri. Seorang wanita menghampiri dan melayangkan senyuman buat Sufi Alisha.


           


ORANG kata bila sudah berkahwin komitmen pada rumahtangga itu utama. Namun tidak pada Ameer Dylan. Perkahwinan itu tidak akan mengikat aktiviti bebasnya seperti biasa. Malam yang masih panjang. Tambahan pula parti itu sudah berubah menjadi parti bebas. Teman-temannya sudah berhibur dengan pasangan mereka. Botol-botol minuman keras bersepah sana-sini.


            Ameer Dylan masih menari-nari bersama teman perempuannya. Dia tidak peduli dengan keselamatan Sufi Alisha yang sudah awal-awal pulang. Dia sengaja suruh isterinya itu pulang awal.


            “Baby…I dah penat menari. I mahu rehat sebentar.” Ujar wanita persis anak kacukan itu. Apa tidaknya menari dengan kasut setinggi 1 inci.


            “I teman you.” Ameer Dylan memimpin wanita itu.


            Wanita itu duduk sambil mengurut-urut kakinya. Ameer Dylan tidak ketinggalan untuk mengambil peluang membantu memberikan urutan percuma.


            “Thanks baby…wife you kalau nampak you main dengan perempuan lain mesti marah?”


            Ameer Dylan tertawa.


            “Perempuan itu hanya untuk simpanan I di rumah.”


            “Sanggup you kata wife you itu untuk simpanan di rumah.” Gumam wanita itu.


            “I berkahwin dengan dia atas beberapa sebab yang orang lain tak perlu tahu. Lagipun tugas dia memang khas untuk menjaga rumah, makan, minum dan pakai I.”


            Reaksi wanita itu berubah.


            “Isteri you nampak seperti orang yang baik-baik. I ada berbual dengan dia tadi. I rasa malu pula pada dia.”


            “Untuk apa yang you mahu malu dengan dia?”


            “Bila I tengok diri I dengan dia macam langit dengan bumi. I rasa segan bila dia sedikit pun tidak marah pada I bila I minta izin dengan dia I mahu kahwin dengan you. Sedangkan I olok-olok sahaja untuk menguji dia.”


            Lain macam pula bunyinya. Ameer Dylan behenti dari meneruskan urutan di kaki wanita itu.


            “I tahu dia ada rasa cemburu tapi dia pendamkan. I wanita I tahu perasaan dia.” Sambung wanita itu lagi.


            “Ah! Bosanlah.” Ameer Dylan melenting. Dia berlalu dalam keadaan agak terhoyong-hayang sedikit. Mabuknya masih ada.  


            Wanita itu tergamam. Dia bangun menuruti langkah Ameer Dylan. Kesian pula mahu membiarkan lelaki itu pulang dalam keadaan sebegitu pula. Ameer Dylan tidak minum banyak namun masih ada kandungan alkoholnya



            “Baby…I hantar you pulang.”


            Ameer Dylan hanya tersengih.

 

SUFI ALISHA melipatkan telekung dan sejadahnya. Dia melihat jam di dinding. Ameer Dylan masih belum pulang walau sudah pukul dua pagi. Ke mana agaknya Ameer Dylan melencong? Dia risau dengan keselamatan suaminya itu. Carolyn ada mengatakan yang Ameer Dylan jika sudah pergi berhibur akan balik dalam keadaan mabuk. Salah tabiat Ameer Dylan yang sukar dikikis.


            “Suami you itu memang jenis kaki perempuan, kaki mabuk dan kaki rokok juga. I bukan mahu burukkan dia tapi tabiat itu yang perlu you ubah pada dia. I tahu Sufi, you boleh lakukan.”


            “Insya-Allah….”


            “Sufi…I takut apa-apa terjadi pada you kelak kerana you seakan memperjudikan masa depan you pada Dylan. Jika itu berlaku please cari I.” Itu pesanan Carolyn buat Sufi Alisha.


            Ya Allah…lindungi suaminya itu dari sebarang musibah yang tidak dingini. Dia akan cuba membantu suaminya itu kembali ke pangkal jalan. Semoga segala niat ikhlasnya itu dipermudahkan. Dia juga mengucapkan syukur kerana Jeffrey sudah mahu berubah dan hidup berdikari. Itu satu perkembangan yang baik buat Jeffrey.


            Telefon bordering di ruang tamu. Sufi Alisha bergegas turun. Adakah panggilan dari


Ameer Dylan? Ganggang telefon terus diangkat.


            “Assalamualaikum…Helo…”


            “Helo…you wife Dylan?”


            “Ya…saya isteri dia. Kenapa dengan suami saya, cik?”


            “Suami you bermalam di rumah I malam ini. I sudah suruh dia pulang ke rumah tapi dia tak mahu. Sorry..” Talian terus dimatikan.


            Ya Allah…kuatkan semangat hambamu ini. Sebak hati Sufi Alisha. Dia perlu kuat menghadapinya. Sufi Alisha tidak akan tunduk. Sufi Alisha tidak akan mengalah. 


*belum abis tulis lagi...ada lg sambungannya...

12 comments:

  1. harap sufi dapat bertahan...
    best kak...
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. “Betul tu. I cukup tak percaya bad boy yang hensem macam Dylan itu akan berpakaian dengan perempuan tiada class dan ketingalan zaman.”

    akak..berpakaian or berpasangan?

    ReplyDelete
  3. spelling error:

    1.“I hanya beajar sikit-sikit bersama wife Dylan itu.” -BELAJAR

    2.“Saya hanya awak balik nanti Sufi.”- Hanya or hantar ?

    3.wanita itu duduk sambil mengurut-urut kakinya. Ameer Dylan tidak ketinggalan untuk mengambil peluang membantu memerikan urutan percuma.- MEMBERIKAN

    4.Lain macma pula bunyinya. Ameer Dylan behenti dari meneruskan urutan di kaki wanita itu.- MACAM

    ReplyDelete
  4. HUH MULIA BETUL SI SUFI ..KALAU SY DAH JADI SINGA LAPAR DAH ... INCREDIBLE HULK AND SO ON LA ....

    ReplyDelete
  5. pasti akn ade hikmah... bile sufi di jodoh kn ngan bad boy cam ameer tuh....cian kat sufi...

    ReplyDelete
  6. Sufi..sufi penyabar betul ye... sedih la tengok Dylan dera hati Sufi :( cpt2 la berubah ye encik Ameer Dylan hargailah isteri awak sblm org lain yg ambil ksmpatan itu!
    >>huda93<<

    ReplyDelete
  7. Kesian sufi..ilya smbng la cepat..x sabar ngan tau cerita selanjutnya..

    ReplyDelete