Tab Menu

Followers

Wednesday, October 1, 2014

NILAI CINTA SEJATI - BAB 4



SEBUAH pub di ibu kota. Ameer Dylan duduk dengan wajah yang mencuka. Malam ini Carolyn tidak sudi mahu menemaninya. Sibuk dengan ‘masalah’ Jason yang tidak sudah-sudah. Dia bersendirian melayan perasaan. Tiga gelas air coke telah habis diteguknya. Tidak seronok pula duduk berseorangan begini. Bosan! Ameer Dylan memusingkan kerusi yang didudukinya. Rambang mata nakalnya melihat gadis-gadis genit yang sedang menari sakan bersama pasangan masing-masing. Dia cuba mencari mangsa untuk malam ini. Mana tahu dapat menjerat si jelita untuk peneman di kala sunyi. 


      Dia tertarik pada seorang wanita jelita yang juga sedang duduk minum berseorangan di satu sudut yang agak terpecil. Wanita  yang berambut ikal itu membalas renungan Ameer Dylan. Terukir segaris senyuman di bibir mungilnya. Peluang keemasan! Santapan yang tampaknya ada kelas tersendiri. Ameer Dylan bingkas bangun dan mengaturkan langkah penuh gaya. 

      “Boleh I duduk?”
      “Silakan…”
      Wanita itu merenung kembali gelas minumannya.
      “Putus cinta?”
      Wanita itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
      No…”

      “Wanita secantik you tidak manis bila bermuram durga begini. Kalau you sudi I boleh menjadi teman bicara you.”

      Wanita itu ketawa kecil. Dia tenung raut wajah tampan di sebelahnya itu. Lelaki yang cukup menarik dari pandangan mata wanita sepertinya.

      I mahu melupakan kedukaan yang lama.”
      “Macam ada satu kisah silam yang menarik.” Ameer Dylan semakin berani untuk terus bertanya.
      “Lebih kurang begitu.”
      “Ingin berkongsi dengan I?”
      “Siapa you? Kenapa I perlu berkongsi cerita I pada you?”
      “Kadang-kala kita perlukan seseorang yang tidak dikenali untuk meluahkan rasa.” Ameer Dylan mengenyitkan mata kirinya.
      “Nama I Delina… and you?”

      “Dylan… nama I Ameer Dylan…just call I Dylan saja.”
      You ada darah kacukan?” Delina meneka.
      Yesmy mum ada darah keturunan Chinese-Inggeris. Papa I pula ada darah campuran Melayu-Inggeris. So... I memang look handsome.” Ameer Dylan mengiakan.
      “Satu pakej pada you.”
      Ameer Dylan tertawa.
      “Bodek atau satu pujian untuk I?”
      “Untuk apa I mahu membodek you?” Soalan berbalas dengan soalan.

      “Betul juga, kitakan baru kenal.” Ameer Dylan mencapai gelas minuman Delina di atas meja itu. Dia meneguk air minuman yang masih bersisa. Nampaknya wanita bernama Delina ini lebih menarik dari Sufi Alisha.
      Delina masih bersikap bersahaja. Agak dingin. Dia kerling Ameer Dylan dengan menerusi ekor matanya.
      I tidak boleh terima yang mother I ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Father I pula asyik busy menghadap bisnes perniagaannya. I seperti anak terbuang. I lepas segala-galanya mencari keseronokkan di luar.” Delina membuka ceritanya.
      So ini hari pertama you berada di sini?”

      Delina mengangguk. 

      I baru beberapa hari pulang dari London. I pulang setelah kekasih I meninggal dunia. Kekasih I accident di London.”
      Sorry…”
      It’s okay.”
      Ada kesayuan pada wajah jelita Delina. Mungkin Delina masih mengingati arwah kekasihnya itu. Delina menghela nafas kecil.
      “Apabila melihat you, teringat pada pertemuan pertama I dengan arwah kekasih I.” Delina menyambung katanya lagi.
      Boyfriend you  mat salih?”
      Delina menggeleng.

      “Lelaki melayu. I hanya perempuan simpanan dia. Dia sudah ada isteri dan anak-anak. I mengandungkan anak dia. Dan I gugurkan anaknya setelah dia tiada. Untuk apa I menyimpan benihnya lagi…”
      Ermmm… bukan anak dara lagi. Ameer Dylan agak kecewa di sini. Tapi Delina ini memiliki wajah yang jelita. Sayang jika dibiarkan saja sang burung yang tengah kesepian ini.
      “Bagaimana dengan you?”
      I… I lelaki jahat.” Ayat sama yang dituturkan kepada teman-teman wanitanya sebelum ini.
      Intresting!

