Tab Menu

Followers

Wednesday, March 18, 2015

ENJIT-ENJIT SEMUT - 1

“KAK A’an!” pekik Atan cucu pada Pak Lajim lembu.
            Nyaris-nyaris kaki Atan tergelincir ketika berlari di atas batas.
            “Hati-hati Atan.” Sempat Farhan mencapai lengan Atan untuk menyelamatkan budak lelaki itu dari jatuh.
            “Kak A’an… Atuk suruh datang rumah.”
            “Atuk Atan dah jumpa alamat tu?”
            Atan angguk laju.
            Alhamdulillah. Dapat juga dia mencari ayahnya di kota. Dia sudah tidak punya sesiapa di dunia ini. Pak Lajim dan isterinya yang sering menjenguk dia di rumah pusaka atuknya itu. Emak meninggal dunia ketika usianya mencecah 17 tahun. Dia nekad mencari ayah.
          
“Kamu serius A’an” Soal Pak Lajim
            “Saya yakin saya dapat cari ayah. Saya nak tunaikan permintaan akhir arwah emak.”
            “Pakcik tak jamin ayah kamu masih duduk di sini. Kamu cubalah cari dulu jika tak jumpa dengan ayah kamu, kamu pulang ke kampung.”
            “Terima kasih pakcik. Pakcik tolong tengok-tengok rumah, itik ayam, bendang dan kebun tu?”
            “Insya-Allah…”
            Menurut cerita dari arwah emak, ayah ke bandar untuk bekerja dan mengubah nasib keluarga. Sebuan dua ayah menghantar khabar sebelum senyap tanpa berita. Emak setia menanti  ayah hingga ke hembusan nafas terakhir.
            “Jaga diri kamu baik-baik. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang.” Pesan Pak Lajim.
            “Baik pakcik.”


HAMPIR tiga jam punggungnya kematu duduk di dalam bas ekpress Transnasional. Tidak seminit pun dia melelapkan mata di dalam bas. Barangkali kerana perasaan terujanya yang pertama kali memijak kaki ke Kuala Lumpur.
            Sebaik keluar dari perut bas, Farhan terus melangkah masuk ke pudu sentral. Suasana hingar-bingar sebaik kakinya jejak di situ. Ulat-ulat tiket yang menghampiri langsung tidak dilayan. Siti sudah berpesan agar tidak melayan orang yang tidak dikenali. Bahaya! Manusia sekarang lebih banyak yang memakai topeng di muka.
            Farhan mengering jam yang tampak usang di tangan. Jam tidak berjenama berharga RM 10.00 di pekan sabtu. Farhan sudah menghantar pesanan ringkas kepada Siti. Tiada balasan dari rakan sekampungnya itu. Gusar pula hatinya jika Siti tidak datang menjemput. Dia bukan arif dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur ini. Farhan mengertap bibir.
            Dua jam menunggu, batang hidung Siti masih tidak kelihatan. Lupakah Siti? Farhan cuba menghubungi Siti. Panggilan hanya masuk ke kotak simpanan suara. Farhan melepaskan keluhan berat. Dia kena pandai-pandai sendirilah mencari rumah siti.
            Farhan menyeberangi jejantas. Siti ada berpesan jika mencari teksi cari teksi yang menggunakan meter jangan teksi yang meletakkan bayaran sesuka hati.
            “Pencuri! Pencuri! Tolong!” Suara wanita memekik meminta tolong.
            Farhan pandang kiri dan kanan. Tiada dilihat orang awam yang sedia membantu wanita itu mengejar pencuri. Kata orang ada mata pandang saja.
            Farhan tidak berdiam diri. Dia sering melihat berita di televisyen kes-kes ragut yang semakin berleluasa. Mangsa utama kaum wanita. Naib baik dia memakai seluar jeans dan kemeja. Senang untuk dia membuka langkah panjang. Bekas juara pecut 200 meter menunjukkan taring.
            Beg jinjing yang berisi tempoyak itu dilemparkan pada kepala si pencuri. Sasaran Farhan tepat sekali. Pencuri jatuh pengsan.
            Farhan menyapu-yapu kedua belah tangannya. Bibirnya mengukir senyuman. Pencuri telah berjaya ditumbangkan. Dia memungut tas tangan tersebut lalu diserahkan kepada tuan yang empunya badan.
            “Terima kasih.” Ucap wanita anggun separuh usia itu.
            “Sama-sama makcik.”
            Farhan segera berlalu apabila orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Dua anggota polis menahan si pencuri.
            Puas bertanya orang sana sini, akhirnya Farhan memilih LRT Star untuk ke destinasi yang di tuju. Kalau malu bertanya sesat jalan.
            Tak sangka sampai juga di muka pintu rumah sewa Siti.
            “Assalamualaikum….”
            Senyap. Tiada jawapan. Hari ini hari sabtu. Siti bekerjakah?
            “Assalamualaikum…” Dia mengulang salamnya.
            Takder orang ke? Siti ada beritahu yang dia menyewa lima orang satu rumah. Masakan sornag pun takder di rumah?
            Farhan duduk bertinggung tepi pintu. Sejam juga dia menunggu sebelum Siti muncul depan mata. Sakit urat pinggang duk bertinggung menunggu Siti.
            Siti membuka pintu pagar dan pintu rumah.
            “Masuklah A’an.” Ujarnya.
            Siti menggeleng kepala melihat teman serumah yang masih melingkar seperti ular sawa atas sofa. Agaknya bom meletup pun tak sedar. Tidur mati minah seorang ini.

            “Abaikan saja.” Tambahnya lagi lalu membawa Farhan masuk ke bilik.

bersambung....

2 comments:

  1. assalamualaikum..akak..jalan citer dia pon dah diolah ea??mcm dah brubah je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam... yup, akk dah oah dengan bahasa ebih comel :)

      Delete