RAFIKA Dewi Dihran. Nama penuh gadis
bertudung Hana Tajima tu. Dia tertinggal kad pelajarnya semalam di
perpustakaan. Mujur Joe yang menjumpainya.
Jonathan Azmir dan Rafika Dewi. Joe
menulis nama penuh dengan nama gadis itu. Nama mereka memang glamer. Kalau masa kecil dia boleh
bercakap dia tidak mahu nama terlalu over
sangat. Nama sudah seperti nama mat salih pula. Apa yang ada difikiran
orang tuanya Joe tidak tahu. Papa dan Mama pun memang amalkan kehidupan mereka
ala barat.
Joe teringat kata Mak Usu. Hidup kaya
macam mana pun bila dah tutup mata kain kafan putih juga yang membaluti tubuh.
Tiada kedudukan darjat lagi masa itu. Orang kaya ke… ornag miskin ke… sama
sahaja. Dalam kubur tetap disoal Malaikat Munkar dan Nankir.
Joe lebih suka duduk di rumah Mak Usu
dari rumahnya sendiri. Mak Usu memang suka berleter tetapi hatinya baik. Mak
Usu sentiasa memberikan kata nasihat dan memperingatinya agar sentiasa ingat
yang nikmat di dunia ini tidak kekal lama.
“Joe!” AJ memanggil. Teman yang seorang
itu sednag bersenang-senang baring sambil bermain PSP di tangan.
“Apa hal?”
“Betul ke hujung bulan ni kau balik
rumah mewah kau tu?”
“Papa aku suruh balik heret Juliez
sekali.”
“Minah blonde tu nak ikut kau ke?”
Joe jongket bahu.
“Kau bukan tak tahu perangai adik aku
tu?”
“Alamak mati pulak…”
Joe gelengkan kepala.
“Kau main game apa tu?”
“Game
ala sinper.”
“Woi! Exam dah nak dekatlah.”
“Esok-esok aku ulang kajilah.” AJ
meleret senyuman.
“Kalau kau repeat jangan salahkan aku. Aku dah ingatkan ye.”
“Kau repeat
sama dengan aku la.”
“Tengkorak kau! Aku tak rajin nak repeat
semula. Buang masa.”
AJ ketawa. Joe kalau naik angin bergegar
satu bilik.
FIKA menongkat dagu sambil mengetuk
pennya di atas meja. Dia sedang melayan lagu dari kumpulan The Calling. Nota
kakinya juga dipandang sekilas lalu.
If a greater wave shall fall
And fall upon us all
Then between the sand and stone
Could you make it on your own?
If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low
I'll go wherever you will go
Fika menarik ear phonenya sebaik pintu
biliknya itu terkuak. Wajah masam Yaya membuat hati Fika berasa tidak selesa.
“Kau pekak ke!” Getus Yaya.
“Sorry…”
Ucap Fika.
“Mummy
suruh turun makan. Makan pun nak kena dipanggil jugak!” Yaya menghempaskan
pintu bilik Fika.
Fika menelan air liur. Hubungan dia
dengan Yaya memang tidak baik. Bukan salahnya jika itu berlaku. Dia sudah cuba
berbaik namun Yaya tetap menolak. Sumpah! Jika dia tahu Rauf itu kekasih Yaya,
dia tidak akan menerima lelaki itu sebagai sahabat. Fika memang melarikan diri
dari rumah ini. Seksa hidup di dalam kelompok mereka yang suka berprangska
buruk ini. Fika sudah nekad untuk hidup berdikari. Dia boleh bekerja sambil
belajar.
“Fika!” Suara mummy sudah bergema.
“Fika turun ni.” Fika menyahut.
Malam ini dia akan menyatakan keputusan
itu kepada keluarga angkanya.
Encik Alimin tidak terkata apa setelah Fika nekad
untuk menyewa bersama kawan-kawannya di luar. Kalau dia membantah pun Fika
tidak akan mendengar kata. Mungkin ada baiknya juga Fika berdikari di luar sana
dari makan hati duduk di rumah ini dengan sikap isterinya dan Yaya.
“Elok sangatlah dia keluar bang.”
Ternyata keputusan Fika itu disokong oleh Puan Anisah.
“Taklah semak rumah kita ni.” Sampuk
Yaya.
Fika tersenyum pahit.
“Yaya… jaga sikit mulu kamu.” Marah
Encik Alimin.
Dia kecewa dengan sikap isteri dan
anaknya itu. Isterinya sudah lupa agaknya ketika mengambil Fika sebagai anak
angkat mereka dulu. Kasih sayang yang dilimpahkan berubah dalam sekelip mata
setelah kelahiran Yaya.
“Abah… Kak Fika tu anak angkat aje.
Bukan anak kandung abah dan mummy. Elok sangatlah dia keluar dari rumah ni.”
Gerutu Yaya.
Sebak hati Fika. Ya Allah… tabahkan hati
hamba mu ini…
“Yaya!” Encik Alimin meninggikan
suaranya.
“Abah… betul cakap Yaya tu. Fika sedar
siapa diri Fika. Fika anak angkat yang tidak tahu asal keturunan. Fika tidak
tahu rupa ayah dan ibu Fika. Fika hanya tahu nama mereka sahaja.”
Menitis air mata Fika.
“Fika…”
Fika berlari memijak anak tangga.
Yaya tersenyum sumbing.
FIKA melangkah ke kuliah dengan mata
yang sebam. Malam tadi dia menangis sepuas-puasnya hingga dia tidak mampu
melelapkan mata. Kata-kata Yaya melukakan hati Fika.
“Rafika Dewi…”
Fika menoleh. Dia cukup tidak suka nama
penuhnya disebut.
“Nak apa?” Ujarnya agak kasar.
“Kad pelajar awak.”
Baru dia perasan kad pelajarnya
tercicir.
“Thanks.”
Belum sempat dia mengambil kad
pelajarnya dari tangan Joe… Joe menarik semula tanganya.
“Ucapan terima kasih sahaja tidak cukup.”
“Habis?! Awak nak apa?” Fika yang lemah
lembut itu naik berang.
“Saya nak belanja awak makan.”
“What?” Anak mata Fika membulat besar.
“Kenapa? tak percaya?
“Gila!”
Apabila melihat Joe
melirikkan senyumannya Fika terasa janggal. Entahla… dia seakan pelik dengan
senyuman lelaki yang dianggap sombong itu.
“Jomlah… saya belanja
awak makan.”
“Saya ada kuliah.”
“Lepas awak habis
kuliah nanti.”
Cemberut muka Fika.
“Baiklah.”
Dia mahu belanja makan
saja bukan mahu culik dia. Buat apa hendak culik gadis miskin seperti dia.
Bukannya dapat wang tebusan pun. Lagipun keluarga Joe tu sudah kaya-raya.
Apalah yang fikiran kau merepek ni Fika.
Best! Dpt byngkan muka berlagak Joe yg ala2 Dao Ming Shi tue...
ReplyDeletehehehehe... wah, tak sangka Wid kasi komen
DeleteBest..ksian nye fika kluarge agkat die wat camtu kat die,huhu
ReplyDeleteTq dear.. kita smbung kisah selanjut esok ;)
DeleteSebab laki pun nak gaduh ke? yaya... yaya...
ReplyDeleteWalaupun hanya anak angkat...tapi janganlah disebut2..kesian kat fika
ReplyDeletecerita yang sangat menarik
ReplyDelete