      “Perempuan akan merana jika mengenali I… Apa kata malam ini I temankan you untuk mengubat kedukaan di hati you. Kita minum sepuas-puasnya. I belanja.” Ameer Dylan mengangkatkan gelas minuman. Dia tersenyum penuh makna.

      Really? Perempuan akan merana kerana mengenali you?”
      I tidak berbohong. You mahu mencuba?”
      Delina mengelus rambut ikalnya.
      “Berapa orang perempuan yang sudah merana dan menangis kerana you itu?”
      I tak pasti.”
      Ameer Dylan semakin merapati tubuh Delina. Jelingan mata Delina seakan mahu menggodanya. Delina seakan membiarkan garfunya berjalan pada bahu yang terdedah itu.
      “Apa kata kita teruskan perbualan dan perkenalan kita di rumah I?”


DELINA masih tidur pulas di atas katil. Ameer Dylan sudah bangun menyiapkan diri untuk ke pejabat. Dia menyikat kemas rambutnya yang kian panjang itu. Ameer Dylan meninggalkan nota kecil kecil buat Delina. Masakan dia akan menamatkan perhubungan satu malam dengan wanita jelita itu. Nombor telefonnya turut ditinggalkan pada nota tersebut untuk memudahkan Delina menghubunginya.

      Rumah banglo dua tingkat ini dibelinya beberapa minggu yang lalu. Dia lebih mudah membawa teman-teman wanitanya keluar-masuk. Dia tidak mahu mengotorkan vila milik ayah angkatnya yang warak itu. Berbuih ayah angkatnya menasihati namun dia tidak pernah mahu untuk berubah laku malahan bertambah teruk.

      Telefom bimbitnya berdering saat dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Panggilan dari ayah angkatnya.

      “Assalamualaikum ayah…”
      “Waalaikumusalam… kamu di mana Dylan?”
      “Dylan sedang menghidupkan enjin kereta.”
      Ada helaan nafas kecil kedengaran di talian.
      Tuan Haji Abbas tahu yang Ameer Dylan berada di banglonya.
      “Kamu tahu kita ada mesyuarat dengan kontraktor pagi ini. Jangan menjejaskan reputasi syarikat.”
      “Setengah jam lagi Dylan akan sampai ke pejabat. Dylan akan pecut selaju mungkin? Dylan tidak akan lewat. Dylan janji.”
      “Dylan…”

      Talian dimatikan. Tuan Haji Abbas menarik nafas panjang. Ameer Dylan pastinya berada bersama dengan seorang perempuan malam tadi. Dia cukup kenal dengan perangai Ameer Dylan. Dia menghala pandangan pada Azie yang sedang menyiapkan fail-fail untuk mesyuarat.

      Ameer Dylan berdedikasi dalam soal kerja tetapi sikap kasanovanya menjejaskan imej anak angkatnya itu serba sedikit. Masakan dia mahu memaksa Ameer Dylan itu berkahwin dengan gadis pilihannya. Dia merosakkan masa depan gadis itu pula. Perkahwinan tidak menjamin yang Ameer Dylan akan berubah laku kecuali dirinya sendiri. 

      Tuan Haji Abbas bersandar pada kerusinya. Dia mengurut dadanya perlahan. Mulutnyanya terkumat-kamit membaca zikir. Azie keluar setelah fail yang diperlukan di letakkan atas dada meja Tuan Haji Abbas. Dia bukan sahaja setiusaha kepada Ameer Dylan tetapi juga setiausaha kepada Tuan Haji Abbas. Dia mengagumi sikap sabar Tuan Haji Abbas dengan perangai Ameer Dylan. Ameer Dylan cukup bertuah mempunyai seorang ayah angkat yang tinggi budi perketinya.

      Panjang umur ketuanya yang tampan ini. Baru dia sebut-sebut namanya dalam hati tadi. Azie melemparkan senyuman buat Ameer Dylan.

      “Assalamualaikum… selamat pagi Encik Dylan.”
      Morning Azie… mana ayah?”
      “Ada di biliknya, Encik Dylan.”
      “Okay,  thanks.” Ameer Dylan berlalu.

      Azie menjungkitkan bahu. Mujur saja Azie tidak terpikat dengan lelaki jenis Ameer Dylan ini. Merana badan dapat suami seperti Ameer Dylan. Hari-hari dibasahi air mata melihat kecurangan suami di belakang. Syukurlah suaminya seorang lelaki romantis yang punya nilai-nilai akhlak murni. Paras rupa jatuh nombor entah ke berapa.

2 comments: