Tab Menu

Followers

Tuesday, October 1, 2013

Nilai Cintanya - NC 26

AMEER Dylan menarik selimut pada tubuhnya sambil memicit kepalanya. Dia duduk melihat keadaan sekelilingnya. Dia tertidur di atas sofa. Semalam dia sengaja tidak mahu dihantarkan pulang ke rumahnya. Dia ingin Sufi Alisha sakit hati dengan tindakannya itu. Sufi Alisha pasti menanti kepulangannya hingga larut malam.
            
Kelly!” Ameer Dylan memanggil lantang.
           
Tiada sahutan.
            
“Kelly!” Dia memanggil lagi.
           
Tiada sahutan. Ke mana pula perempuan seorang ini pergi? Ameer Dylan angkat punggung dan menuju ke bilik tidur Kelly. Kosong. Perempuan itu keluar agaknya. Ameer Dylan ke bilik air mencuci muka. Kemudian dia menghala ke arah ruang dapur kecil Kelly. Ada sarapan disediakan. Roti bakar dan Kopi o yang sudah suam-suam panas. Ada nota ditinggalkan.
           
‘Balik rumah. Isteri you menanti.’

            
Ameer Dylan tahu yang Kelly menghubungi Sufi Alisha malam itu. Dia sudah menyemak telefon bimbitnya.
            
Sarapan yang disediakan tidak diusik. Ameer Dylan meraup rambutnya lalu menuju ke ruang tamu semula. Dia memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Sikap Kelly ini memberbahayakan dia. Jika tunang Kelly muncul secara mendadak memang sah-sah lelaki itu akan menetak dia. Tunang Kelly salah seorang sahabat perniagaannya. Sikap Ameer Dylan ini umpama kawan makan kawan. Hak kawan juga dia sapu. Wanita zaman serba moden ini kebanyakkan 8/10 sudah ditebuk tupai. Tiada dara bukan masalah pada mereka. Malah menjadi satu kebanggaan.
            
Ameer Dylan menuju ke arah keretanya. Rambutnya yang serabai dibiarkan sahaja. Malahan dia juga tidak mandi pagi seperti kebiasaan. Rasa tidak selesa. Ameer Dylan masuk ke dalam perut kereta. Dia membatukan diri seketika. Kelly menghubungi Sufi Alisha namun isterinya hanya menghantarkan mesej yang menyakitkan hati dia. Dia terus memadam mesej tersebut. Asyik tahu memberikan kata nasihat sahaja! Ingat bagus sangat!
            
Kunci kereta dipulas. Keretanya memecut laju. Dia bukan kisah dengan saman-saman yang dilayangkan oleh polis trafik. Ada duit bayaran terus bersih. Ameer Dylan tiada rekod bersih dalam bab memandu mengikut kelajuan yang dihadkan. Adakala dia membuat jalan raya itu seperti medan perlumbaan.
            
Bunyi deringan pada telefon tidak diendah. Hari ini dia ponteng ke pejabat. Ayah angkat ada untuk menguruskan segala kerja dan temujanji. Tiada masalah bukan. Sesekali preatasi merosot tidak mengapa. Dia tidak pernah buat perangai sebegini lagi. Entahlah? hatinya terasa tiada ingin ke pejabat untuk bekerja.
            
Pintu pagar banglo mewahnya dibuka secara automatik. Keretanya menyusur masuk ke dalam garaj. Butang kemejanya sengaga tidak katupkan. Ameer Dylan sengaja menyemburkan bau wangian dari minyak wangi milik Kelly yang di ambil dari bilik wanita itu. Dia mahu lihat lihat reaksi tenang Sufi Alisha itu berubah laku melihat suaminya yang curang. Ameer Dylan tersenyum sendiri.
            
Belum sempat dia menolak pintu utamanya, Sufi Alisha sudah muncul di depan mata dengan senyuman manis. Ucapan salam diberikan tetapi tidak dijawab oleh Ameer Dylan. Tangan Ameer Dylan dicapai dan dikucup cium lembut. Ameer Dylan melangkah masuk dengan wajah serius.
           
“Abang penat ya… Abang mandi dulu Sufi sediakan sarapan untuk abang.”
            
“Ermmm.. I tidur rumah Kelly malam tadi.”
            
“Abang mahu Sufi pinangkan Kelly untuk abang?”
            
Terjegil biji mata Ameer Dylan.
            
“Apa you merepek ni?!”
            
“Abang… Sufi rela dimadukan. Sufi tak mahu melihat abang terus-menerus melakukan perbuatan yang menyalahi agama. Jika abang sudah menikahi Kelly maka Kelly halal buat abang.” Sufi Alisha tersenyum manis.
            
“Gila betul you ni!” Getus Ameer Dylan. Dia menapak menuju ke anak tangga. Dia mahu mandi dan berehat.
            
Sufi Alisha jungkit bahu. Hairan… selalunya lelaki akan gembira apabila isteri memberikan kebenaran untuk menikah lagi seorang.
           

LENGAN sasa Ameer Dylan diletakkan pada dahinya. Kedengaran dengkuran halus Ameer Dylan. Selepas mandi dia terus merebahkan di atas katil hanya dengan seluar track dan t-shirt. Dia sungguh keletihan. Badannya rasa sengal-sengal tidur di atas sofa milik Kelly. Kepala juga berdenyut-denyut. Jarang Ameer Dylan berasa tidak selesa begini.
            
Sufi Alisha memulas tombol pintu. Risau pula kerana Ameer Dylan tidak turun untuk makan tengahari bersama. Suaminya itu bukan jenis yang suka berkurung di dalam bilik sepanjang waktu.
            
Dilihatnya Ameer Dylan sedang beristirehat. Serba salah pula dia mahu mengejutkan suaminya. Sufi Alisha tidak mahu mengganggu rehat Ameer Dylan. Dia berpaling untuk keluar dari bilik tidur namun terasa pergelangan tangannya dicengkam.
            
“Sufi…” Ameer Dylan memanggilnya lembut.
           
“Abang okay? Wajah abang macam pucat.” Sufi Alisha melekapkan telapak tangannya pada dahi Ameer Dyalan. Panas sedikit.
            
“Ambilkan abang panadol dalam peti ais dan air suam.”
           
Sufi menggeleng kepala.
            
“Sufi bawa abang ke klinik.” Sufi Alisha tidak mahu demam Ameer Dyla melarat ke tahap yang lebih teruk. Lebih baik mencegah dari awal.
            
“Tak perlu. I akan okay selepas telan panadol.”
            
“Abang… dengar cakap Sufi.” Sufi Alisha merenung wajah Ameer Dylan.
            
Serba salah jadinya.
            
Sufi Alisha sudah mengenakan tudung bawal di kepalanya. Ringkas namun masih tampak ayu di pandangan mata Ameer Dylan. Isterinya itu sentiasa menjaga tatatertib berpakaian. Baju t-shirt lengan panjang yang dikenakan juga bersaiz longgar. Tidak seperti trend zaman anak muda kini yang ketat memperlihatkan susuk tubuh badan. Adakala Ameer Dylan mahu ketawa meliha gadis-gadis bertubuh gempal mengenakan baju yang sedat ini. Perut sudah boroi pun masih mahu ditayangkan pada umum. Geli dia melihatnya.
           
“Abang….” Sufi Alisha memanggil lembut.
            
“Baiklah.” Ameer Dylan mengalah. Penatlah dia mahu bertekak dengan Sufi Alisha dalam keadaan tubuh yang tidak beberapa sihat ini.
            
Sufi Alisha mengukir senyuman. Dia membantu Ameer Dylan bangun dari katil. Ameer Dylan… suaminya itu tidaklah keras kepala sangat. Mahu juga mendengar katanya sedikit.
            
Sufi Aliha masih memapah Ameer Dylan hingga ke garaj kereta. Kunci kereta berada di dalam tangan Sufi Alisha. Sufi Alisha tahu yang Ameer Dylan tidak akan mahu naik kereta buruknya itu. Tidak selesa.
            
“Biar Sufi yang pandu ya..”
           
“You tahu ke bawa kereta mewah ni? I tak mahu kereta I calar balar.”
            
Sufi Alisha tersenyum. Bukan main lagi suaminya itu sayangkan keretanya. Takut sangat dia merosakkan kereta tersebut.
            
“Sufi akan bawa dengan berhati-hati.”
            
“Kalau ada calar you akan ganti rugi.”
           
Sufi Alisha menggeleng perlahan.
            
“Jika ada calar nanti Sufi akan bayar ganti rugi. Abang tak usah risau ya.”

“Hmm..” Ameer Dylan hanya mendengus kecil.
           

DELINA meneguk air di dalam gelas minuman itu sehingga habis. Matanya agak sebam akibat tidak cukup tidur. Dalam pada itu dia sedang dilanda kesedihan. Kecewa kerana Ameer Dylan tetap meneruskan niatnya mengahwini Sufi Alisha. Ternyata perempuan biasa itu lebih hebat dari dia.
            
Damien hanya memperhatikan tingkah-laku Delina. Damien ketawa kecil. Perempuan bodoh yang meletakkan perasaan cinta buat lelaki seperti Ameer Dylan. Fikirnnya Ameer Dylan akan jatuh cinta. Bodoh! Lelaki itu hanya tahu mempermainkan cinta. Cinta terlalu murah buat Ameer Dylan.
            
Damien menyentuh bahu Delina. Dia rampas gelas minuman dari tangan Delina. Cukuplah untuk Delina mabuk dengan hati yang begitu terluka.
            
“Damien…” Delina mengeling wajah Damien tajam. Lelaki seorang ini memang suka menyibuk!
            
Enough! Jangan kerana jantan tu you sudah lupa dengan perancangan yang kita buat.”
            
Enough for you but not for me….”  Air mata Delina berjuraian.
            
Damien mencengkam pergelangan tangan Delina.
            
“You perempuan I bukan perempuan Dylan!”
            
“Sakitlah!”
            
“I mahu you tumpukan pada kerja you. Tak perlu you buang air mata murahan you kerana Dylan.” Rengus Damien kasar. Delina masih berguna baginya.
           
“I ni cuma alat untuk you dan you tidak pernah ambil peduli tentang hati dan perasaan I. ”
            
Perempuan seorang ini bercakap soal hati dan perasaan pula.
            
“Mana Delina yang I kenal dulu?”
            
Delina membatukan diri. Soalan Damien dibiarkan tergantung.
            
“Delina… Delina… you janganlah jadi bodoh sangat. You sudah tahu yang you diperbodohkan oleh Dylan maka you balas dendam. You runtuhkan pula rumah tangga dia. Itu satu kerja mudah bagi you kan?” Damien  menghasut.
            
Damien kian erat memeluk bahu Delina.
            
“Lebih baik you ikut rancangan asal kita.”
            
Delina angguk perlahan.
            
“Damien… lepas semua ini selesai I mahu you lepaskan I.”
            
Deal!
           
Delina menyandarkan kepalanya pada bahu Damien. Damien mengusa-usap rambut Delina. Bibirnya mengukirkan senyuman penuh makna. Ingat begitu mudah dia akan melepaskan Delina. Tidak mungkin! Dia ada rancangan lain untuk Delina.

           
Ada mesej masuk ke dalam inbox telefon bimbit Damien. Mesej dari Carolyn. Damien melihat mesej yang disampaikan oleh Carolyn. Carolyn mengajaknya untuk keluar bersama. Mesej tersebut dibalas. Butang ‘send’ ditekan.

3 comments:

  1. Sabarnya sufi layan ameer . Humm , good luck for you kak ! Tak sabar nak tunggu yng sterusnya ! Love you !

    ReplyDelete
  2. akak ada kesalahaan ejaan cam *sengaga .. *minya

    saya NC.. terima kasih untuk n3 nie

    ReplyDelete
  3. n3 yg menarik.. siap senyum dan buat tawaran lg..

    ReplyDelete